Saturday 28 January 2012

It's a beautiful and peaceful Sunday!

(Kalau lagu blog ni merimaskan, boleh pause kan kat player di bawah)

Assalamualaikum,

Syukur masih diberi peluang untuk melalui hari-hari indah di bumi ini :) ok ayat skema.

Pagi tadi bangun dengan perasaan biasa-biasa saja, nothing so special. Dan agak tak bersemangat lagi sebab cuti hari ni bakal duduk sorang-sorang lagi kat rumah.

Bangun pagi, tolong iron kan baju untuk Naqi jaga. Goreng donut instant then bungkuskan bekal for him sebab kelam kabut nak pergi hospital. Salam tangan lepas tu duduk lah sorang-sorang kat rumah.

Mandi, lepas tu terfikir nak pergi spa kat Zen. Tapi pergi sorang-sorang? Bosannya. Lagipun baru ja pergi spa hari tu. Isnin lepas saya bosan, saya pergi shopping makanan. Minggu lepas habiskan duit beli kain kat Pasar Baru and jahit baju 3 pasang dan seluar sepasang. Bosan hilang tapi duit habis. So saya pun memikirkan cara untuk mengisi masa lapang tanpa habiskan duit :P


Zen Reflexology

Saya pun cuba-cuba lah buat meditation. Hehehe buang tebiat. Tapi believe me or not, buang tebiat saya tu buat saya rasa macam tengah buat spa kat Zen :P Pasang aromatherapy yang wangi memenuhi ruang, lepas tu buat meditation. Tutup mata, tarik nafas, hembus nafas, focus, jangan benarkan benda lain distract my attention, tarik nafas, hembus nafas, sampailah 10 minit. Rasa hilang semua stress. Walaupun saya bukan stress sangat pun. Hihi.


Mindfulness Meditation


Peaceful


Jangan lupa aromatherapy


Lovely


Relaxing

Lepas sesi meditation selesai, nampak banyak video "music for meditation" kat Youtube. Salah satu yang ni. http://www.youtube.com/watch?v=BattnC5hDyM . Cuba lah dengar. Macam music-music cerita cina zaman dulu-dulu. Sambil pasang music tu, tiba-tiba ter semangat nak buat kerja-kerja rumah. Iron baju untuk seminggu, cari baju-baju untuk basuh dalam washing machine. Tukar comforter, siram pokok.

Baju untuk seminggu


Rumah dah kemas :P (gambar hiasan je semua ni)

So sekarang it's time to cook! Takpe lah lunch sorang-sorang pun, malam nanti boleh makan dua orang :)
Nak masak apa?


Let's cook some healthy food



And cook with love



What is Mindfulness?

  • Mindfulness means paying attention in a particular way, on purpose, in the present moment, non-judgmentally.
  • Mindfulness, a state of alertness in which the mind does not get caught up in thoughts, emotions, desires or sensations, but lets them come and go, much like watching a river flow by.
  • Mindfulness is nonjudgmental observation: It is that ability of the mind to observe without criticism. When mindful, one sees things without condemnation or judgment. One does not decide and does not judge. One just observes.
  • Mindfulness is non-egotistic alertness. It takes place without reference to self. With mindfulness one sees all phenomena without references to concepts like “me,” “my,” or “mine.” decide and does not judge. One just observes.
  • Mindfulness is cultivated through meditation. It is a practice.

Benefits of Mindfulness

Mindfulness meditation practice can be transformative. It has been shown scientifically to have diverse and far-reaching impacts, and has the potential to transform the way we respond to life events.
  1. It reduces stress and negative emotional reactivity.
  2. It reduces psychopathology.
  3. It heightens attention and awareness.
  4. It promotes self-actualization.
  5. It enables seeing opportunities for open, spontaneous action in the world, free from egoism

p/s : Besok pergi RS Ujung Berung, for one week!

Thursday 26 January 2012

I smile when he makes me happy

...and I miss him if he's not here...



Love hard when there's love to be had :)


p/s : mood rindu sebab selalu busy, less time spent together =(
25 February, come faster pleaseee ===)))

Saturday 21 January 2012

Sunday morning in the ruko

Tempat : Ruang Koas RSUD Cibabat (ruko)

Sebenarnya sepanjang seminggu ni saya dan groupmates kat Rumah Sakit Cibabat. Tapi tak perlu bermalam macam kat Majalaya sebab tempat ni tak terlalu jauh. Bermalam waktu ada oncall ja.

Tapi...walaupun kat sini sangat ramai ibu mengandung, tapi tak dapat sambut baby lahir pun selama seminggu ni. Dapat tengok ja.. sebab kat sini ramai student bidan yang kena dapatkan certain number of partus. Kalau student bidan tu bagi chance kat kita pun, tiba-tiba datang ibu segala bidan yang akan suruh student bidan tu jugak yang deliver baby tu. Huhu.

