Thursday 17 November 2011

sejujurnya...ku tak bisa..~

Success is failure turned inside out,
the silver tint of the clouds of doubt.


And you never can tell how close you are,
It may be near when seems so far.

So stick to the fight when you're hardest hit,
It's when things seem worse that you must not quit.

Saturday 12 November 2011

A happy moment to remember :)

Dah lama nak letak video ni...tapi tak pernah sempat nak upload..lama bangat.. ni pun terpaksa cut dari 15 minit jadi 4 minit je.. 4 minit ni pun upload memakan masa 8 jam..hehe..

Jangan risau, video ni private :) Only those with the link can view :)



Friday 11 November 2011

minggu terakhir :)

Semalam saya ambil cuti sakit. Department ni cuma boleh tak datang 3 hari. Tu pun wajib ambil MC. Semalam saya rasa tak sedap badan, mungkin sebab hari sebelum tu saya main dengan budak-budak tadika yang ramai tengah sakit. Virus macam-macam. Saya kena ukur lingkar kepala dorang, pastu ramai sangat yang comel-comel. Geram, dah la chubby-chubby, pembersih, bulu mata lentik, tak macam tadika-tadika sebelum ni. Ada sorang budak tu, saya ukur kepala dia sambil pegang pen, lepas tu terkena kat hidung dia. Saya pun berusaha nak padam, so padam pakai tangan. Lepas tu lupa cuci tangan. Budak tu tengah flu. Mungkin saya terjangkitdari dia.

Hari ni pun masih rasa tak sedap badan. Ikutkan hati nak ambil cuti lagi. Tapi kesian pulak kat kawan-kawan lain. Mesti banyak benda nak urus untuk Selasa ni. Kami kena buat "penyuluhan" (buat program untuk educate masyarakat) so banyak la benda kena siapkan. Lepas tu kena siapkan final report lagi. Then Khamis final exam untuk department ni.

As i already mentioned in the previous entry, untuk 9 minggu ni kena pergi klinik dari Isnin sampai Sabtu. So cuti hanya hari Ahad. Minggu lepas raya haji hari Ahad. Tak rasa macam cuti pun, lepas tu Isnin kena pergi klinik lagi. Pelik betul negara yang ramai penduduk muslim tak bagi cuti tambahan.

Penat secara mental sebab 1 hari pun takde waktu rehat. Sebenarnya yang penat tu adalah perjalanan. Bayangkan kalau hari Jumaat, duduk sana 3 jam je. Tapi perjalanan pergi 1 jam, perjalanan balik 1 jam. Kebetulan my group tak de sorang pun yang ada kereta. Setiap hari dapat angkot yang supir dia merokok tak kena tempat. Pollution everywhere. Beruntung kalau dapat bapak angkot yang tak merokok. Dan yang drive berhemah. Kadang-kadang ada yang drive tak berapa nak betul, suka berhenti tiba-tiba banyak2 kali, buat saya rasa nak muntah.

Pernah dua kali saya naik/bonceng ojeg (motor), bayar 25-30 ribu (rm12) one way. Tapi balik kena naik angkot la sebab mahal. Advantage naik ojeg adalah cepat. 30 minit dah sampai. Dan sampai terus depan Puskesmas. Kalau naik angkot, angkot tu tak sampai kat depan Puskesmas. Kami kena jalan kaki lagi masuk dalam lebih kurang 5 minit.

Hari tu saya plan nak sewa ojeg 3 minggu for 300ribu (rm120), sebab boleh jimat sikit plus cepat sampai. Tapi bapak ojeg tu kata "Naik sikit lah jadi 400ribu". Dia kata 400ribu tu harga Bandung, harga pergi Buah Batu kenalah tinggi sikit. Huhu, terus saya cakap tak jadi. Saya ingatkan dorang dah bersyukur la ada orang nak sewa 3 minggu, daripada dorang susah-susah tunggu penumpang tapi tak ada orang nak naik. Kalau ada pun kena berbagi-bagi dengan bapak ojeg yang lain.

Alhamdulillah sampai sekarang dah hampir habis pun minggu ke-3 naik angkot. Tinggal 1 minggu lagi. Minggu depan semoga semuanya dipermudahkan. Hari ni I decided to go, kalau boleh nak pakai masker. Hidung tengah tak sehat. huhu.

Sepanjang 3 minggu ni, setiap hari saya bangun 3:30 pagi, sebab cuma itu waktu yang saya ada untuk buat apa-apa kerja rumah, lagipun lepas Isyak terus tidur. Ok lah saya nak pergi bersiap-siap pergi puskesmas. Thanks sebab baca luahan hati yang macam kanak-kanak ni. Bye.

