Wednesday 1 April 2009

5 tahun 5 bulan penuh cabaran..

There are many things on my mind but I prefer letting them go w/out sharing. New system, many basic things to learn and to remember. And to remember, I need to repeat.. And to repeat, i need TIME... which is always the same. Never have changed, never will change..

the only 'thing' that keeps changing is people..

Cerita kawan Pak Lah


ABDULLAH (tiga dari kiri) ketika menjadi ahli jawatankuasa editorial untuk
majalah Sekolah Tinggi Bukit Mertajam pada tahun 1957.

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu nama besar yang tidak perlu dicanang lagi.Malah, umum juga sudah mengetahui tentang apa yang sering dihebohkan mengenai Pak Lah, lebih-lebih lagi ketika beliau menyandang jawatan penting dalam negara sebagai Perdana Menteri.

Melalui coretan di dada-dada akhbar dan hebahan di kaca televisyen, kesemua itu memberi input kepada segenap lapisan masyarakat tentang apa yang beliau lakukan.Namun percayalah, jika ditanya apa yang berlaku di sebalik tirai kehidupan tokoh ini, selain apa yang sering dihidangkan oleh media selama ini, sudah tentu ramai yang menggeleng kepala tanda tidak tahu terutama hal-hal yang berkisar mengenai dunia kanak-kanak dan zaman persekolahan tokoh besar ini.


ABDULLAH ketika zaman kanak-kanak.


Pak Lah dilahirkan dalam sebuah keluarga warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939 dan dibesarkan di Permatang Bertam, Kepala Batas.Beliau mendapat didikan pertama di Sekolah Melayu Permatang Bertam (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam) selepas era penjajahan Jepun iaitu sekitar pertengahan 1940-an sehingga darjah empat.

Kemudian, beliau menyambung persekolahan dalam darjah lima di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (STBM) sehingga tingkatan lima sebelum ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Lelaki Methodist, Pulau Pinang.

Fakta itu mungkin ramai yang sudah mengetahuinya tetapi apabila berbicara tentang zaman kanak-kanak Pak Lah, satu persoalan yang pasti akan timbul adalah bagaimana perangai Pak Lah semasa kanak-kanak?



Adakah dia sama seperti kanak-kanak lain yang sering 'merayau-rayau' di sekitar kampung, bermain paya, terjun sungai atau bermain layang-layang pada waktu petang?Bagaimana pula zaman persekolahannya? Adakah beliau pernah menerima hukuman di sekolah kerana kesalahan yang dilakukannya?

Seorang rakan beliau semasa kecil, Datuk Arsyad Zakaria ketika ditemui di Permatang Bertam, Kepala Batas menghuraikan serba sedikit mengenai persoalan tersebut.

Menurutnya, pada zaman persekolahan terutama di sekolah rendah, dia dan Pak Lah belajar di Sekolah Melayu Permatang Bertam tetapi berlainan kelas kerana dia lebih tua tiga tahun daripada Pak Lah.

"Jadi, apa yang berlaku di dalam kelas dia waktu itu, saya tak berapa tahu sangat tetapi kalau di luar bilik darjah, saya tahu sikit-sikit saja sebab rumah kami berdekatan.


SEKOLAH Agama Daeratul Maarifil Wataniah di Kepala Batas, Pulau Pinang ini merupakan bekas sekolah agama Abdullah.

"Memang dari kecil, kawan-kawan dah panggil beliau dengan panggilan Pak Lah tetapi dengan kawan-kawan, dia selalu bahasakan diri dia sebagai aku (merujuk dirinya) dan hang (kamu).

"Dalam keluarga dia, terutama ayah dan datuknya, mereka panggil Pak Lah dengan nama penuh, Abdullah," katanya yang kini bertugas sebagai Pengerusi Kariah Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Jelasnya lagi, ketika itu Pak Lah ialah anak golongan elit kerana beliau merupakan cucu kepada tokoh agama terkenal, Sheikh Abdullah Fahim dan anak kepada Datuk Ahmad Badawi Sheikh Abdullah.

Disebabkan batasan itulah, katanya, dia tidak terlalu rapat dengan Pak Lah kerana Pak Lah jarang meluangkan masa untuk bermain bersama rakan-rakan di sekitar kawasan kampung.

Bukan kerana sombong atau riak selaku anak orang kenamaan, tetapi jelas Arsyad, perkara itu berlaku disebabkan Pak Lah banyak menghabiskan masa mentelaah pelajaran.

"Lagipun, dia tak main macam budak-budak kampung yang lain sebab dia anak orang alim-alim, golongan berada.

"Memanglah dia ada main juga, tetapi dia tak lasak sangat macam budak-budak lain dan dia lebih kepada belajar ilmu agama dan belajar di sekolah," tambahnya.


SEKOLAH Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah menjadi sekolah Abdullah, sehingga tahun 1957.

Malah, jelasnya, tidak cukup dengan didikan secara terus daripada datuknya di rumah, Pak Lah turut mempelajari ilmu agama rendah (kini dikenali sebagai Kursus Asas Fardhu Ain-KAFA) di Madrasah Daeratul Maarifil Wataniah (kini dikenali sebagai Sekolah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas).

"Semasa di madrasah, dia belajar dalam kelas yang dipanggil 'Ummumi' yang turut diduduki oleh pelajar dewasa.

