Thursday 19 November 2009

Tak tau nak buat tajuk apa..

Malam ni saya tergerak untuk post sesuatu.. Walaupun my learning issue untuk esok - Chronic Pancreatitis belum baca apa pun.hehe. Sungguh berani mati tak baca langsung. Takpe sempat2 :p

Saya nak tulis pasal adik saya sebenarnya. Si kecik yang sangat merisaukan saya. She is the youngest sister of mine. She was born on the 23rd of September 2000. Y2K generation. Nama pun Y2K generation, perangai pun seangkatan.. I hope she's not reading this post. Adik saya ni lahir 8 tahun setelah saya n adik beradik saya yg lain ingatkan mak tak nak pregnant lagi. Waktu tu adik yg 2nd bongsu - Ain dah umur 8 tahun. Kami bajet mak tak nak pregnant lagi la sebab ktorang semuanya lahir jarak 2 tahun, kecuali me n my elder sister which is 1 year.

Apalagi kami semua sangat excited dgn kelahiran dia. Tapi sometimes kami treat dia mcm orang dewasa sebab kami semua pun dah besar. I think, kami sangat manjakan dia dan selalu jugak marah dia.

Tapi, satu benda yang saya takut dgn dia, dia sangat addicted dengan TV, computer games, internet games dan yg seangkatan dengannya. Saya perasan sejak dia umur 4 tahun, waktu tu saya kat KTT, dia dah start main computer games. Ckp la games apa yg ada kat computer tu, semua dia pernah try.Tak sume kot, tp sume games yg ada kat computer kt rumah tu lah. The SIMS, Insaniquarium, diner dash, pizza frenzy, plant tycoon, bla bla bla (cuma tersebut beberapa nama) yg saya sendiri tak tau pun dia tahu main. Pernah sekali saya baru nak berjinak2 main insaniquariun, dia tgk saya main, lepas tu dia ckp, kalau dia, dia tak main cmtu. dia buat cmni bla bla bla supaya cpt dpt duit. Dalam diam saya cuba la main ikut strategi dia tu, pastu mmg betulla saya dpt duit cpt n dpt naik the next level. Itu waktu dia 4-5 tahun.

Then waktu zaman friendster, dia pun ada friendster. Sungguh2 nak mintak buatkan friendster. My siblings yg lain sume mmg selalunya tak nak layan dia, tapi dia akan mintak mintak dan mintak berulang2 kali sampai kami pun tak larat nak layan, so terpaksa buatkan sebab malas nak layan dia merengek2.heheh. Serius. Kitorang bajet tak lama lagi dia bosan lah tu. Memang lama2 dia bosan laa. Tp still balas2 komen kalo orang komen dia. But of course la kami selalu tgk friendster dia. Takde lah dia komen n kwn2 dgn orang tak betul kan. Kami tau password dia etc. Saya pernah komen kat dia tanya password, dia dgn innocent nya reply kat komen yg terang2an boleh dibaca semua orang, bgtau password dia.isk.

Sekarang zaman facebook, macam biasa, bila kakak2 dia ada facebook, dia pun nak ada jugak. In fact, dia lebih dulu ada facebook daripada saya, ini adalah pengaruh kakak saya,hehe :p (owh anak jiran saya pun semua yg umur 7,8,9 tahun semua dah ada facebook.isk budak2 zaman sekarang :p) Paling merisaukan adalah games yg sgt byk kat fb ni. Saya tgk orang yg umur saya pun addicted dgn games macam pet society etc (saya tak tau sbb saya kurang main games..mai pet society n gangster battle je.heheh).. apatah lagi adikku yang kecil ini. Dia saaangatt suka main pet, lagi..game yang pakai2 kan baju kat patung tu. xtau game apa tapi hari tu balik rumah selalu tgk dia main benda tu.

One thing lagi, dia pandai cari video cerita hantu n upin ipin kat Youtube. Hari tu saya beli dvd upin ipin kat kedai sebelah mulya abadi utk bagi dia tgk. Pastu boleh plak dia tak hairan langsung, dia ckp 'izzaidah pun ada' (dia gelarkan diri sia izzaidah),pastu tiba2 dia bukak video upin ipin kat computer. Saya tanya la, dia simpan ke video tu, ada semua episode ke.. pastu dia ckp itu dari youtube, die baru search tadi. huhu.

Saya tak tau maybe byk lagi yang saya termissed nak cerita pasal adik saya ni, saya kurang ingat benda2 ni berbanding kakak saya yang ingat lagi banyak. Oh lagi satu, dia ni dah pandai guna software utk edit2 gmbar yang saya pun tak reti sangat lagi nak guna. Contohnya Photoscape. Korang pernah guna tak software tu? Itu yang saya ada kat laptop ni, tak tau apa lagi yang ada kat computer rumah tu. Yang kami adik beradik pelik, tak de siapa pun yang ajar dia guna software tu, maybe dia nampak my sister edit2 gmbr. But still, kalo just tengok sekilas pandang, saya sendiri tak reti nak buat. Nak save kat mane, nak bawak gmbr tu ke sini ke situ, then nak crop situ sini. Tapi tiba2 dah banyak gmbr yg dia edit, siap ada folder nama dia lagi untuk gambar2 yang dia edit. Saya tak tau lah kalo memang adik2 kawan saya pun mcm ni kan. Kalau ya, maybe saya takdelah risau lebih2 sangat.