Thursday 10 November 2011

He who knows, does not speak. He who speaks, does not know.

Kalau tak update blog tu maksudnya "sedang sibuk" :)

This post is just based on my personal point of view. It can be right or wrong, because everybody has different ways of thinking (different perception)

Bagi saya komunikasi yang efektif adalah komunikasi yang berjalan dengan baik & lancar antara dua pihak. Kalau kita nak sesuatu tu berlaku seperti apa yang kita nak, kita mesti sampaikan hal tu secara terang & nyata pada target. Maksudnya kena menyamakan persepsi. Sebab tak semua orang persepsi sama. Kadang-kadang kita rasa yang ni betul, tapi orang lain belum tentu rasa benda tu betul. Bila persepsi dah bercanggah, macam mana nak dapat satu tujuan yang sama kan. Lepas tu mula lah kedua-dua pihak berselisih faham, yang pada akhirnya satu apa pun tak jadi.

Situasi pertama, lately saya berdepan dengan situasi-situasi yang perlukan banyak orang untuk berkomitmen dalam satu hal. Ataupun berdepan dengan mentaliti orang yang cuma rasa dia sorang saja yang betul. Atau cuma nampak salah orang, tapi salah sendiri tak nampak. Saya tak menafikan, saya sendiri tak senang kalau saya buat salah kat orang. I mean, bila saya sendiri buat macam tu. (nampak salah orang, tapi salah saya tak nampak). Tapi selama ni saya sentiasa cuba buat apa yang saya rasa betul di sisi saya dan tuhan. Tapi mungkin ada la tersasar kat mana-mana. Nobody's perfect. Tapi kalau saya tahu saya buat salah, confirm saya akan rasa nak mintak maaf.

Sekarang ni saya perasan, saya kurang senang bila orang lain cakap tentang orang lain belakang-belakang. Sebab saya rasa bila orang buat macam tu depan kita (cakap tentang orang lain), tak mustahil tentang kita pun dia boleh cakap belakang-belakang kat orang lain. Kalau cuma meluahkan mungkin okay, tapi kalau nak mengumpat lebih-lebih tu yang macam tak berapa best. Apalagi kalau orang yang diumpat tu mungkin tak faham langsung atau tak tahu pun yang dia sedang diumpat. Kalau dia tahu sekalipun, dia takkan faham kenapa dia diumpat sebab bagi dia, apa yang dia sedang buat tu betul. Maksudnya tak ada orang tegur la.

Apalagi kalau setelah mengumpat seseorang tentang "sesuatu", tapi bila sebenarnya kita sendiri buat benda yang "sesuatu" itu, (yang kita sendiri tak sedar), mereka cuba mem"backup" diri sendiri dengan alasan-alasan lain. Sedangkan mungkin saja orang yang diumpat itu pun ada alasan tersendiri kenapa buat macam tu.

Situasi kedua, bila isu-isu sensitif tentang negara tiba-tiba disentuh antara rakan-rakan sendiri dan saya sejujurnya tak sangka orang educated macam tu boleh keluarkan kenyataan macam tu, saya jadi serba salah nak diam atau bercakap. Biasanya saya suka bercakap bila ada sesuatu yang saya rasa tak betul, tujuan bercakap tu pulak adalah semata-mata nak menyamakan persepsi. Supaya mereka faham apa yang saya faham, dan saya faham apa yang dorang faham, so takdelah salah faham. Tapi sebab takut akan mengeruhkan lagi keadaan, so saya pun ambik jalan untuk mendiamkan diri. Tapi at the same time rasa kesian kat orang tu sebab pemikiran dia sangat tertutup. Ataupun kesian sebab dia rasa dia betul, tapi sebenarnya masih banyak benda yang dia boleh buka fikirannya untuk diluaskan lagi persepsinya.

Tapi bila kita diam bukan maksudnya kita bodoh, tapi sebenarnya lebih kepada memberi peluang pada orang bodoh untuk terus memikirkan yang dirinya pandai. Kadang-kadang, tak semua benda kita kena cakap semata-mata untuk menang atau sekadar menegakkan benang basah. Diam tu kadang-kadang lebih baik untuk berdepan dengan orang-orang yang asyik dia saja nak didengar.

My suggestion, katak perlu keluar dari tempurung sebab masih banyak hal yang boleh diperhatikan di luar tempurung.

