Friday 30 December 2011

Episiotomy, ayam & Majalaya

Kelmarin (Jumaat) ada latihan episiotomy (memotong bahagian perineum untuk memudahkan bersalin & mengelakkan perineum koyak banyak..hmm lebih kurang lah, dalam ayat buat sendiri) dan menjahit episiotomy. Kami buat kat vagina babi.


Gambar tanpa izin dari facebook Mimi ;p

Walaupun saya gagal dalam usaha itu, saya akan berusaha lagi lepas ni. Gagal sebab : tak bawa surgery kit, pakai sebelah glove sahaja, takut b*b* melompat lepas tu kena samak. Hehe alasan! Sebenarnya saya agak tidak rajin semalam. Huhu.

Kenapa vagina babi dipilih? Sebab vagina babi mempunyai persamaan dengan vagina manusia.

Semalam waktu tengah jahit-jahit tu, saya cakap kat partner saya, Khairi,

"Krie, lepas ni nak pergi pasar lah beli vagina ayam banyak-banyak".

Lepas tu my junior Mira cakap,

"Kak Yah! ayam mana ada vagina"

Saya, "Ye ke? Habis tu macam mana ayam beranak?" (lupa jap yang ayam bertelur)

Mira, "Ayam kan bertelur"

Saya, "Ayam bertelur tak perlu ayam jantan ke?"

Mira, "Tak, sebab tu kalau orang nak telur ayam, letak je ayam betina banyak-banyak kat 1 kandang"

Saya dan Khairi, "Ooooo, baru tahu"


Balik rumah, I asked my husband,

"Abang, betul ke ayam betina tak perlu ayam jantan untuk bertelur?"

Husband, "Tak perlu. Tapi perlu untuk nak menetaskan telur dia."

Saya, "Benda tu memang semua orang tau ke. Kenapa syg tak tau. Hehe"

Husband, "Entahlah, tapi rasa macam ada dalam subjek Sains darjah 4 dulu"

Saya, "Owh" (nampak sangat tak belajar)

Saya, "Habis tu ayam betina dan jantan tak buat apa-apa untuk melahirkan anak?"

Husband , "Tapi ayam jantan kena masukkan sperm dia jugak ke dalam ayam betina, eh tapi abang pun tak sure. Cuba cari lagi"

Saya, "Ayam ada vagina tak?"

Husband, "Tak sure. Cuba cari"


Saya pun meng"google" disebabkan curiosity melampau terhadap ayam. Yang saya jumpa, sistem reproduksi ayam macam hampir sama dengan manusia, setelah diringkaskan beginilah yang saya faham.

Ayam betina ada ovari, dalam ovari tu dia keluar "kuning telur" (kalau manusia kira macam ovum lah), lepas tu kuning telur tu keluar melalui oviduct (macam Fallopian Tube la dalam manusia) menuju ke uterus (sama kan dengan manusia?), lepas tu dalam uterus tu lah elemen-elemen "putih telur", air, vitamin dan mineral dimasukkan. Dalam uterus jugalah berlaku pengerasan kulit telur. Lepas tu telur menuju ke cloaca lalu keluarlah telur tersebut dari buntut ayam.

Tapi saya tak jumpa tentang ayam jantan bagi sperm kat ayam betina. Tapi ada terbaca tentang orang yang bela ayam letak sperm secara manual ke dalam ayam betina.

Kesimpulannya, ayam ada vagina. Tapi saya belum faham sepenuhnya pasal ayam. Huhuhu. Dan saya rasa ada sesuatu yang kurang menyenangkan hati bila ada benda yang saya tak faham :( Tapi, sepatutnya saya tak terlalu memikirkan tentang ayam. Sebab yang perlu saya tolong adalah manusia. Ok Yah? huhu.



Okay lah mari lupakan tentang ayam. Sekarang saya kena pack barang dan baju-baju untuk seminggu sebab mulai esok saya kena pergi bertapa di Rumah Sakit Majalaya yang agak jauh dari rumah.

Jadi seminggu ni terpaksalah kami berjauhan. Demi mengejar impian mencari ilmu dan membantu ibu-ibu melahirkan anak. Nanti kat sana kalau dapat online, saya update blog :)


Peta dari A- Sukajadi (my place) ke B - Majalaya. Tempat tu agak luar bandar sikit. Tempat suami kena gigit nyamuk Aedes dulu --> lalu 2 minggu kemudia beliau diserang demam Denggi. He advised me to bring mosquito repellent banyak-banyak.

7 wonderful voice(s):

azura said...

haha! comel je entri ayam ni.. kak yaya pun baru tau haha! cari lagi.. kasi lagi ilmu ye.. hehe

Hafeeza said...

all the best dear sist! ^^
take care owez..

x leh bayangkan pegang itu b*b*..mcmna la tu..suma peralatan pas pakai kena samak ka kak? hihi

HuiMay said...

Hahaha Yah. comel. Eh dah lama jugak tak buka blog Yah. Sekarang sangat rajin mengupdate Yay. Ade lagi blog layout yang baru. BEst! :)

Happy New year Yah. Jumpe besok.

Rafahiah Haron said...

Kak Yaya : yeay ada kwn yg baru tau! hihi.

Feeza : peralatan bukan kakak punya.tp supposedly samak la kan..hehe.. glove suma tu buang jak la..hihi

Amy : Happy New Year too Amy! :) rajin update sbb byk masa free..hee..Amy pun rajin update k! Nanti kena tegur lg dgn Krie..hehehe..ok,jumpa nanti!

Eriyza said...

Selalu datang baca blog ni tp malu
nak komen sbb tak kenal Doktor Rafahiah.
Saya suka dgn perkongsian ilmu yg diberi,
secara tak langsung sy juga belajar benda
baru. Terima kasih Puan Doktor. ("_")

Rafahiah Haron said...

Eriyza :

Your Welcome eriyza,
"Yang baik jadikan teladan,
Yang buruk tolong betulkan".
Hehe.

Thanks for reading =)

Hayatul Mohamed said...

adik pon baru tau, hahaha..a.ki, mende yg die blajo lame2 dulu pon die ingat..jarang org gitu, hehe

Post a Comment