Saturday 30 July 2011

There's something missing in my heart

Macam mana yaa mau merajinkan diri pergi ceramah-ceramah & majlis-majlis ilmu? Saya suka dengar ceramah / nasihat / khutbah tentang agama, tapi untuk menguatkan kaki dan hati memulai langkah ke sana sangat susah.

Contohnya hari tu ada ceramah di Masjid As-Syifa' jam 4 petang. Class habis jam 3.30 petang. Saya rasa nak datang. Tapi macam berbelah bagi sebab saya fikir jalan ke As-Syifa' bertentangan dengan jalan balik ke rumah. Dan saya fikir saya perlu pergi pasar untuk beli barang untuk masak for dinner. Sedangkan kalau saya pergi, sebenarnya No problem pun. Saya boleh masak lewat sikit. As-Syifa bukan jauh sangat pun.

I think there's something missing in my heart :(

Bagaimana mengundang rahmat ke dalam rumahtangga


1. Hidupkan salam antara ahli keluarga. Sabda Rasulullah S.a.w bermaksud: “Wahai Anas, ucapkanlah salam kepada ahli rumah engkau nescaya ahli rumah engkau mendapat berkat.”

2. Banyakkan membaca Al-Quran dalam rumah. Kata Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya rumah yang sentiasa dibaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya, memberi kelapangan kepada ahlinya, banyak berkatnya dan ianya dikunjungi oleh para malaikat dan keluar darinya syaitan-syaitan dan sesungguhnya rumah yang tidak dibaca Al-Quran di dalamnya membuat kesempitan kepada penghuninya, sedikit berkatnya, keluar darinya oleh para malaikat dan masuk ke dalamnya oleh para syaitan.

3. Banyak sembahyang sunat di rumah, sebab itu Rasulullah S.a.w apabila hendak sembahyang sunat baginda pulang dan bersembahyang sunat di sudut rumahnya, kerana katanya Malaikat Rahmat akan memasuki rumah yang banyak dilakukan ibadat di dalamnya.

4. Hiasi rumah dengan benda-benda yang halal dan bersihkan dari perhiasan haram kerana rumah yang dihiasi dengan benda-benda haram seperti patung-patung, gambar-gambar lucah dan sebagainya tidak akan dimasuki Malaikat, sedangkan Malaikat pembawa rahmat, rumah yang tidak dimasuki Malaikat ertinya tidak mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana sabda Rasulullah S.a.w maksudnya:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah-rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung-patung”.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w pada tahun pembukaan Mekah apabila melihat gambar-gambar tergantung di rumah baginda tidak masuk sehingga baginda perintah supaya dihapuskan terlebih dahulu. Ini adalah menunjukkan gambar-gambar lucah adalah dibenci oleh Islam.

Demikian di antara perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh para suami dan isteri untuk membentuk sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia. Wallahua’lam.

[www.unitagamakmb.com]

Friday 29 July 2011

My Saturday

1. Pagi tadi subuh-subuh jam 4:50 am tiba-tiba oncall forensic. Nasib baik dah bangun. Mula-mula ada 3 tamu, sekeluarga yang dah meninggal 5 hari lepas, tapi cuma seorang yang perlu perlu diperiksa. So dapat balik awal.

2. Lepas balik dari forensic, pergi pasar dengan Amy. Beli bekalan untuk puasa.

3. Balik rumah, rehat-rehat jap.

4. Masak for lunch kedua terakhir sebelum 1 Ramadhan.

5. I cooked Sotong Sambal Petai (or Sambal sotong petai??I don't know) & sayur favourite Naqi, Masak Lemak Pucuk Paku. Dan tidak dilupakan my favourite, cencaluk..hihi..:P

6. Lepas tu masak Sambal Daging untuk simpan dalam peti sejuk for emergency cases, mungkin untuk waktu oncall kalau x sempat masak. So boleh panaskan dalam microwave.

7. Petang ni, beli laptop baru! X sabar. Beli mini-laptop sebab sangat diperlukan. Huhu. Tahun ni dapat elaun co-ass dan elaun buku. Harap-harap tidak membazir beli laptop baru ni. Laptop besar masih ok sebenarnya, cuma charger saja rosak. Dan berat untuk bawak tiap-tiap hari.

8. Hari ni dan besok kena kerja buat Visum et Repertum for jenazah kemalangan lalulintas hari tu, dan Visum et Repertum for seorang mangsa penganiayaan dari Surgery Dept. Harap-harap semuanya lancar. Harap dapat siap. Dan harap tiada oncall lagi. Semua orang berhati-hati ya di jalanraya :)

9. Besok malam dah start solat Terawih :)

10. Ramadhan is coming!! It's the best feeling of the year, don't you think? :)

Wednesday 27 July 2011

Third day~

Jam menunjukkan jam 12:54 am. Saya terbangun tengah malam buta sebab ada homework belum siap. Ssepatutnya saya pergi buat kerja tu dulu, tapi saya singgah kat laptop dulu ber'facebook' dan update blog. Tapi jangan risau, sebab saya update blog sekejap ja..:P

Untuk 3 minggu yang akan datang, saya berada dalam Forensic department. Berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan "bedah mayat" a.k.a autopsy. Pernah dengar tak mitos zaman-zaman sekolah dulu, orang selalu cakap kalau nak jadi doktor, wajib "tidur kat bilik mayat"? Dulu cita-cita saya bukan nak jadi doktor, so saya tak ambil kisah sangat.

