Friday 14 January 2011

coret-coret bedah

I'm in Neurosurgery sub-department now. Baru habis sebenarnya. Last week kat sub-department Orthopedic & Traumatology, rasanya minggu yang paling busy setakat ni. Sebab hari-hari doctor buat bimbingan (tutorial). Dua sub-department ini agak interesting sebenarnya, cuma mungkin Orthopedic tidak sesuai dengan fizikal dan jantina saya. Tapi dalam banyak-banyak doctor lelaki kat situ, ada jugak terselit tiga orang doctor perempuan. Kagum.


Yang saya suka cuma menjahit luka, tapi kat
neurosurgery pun boleh jahit luka. Minggu ni saya berpeluang jahit kepala patient yang terkoyak. Yeay! Sabtu ini oncall lagi, I hope I can do more & more. 3 minggu lepas saya kat sub-department Plastic Surgery, berpeluang untuk lihat few operations dalam OT. Antaranya "Breast Augmentation" dan "Necrotomy". Minggu ni dapat tengok kepala patient digerudi untu keluarkan tumor pada bahagian berhampiran otak.

Lepas oncall malam tahun baru yang lepas, saya rasa agak malas untuk update blog. Saya berfikir panjang tentang hidup saya. Mungkin situasi malam tu bukanlah gambaran sebenar kehidupan harian saya sebagai seorang doktor nanti. Jadi saya perlu teruskan semangat untuk membantu insan-insan yang memerlukan di luar sana.

Malam tu, saya sebagai chief-coass yang bertanggungjawab untuk memantau semua patients yang datang ke Emergency bahagian Surgery, membahagi-bahagikan tugas pada rakan-rakan coass seramai 12 orang untuk menguruskan patients, atas arahan doctor. Kalau telefon berbunyi (yang memang tak henti-henti berbunyi setiap 3-5 minit selama 12jam), saya kena angkat dan panggil doctor yang di-call tersebut. Belum campur orang salah number.

Orang kata Malam New Year, ruang Emergency tu berpesta. Pesta patient. Memang betul pun. Tepat jam12 malam, ambulans pun datang ni-no-ni-no. Antara patients yang datang malam tu kebanyakannya patah tulang (ada yang di kaki, ada yang ditangan), tulang kepala retak, kaki digilis sampai tercabut, gangrene, peritonitis, tulang belakang cedera, tumor, bibir melecur, telinga kena mercun, dan banyak lagi.

Untuk SETIAP patient (terutama yang nyawa terancam), tindakan-tindakan segera yang kami perlu ambil untuk selamatkan nyawa patient adalah :

A- Airway (kena betulkan position leher atau keluarkan apa yang ada dalam mulut patient supaya tak menghalang udara masuk - berlari ambil collar neck dan pakaikan kat leher patient)

B- Breathing (check respiratory rate, berlari ambil nasal canule & bagi oxygen supply)

C- Circulation (check blood pressure, pulse rate & bagi IV fluid - yang ni dah start suntik patient, memang kena banyak bersabar lagi-lagi patient yang menjerit-jerit tak nak disuntik), or bagi blood transfusion kalau patient kehilangan banyak darah.

D - Disability (Check tahap kesedaran patient (GCS), observe extremities for movements)

E - Exposure & avoidance of hypothermia ( undress patient & tutup dengan selimut)

Lepas tu, kena ambil darah untuk laboratory examination, kena tolak katil patient buat X-ray/ USG, berbaris tunggu giliran (X-ray pulak ada satu, patient berpuluh-puluh). Ada sekali tu saya dimarahi oleh doktor sebab tak tahu rakan-rakan lain pergi mana. Sedangkan semua co-ass tengah busy urus patient di pelbagai tempat kat dalam hospital tu. Dengan patient seramai 49 orang malam tu, he expects me to remember every patient's name, every diagnosis, and every management. Saya hafal la jugak, tapi tak semua. Kadang-kadang ada yang saya perlu tengok balik kertas yang saya tulis. Dia marah saya bila saya tak tahu patient tu dah X-ray atau belum. Semua co-ass busy, tak sempat nak bagitau saya setiap kali mereka hantar patient pergi X-ray or USG. Analoginya, saya tahu dan hafal 40 patient, dia tanya saya tentang the other 9 patients. Bila saya tak tahu, nampak lah macam saya ni tak bertanggungjawab kan.