"Sebab itulah Pak Lah pandai ilmu agama. Ini kerana dia banyak belajar agama daripada ayah dan datuknya.

"Satu perkara lagi, kalau nak lihat perangai dan kelakuan Pak Lah semasa kecil, tengoklah apa yang ada padanya ketika ini. Ini kerana itulah dirinya ketika kecil dahulu, seorang yang lurus, bercakap benar, bercakap berlandaskan pegangan agama dan tidak pandai berdolak-dalih," tambahnya sambil memberitahu Pak Lah merupakan cucu kesayangan datuknya, Sheikh Abdullah Fahim.

Seorang lagi rakan karib Pak Lah, Datuk M. Kuppan turut menjelaskan perkara yang sama mengenai peribadi Pak Lah.

Menurutnya, Pak Lah merupakan seorang insan yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam selain mempunyai perwatakan yang sama sejak dari bangku sekolah sehinggalah kini.

"Sejak saya mengenalinya ketika sama-sama belajar di darjah satu sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 1957, beliau sama saja (perwatakan), tidak banyak berubah dari segi perangai dan tingkah laku.

"Jika dulu, dia sangat mesra dengan kawan-kawan di sekolah tidak kira bangsa dan agama, sekarang pun dia masih begitu walaupun sudah jadi Perdana Menteri.


ABDULLAH (berdiri tengah) bergambar bersama rakan-rakannya ketika belajar di Sekolah Agama Daeratul Maarifil Watahiah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

"Pak Lah juga tidak sombong. Malah ketika dia sedang bermesyuarat atau bertemu dengan orang kenamaan lain dalam satu-satu majlis, kalau dia nampak saya atau rakan-rakan sekolah yang lain, pasti dia tegur walaupun dari jauh," katanya.

Ceritanya lagi, ketika di bangku sekolah menengah, dia pernah menunggu Pak Lah yang datang ke sekolah dengan menaiki bas awam dari Kepala Batas. Menurut Kuppan, dia menunggu Pak Lah di bawah jejantas berhampiran stesen kereta api Bukit Mertajam untuk ke sekolah yang terletak di seberang stesen tersebut.

Selain itu, katanya, dia pernah membawa Abdullah menaiki basikal yang dipinjam dari pak ciknya untuk ke sekolah sekiranya ada aktiviti luar kelas.

"Kenangan lama bersama Pak Lah adalah saat yang manis buat saya kerana beliau merupakan seorang rakan yang terlalu baik hati, pemurah dan tekun belajar," tambahnya.

Secara peribadi, dia turut memberitahu Pak Lah merupakan seorang yang terlalu baik untuk menceburi bidang politik.

Katanya, dunia politik bukanlah semulia seperti yang digambarkan.

Malah, katanya, ketika rakannya itu mula terlibat dalam dunia politik, dia merupakan antara orang yang tidak senang dengan keputusan tersebut.

"Pak Lah seorang yang sangat baik dan berhati mulia selain kuat pegangan pada agama Islam dan sentiasa ikhlas dalam apa yang dilakukannya. Bagi saya, dia tak sesuai masuk politik," ujarnya.

Namun, katanya, segalanya telah terbukti silap apabila kepimpinan Abdullah telah banyak mengubah negara dalam banyak hal terutama dalam usaha memerangi gejala rasuah.


I copied this from Kosmo.

Sy tak suka bercakap pasal politik. Tak suka jugak dgr org bergaduh pasal politik. Tapi kalau semua org bperangai mcm sy, bosanlaa dunia kn?? Saya tak ada masalah pun dgn org yg suka baca pasal politik, tapi yg suka BAHAS tu sy rase tak best skit.Ok la bahas skit2 takpe la..Tapi yg over foldover chicken foldover extreme extremeties tu yg tak thn tu. Lagi2 yg suka sgt menentang pemerintah.. Kalau benda betul takpe lah. Tapi kdg2 benda tu bukan betul pun, pastu nak lebih2..huhu..

Apa pun, go pak lah!! :p walaupun dah tak jadi PM, w/pun sering direndah2kan oleh org yg lebih patut direndah2kan, peribadimu tetap disanjung :) thanks for everything..

4 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

owh.. sy kna bc berita ni. ketinggalan n wat ksimpulan sndiri jak. haha!

Nadia Nazifah said...

hehehe. betul. kya pon tak ada lah minat sgt politik tapi kalo dgr org berbahas, dan org tu cakap dgn pendirian die yang tak jejak kat bumi,mmg panas telinga jgk.

politik malaysia mmg tak best pon. hahaha.

Anonymous said...

betul2..
xtahan tul dgn org yg suka cakap pasal politik 24 jam nih..
cam dah xde topik lain dah yg diorg leh cakap selain duk mengata, mengutuk, mengeji, mengumpat dan mengaibkan org len...
kalo ape yg diorg cakap tu berguna dan berfaedah xpe la gak..
ni membazir air liur and bertambah dosa je..
malaysia x maju2 jugak pun~
lagi kecoh ade la..
cakap pasal politik 5 thn sekali time pilihan raya je dah la kan~ hikhik...

Anonymous said...

Tp syg.. Ilmu agamma yang dipelajari tidak dipraktikkan sebaiknya.. Isu aurat terdedah juga asas kpd ilmu agama... Semoga beliau bersama2 melawan pemimpin yang bodoh & zalim!

Post a Comment