Tapi, benda tu memang betul-betul mitos, mana ada kena "tidur dengan mayat". huhu..

Di Forensic Department ni jam kerja adalah dari jam 7am sampai 4pm. Waktu-waktu selebihnya "oncall" kalau ada mayat. Jadi handphone kena bersedia sepanjang masa.

Dah dua malam saya tidur tak nyenyak sebab takut tiba-tiba oncall. Tapi malam semalam (hari ke-2) saya "tidur mati" sebab penat sangat, luckily bangun dari tidur tengok hp "No new messages". Huhu...Penat sebab dari pagi sampai ke petang ada total LIMA mayat harus di autopsy, most of them mangsa bunuh, dan tugas kami adalah untuk mengenalpasti identiti mayat-mayat tersebut serta mengenalpasti cara mereka meninggal, lalu membuat report untuk pihak polis.

Hari pertama, ada 3 mayat di RSHS (Rumah Sakit Hasan Sadikin), lepas tu ada 1 case kena pergi ke satu tempat yang jauh untuk "Penggalian" (gali semula kubur), untuk tahu punca kematian, tapi saya dan kawan-kawan yang naik satu kereta dengan saya terkandas di tengah jalan, sebab kereta tiba-tiba mati. Panjang ceritanya. Tapi saya cuma nak upload gambar.hehe..sebab ada homework belum siap :P

Tapi semalam (hari ke-3), alhamdulillah, no autopsy. Sebab tak ada "tetamu". Kami duduk-duduk di dalam sambil buat report, and bila dah siap buat report, kami buat kerja lain, tengok movie, main card, etc.

So, this is my life for 3 weeks. Next week dah masuk bulan Ramadhan, boleh tak nak berharap supaya malam-malam tak ada oncall langsung? Huhu.. x mau menyusahkan Naqi hantar ke hospital tengah-tengah malam. Nak duduk rumah lama, tapi kalau tak ada oncall, macam sia-sia pulak. Nanti awal pagi kena bangun balik rumah, siap-siap untuk pergi hospital lagi. Bulan puasa ni I want to cook for sahur, and for Iftaar. So kalau boleh nak selalu berada di rumah. Dan semoga diberi kekuatan untuk selalu ke masjid depan rumah ni untuk solat jemaah dan terawih.

Apa-apa pun, Ya Allah, permudahkanlah urusanku sebagaimana Engkau selalu memudahkan perjalanan hidupku selama ini. Amin.

(okay, sebenarnya tak selalu mudah) --> kita anggap mudah saja okay? :)

Enjoy the pics!


Check apa yang rosak


Amy the bookworm :P


Lepas tunggu beberapa jam, and dah discover apa masalah (salah isi minyak..sepatutnya diesel, tapi sebab miscommunication sikit, terisi petrol), kereta pun ditarik untuk kembali ke Bandung (ditarik pakai angkot). Tapi tali asyik putus (4 kali). Gambar ni menunjukkan usaha memasang semula tali.






Bila dah 4x putus, akhirnya kereta dicuba ditarik untuk ke stesen minyak terdekat


Sesampainya di stesen minyak.


Mesin rosak



Usaha membersihkan tangki minyak yang memakan masa berjam-jam


Menunggu...(tunggu orang beli petrol, bersihkan tangki)


Akhirnya semua boleh senyum dan jam5 petang semua boleh balik Bandung..yeay!
(Orang lain semua sedang "penggalian")

Friday 22 July 2011

Masak-masak

I remember my mom having books of recipe when I was young, with pictures on every page she took from various magazines. One day I want to have one of my own :) If possible, a scrapbook full of my cooking activities during my co-assistant year & as a wife.

Hehe..insyaAllah..(berangan jap)

p/s : Tadi pergi pasar awal pagi dengan Krie & Amy. Best tengok semua benda fresh. Happy tengok Amy excited belajar masak. Harap semangat Amy akan tetap tinggi macam skrg. Hehe..Good Luck! Me & Krie akan tolong apa2 yang boleh :)

a simple dinner

mee udang

kuah mee udang

Spaghetti

Naqi masak


Ayam masak tomato

Laksa Penang

Laksam

Bihun goreng for breakfast


Ayam masak pedas (naqi cakap)


Chicken steak

Tuesday 19 July 2011

22 April 2011


Assalamualaikum w.b.t...


Today i'm going to pay my own debts. With some pictures yang saya edit suka-hati. Hihi. Remember I said I wanna update something about my wedding? Here it is..Mari kita flash back beberapa bulan. Back to 21 April 2011 (Thursday)-22 April 2011. Majlis Akad Nikah @ my place.

