Saturday 7 March 2009

Jangan pertikaikan KEADILAN Tuhan..:)

p/s : Pendapat kita mungkin berbeza..so jgn emo2 ye..heee..peace..(^_^)V..

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa..:)


Bosan dengan isu2 negara yang sgt tak best skrg. Saya rasa yg bersalah adalah media yang suka besar2kan cerita.. Zaman sekarang semua orang dah jadi jahat.. Suka jadi batu api.. Orang jahat2 semua kat atas, orang baik2 semua kt bawah,ditindas. Orang baik yang nak berada di atas, belum sempat sampai atas dah tukar jadi jahat. Tak semua, tapi kebanyakan..

Sy just nak bagi pendapat tentang isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang orang2 tertentu tgh buat tunjuk perasaan skrg ni. Saya tak nak ckp panjang2 sbb bukan ada orang nk layan pn,hihihi:p

Tapi sebab saya ada adik2 yg still bersekolah, Ain (form5) and Izzaidah (darjah3) so saya ada sebab kenapa saya nak PPSMI diteruskan. And mak saya pun cikgu yang terlibat jugak dlm mengajar matematik dlm bahasa inggeris. Tak matang la korang yg tunjuk perasaan ni, mak saya pun bukannya terror bahasa inggeris, tapi dia tak bantah2 pun. Bersedia menerima arahan & bersedia memberi khidmat. Kalau murid2 tu tak faham, ckp je la bahasa melayu dlm class, bukannya ada sape yg tahu :p Kalau pandai mengajar (jadi cikgu sbb memang ikhlas nak jd cikgu) dan murid tu memang nak belajar, buat la bahasa apa pun, insyaAllah faham. Allah itu MAHA ADIL. Tapi...kalau dah malas, atau genetically memang ada problem utk memahami, buat la bahasa apa pun..insyaAllah tak faham2 jugak..

Dulu, kalau sy diberi peluang utk pilih nak belajar utk PMR dan SPM dlm bahasa melayu/inggeris, saya akan pilih bahasa inggeris. Bukan sebab nak merendah2kan bahasa melayu, tapi....sebab saya nak belajar bahasa lain. Dulu saya SANGAT TAK PANDAI bahasa inggeris (skrg pun,hihi)..tapi saya try jugak nak belajar. Dalam 'zaman peralihan' utk belajar tu, saya lalui byk kegagalan. Frust memang la frust, tapi orang ckp kegagalan tu penting utk berjaya. Saya sgt setuju dgn ni. Sekarang pun, mana ada buku rujukan yg kiteorang pakai yg bukan bahasa inggeris. Kalau belajar dan berusaha nak dapatkan ilmu, belajar dlm bahasa arab or bahasa cina pun boleh pandai, kan? :) Dengan izin ALLAH :)

Sekarang ni zaman org suka cari kesalahan orang lain.

Tadi saya tgk gmbr demonstrasi kt masjid negara tu. Tak tau lah photographer tu saja2 capture tempat yg ramai org pakai kopiah/songkok sedangkan byk view lain yg orang bangsa lain or ape, tapi dlm gmbr tu mostly melayu dan mungkin islam. Saya rasa kalau orang melayu stop buat2 benda tak berfaedah (mencari kesalahan org) dan teruskan memperbaiki diri sendiri.. semua orang melayu boleh maju.

Saya balik rumah, izzaidah (yg waktu tu tgh drjh 2) mintak tolong ajar buat homework sains, dlm bahasa inggeris. saya ingat lagi dulu saya belajar pasal bateri, negative bertemu negative takkan nyalakan lampu..dalam bahasa melayu, waktu drjh 5. Tapi dgn kemajuan dan anjakan paradigma pemimpin yg berpandangan jauh, skrg drjh 2 pun dah belajar pasal ni, berbahasa inggeris. And adik bongsu saya ni belajar dengan ok je, kalau tak faham dia rajin tanya. Kalau ibubapa saya bersikap macam orang yang berdemonstrasi ni, malunya dengan anak2 kecik. Mujur mak n ayah bukan macam tu.

Saya belajar di Indonesia, tapi utk bekerja di Malaysia. Tapi untuk praktikal terpaksa belajar bahasa sunda sebab perlu berhadapan dengan masyarakat berbangsa sunda. Sedangkan kita akan bekerja kat malaysia dan bukan bekerja di sini. Tapi, kena lah hidup mcm manusia berilmu dan berbudi kan. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rabbit xpyh buat bunyi apa2..

Masalahnya sekarang, orang suka cari kesalahan org lain. Kalau dia yang salah, dia diam2 je kan xnak mengaku or tak nak membantah.Tapi kalau orang lain salah, bukan main hebat nak menentang. Gajah depan mata tak nampak, semut kat bawah tapak kaki gajah jugak yang dia cari. LAGIPUN, BUKANNYA semua subjek dalam bahasa inggeris. Subjek sejarah, BAHASA MELAYU, agama islam, geografi, dan lain2. AS IF SUBJEK2 tu semua keputusan MENINGKAT. MENINGKAT KE...?

