Thursday 15 October 2009

Menjolok sarang tebuan..

Saya kurang faham dengan motif orang2 yang bercakap dengan nada provokasi dan ayat tu diulang2 berkali2, seolah2 orang2 sekeliling semuanya ada masalah pendengaran sampai perlu ulang2 banyak kali.

Ceritanya, tadi saya bertapa di kedai buku Tisera sorang2, tgh seronok baca buku, saya dgr satu slot kat rancangan radio di kedai tu.. orang yang bercakap tu, dari cara dia bercakap, saya gambarkan seperti perangai seorang lelaki yang kurang tulen, yg suka bergosip dan bergurau dalam cara yg bertujuan ingin orang lain gelak, tapi dia sakitkan hati orang yang diguraukan itu. (Perangai lebih kurang mcm ni la, saya pasti semua orang pernah bertemu dengan orang mcm ni)

Sebenarnya, isi cerita tu hanya satu.. iaitu "seorang lelaki warga Malaysia ditahan di bandara selepas didapati bersalah menyeludup narkoba di dalam kasut" - translationnya : bandara = airport, narkoba = dadah.

Tapi, cara penyampaian orang ni, saya tak tau nak describe mcmana..kalau orang sabah cakap "bikin panas, sabar jak la.."

Nada sinis, bayangkan 5 minit untuk cerita sependek tu. Saya tak tau berapa kali dia mention "lelaki rakyat Malaysia" kat situ, saya tak faham kenapa dia perlu ulang sebanyak itu..lepas tu dalam nada yg sangat menyindir dia cakap "heh, nggak ada tempat lain kali, di sepatu yang busuk juga mau disimpan"pastu gelak2..lebih kurang mcm tu lah..

Iklan2 selepas tu saya dah biasa dengar.."Sayangilah & peliharalah Batik kerana ianya milik asli negara Indonesia".."Jagalah warisan kita, tanpa kita menjaganya kelak ia akan dicuri"..

Saya tulis ni bukan nak hangatkan suasana..just nak menggambarkan perangai orang yg gemar menjolok sarang tebuan. Tebuan tak kacau dia, tapi dia buat bising kat luar, tebuan tak layan, dia jolok sarang tu.. Mari wahai tebuan2 semua, kita teruskan tidak melayan..

p/s: Kalau saya dapat tajuk thesis pilihan pertama, I have to jolok sarang tebuan untuk dapatkan madu asli..hiiii~

2 wonderful voice(s):

Balqis Riza said...

mesti stress kan time tu?
huhu

kalau orang mereka buat crime kat negara kita, kita takde pon buat macamtu..

marilah buat tak tahu..kang kita sengat dia, sakit pulak..hihi

Rafahiah Haron said...

takde la stress sgt balqis, tapi geram part yang dia ulang2 byk kali tu..serius motif sgt tak baik..ish3

Post a Comment