Tuesday 6 October 2009

Kepulangan Rabbit ~

Tadi me & naqi pegi pekan Cinunuk untuk ambil rabbit yang dah lebih 2 bulan ditinggalkan pada 'abang-baik-yang-sayangkan-binatang'. Nak upload gambar tapi ada problem, so later i'll update the gambar ok.

Mula2 sampai kat kedai bernama 'Wonderpets' tu, kami dah nampak si betina dan jantan yang dah jadi sangat besar daripada sebelumnya. Tapi si betina agak tak bersih. Tapi tak hairan la sbb betina memang agak tak tahu jaga kebersihan diri berbanding si Jantan.

Waktu hantar dulu - 5 ekor semuanya. Induknya si Betina dan si Jantan, campur anak 3 ekor. Tapi, dalam perut si Betina waktu tu ada anak jugak. Bila anak-anak 2nd generation tu lahir, jumlah yang abang-baik tu bagitau sangatlah buat kami terkejut. Sebelas (11) ekor!! Tapi, ibunya terpaksa beri perhatian pada anak2 barunya, menyebabkan anak2nya yang 1st generation tu tak dapat perhatian & susu ibu yang cukup, mereka sakit dan mati. huhuhu. (GUILTYYY ...)

Kesalahan saya : Tidak memisahkan Jantan & Betina sewaktu Betina baru lahirkan baby 1st generation nya. So mereka bebas melakukan apa sahaja lalu si Betina pun pregnant lagi.

Tapi, daripada 11 ekor anak 2nd generation, waktu mereka masih kecil, beberapa ekor telah dimakan tikus (ataupun anjing). Abang-baik tu bela sangat banyak binatang (ikan, hamster, segala jenis tikus yang saya tak kenal sgt species apa, iguana, musang, burung, ular etc). Kesudahannya, anak yang ada sekarang cuma 4 ekor. Tapi, kami tetap sangat happy sebab at least bertambah jugak 1 ekor. Dan, 4 ekor anak yang tinggal tu semuanya dah besar (umur lebih 2 bulan) dan comel2, berbulu tebal dan gebu, bercelak dan semuanya telinga jatuh. Warna dorang pun mcm biasa- berwarna warni. I mean, semua warna ada. Saya pun tak tau kenapa anak2 kali ini semuanya telinga jatuh. Takkan tukar species kot? Tak kisah la, yang penting comel.

Kali ni, saya dah tak nak lepaskan rabbit sesuka hati kat belakang rumah. Kami dah beli cage baru, so sekarang Betina duduk 1 cage, Jantan duduk 1 cage, dan anak2 yang dah bercerai susu pun duduk dalam 1 cage. So senang nak jaga dan saya harap tak ada orang yang cakap2 belakang atau cakap2 dalam hati tentang rabbit, macam dulu. Saya tahu sebab saya ada instinct yang kuat sejak kecil, walaupun tak semua saya cakap..Selalunya saya buat2 tak tau~

4 ekor anak ni 2 jantan dan 2 betina. Hope dorang tak mengalami kejutan akibat perubahan cuaca dan musim hujan sekarang.

Ohya, saya dah janji nak bagi 1 rabbit kat Ainul sebab hari tu Ainul kata nak beli rabbit. So, saya dah pilih seekor untuk dihadiahkan pada Ainul. Hope Ainul suka rabbit yang saya pilih.heee.Yang 3 ekor lagi, mungkin akan dijaga oleh Naqi after virus2 yang dijangka ada di rumahnya di cikuda itu dah hilang sepenuhnya :p (kalau betul la ada virus)

Abang-baik-yang-sayangkan-binatang tu cakap, last week dia dah start campurkan si Jantan & Betina, so kemungkinan besar sekarang si Betina pregnant lagi. Kalau pregnant, baguslah, tapi kalau tak pregnant pun, saya suka jugak sebab saya nak rehatkan si betina. Kesian dia.huhu. Macam stress semacam je :(

1 plan lagi, nak kurangkan bagi kangkung kat dorang, nak bagi pellet je banyak.

Ada kawan saya cadangkan buat thesis : kandungan cholesterol dalam daging rabbit. Tapi... macam tak sampai hati laa.hehe.

Harapan :

1.Saya harap saya dapat curi2 masa jaga rabbit. My fourth year ni mcm agak
takde-lah-busy-sangat-tapi-saya-belum-dapat-study-yang-betul-betul-study.

2.Maafkan saya kalau saya ada buat siapa2 terasa sepanjang membela rabbit. Saya budak baru belajar.

4 wonderful voice(s):

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Meriah..ada 3 cage :D
Bagus lah.. bela pet ni biar kita betul2 jaga..pastu kena faham perasaan dorang gak.
Sian si betina asyik pregnant..penat tu wooo... T_T

Semoga semua rabbit sihat2 belaka pasni..ehehe..bestnya ada rabbit..bestnyaaaaaa.....

Rafahiah Haron said...

itulah.mau betul2 jaga tapi kdg2 ada juga ni benda2 yang tak boleh dielakkan. sedih, tapi memang cuaca sejuk susah utk rabbit.

kalau di tuaran tu, xpayah fikir banyak2, kasi makan jak, hidup subur dorang. di sini risau setiap masa takut dorang ksejukan=(

Najwa said...

rasa hepi ada,rasa sedih pun ada bila baca entry ni..siannye anak rabbit kena mkn..tp kak yah & abg ki sgt lucky sbb blh rabbit masa belaja.dhla rabbit kat malaysia mahal gila.cmnela nk bela..tp entry ni best.ske kak yah citer pasal rabbit.hoho

Rafahiah Haron said...

Wah tak sangke wa pun minat rabbit. Wa try la beli sepasang dulu, yg umur 3 bulan. Bela 3,4 bulan je dah boleh dapat anak banyak2. Tapi fud rebit la mahal skit. Tak lama lg wa dah nak keje kan. senang la nak bela.heee.

Post a Comment