Saya tak kisah pun kalau PPSMI dimansuhkan sebenarnya. Yang penting masyarakat melayu dan semua bangsa malaysia boleh maju dan jadi MATANG. Dan RAJIN a.k.a TAK PEMALAS! Bukan asyik nak cari kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri tak maju2.. Dah lah tak maju, pastu susah nak mengaku a.k.a ego tak mau mengaku kalau buat salah..

USAHA TANGGA KEJAYAAN...
Majulah Bangsaku :)


"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh. Dah hanya kepada Tuhan-mu lah hendaknya kamu berharap" -Surah Al-Insyirah 6-8

8 wonderful voice(s):

Dr Amad said...

Juga jangan pertikai usaha orang lain...sejujurnya,baik mereka duduk rumah,main dengan anak isteri,pergi berkelah atau sebagainya.Tetapi kenapa mereka memilih untuk menyatakan sikap,membantah dasar itu? Baik buat macam kita,releks santai,sampai masa komen orang demo itu tiada kerja buat.

Kita perlu adili hal ini secara keseluruhan dan adil.Tahukah saudari bahawa berdasarkan kajian seorang prof di universiti tempatan bahawa 500ribu pelajar tercicir kerana sistem ini?Ada dua tiga kerat yang ok,tetapi itu tidak boleh menjadi kayu aras untuk menyatakan dasar ini bagus.

Ini isu bahasa,ini isu ilmu.Gerakan Anti-PSSMI dari awal lagi menyatakan mereka tidak menentang bahkan menyokong untuk memperkasakan BI,tetapi bukan dengan PSSMI.

Bukan yang menentang itu selalunya salah,dan bukan yg menyokong itu selalunya betul.Lihatlah kembali sirah nabi,sejarah kegemilangan Islam,jatuh bangun negara-negara didunia...

Menentang orang malas ia sama sekali berbeza bercakap soal bahasa.

Anonymous said...

be.. emo.. haha!

Rafahiah Haron said...

Mcm sy ckp, sy tak kisah mana2 pun. neutral. pH7. Tak bantah mana2 yang penting ia mendatangkan kebaikan.

Sy baca post dr amad dlm amadanaksoleh. setuju 90%. Part buat demo tu yg saya bosan sebenarnya.

Dan, betulkah 500ribu yg tercicir tu memang betul2 tercicir sbb sistem ni? Kalau betul ok. Saya sokong dimansuhkan.

Kalau betul2 menyokong dan nak memartabatkan bahasa melayu, org2 yg buat demo tu,tunjuk la sikap mcm orang melayu. Dan pastikan Bahasa Melayu kita pun betul2 perfect.Bukan sbb ada udang di sebalik batu. Nak menentang pemerintah.

Anak2 diorang, berapa ramai yang PMR dapat 6A, 2 subjek lagi tak A. Dan yang tak A tu adalah sains dan matematik. Adakah dlm 500ribu orang tu semua dapat result 6A 2B, 6A 2C, atau 6A 2E? Ntah2 bahasa melayu pun tak dapat A. Sorry to say.

Adik saya adalah batch pertama yg belajar dlm sistem ni ketika form one. PMR dia tak ada A. Adakah patut salahkan PPSMI? Adik saya yg sorang lagi PMR dapat A utk Maths sahaja. Perlu salahkan siapa? PPSMI?

Skrg ni tindakan adik saya, pergi tuisyen utk subjek2 bahasa inggeris tu. Tapi kalau tak dapat jugak, tercicir jugak..maksudnya ada yang lebih competent di luar sana. Tindakan dia bukannya buat demonstrasi, yang bila org dah bagi persetujuan dgn syarat2 tertentu, tp syarat tu dilanggar.

Kalau nak buat kajian, jgn ada bias and confounding. Measurement bias, selection bias apatah lagi information bias. Baru result betul2 valid. Dan kalau boleh, pastikan result itu ada internal dan external validity.

Tak nak berbalah sesama sendiri sebenarnya. Saya sokong 100% PPSMI dimansuhkan kalau betul2 ia meendatangkan kemudaratan pd masyarakat.

peace (^_^)V

Dr Amad said...

Xpe Yah,orang baca komen panas,panas la jadinya.Cuba baca dengan santai,sebab penulis pun menulis dgn santai je...Cuma disebabkan tajuk dan isu ilmiah...saya tidak banyak berjenaka disitu.

500ribu itu kajian prof di msia...dan prof itu tidak pegang jawatan didlam parti politik pun.Siapa?cari sendiri.Insyallah nanti jumpa sumbernya. Mereka prof,lebih arif nak elak bias dan sebagainya berbanding kita CRP peringkat ijazah ni.