Komunikasi yang baik tak semestinya kena ada dua orang yang banyak bercakap. Antara 2 orang, kalau duduk diam tak bercakap apa-apa pun kadang-kadang komunikasi boleh berjalan. Sebab both of them menyenangi keadaan tersebut, dan diam membuatkan keduanya lebih selesa. Komunikasi yang baik, yang paling penting adalah dua pihak yang dapat bekerjasama dengan cara apa pun untuk mencapai tujuan yang sama.

Contohnya, antara sepasang suami isteri pun, kalau nak diikutkan fitrah lelaki dan perempuan, memang perempuan jenis yang nak lelaki faham dia tanpa dia perlu beritahu, dan lelaki pulak jenis yang tak berapa nak faham kalau perempuan tak bagitahu. So kalau perempuan dan lelaki keep on doing the same thing tanpa berusaha untuk menyamakan persepsi, confirm komunikasi takkan berjalan dengan baik. Lebih baik perempuan berterus terang, dan lelaki faham. Takde la selama-lamanya perempuan tu makan hati sebab nak lelaki faham dia. (based on my reading, my own experience & my friends'experience).

Kesimpulannya, dalam apa pun yang saya nak buat, saya akan cuba untuk memahami orang. Don't judge others if u don't want others to judge you. Sebelum mengatakan sesuatu yang tak elok tentang orang lain, make sure you are strong enough to not talking behind their back, but to confront that person and tell him/her why you don't like him/her. Kalau tak berani, jangan berani cakap buruk tentang orang tu kat belakang-belakang.

Saya pun sebenarnya banyak kali jugak tersasar. Kurang sabar dengan perangai orang yang pada saya melampaui batas. Contohnya bercakap tak sopan dengan saya. Saya memang anti sikit dengan orang yang kurang sopan. So sekarang saya kena belajar untuk menerima pelan-pelan atau pun tegur orang macam tu supaya jadi lebih baik. Kalau saya tak berani tegur, jangan la nak buat muka tak malu untuk mengumpat dia belakang-belakang. Ok Yah?:)

p/s Self Reminder : Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali :)

Friday 4 November 2011

:)

Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri,berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman. Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya lah aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung"

QS At-Taubah, 9:128-129

Tuesday 1 November 2011

Satu hari di Public Health Department.

Ini post tertunggak jugak..sebenarnya nak update untuk hari Jumaat lepas, tapi tak sempat.

Kali ni tentang kehidupan saya selama satu hari di Public Health Department @ Ilmu Kesihatan Masyarakat. Bahagian yang tak perlu bawak stathescope, tak perlu periksa/diagnose patients. Bahagian ni adalah yang berkaitan dengan "management" sebuah hospital/klinik. Kerja kami untuk minggu pertama adalah mengumpulkan data tentang klinik tersebut dan "wilayah kerja" klinik tersebut, and to identify their problems, and planning for the solutions.

Kat Indonesia, klinik kesihatan daerah macam ni dipanggil "Puskesmas" = Pusat Kesihatan Masyarakat. Setiap tempat akan ada sebuah puskesmas untuk cover masalah kesihatan penduduk kat tempat tersebut. Puskesmas ni disediakan oleh Pemerintah Indonesia/Kementerian Kesihatan Indonesia untuk penduduk Indonesia. Macam klinik kesihatan laa lebih kurang kalau kat Malaysia.

Saya dapat kat Puskesmas Margahayu Raya, Buah Batu. Satu jam naik angkot dari rumah. So, inilah rutin saya selama sebulan yang akan datang ni...hehe..jom ikut saya dari rumah sampai Puskesmas :)


A- Sukajadi (my place)
B - Puskesmas Margahayu Raya

Biasanya, bertolak dari rumah jam 6.30-6.45 pagi. Jalan kaki pergi tempat tunggu angkot (Angkutan Kota)


Ni dari rumah, kat Jalan Sukagalih


Jalan dan terus berjalan


Jalan dan terus berjalan

Sampai keluar kat jalan besar...Jalan Sukajadi..

Menyeberang jalan..masuk lorong kecil ni...sorang-sorang..tapi selamat :)

Sampai lorong ni pulak, ada jambatan kecik


Sekarang lalu lorong ni pulak...

Belok kiri..jumpa lorong ni pulak...

Kemudian belok kanan, jumpa lorong ni..teruskan perjalanan...


Sampailah jumpa jalan besarr..Jalan Sederhana..

Pagi-pagi masih lengang..teruskan perjalanan ke depan..

