Friday 9 October 2009

Kesenangan tak datang bergolek

Kata mak saya, lebih kurang macam ni bunyinya :

"Mak tengok hidup orang susah kat Bersamamu TV3 tu selalunya tak ada perasaan. Bukan tak kesian, tapi.. semua tu mak dah pernah rasa dulu, kadang2 lebih teruk dari semua yang ada kat TV tu.. Tapi, semua orang boleh lari dari masalah tu kalau rajin berusaha dari bawah.."

Itu kata mak saya.

Sewaktu dalam penerbangan pulang dari Kota Kinabalu-Jakarta baru2 ni, saya dapat seat kat sebelah seseorang yang agak mengagumkan saya. Saya jarang kagum dengan orang, saya jarang puji orang. So kalau saya puji orang tu, memang saya betul2 ikhlas dari hati yang bersih la.hehe.

Beliau seorang rakyat Indonesia yang pernah hidup susah, ibubapa tak bekerja. Beliau berbangsa Cina. As we all know, rakyat berbangsa Cina di sini tak sebertuah rakyat berbangsa Cina di Malaysia, mereka tak dibenarkan menggunakan bahasa mereka secara bebas di sini. Banyak lagi diskriminasi. Tapi, berbekalkan semangat ingin keluar dari belenggu kemiskinan, beliau berusaha yang SANGAT GIGIH bagi saya.

Beliau bekerja sambil belajar. Belajar di BIDANG KEDOKTORAN!! Bayangkan kawan2, bekerja sambil belajar, medic?? Kita dapat scholarship setiap bulan RM800 pun masih ada yang tak cukup. Beliau? Bayangkan macammana beliau bayar yuran pengajian dlm bidang ni. Mungkin dulu tak mahal macam sekarang, tapi still, usaha yang sangat..luarbiasa kan?

Beliau graduate dan menjadi doctor pada tahun 1979 (saya excited sebab kagum,so saya tanya banyak2, siap tgk card2 dlm dompet dia :p dia yang tunjuk la tapi). Lepas tu, dia bekerja sebagai doktor dan sambil bekerja, beliau ambil degree dalam bidang Ekonomi (sebab waktu belajar medic dulu, beliau berjinak2 dengan business dan belajar selok belok menguruskan ekonomi). Lepas tu beliau sambung nak jadi Specialist.

Sekarang? Beliau adalah seorang Cosmetologist dan Economist. Beliau mempunyai sebuah bank. Dia kata Bank kat Indonesia ni boleh bahagi pada tiga kategori: General, Rural and Syariah. Bank die ni yang 2nd tu : Rural bank. So, as he said to me, pagi2 dia seorang doctor, petang2 dia ahli ekonomi.

Saya cuma tulis latarbelakang pengajian dia, sebab yang cerita2 lain saya anggap itu sebagai ilmu kepada saya untuk jadi seorang bakal doktor InsyaALLAH. Tujuan saya? Untuk saya dan sesiapa yang mahu, supaya tak mudah leka dengan kesenangan yang kita ada sekarang,sampaikan perkara2 kecik pun kita anggap berat.

Bayangkan beratnya pengorbanan orang2 yang lebih dulu dari kita, ibu bapa kita, mereka bersusah-payah untuk memastikan kita dapat apa yang perlu secukupnya. Tapi kita?

Ingat, ada orang lain yang lebih susah dari kita. Mungkin boleh buat kita menangis insaf bila mereka dihadapkan di hadapan kita.

Program KKN?? Mungkin itu baru 1/100 dari kesusahan orang2 dahulu. Setakat ni saya tak rasa apa2, maksud saya, saya tak rasa susah or tak terbayang kepenatan itu, entah lah nanti macammana. Saya pohon bantuan dari Allah supaya saya sentiasa berada dalam kondisi hati seperti ini. AMIN. Chaiyok kawan2!! InsyaAllah semua boleh lepas bulan2 akan datang ni dengan aman dan tenang, insyaAllah.

"Ya Tuhanku,berilah aku petunjuk supaya tetap mensyukuri nikmatMu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada ibu bapakku.Dan supaya aku dapat berbuat amal saleh yang Engkau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh" QS An-Nam 27:19

4 wonderful voice(s):

Balqis Riza said...

wah..kagoom jugak..
hebat3..tp ape die buat kt kota konabalu eyh? bisnes kot..

good luck utk KKN!! dpt kg mane? dh google earth belom?? hihi

As we all know, rakyat berbangsa Cina di sini tak sebertuah rakyat berbangsa Cina di Malaysia, mereka tak dibenarkan menggunakan bahasa mereka secara bebas di sini. Banyak lagi diskriminasi.
*tapi org2 sini, selamba je kate kite yg diskriminasi n racist..haha..*

Rafahiah Haron said...

bukan bisnes. dia and kwn2 lama dia buat gathering and cuti2 Malaysia kat sana dgn anak2 sekali. Pastu naik gunung kinabalu gak.

Hee.TQ balqis! akak dpt kat cikancung. tak google pun tapi td g briefing dah boleh agak la katne. naik angkut je :)

*betol3x :)

Anonymous said...

study di USU? hehe
good luck..
sy baru je balik dr Medan.

Rafahiah Haron said...

Myra, tak,, saya study kat UNPAD bandung :) tapi ramai gak kawan kat USU. Wah, berani nya bercuti di sini lagi lepas banyak cerita2 tak enak.hehe.kagum :)

Post a Comment