Lepas tu, bukan saje edit, tibe2 dah ada gmbr di upload kat facebook dia. Memang la saya boleh gelak2 tgk apa yg dia buat, I'm happy having something to laugh at. Tambah2 sekarang ni byk perkara yg boleh mengundang stress, so mmg perlukan bahan untuk relax. hehehe. Tapi saya tetap risau tgk dia selalu main game kat facebook. Kalau dia tgh main, then we ask her to finish her homework, mesti ada je alasan dia. Most of the time "jap..jap" (ok ini mungkin ikut perangai saya.hehe). Lepas tu kalau mak or ayah dtg, n suruh buat homework or sembahyang, dia akan jawab "baru mau buat" or "baru mau sembahyang".

Kdg2 kitorang akan paksa2 sampai dia tak dpt bg alasan lg. Marah2 dia. Baru lah gerak nak buat homework, kalau weekend, dia dah siapkan homework dia hari jumaat, so sabtu n ahad tu mmg tak boleh marah la kalo dia main. Lagi, Astro pun dia rebut gak. Banyak la lagi. Selain facebook, dia jugak selalu pujuk saya and kakak saya supaya buatkan dia blog. Haha. Lawak tapi itulah hakikatnya. Entah berapa kali saya n kakak diasak2 untuk buatkan dia blog. Berapa banyak alasan yang kami reka supaya dia tak dapat cari sebab untuk buat blog. Kami kata blog ni perlu ada permission dari pihak berkuasa etc, saya pun tak ingat apa lagi alasan yang kami bagi sampai dia pun stop dari pujuk2 kami untuk buatkan dia blog,huhuh. penatt.

Tadi, saya tgk dia upload gmbr kat facebook. Mari kita lihat gambar2 yang die edit. Tapi yang tak tahan, dia edit gmbr my sister yang tak pakai tudung, pastu buat blurr, edit jadi sephia ke ape..or cartoon, then dia upload kat fb dia. isk isk. menjerit my sister. mmg la blurr tapi orang yang berfikiran waras still boleh nampak. mmg nak kne marah la budak ni. tunggu kak yah yg garang ni balik :p :p

ini patung amer/ kak wahidah dipakaikan tudung

ini cuma beberapa gmbr.. kat facebook dia ada lagi, tapi saya malas nak upload byk2. balik rumah nanti (yeaay bulan 12 balik rumah lagii) nak tgk folder dia tu dah banyak mana gmbr yg diedit.huhu.

dan ini adalah..gmbr adikku yang hitam sbb sgt suka main bwh panas mentari~

Ok itu lah cerita tentang adikku sayang yg sorang ni.. tujuan post ini bukan untuk memburuk2kan dia, tapi kalo ada siapa2 yang ada adik seumur dgn my sis ni, and boleh share pandangan, saya sgt menghargai.. we love her so much tapi apa yang boleh kami buat supaya dia tak terlalu ketinggalan dalam teknologi tapi tak juga terlalu advance.huhu. And yg penting, we want her to study sebab dia selalu bangga2 dia dapat nombor 1 dalam class. But baru2 ni, 1st time dia dapat no4. I hope she can learn from that.

Cukup lah ni, saya dah ngantok, petang tadi pegi kampung lagi ajar budak2 sekolah cara memberus gigi yang baik dan betul..penat..LI esok ye.. Kat bwh ni gmbr saya n adik2 saya waktu kecik. Curik dari album akak.heheh. Mari ketawa bersama2.huhu.

sis wahida, me, amer and ana

me and sis wahida

sis wahida, ana and ain


sis wahida.hehe


lihat la my kakak yang sangat manja dgn ayah itu

hehe i still remember this moment. selongkar2 almari mak semata2 nak cari tudung untuk pakai bergambar.. tak sangka tudung tu yang menarik minat saya.haha :p

saya yang mana satu?hehe.

ok lah bye.

p/s : mls nak edit apa2 ayat yg salah or ejaan slh..hehe.

6 wonderful voice(s):

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Kak Noi pun ada same problem ngan adik Kak Noi jugak.. sekarang dia dah besar la..

Lepas ni kena limitkan lah, kalau dia nak buat blog xpa.. tapi kena terangkan ngan dia betul2 blog tu untuk apa.. apa boleh post & apa yang takleh post.. ataupun cakap ngan dia.. tunggu dia besar la baru buat blog :)

Macam adik bongsu kak noi (sekarang dah 15 tahun). Addicted ngan jepun.. sikit2 japanese.. haih, sampaikan dia pandai cakap jepun suda.. @_@".. masalahnya dia salu neglect study.. buat homework lambat2.

Pening kepala kan..

Rafahiah Haron said...

hehe kak noi rasa izzaidah boleh buat blog??ee.saya x terfikir lgsg ni.mustahil mau bagi.hehe.

budak2 yg suda sek menengah jgn ckp la.tp adik kak noi tu ok kali, sbb dpt ilmu kan belajar japanese.hehe. Xpyh ambil class bahasa jepun :D

ida2181 said...

wahhh.. adik beradik yah cantik2 eh..

cutenye adik bongsu Yah.. heheh.. nanti tu mesti ramai peminat cam kakak2 dia.. hehehe

Rafahiah Haron said...

wah kak ida dah ada blog?? best2, nanti yah nak link kan tau,hee (^_^)

Nadia Nazifah said...

kya minat izaidah bemula saat ini! hahahha she's so cute! nak add fb die la. haaha;)

part edit gmb yg ade matahari tu plg kelaka. hahaha :))

Rafahiah Haron said...

haha minat? isk jgn kak ya. biar dia je minat kt kak ya.hehe. nanti balik rumah yah suruh dia add kak ya :)

Post a Comment