Ini gambar kami bertolak dari Bandar Udara Hussien Sastranegara Bandung. Pagi itu cuaca sangat memahami, udara lembap dan hujan renyai-renyai seakan-akan memahami hujan di hatiku saat itu..chewah :P


Candid gambar tunang pada waktu itu.


Pesawat Air ASIA yang membawa kami ke Kuala Lumpur dengan selamatnya.
Thank you Air Asia! :)


Then it's his turn to take my photo..hihi...:P


*************

Sampai di Kuala Lumpur Low Cost Carriage Terminal (LCCT), kami berusaha melepasi pihak kastam dengan jayanya. Sebab bawak banyak barang2 kahwin so cuak sikit. Tapi Alhamdulillah semua lancar, pakcik-pakcik kastam sedang berborak so kami jalan kat hujung-hujung, luckily mereka tidak menahan kami.

From LCCT, Ma jemput sebab kena pergi KLIA for the next flight. Di KLIA, bertemu dengan my future family and their relatives/friends. Meriah sangat sebab ramai. Waktu tu saya fikir, saya kena kerja keras hafal muka, nama dan gelaran setiap orang. I'm not very good at this. Sebab saya selalu lupa muka orang, apatah lagi yang baru first time jumpa. But it's exciting, sesuatu yang mencabar diri sendiri. I love it!

************
Kami menuju Kota Kinabalu International Airport dengan menaiki MAS. Thank you Malaysia Airlines sebab kami sampai dengan selamat! Sampai KK lebih kurang jam 7 malam. Amer, Ain and Linda jemput. Sampai Tuaran lepas Isyak, tengok ramai sepupu2 dah berkumpul untuk masak dan buat persiapan. Oh saya rasa bersalah sebab saya baru balik! Pelamin sedang dipasang by Watie. My sister and abang ipar tengah pisahkan isi ikan dari tulang :P Ayah tengah layan tetamu yang datang awal. Mak buat kerja di dapur. My cousin sedang siapkan paperbag dan apa-apa yang patut. Malam tu saya pasang cadar, siapkan baju untuk pakai esok, mandi, dan tidur.

22 April 2011 (Friday)
Taman Sri Tambalang Tuaran

Ini hantaran dari pihak lelaki, 7 dulang berbalas 9.

Sirih junjung sirih pinang,
Sirih kami susun bertingkat,
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup muafakat.


Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Di atas pelamin sama bersatu


Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai ke mati


Sirih bertepuk pinang dibelah,
Dijamu untuk tetamu kami,
Merisik sudah bertunang sudah,
Kini tiba pengantin dirai.



Daun selasih daun semulih,
Pohon pinang jambatan mandi;
Mari kita bertambat kasih,
Kasih kupinang mengikat janji.


Lembayung Senja menggamit malam,
Menangis jentayu menanti hujan,
Hajat mulia menyusul salam,
Pohon restu kehadiran tuan.


Ini pula hantaran dari pihak perempuan.


Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.

Bunga Melati di hujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat

Ayam dara dibuat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan ke anak cucu

Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah.

Bukan tekat sebarang tekat,
Tekat menjadi hiasan kain.
Bukan hajat sebarang hajat,
Hajat merasmikan nikah kahwin.

Singgah merapat papan kemudi.
Papan juga dibawa belayar
Kerana tuan yang baik hati.
Cinta yang lama sudah pun mekar

Dijunjung datang disambut hajat
Dulang berukir tepak peminangan
Persudikan santap sirih beradat
Pusaka bangsa zaman-berzaman

Banyak dapat ikan tembakul.
Ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
Biar sampai dunia akhirat

Bila hati sudah bersatu
Bersulam kasih jiwa dan raga
Detik bersama ku hitung waktu
Untuk sehidup semati jua

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai di hati


Masak mi kita berkumpul
Berkumpulnya di hutan jati
Hari ini kita berkumpul
Menunaikan hajat di dalam hati


Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

*************************
Ikan di laut asam di darat
Di dalam kuali dimasak jua
Hati terpaut janji diikat
Di atas pelamin bertemu jua




Pergi ke gunung mencari kunang-kunang
Selalu terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Di atas pelaminan kita bersatu

Inilah pengantin perempuan..jeng..jeng..:p


kenal kah?:P

Majlis bermula sekitar jam 2 petang selepas solat Jumaat. Dimulakan setelah ketibaan rombongan pihak lelaki yang datang jauh dari Kemaman, Terengganu.


Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan


Bakal pengantin





With my best friend @ the bridesmaid, Ezzah :)



Debaran semakin terasa...


Pokok pulai tidak berduri
Dibuat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar






Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang sutera
Berbaju melayu dengan segaknya
Melafazkan akad dengan sempurna





Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

*********************

Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu



Alhamdulillah...

Doa berkat penutupnya amin
Jari lentik memukul gendang
Mempelai berangkat di atas pelamin









Bersama keluarga pengantin perempuan & pengantin lelaki






Bauhulu kuih traditional
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat


Outdoor Photoshoot










Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan



Will update about Majlis Bersanding..sooner or later :P

Thank you for reading :)