Friday 29 January 2010

Satu Malaysia ke?

Hari tu, saya ternampak update seorang kawan kat facebook, saya tertarik dengan group yang dia join, ada nama seorang perempuan. Nama group tu "We Sarawakians hate _____". Di tengah kesibukan yang begitu sibuk skrg ni, saya sempat jugak tengok group tu. Selidik punya selidik. rupanya mereka buat group tu sebab nak perempuan tu mintak maaf kat diorang and tarik balik kata2 dia sebelum ni.

Sebenarnya, dipendekkan cerita, perempuan ni saya tak ingat dari negeri mana, tapi tanah semenanjung la. Dia berkahwin dengan lelaki dari Sarawak. And one day, dia buat status "kenapa lah orang suka sangat kacau laki aku" and mcm biasa, ada la komen dari kwn2. Yang kacau suami dia ni, perempuan berasal dari s'wak jugak. Dan perempuan ni marah2 and kutuk2 semua perempuan sarawak, kata dorang tinggal dalam hutan etc. Siap kata semua perempuan sarawak ni suka kacau suami orang. Banyak la dia kutuk, tapi disebabkan seorang perempuan s'wak, dia kutuk semua perempuan sarawak.Something like that la. Barulah saya tahu kenapa group tu dibuat.

Kadang2..perasan tak, kat Malaysia ni, nama ja 1 Malaysia..tapi sikap racist dan kenegerian tu sangat tebal.. Tak semua orang macam ni tapi MASIH ADA ORANG MACAM NI..

Ini berdasarkan pengalaman saya lah..

Saya pernah dengar seorang kawan kakak saya, dia orang Terengganu. Berkawan dengan seorang lelaki dari Kedah. Tapi, mak lelaki ni dah pesan awal2 kat anak lelaki dia.. "Kalau boleh, jangan cari orang dari Pantai Timur".. Disebabkan itu, kawan kakak saya ni dah terasa hati..dan mengundur diri. Pelik kan macam tu. Mungkin his mom ada reasons. Tapi, kenapa orang Pantai Timur? Kalau jauh, Ok, boleh diterima, tapi..kenapa kalau jauh kat Johor, kat selatan tu boleh pulak. Siap specific kan tempat lagi. As if semua orang kat Pantai Timur tak boleh dibuat isteri.

Itu satu.

Ada orang lain pulak, kalau sebut 'Orang KL' je, ada orang cakap 'akhlak tak bagus'..'remaja rosak'..'mat rempit'..'hisap dadah'..etc. Sedangkan tak semua orang KL macam tu. Mungkin betullah pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, saya tak setuju dengan peribahasa tu. Bagi saya ia sangat tak adil. Negeri lain pun ada yang mcm tu.

Kalau bagi saya yang berasal dari Sabah ni pulak. Pertanyaan yang pernah saya dengar tentang Sabah is - "Betul ke org Sabah ni tinggal atas pokok?", "Ada apa kat Sabah tu, hutan je kan?", "Sabah tu ada shopping complex ke?"..banyak lagi yang seumpama dengannya. Lagi, ada orang yang benci orang Sabah sebab kalau Akademi Fantasia, kalau ada peserta dari Sabah je, mesti dpt vote tinggi2, pastu kata orang Sabah ni kenegerian. Sedangkan bila dah keluar AF, takdelah pegi mane pun peserta tu. Disebabkan itu, kutuk2 org Sbh.

Negeri2 lain pun ada jugak, tapi saya cakap sikit je kat sini. Jangan marah ye orang2 yang negerinya disebutkan di atas. Saya sekadar bagi contoh je. Sebab seriously saya pelik dengan sikap2 ini yang kebanyakannya wujud di semenanjung. To be truth, sebelum belajar kat Semenanjung, saya tak pernah dengar benda2 macam ni, bila dah datang semenanjung, baru lah saya start dengar 'peraturan2' mcm ni. Orang negeri ni-mcm ni, orang negeri tu- mcm tu..

