Friday 11 November 2011

minggu terakhir :)

Semalam saya ambil cuti sakit. Department ni cuma boleh tak datang 3 hari. Tu pun wajib ambil MC. Semalam saya rasa tak sedap badan, mungkin sebab hari sebelum tu saya main dengan budak-budak tadika yang ramai tengah sakit. Virus macam-macam. Saya kena ukur lingkar kepala dorang, pastu ramai sangat yang comel-comel. Geram, dah la chubby-chubby, pembersih, bulu mata lentik, tak macam tadika-tadika sebelum ni. Ada sorang budak tu, saya ukur kepala dia sambil pegang pen, lepas tu terkena kat hidung dia. Saya pun berusaha nak padam, so padam pakai tangan. Lepas tu lupa cuci tangan. Budak tu tengah flu. Mungkin saya terjangkitdari dia.

Hari ni pun masih rasa tak sedap badan. Ikutkan hati nak ambil cuti lagi. Tapi kesian pulak kat kawan-kawan lain. Mesti banyak benda nak urus untuk Selasa ni. Kami kena buat "penyuluhan" (buat program untuk educate masyarakat) so banyak la benda kena siapkan. Lepas tu kena siapkan final report lagi. Then Khamis final exam untuk department ni.

As i already mentioned in the previous entry, untuk 9 minggu ni kena pergi klinik dari Isnin sampai Sabtu. So cuti hanya hari Ahad. Minggu lepas raya haji hari Ahad. Tak rasa macam cuti pun, lepas tu Isnin kena pergi klinik lagi. Pelik betul negara yang ramai penduduk muslim tak bagi cuti tambahan.

Penat secara mental sebab 1 hari pun takde waktu rehat. Sebenarnya yang penat tu adalah perjalanan. Bayangkan kalau hari Jumaat, duduk sana 3 jam je. Tapi perjalanan pergi 1 jam, perjalanan balik 1 jam. Kebetulan my group tak de sorang pun yang ada kereta. Setiap hari dapat angkot yang supir dia merokok tak kena tempat. Pollution everywhere. Beruntung kalau dapat bapak angkot yang tak merokok. Dan yang drive berhemah. Kadang-kadang ada yang drive tak berapa nak betul, suka berhenti tiba-tiba banyak2 kali, buat saya rasa nak muntah.

Pernah dua kali saya naik/bonceng ojeg (motor), bayar 25-30 ribu (rm12) one way. Tapi balik kena naik angkot la sebab mahal. Advantage naik ojeg adalah cepat. 30 minit dah sampai. Dan sampai terus depan Puskesmas. Kalau naik angkot, angkot tu tak sampai kat depan Puskesmas. Kami kena jalan kaki lagi masuk dalam lebih kurang 5 minit.

Hari tu saya plan nak sewa ojeg 3 minggu for 300ribu (rm120), sebab boleh jimat sikit plus cepat sampai. Tapi bapak ojeg tu kata "Naik sikit lah jadi 400ribu". Dia kata 400ribu tu harga Bandung, harga pergi Buah Batu kenalah tinggi sikit. Huhu, terus saya cakap tak jadi. Saya ingatkan dorang dah bersyukur la ada orang nak sewa 3 minggu, daripada dorang susah-susah tunggu penumpang tapi tak ada orang nak naik. Kalau ada pun kena berbagi-bagi dengan bapak ojeg yang lain.

Alhamdulillah sampai sekarang dah hampir habis pun minggu ke-3 naik angkot. Tinggal 1 minggu lagi. Minggu depan semoga semuanya dipermudahkan. Hari ni I decided to go, kalau boleh nak pakai masker. Hidung tengah tak sehat. huhu.

Sepanjang 3 minggu ni, setiap hari saya bangun 3:30 pagi, sebab cuma itu waktu yang saya ada untuk buat apa-apa kerja rumah, lagipun lepas Isyak terus tidur. Ok lah saya nak pergi bersiap-siap pergi puskesmas. Thanks sebab baca luahan hati yang macam kanak-kanak ni. Bye.

6 wonderful voice(s):

Nadia Nazifah said...

penatnye macam tu. huuu. sabar lah yah, sikit je la. get well soon!

Wazie Wahidah said...

wah bangun 3.30 pagi untuk buat kerja rumah??? kagum2. hehe. skrg kami sini isyak awal. 7.09 pm begitu isyak suda. kalau tidur lepas isyak memang nikmat lah. makanan dinner pun makan masa breakfast. haha.

kalau saya naik2 public transport sorg2, mesti rasa sangat berdikari. rasa macam puas hati sebab boleh buat. sebab sy kan penakut. haha.

Wazie Wahidah said...

eh, kenapa date & time di komen ni lain aa dari real time? 12 Nov 16:12? saya komen ni 13 Nov 08:14 ni. saja tulis untuk rujukan. hahahaha

Rafahiah Haron said...

kak Ya : thanks kak ya..betul2, kena smgt, sikiiit je lagi!:)


sis wazie : hehe..tp kdg2 terbuang masa jg dpn computer..kena tutup laptop baru la..sini pun isyak jam7.haha..(best kan lama tidur...:P)

huhu kdg sedih naik public transport sorg2..lg2 kalo hujan, basah2..huhu..tp kalo fikir mmg sedih, kena buat2 x fikir..hehe..

date blog kan mmg lmbt, dia ikut negara apa ntah.hehe..

HuiMay said...

Huhu..kesian Yah. Harap2 family medicine Yah boleh dapat dekat. Dan video tu sangat sweet. tengok 100 kali pun tak kan bosan! :D

Rafahiah Haron said...

Amy, hehe thanks sbb tolong berharap dpt dekat. tapi...dapat klipad plak. hehe..tp xpela, cabaran :P

tp amy lg kesian, dpt cinunuk. Amy pun be happy k kat sana, jgn stress2! tulisla blog slalu, atau sms la kalau ade nak share ape2 :D

Post a Comment