Saturday 14 November 2009

Persoalan hatiku..

1. Anda ada seorang kawan. Kawan anda ada kereta. Sometimes anda tumpang kereta kwn tu, and sebagai seorang yang tidak mengambil kesempatan, anda ingin menyumbangkan sedikit wang sebagai tanda terima kasih. Tapi, kawan anda pulak seorang yang tak mahu terlalu berkira. Situasi macam ni sebenarnya bagus atau tak?

2. Anda seorang yang tidak suka menyusahkan orang lain. Anda sanggup lakukan apa saja untuk memastikan anda tidak menyusahkan orang lain. Tapi, bagi orang lain, anda akan menyusahkan diri anda. Jadi mereka tak galakkan anda buat sesuatu yang menyusahkan anda demi untuk tidak menyusahkan mereka. Tapi.. bila anda ikut cakap mereka, anda memang akan menyusahkan orang yang lain pula. Kesudahannya anda merasa bersalah kerana menyusahkan orang lain pula. Apakah solution untuk perasaan ini?

3. Dalam persahabatan, anda seorang yang suka memberi dan tak suka berkira dan tak mengharapkan balasan. Tapi, anda tak senang jika menerima sesuatu yang diberi sebab merasakan 'ada sesuatu yang dihutang' terhadap orang lain. Adakah sikap ini adil untuk orang lain yang juga bersikap suka memberi dan tak suka berkira?

4. Sekali lagi, anda seorang yang suka memberi.Bila anda kerap memberi di awal persahabatan, ada teman anda yang terbiasa berada di situasi seorang penerima. Kadang2 menunggu anda memberi. Ataupun meminta-minta dengan nada gurauan yang mana anda tahu tujuannya adalah untuk anda memberi. Anda merasa dipergunakan. Adakah anda cuma bersikap 'berbuat baik untuk kepentingan peribadi' = berbuat baik hanya kepada yang berbuat baik dengan kita?

p/s : Cerita sebenar dirahsiakan.

3 wonderful voice(s):

Nadia Nazifah said...

kya berpendapat, sume benda pon perlu berpada2. jgn menyusahkan org lain, dan jgn menyusahkan diri. sbb tu perlukan kawan. kite hidup bkn sendiri2 kan?

dan jgn terlalu suke memberi. sbb bile kite berhenti memberi, org tu akan berhenti memerlukan kite. ni yg kya penah dgr la.

yg penting, jgn sampai kite rase kite dibuli. tak baik utk kesihatan hati kite sendiri.

just my thoughts, of course ;)

Hayatul Mohamed said...

1.adik penah berada dlm situasi ni, sebab kwn adik x berapa nk terima kalau adik bagi duit, adik pon rase x selesa sebab macam ambil kesempatan. so seboleh-bolehnya adik elakkan tumpang kereta dia,hehe..tapi kalau skali skala mcm yg kyah tulis tu, xpe kot tumpang.

3. kalau orang tu tak kisah kalau kita jenis yg x suke menerima, tak apalah..

tapi kalau dia kisah, kite kena sometimes pandai2 la ubah sikit diri kite supaya semua org pon selesa nak bkawan ngan kita..

4. kalau sampai orang tu dah terbiase meminta-minta, kite kena sedarkan dia.hehe, jgn layan sgt org macam tu, nanti x pasal2 buat kite rasa xsuke or benci kat die.

okay. sekian.hehe.

Rafahiah Haron said...

kak ya : aah betul, hidup bukan sendiri2..tp alangkah susah + sedih if terpaksa masuk dgn org yg totally different from us, dari segi budaya n bahasa w/pun agama sama. sigh :(

thanx for the opinion, it helps, luv u =)

adik : hehe thanx adik, for sharing ur view, actually k.yah tak berape berjaya menympaikan situasi dgn betul dlm post tu. tp apa yg adik ckp tu semua betul. cuma yg no1 tu, mmg nak elak tumpang tp org lain yg suruh tumpang w/out beritahu tuan punya kereta. End up, tuan punya kereta trpaksa menyuruh org yg sepatutnya dia nk tumpangkan utk tumpang org lain jap until dpt hntr k.yah ke tmpt k.yah. dats why rasa menyusahkan sdgkn in the 1st place, boleh je k.yah balik sendiri.huhuhu.

Post a Comment