Demo itu pilihan terakir mereka.Mereka acap kali meminta bincang dan semak kembali dasar ini.Dipandang sepi oleh kementerian.Dan demo tindakan terakhir.Kisah-kisah demo itu,sebaiknya kita tanya sendri orang yang pergi kisahnya mcmana.

Ok je sebenarnya,saya suka bincang2 cmni...

Hayatul Mohamed said...

hurm..tp i think ok je kalau in english..its just that orang Melayu kene rajin sikit la belajar dan berusaha..budak2 sekarang ramai yg malas berusaha..sbb tu x maju2 and ada yg tercicir.

kak yah, adik rase kan, kalau adik x belajar maths and science in english, mesti english adik lagi teruk sekarang..

at least skrg bila masuk kolej, kawan dengan orang cina, india yg speaking english very fluently, adik x lah lost sangat.so sistem ni bagus jugak sbnrnya untuk masa depan anak2 muda supaya boleh compete dengan bangsa lain..

kalau bkn nak memperkasakan BI dgn PSSMI, nak guna cara mcmana lg.

Rafahiah Haron said...

tu laa..susah sebenarnya nak decide.Saya rasa ini bukan isu nak mrtbtkn bahasa melayu atau tidak. Ini isu faham semasa belajar atau tak fhm. rasanya sbb tu usaha nak suruh kerajaan mansuhkan dipandang sepi.sebab utk bangsa melayu di satu sudut, ia sgt membawa kebaikan, dan utk bangsa melayu d sudut lain, bawa keburukan. Keputusan sukar dibuat.

Tapi secara peribadi, saya sepndpt dgn adik.(Adik mr N,hehe, yg blajar through PPSMI 1st batch and dpt 10A SPM,kn adik?)Saya sendiri suka kalau dulu sy belajar dlm bahasa inggeris sbb saya dah tak ada medium lain utk menguasai bahasa itu di tmpat lain selain dlm subjek bahasa inggeris di class. Parents saya sgt tegas, dan tak bagi bersosial langsung dgn sesiapa & apa2.

Lepas SPM waktu Alevel baru start blajar dlm BI, waktu tu english improved exponentially.Means waktu spm sgt teruk la. At that time i wished i could learn science in english earlier.

Tapi utk sesetgh org contohnya di luar bndr, perkara ni susah. Tapi saya tak tau keadaan luar bndr di negeri lain. Di tmpt saya, org2 yg tinggal luar bndr pun, dah ramai yg mendedahkan diri dgn internet dan dunia luar. Sy sendiri tinggal di tempat yg agak jauh dr bandar. Mak saya pun mengajar di tmpt yg sgt pedalaman, naik pusing2 jalan atas bukit d Banjaran Crocker tu.Murid2 mak sy sgt kekampungan. Lebih kurang mcm budak2 kt jatinangor ni. Dah la belum pandai, malas pulak nak dtg sekolah. Mak saya ckp, ajar skjp faham, tp lepas tu tak dtg skolah berhari2, bila dtg balik dah lupa.

Sama la mcm kita skrg, kena baca byk2 kali baru boleh ingat. Ni pun tak semestinya benda yg belajar sem lepas masih boleh ingat. Semuanya kembali pada usaha.

Kalau tanya org2 di bahagian pendidikan, tak hairan kalau dorang nak kekalkan. Mungkin bila mansuhkan, ada pulak pelajar yg rasa kurang setuju.

Cuma saya tak berapa fhm motif GMP ni. Nak martabatkan bahasa melayu atau nak pelajar2 faham apa yg mereka belajar? sbb kalau nak memartabatkan bahasa melayu, byk cara lain. Subjek lain kan kekal dlm bahasa melayu.Kenapa nak cari point nak hentam sistem yg ni?

Tapi kalau mmg student tak fhm dgn m3 and science in english, yg ni boleh consider. Tapi, again, bukankah dlm kertas soalan SPM or PMR or UPSR tu kita diberi pilihan nak jwb dlm bahasa melayu / inggeris? Dan tak semestinya blajar dlm BI, guru tu tak boleh terangkan dlm bhsa melayu until pelajar fhm? AGain, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

APa2 pun, kita tunggu apa kata umno 2minggu lagi. Apa pun keputusan (rasanya mansuh kot).. hope bangsa melayu terus kan usaha utk jadi bangsa yg cemerlang, gemilang, terbilang. Demo2 ni..hmmm..jgn lah amalkan selalu. dah jadi mcm negara jiran kite ni plak.

Wazie Wahidah said...

sy pn suka in english.. klau ajar dr awal, dr praskolah bleh ba tu... mcm adik tu kn... lgpn bila d U, kt blajar english jgk pn... lmbt laun kna hdapi jgk... buatla optional.. sepa mo english, go for it.. sepa mo bm pn go for it.. inilah dasar sukahati yg digubal olehku sendiri.. haha!

Hayatul Mohamed said...

yes,i'm the first batch.huhu..mr N? mcm hebatnye name tu..hii..
owh, yg komen kak yah bwh my first komen tu adik plg setuju
:D

Post a Comment