And bila datang semenanjung jugak, saya tengok ramai orang yang 'racist'. Perbezaan antara Melayu, Cina dan India tu sangat ketara. Saya nampak la kaum yang kerja tinggi2, kaum yang kerja jadi driver taxi, kaum yang kerja pemandu bas, kaum yang kerja kat shopping complex.
Saya pergi BTN pun, saya sangat kejutan budaya dengan sikap perkauman di BTN tu. Saya mengaku, mungkin ada Sejarah yang perlu dikaji semula, sebab itulah dendam terjadi, dan orang Melayu tak boleh pandang sebelah mata.

Tapi, kalau nak buat 1 Malaysia dengan sikap2 mcm ni, dendam bertahun2, baik di depan tapi musuh di belakang. Saya tau kalau saya ckp mcm ni, mesti ada yg ckp.."ala,zmn skrg ni mane ade dah orang nak buat baik2 ni, kite kne grab semua peluang, jgn baik2 sgt dengan org ***, nanti kite yg ditindas"..Macam tu lah kot..

Satu perkara yang buat saya gembira bila berada di negeri kelahiran saya, kawan2 saya, datang dari pelbagai suku kaum..belajar di bawah satu bumbung yang sama, tak kira melayu, cina, india.. Yang cina pun dah jadi macam orang bumiputera sbb parents dorang ramai yang kahwin dengan orang tempatan.. kat sana dah ramai orang yang kat surat beranak dia tulis 'Sino-***'. Tak pernah pulak saya dgr siapa2 yang tak suka dgn bangsa ni, bangsa tu..

Alahai 1 Malaysia~

Thursday 21 January 2010

happy!!

Post pendek, just nak mengekspresikan rasa happy sbb saya dah berjaya explore sendiri mcmana nak copy words from any pictures into documents. Yeay! Lepas ni tak payah susah2 type balik..bukak microsoft word..tutup, bukak microsoft office pictures, baca ayat, tutup, then type kat word, dan seterusnya sampai 200 soalan.

2 tahun lepas, Ali pernah bagitau yang kita boleh detect any words from pictures, lepas tu copy words tu into microsoft word. But Ali tak pernah ajar how. Or maybe semua org tau, saya je yg ketinggalan. hehe. Tak kisah lah yang penting saya dah pandai buat pakai Microsoft OneNote. Thanks to OneNote!

p/s : sorry lah terlebih excited sbb saya budak medic, benda2 ni tak blaja kat sini.hihi. Ok bye!

Wednesday 20 January 2010

Cuti dah habis

Salam..

Cuti seminggu lebih dah hampir habis. Tak banyak pun yang saya buat, lebih pada berehat. Lepas ni masuk semester8 mesti dah start busy balik.

Proposal utk minor thesis pun baru siap chapter1 and chapter2, sebab saya banyak sgt relax and buat lmbt2,hehe. Lagipun source banyak kat internet, internet plak sangat lembap. Huhu. And the worst part is, saya tak dapat jumpa my supervisor langsung, sbb sepanjang minggu mereka berdua kena jaga OSCE..huhu..

Hari tu saya buat janji kalo tak siap proposal saya tak boleh pegi PERMAI..(Perhimpunan Mahasiswa Islam Se-Indonesia) esok. InsyaAllah saya siapkan chapter3 hari ni jugak. InsyaAllah, so that saya boleh pegi PERMAI 3hari,2mlm. Saya sgt suka aktiviti ceramah motivasi n tajuk2 ceramah dlm permai tu..(itu je yg buat saya nak pegi sebenarnya) tapiii..hiii...yg saya tak suka..is.. macam orientasi..hihi..ada LDK etc. Selalunya, kalo orientasi..ada LDK and bersukan mcm tu..saya escape..kkikiki..tapi takpe lah, kali ni saya try join. Kalo nampak best lah kan ;p


Saya dah ready untuk new system, GenitoUrinary System (GUS). I mean, bukan nya saya dah start study GUS. Tapi saya dah ready mental je.hihi. Sebab cuti lame sgt kot. Agak lama la utk kitorang yg susah nak dpt cuti ni. Cuma tinggal 2 system saje lagi before pindah rumah ke Bandung, untuk co-assistant year. Tak sabar :) Biasanya kalo cuti after exam tu 2hari je (weekend), then straight masuk system baru, mental tak ready lagi untuk tinggalkan the previous system, dah masuk system baru.huhu.