Belok kiri...jumpa kerusi tempat tunggu angkot..masih kosong..

Duduk tunggu kawan-kawan..(ni hari-hari pertama la, dah masuk minggu kedua semua dah terror pegi sorang-sorang, so tak payah tunggu-tunggu..)

Insan-insan mencari rezeki di pagi hari..awal-awal dah bukak kedai, bersihkan troli..Semoga rezeki dimurahkan :)

Angkot lalu silih berganti...saya masih setia menanti..

Dari jauh kelihatan Sri Hartati atau Bunci..one of my Indonesian friends :)

Berjalan menuju ke sini...

Ketibaan angkot biru kuning..yang dinanti-nanti..
(hehe)

Angkot Biru-kuning (Margahayu-Ledeng)

Angkot pun bergerak...jam menunjukkan hampir 7 pagi..kawan-kawan lain suruh pergi dulu


Pemandangan dari dalam angkot..macet (kesesakan lalulintas :P)


Penumpang lain dalam angkot..

Angkot yang pertama sampai..jam 7.35 pagi..berhenti untuk ambil angkot ke-2..

Naik angkot warna cokelat pulak (Cicaheum-Ciwastra).. Sebelum naik angkot foto-foto dulu..

Foto lagi.. ada org nak tolong ambikkan..:P


Sekarang saya pulak ambik gambar dia..:)

Supir angkot dan co-supir

Dengan rokok masing-masing..

Begitu mendera paru-paru kami..


Keadaan di luar masih "macet"


Dari dalam angkot, terlihat seorang pemuda dengan makanan yang akan cuba dijual..semoga dimurahkan rezeki hari ni :)

Supir angkot yang tiba-tiba membetul-betul kan rambut, dan lantas memakai spek mata hitam, lepas tengok kami ambik2 gambar...

Lampu isyarat menunjukkan warna hijau...angkot mula bergerak lagi..

20 minit kemudian, sampai tempat yang dituju..

Sri tolong ambik gambar lagi..:P

Saya pulak ambik gambar Sri :P

Tengah ambik2 gambar, kelihatan Mia baru turun dari angkot..

Kami pun jalan sama-sama menuju ke Puskesmas..

Tapi sebelum tu singgah beli "Surabi" dulu...

Surabi Radja

Aktiviti pesan-memesan

Keadaan waktu pagi di Margahayu..penarik beca mencari penumpang..

Sambil tunggu ibu penjual surabi menyiapkan Surabi..

Foto-foto lagi..

Dari kejauhan, terlihat Yunisa Pamela @ Imel baru sampai..

Semakin menghampiri..dan join kami..;p

Tempat/alat membuat Surabi (pizza orang Sunda)


Surabi yang dah siap..

Kelihatan pula miss KFMJ @ Krie memunculkan diri..

Lepas dapat Surabi, kami berlima jalan kaki sampai Puskesmas..
Inilaa tempat yang dituju.. :)

Sebelah Puskesmas, ada "Griya"..tempat membeli-belah tiap kali sebelum balik..

Pesakit-pesakit yang dah menunggu..menunggu doktor lain la tapi...hehe...

Ni pulak tempat kami..

Sebelum buat kerja..makan dulu "Surabi" yang dipesan tadi..

dan.. kuih buah melaka..

Laptop mulai dibuka..perbincangan serius bermula..

dengan berbekalkan "data-data" dan kertas-kertas yang berbagai isi dan warna..kami pun menyiapkan kerja + interview para pegawai Puskesmas + menganalisis data sampai lah waktu menunjukkan jam untuk para lelaki Muslim menunaikan solat Jumaat..

Sebelum balik, para ibu memulakan aktiviti membeli belah..

Fresh seafood..

miss KFMJ

miss Imel


me...

Mia...

bapak satpam @ pak guard


bergambar dengan hasil membeli belah..
masa untuk balik..

supir angkot..menarik perhatian dengan scarf nya yang berbunga-bunga..
bapak supir tapi...



Jam 1 petang, sampai rumah...memulakan aktiviti memasak untuk suami dan perut tercinta..






Masak spaghetti..




Ini pulak gambar masakan semalam dan hari sebelumnya..semuanya beli setiap kali sebelum balik dari Puskesmas.. kesimpulannya I love this puskesmas..hehe...tiap hari boleh beli food..tak payah pergi pasar dah :D

p/s : tapi ini hari yang santai..minggu ni agak tak sama dengan hari dalam gambar..huhu..sebab dah start banyak kerja..:( Semoga jalanku dipermudahkan..amin :)