Saturday 27 November 2010

Muka marah tak cantik

Bila saya tengok seorang perempuan yang sedang marah / badmood, saya nampak betapa buruknya perbuatan 'marah' atau 'bermasam muka'. Dulu saya ada seorang doktor wanita yang mood dia sangat flexible ke arah yang mudah marah. Sikit-sikit nak marah-marah & tinggikan suara. Saya tak suka tengok muka dia sebab penuh dengan kerutan di dahi. Saya ingat lagi saya pernah nak ambil MC kalau dia masuk kelas saya. Waktu itu expectation dia terhadap semua orang terlalu tinggi --> mungkin sebab itu dia mudah marah-marah.

Ditakdirkan saya berjumpa lagi dengan seorang doktor lain yang mudah bertukar-tukar mood. Saya perhatikan kenapa dia jadi macam tu --> kerana expectation dia terhadap sesuatu terlalu tinggi, bila sesaat dia tak dapat apa yang dia harapkan, mood dia serta merta berubah.


Kadang-kadang bila saya LUPA DIRI, saya pun bersikap macam tu, bila saya kecewa dengan apa yang saya harapkan tapi terlalu jauh dari mencapai sasaran, saya akan badmood. Bila saya nampak muka doctor yang sedang marah-marah dan muka marah-marak mereka tu BURUK, sekarang saya cuba untuk tak mudah badmood.

Di hospital sekarang saya cuba adapt perlahan-lahan dengan suasana dan keadaan yang kadang-kadang kurang memuaskan hati saya. Samada dari segi mental atau fizikal. Saya cuba berada dekat dengan kawan-kawan yang penyabar. Lagi-lagi bila saya balik rumah tak belajar langsung dan bila ke kelas saya nak belajar tapi orang lain bising yang tak boleh dimaafkan. Yang bila saya keluar jauh-jauh dari tempat tu pun masih boleh dengar suara orang menjerit-jerit.

Untuk menahan marah, itu susah. Kadang-kadang saya perlu lari ke suatu tempat yang jauh dari perkara yang boleh panaskan hati saya -- tenangkan diri sekejap -- lepas tu datang balik.

Saya ingat lagi waktu saya darjah 4, seorang ustaz dari Indonesia yang ajar saya subjek Hadith waktu tu, iaitu Ustaz Sulaiman, pernah suruh hafal hadith popular tentang "La Taghdhob", dalam hadith tu rasulullah ulang 3x ayat La Taghdhob (Janganlah engkau marah) tu. Waktu kecik2 tak rasa pun hadith tu memberi maksud mendalam. Sekarang bila dah besar dan menghayati nasihat Rasululullah tu, seriously ia sangat2 berhikmah kan? Rasulullah tinggalkan pesanan yang betul-betul kalau semua orang ikut, mesti dunia ni aman..hmmm..

Sama macam Dumbledore tinggalkan Lampu nama apa tak ingat, untuk Ron Wisley sebab dia tahu benda tu sangat berguna untuk Ron. Hehe...tapi tu fiction boleh laa kan..( x puas tengok Harry Potter :P)

---> Surgery Department for 9 weeks

10 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

aritu sy tgk harry potter. padahal ada yg sy belum tgk. nanti blk cni bwk externel yg ada harry potter aa. sy mau tgk puas2!

ba. La taghdob.

Wazie Wahidah said...

kenapa jgk sy eja external begitu tu. ext hard disk ( mcm la ko x phm kn :p)

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Yahh.. memang la kalau marah2 muka nda cantik.. tu la kalau kak suda start marah tu, pegi cari cermin, sumpah hodoh! hahahahaha...

Haih.. susah sebenarnya mau kawal amarah ni, susah! ~ Kena ajar diri banyak bersabar..wu wu wu


Wazie,
Noi tgh baca HP buat yg keberapa kali ni.. hihihi..
Sian Dobby..
Noi blum tgk lagi Movie 7 ni.. wu wu wu.. best ka?

Rafahiah Haron said...

WW - hehe ba nanti sy kasi aa..sedih kn HP kali ni..time tgk tu sngt2 menghayati smpai x sedar pun crita tu mau habis, bila habis, rasa mcm x puas ni, pdhl byk suda scene yg best2. P la baca2 cerita dia smpai habis. msti rasa lagi best tu :D

Kak Noi - ya itula susah bgt tp after tulis entry ni, sy ada juga badmood kdg2..hihihi..btw HP 7 sgt best! tp xtau la mau compare mcmana dgn HP yg lain, sbb semua HP ada keunikan tersendiri.hee.

Unknown said...

Yah,

Kalau marah ambil wudhu'. Kalau sedang berdiri, duduk. Kalau sedang duduk, baring. Kalau sedang baring?

La taghdob...nanti kalau lepas kahwin, lagi kena banyak sabar dgn karenah si Naqi tu... La taghdob lagi skali...

Usagi said...

sy xsuka layan org yg marah2, buat kita pulak rasa nk marah.

manusia sntiasa bertopeng, sifat mnusia yg xpakai topeng adlah waktu dia marah

Rafahiah Haron said...

Abg Din - kalau sdg baring? tidur, tutup mata & lupakan semua, then bgn x ingat apa2.hehe. Hmm to be truth Yah mcm tak pernah praktikkan amek wuduk waktu marah, huhu. tp kdg2 time smbhyg pun boleh marah dlm hati kalo org sekeliling bising smpai x boleh khusyuk. (boleh plak kan mcm ni,hmm)

betta - suka ayat tu : org tak bertopeng adalah pada waktu dia tgh marah. so true, tp nak selalu jd yang bertopeng..hehehe:P

Anonymous said...

Aku hanya ingin membuat komentar cepat untuk mengatakan saya senang saya menemukan blog Anda. Terima kasih

Anonymous said...

Ini adalah artikel bagus untuk dibaca, terima kasih untuk berbagi..

Miss Brenito said...

Salam, sy blogger juge, nk minta izin copy pic pompuan marah tuh yer.. tertarik lak rasenyer kan.. nk masukkan dlm blog sy, klu senang nanti jengukla blog sy yg baru nk bercambah tuh yer.. minta halal yer

Post a Comment