Lepas tu dia dengan sewenang-wenangnya cakap seolah-olah dia tak perlukan pertolongan saya. As if, kalau saya tak ada pun tak apa. Sedangkan saya dah berdiri disitu dari jam 12 tgh malam sampai 4 pagi untuk tolong dia bahagi-bahagi tugas. Saya sembahyang Isyak pukul 4 pagi. Dah hampir subuh.

Ada seorang doctor yang lain pulak, marah saya sebab dia tak nampak rakan-rakan saya yang lain dalam ruang tu. And he said, " kamu kalau mau izin istirehat, bagitau ke kami, jangan kabur, kalau mau solat tanya ke saya, ini nyawa patient, jujur saya bilang saya belum solat asar dari kemaren, maghrib & isyak juga saya belum solat, soalnya saya nggak sempat, kalo saya solat, siapa mau jaga patient? ini subuh juga mungkin saya tidak sempat solat kerna patientnya datang terus "

Dalam hati saya.."????????!!"

Patut kah saya contohi prinsip tersebut. Saya yang dah tak tahan kena marah banyak kali malam tu pun angguk je, n mintak maaf. Terpaksa lah kan, nanti kalau saya lawan jadi cerita lain pulak. Memang saya sangat menghormati sikap doktor tersebut yang sangat mengambil berat tentang patient yang datang. Tapi bagi saya, selain tanggungjawab pada patient, tanggungjawab pada Tuhan juga harus lebih diutamakan.

Setelah difikirkan, saya kekal dengan prinsip saya yang satu ini : Walaupun patient tu sedang nazak, solat kita perlu dijaga. Kalau patient tu hidup sekalipun, tapi kita mengorbankan solat fardhu kita, patutkah kita rasa happy, di akhirat nanti kita jugak yang rugi. Lebih baik rugi di dunia daripada rugi di akhirat. Kalau kita pergi solat, patient mati, is that our fault? I don't think so. Lagipun macam lah tak boleh ganti-ganti dengan doctor lain. HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.

Tugas kami kelihatan agak senang, tapi bila berdepan dengan patient sebenar, baru tahu langit tinggi rendah. Kalau lelaki badan besar yang jerit-jerit tak nak disuntik memang agak mencabar kesabaran. Kadang-kadang ada hari-hari yang saya sangat mengantuk, tapi tiba-tiba dapat patient yang kemalangan jalanraya sebab bawak motor dalam keadaan mabuk. Tattoo sana sini, datang emergency room, tapi bila kita nak tolong, dia marah-marah tak nak bagi kita jalankan tugas. Sampaikan nak ambil blood pressure pun susah. Doctor pulak asyik tanya berapa blood pressure, kalau patient gerak-gerak tepis tangan saya, macam mana nak dengar blood pressure.

Saya faham lah dia sakit, patah tulang, berdarah tak henti-henti, tapi dia jugak yang datang hospital untuk dapat bantuan tengah-tengah malam. Kadang-kadang bila patient macam ni, terasa agak kecewa jugak sebab kita belajar susah-susah selama bertahun-tahun, dan berjaga malam sampai sakit-sakit untuk tolong mereka, tapi mereka senang-senang nak tendang-tendang kita. Ada jugak keluarga patient yang prejudice terhadap doktor-doktor muda macam kami. Masuk-masuk je ruang emergency tu, terus kata tak nak dirawat oleh doktor muda, tapi nak dirawat oleh doktor.

Paling tak dapat terima, lelaki yang takut disuntik. Sepanjang pengalaman saya suntik-suntik ubat or ambil darah kat patient, patient lelaki lebih ramai yang tidak mahu disuntik. Alasan fobia, tak tahan, etc. Patient perempuan lebih mudah diurus. Mungkin sebab tu lah perempuan dipilih oleh tuhan untuk melahirkan anak.Hehehe. Orang kata sakit melahirkan anak tu adalah sakit yang paling sakit di dunia selain sakit dicabut nyawa. Orang kata lah. Saya ikut saja. Hehe.