Ok la,hari ni saya nak siapkan chapter3 and siapkan type soalan respi batch. Semangat yah. Think positive! Ceriakan hari anda dengan perkara-perkara positif yang membuatkan anda sentiasa boleh tersenyum :) Penuhi hari dengan ibadah yang sempurna,dan diterima Allah, amin (^_^)

Salam..

Wednesday 13 January 2010

Si gebu-gebuku

Dah lama tak letak gambar rabbit gebu kan. Sebab rabbit bukan saya yang jaga, jadi gambar pun tak banyak. Nak melawat rabbit selalu pun segan sebab rumah lelaki. Huhu. Mr penjaga rabbit, saya nak jaga rabbit semula boleh?*mintak permission*


ini gambar rabbit pada bulan october lepas. sekarang dah besar agaknya.


gebu kan?


yang besar tu seekor jantan dan seekor betina


sedang minum air bersih


macam nak tercekik je rabbit tu. Budak2 perempuan kat belakang tu nak tengok rabbit kot tapi tak berani nak ckp..


memandang ke hadapan



Yang kecik tu rabbit ainul :)


Yang hitam putih tu satu-satunya anak arwah (jantan & betina) yang survived dalam endemic yang menyebabkan kematian ibubapa dan adik beradiknya. She is very strong! Pernah kena banyak infection tapi dia tabah dan sembuh.


Ini gambar 2 bulan lepas. Gambar terbaru akan cuba diusahakan setelah mendapat permission menjaga rabbit semula.hehe.

Sebabnya adalah malas dan internet lembap

Kenapa saya jarang update blog? Busy study, internet sangat lembap, tak boleh bukak blog..dan akhirnya menjadi malas. Ni saya nak selitkan apa yang sempat tulis sementara internet ni tak berapa lembap. Tapi tetap lembap.

Dua minggu lepas (24 Dis-2Jan) sangat happy sebab dapat balik rumah..study week di rumah walaupun tak study sangat..tapi tak sesekali menyesal sebab buat keputusan untuk balik. Setiap hari terisi dengan kegembiraan. Jadi ambil exam pun dengan kegembiraan walaupun tak habis study..hihi.

Ok, sekarang 1 perkara yang buat saya sgt2 JELES/CEMBURU/IRIHATI adalah dengan kakak saya dan dua adik perempuan saya yang sedang join kursus memasak selama 9 bulan. My sis join kursus Confectionary & Bakery, and my 2 younger sisters join kursus Masakan & Pramusaji.. Bestnya ada masa untuk perkara2 macam tu. Saya sangat2 cemburu ok. Saya pun nak jugak! Huhuhuhu.. I love cooking!!! Tapi selama ni saya masak semua dari resepi turun temurun parents dan jugak resepi internet. Kan best kalau boleh belajar dengan teratur and then boleh jadi orang yang boleh reka banyak resepi sendiri. Huhu. Lepas tu kalau buat cake, tak tahu pun apa function bahan tu, bahan ni, bahan tu, bahan ni..pastu kalo cake tu dah masak, if ada silap sikit, saya n kakak saya suka buat assumption sendiri, sebab tak buat macam tu lah, sebab tak letak itu lah..etcetera. Kalau belajar dengan proper kan bagus. Salah apa2 pun boleh tahu. Dengan hidup saya yang menjurus pada satu bidang yang penuh dengan kesibukan dan kepenatan nanti, rasa2 saya berkesempatan tak nak join kursus2 macam tu?Isk. To my sisters, good luck! And jangan segan2 turunkan ilmu nanti..hehehe..

Ok lah sebenarnya ini entry untuk my 3 sisters..kot. Blog ini memang khas untuk saya ceritakan life saya..hehe.. Sekarang cuti dua minggu.. Saya masih rasa suasana bersama family walaupun dah hampir dua minggu saya balik Bandung. Sebab tu, saya tak kisah saya tak balik cuti kali ni.. masa untuk berjuang menyiapkan minor thesis! Chaiyokk!! Pesanan untuk diri sendiri : Jangan stress2, be happy always, think positive, kalau bosan duduk sorang2 kat rumah, sila masak dan makan dan makan.. Dan siapkan proposal untuk thesis! Becoz it forces the researchers to think through various aspects in carrying out the study :p Hikhik..Bye2.