Wednesday 30 December 2009

Tersentuh :(

Ingat tak tragedi bot karam di Pulau Banggi tak lama dulu? My sister recommended me to read this entry, which was written by one of the victims' family member.. Sangat menyentuh perasaan..

http://www.norifpaival.com/2009/12/banggi-tragedy/#more-1738

(T_T)

Monday 14 December 2009

Layakkah orang-orang ini mendapat biasiswa?

Pendahuluan : Artikel ini sekadar untuk berkongsi pendapat dan membuka minda.

Layakkah
(i) orang-orang malas
(ii) orang-orang yang suka berbelanja mewah
(iii) orang-orang yang ibubapanya kaya

mendapat biasiswa?


Tujuan artikel ini ditulis adalah selepas melihat keadaan sekeliling yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar cemerlang yang mendapat biasiswa penuh daripada pihak kerajaan, dan juga pelajar cemerlang yang tidak mendapat bantuan penuh daripada pihak kerajaan.

Banyak aspek yang boleh dilihat untuk menilai situasi ini, tiga di antaranya yang lebih mendominasi :

1. Usaha seseorang pelajar tersebut dalam memastikan dirinya tidak tercicir dalam pelajaran.
2. Cara seseorang pelajar itu membelanjakan wang tersebut.
3. Mendapat biasiswa dengan keadaan pendapatan ibu bapa yang mencecah 5 angka sebulan.

1. Usaha seseorang pelajar tersebut dalam memastikan dirinya tidak tercicir dalam pelajaran.

Usaha, doa, dan tawakkal - adalah elemen penting dalam setiap apa yang kita lakukan. "Kejayaan" juga banyak definisinya dalam konteks seorang pelajar. Mungkin ada yang rajin berusaha, tapi hasilnya tidak seberapa. Dan ada yang malas berusaha, tapi hasilnya luarbiasa. Itu bergantung pada kebijakan masing-masing untuk memastikan diri tidak tercicir daripada mendapat keputusan cemerlang. Tapi.. cuba kita bayangkan apakah perasaan golongan yang tidak mendapat biasiswa yang rajin dan mendapat keputusan lebih cemerlang, bila melihat kemalasan golongan yang mendapat biasiswa dan mendapat keputusan yang kurang cemerlang?

Bayangkan jika kita berada di tempat mereka...

2. Cara seseorang pelajar itu membelanjakan wang tersebut.

Cuba kita kaji semula bagaimanakah cara kita membelanjakan wang rakyat yang diberi oleh pihak kerajaan. Adakah kita membelanjakan wang tersebut pada tempat dan waktu yang sesuai. Atau cuma berbelanja untuk bermewah-mewah, bergaya dengan handphone baru yang juga berganti saban tahun, membeli i-phone, membeli baju-baju baru setiap minggu, dan sentiasa makan di tempat-tempat yang mahal dan eksklusif. Apakah perasaan golongan yang tidak mendapat biasiswa apabila melihat situasi ini? Sedangkan wang itu juga adalah sebahagian daripada wang ibubapa mereka yang dibayar pada pihak kerajaan.

3. Mendapat biasiswa dengan keadaan pendapatan ibu bapa yang mencecah 4-5 angka sebulan

Sebelum itu kita panjatkan syukur kepada Allah kerana kerajaan Malaysia sangat bermurah hati untuk tidak mengira darjat dan kekayaan dalam memberikan biasiswa kepada pelajar. Alhamdulillah. Kalau tidak, mungkin kita belum termasuk dalam golongan yang layak menerima biasiswa. Tetapi, setelah mendapat biasiswa, apakah kita merasa diri kita sebenarnya memang layak untuk menerima biasiswa? Saya pasti ramai di sekeliling saya yang mempunyai ibubapa yang berpendapatan mencecah 4-5 angka sebulan. Dan dengan umur kita sekarang, ramai yang ibu bapanya telah pencen yang mungkin tiada pendapatan ataupun cuma sedikit, tetapi mempunyai ramai anak yang sudah bekerja dan tidak perlu ditanggung lagi. Bagaimana dengan golongan lain yang juga sama kecemerlangannya tetapi kurang berkemampuan, tetapi gagal mendapat biasiswa disebabkan terlalu ramai yang memohon?

Saya mempunyai beberapa orang sahabat yang mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Tapi cuma mengambil 9 subjek. Setelah menghantar borang permohonan biasiswa, mereka langsung tidak dipanggil untuk temuduga memandangkan lebih ramai yang mengambil subjek yang lebih banyak walaupun subjek-subjek tambahan itu adalah subjek yang mudah. Setelah masuk ke matrikulasi, mereka memperoleh 4 flat untuk kedua-dua semester. Sedangkan apabila melihat rakan-rakan yang berjaya melepasi sesi temuduga dan melanjutkan pelajaran di kolej-kolej persediaan, keputusan tidak lah secemerlang mana. Ya ini mungkin bergantung kepada rezeki masing-masing. Tetapi adakah kita sebagai pelajar yang mendapat biasiswa, tidak malu dengan situasi ini? Adakah kita lebih layak atau adakah mereka yang lebih layak?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

4. Orang Dalam

Adakah di antara kita yang menggunakan orang dalam dalam mendapatkan biasiswa. Berdoalah semoga yang menggunakan orang dalam ini memang layak, dan juga tidak membantutkan peluang seorang insan lain yang lebih layak. Dan berdoalah semoga golongan ini tidak mengambil rezeki orang yang lebih layak. Amin~

Sunday 13 December 2009

back to normal :-)

~bersyukur kerana sempat menjalani hidup di sana~ thanks and sorry for everything everyone :)

p/s: sebak tengok ibu yang sediakan tempat tinggal (ibu ella) menangis semalam.isk.

~kehidupan tanpa KKN kembali..tetapi kehidupan dengan minor thesis bermula~ semoga semuanya selamat dan berjaya..amin yaa rabbal alamin..