Untuk patient yang suspect tumor colon or anything yang melibatkan digestive system, kami kena buat pemeriksaan "Digital Rectal Examination" atau dalam bahasa Indonesianya "Pemeriksaan Colok Dubur". Agak kasar di situ, tapi itulah hakikatnya. Hehe. Tapi saya selalu mengelak untuk buat :P Kita kena masukkan jari kita ke dalam lubang punggung patient untuk rasa kelainan kat situ. Kalau patient kat Emergency Bedah ni, kebanyakan patient yang Appendicitis ataupun Peritonitis.

Ada jugak case benjolan pada scrotum. Tahu apa itu scrotum? Sila google saja kalau tak tahu. Hee. Case yang ni agak banyak jugak. Kalau dapat patient macam ni, kita perlulah meraba benjolan itu ok. Mata-mata kami memang sudah 'tercemar' dengan pemandangan-pemandangan sebegini. This is the real life of a doctor.

My problem is,
Untuk oncall yang awal-awal dulu,
Setiap kali oncall yang tak boleh duduk langsung dari jam3 petang sampai jam12 malam, my spine akan mula terasa sakit. Bila dah sakit macam tu, saya memang dah sangat malas untuk buat kerja. Rasa nak duduk saja. Dan bila dah banyak kali oncall, semangat saya untuk jadi seorang yang bersemangat telah pudar.

Saya hanya buat kerja pada patient saya,
Saya kurang ambil tahu tentang patient lain.
Yang saya kejar adalah menghabiskan management untuk my patient.
Saya rasa saya sedang tipu diri sendiri.
Kalau saya berdiri lama, n pretend macam buat kerja.
Saya yang sakit.

Saya tak suka macam tu,
Saya nak jadi rajin,
Tapi kemahuan saya dihalangi oleh kemampuan saya.

Sebab tu saya sangat geram dengan lelaki berbadan besar dan kuat,
Yang suka ponteng-ponteng waktu oncall.

Dan dengan oncall di Surgery Department ni,
Saya dah melanggar beberapa prinsip hidup saya.

Saya selalu nak tidur yang berkualiti.
Bagi saya tidur (untuk diri saya) yang berkualiti adalah 7 jam,
Bila saya tidur 7 jam,
Saya tak akan tidur waktu siang.

Dan saya suka ikut prinsip yang Nabi pesan dalam hadith,
tidur selepas solat Isyak dan bangun awal untuk solat malam.

Tapi, semenjak masuk department ni, especially waktu oncall, saya rasa dah melanggar prinsip hidup sendiri. Selain tidak tidur langsung (atau pun cuma satu jam), solat pun tak terjaga, asyik solat di akhir waktu, apalagi untuk bangun solat malam, sangat mustahil. Kalau langsung tak tidur, macamana nak bangun kan :P

Lepas tu, siang hari esoknya, kalau weekdays, boleh tahan jugak lah untuk tidak tidur dan ikut aktiviti siang tu, tapi kalau weekend, memang tidur lah sepanjang hari tu. Bangun cuma untuk solat. Lepas tu tidur balik. Sungguh tak berkualiti hidup macam tu.

Ada dua minggu lagi sebelum saya tamatkan rotation di bahagian Surgery ni. Agak relax sebenarnya department ni, mungkin nanti saya akan rindu. Bila lagi boleh selalu naik OT kan.

Owh, lagi satu, dari pemerhatian saya, semakin senior seseorang doctor itu, semakin kurang busy kerja doctor itu. Dan doctor yang paling busy adalah doctor junior. Doctor yang dah senior dan dah hampir nak jadi specialist tu sangat lah santai jugak. Boleh marah-marah junior. Apalagi doctor yang dah taraf specialist. Bertambah-tambah la tak busy. Jadi kalau boleh, saya pun nak cepat-cepat belajar untuk jadi specialist bila dah kerja nanti. It's not that easy, but kalau tak nak kejar yang tu, mungkin selama-lamanya kita akan busy. Kalau busy, macam mana nak urus keluarga dengan baik.

P/s : 2 minggu lagi balik Sabah! ^_^

2 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

panjang entry ni. banyak sy mau cakap tapi malas taip. mau komen secara bercakap jugak ni.

tapi plg bikin 'sabar ja la' is tu doc yg tidak sempat solat tu. tidak cukup doc ka d sana? kamu bukan bole jamak solat ka? hehehe

Husna Z.A., 2009 said...

doktor punye oncall memang tak sempat benafas kannn..
lepas oncall tak dapt cuti ka?

Post a Comment