Patutlah dari dulu dengar koas Obgyn "bercerita" pasal bidan. Hehe berebut patients rupanya :D

Saya oncall malam semalam. Tapi dari jam 9 lepas habis isi semua medical record, kami pergi keluar makan, lepas tu kami masuk bilik dan tidur..hihi..sebab merajuk tak dapat tolong partus :P

Pagi ni balik, tapi naqi, he's oncall pagi ni sampai malam. Besok cuti CNY pun dia oncall lagi. Cuti pun tak dapat sama-sama. Rabu malam plak saya oncall. Capek. Tapi tu kan memang hidup koas kat sini. Kena bersabar sebab sikit lagi. Tapi dah habis belajar nanti jadi houseman pun teruk juga (orang cakap la). Tapi sabar ya :) Tu kan memang hidup seorang doktor.

Saya ni pun kena baiki diri banyak juga. Semalam boleh tak saya ter merajuk dengan patient. Saya ni bukan lah jenis orang yang suka merajuk. Tapi tak tau kenapa semalam saya terasa hati sampai saya pergi keluar dari tempat patient tu dan pergi duduk sorang-sorang jauh-jauh dari situ sambil bersabar. Hormon tengah tak stable kot. Sampai patient tu deliver baby pun saya tak pergi tengok. Mungkin salah saya pergi buat history taking time dia tengah active phase labour. Mestilah sakit kan. Tapi tu memang salah satu kerja kitorang jugak. Medical record tu perlukan pemeriksaan sebelum baby lahir. Macam fundal height, abdominal circumference, etc. Dah habis bersalin mana boleh ukur dah. Tapi cara dia jawab agak rude sampai saya terus keluar dari bilik tu tanpa cakap apa-apa. Medical record dia pun saya tinggalkan kosong kat Physical Examination. Huhu. Terus sms Naqi mintak nasihat suruh bersabar. Seriously banyak benda perlu melatih kesabaran. Tu baru benda kecik. Selama ni pun banyak benda yang saya lemah, terutama bab-bab bersabar dengan "kekasaran" orang lain. Mungkin benda tu biasa bagi orang tu, sebab memang diri dorang macam tu. So kena adapt. Kadang-kadang dengar orang melenting bersuara tinggi pun saya boleh rasa annoyed. Lagi-lagi tengah malam.

Orang Jawa ni terkenal dengan budaya sopan santun dorang, so selama ni memang jarang la berdepan dengan patient yang berkeperibadian kasar kecuali bila orang tu datang dari luar Jawa. Saya tak tau macammana nanti kalau dah kerja nanti. Balik cuti sekejap pun dah culture shock bila pergi bank, pergi berurusan kat counter, kat airport, etc, sebab layanan dia jauh beza dengan kat sini. Tapi bila ingat balik, dulu sebelum datang sini pun memang macam tu. Tu adalah hal biasa yang sebenarnya tak la kasar sangat pun. Tapi sebab kat sini pekerja-pekerja counter semua extraordinarily soft, jadi terbiasa pulak. Sebab tu kat sini, apa-apa pun akan dikaitkan dengan attitude.

Ok la stop merapu. Back to the laptop :P


Jap lagi balik rumah. Tunggu koas yang oncall pagi ni datang. Ok la bye :)

Thursday 19 January 2012

Free dinner for two :)

Tadi preceptor Naqi (a pediatric specialist) bungkuskan makanan untuk anak-anak bimbingan dia seramai 10 orang. Tapi dia bagi extra satu, so his groupmate bagi satu yang extra tu untuk Naqi's wife. Hihi. Rezeki makanan dan waktu (tak payah masak :P)


Hoka-Hoka bento : Beef Yakiniku & Egg Chicken Rolls


Sebenarnya yang buat saya rasa nak post pasal ni bukan lah sebab dapat makanan free. Tapi rasa terharu dengan sifat keibuan doktor tu yang sangat mengambil berat tentang murid-murid dia. Walaupun kedudukan dan taraf beliau jauh lebih tinggi. Walaupun hanya pemberian yang simple, tapi cukup buatkan orang yang menerima menghargai "kasih sayang" beliau. Mungkin itu jugak adalah salah satu cara beliau bersedekah. Semoga Allah merahmati beliau dunia & akhirat. Amin. Thank you doctor! :)

Sunday 15 January 2012

Berkongsi cerita

Hi everyone :)

Kelmarin janji untuk update semalam, tapi as usual, tak sempat :P

Sebenarnya, i just wanna share about 'penipuan di sekitar RS dr. Hasan Sadikin' terhadap co-assistent. Ini dialami sendiri oleh husband, dan beberapa rakan-rakan lain.

Penipuan itu berupa begini : (cerita ini dalam bahasa Indonesia)

Seorang ibu akan buat-buat terserempak dengan kita kat luar RSHS. Kemudian pertanyaan pertama, "Dokter koas ya?" (koas tu panggilan untuk doktor-doktor muda yang sedang praktikal di sini). Kemudian kita jawab, "Ya, kenapa bu?". Ibu tu akan jawab, "Oh, ibu ini yang selalu di lantai 3 kamar operasi. Doc sekarang lagi di bagian apa?" (maksudnya : Oh, ibu ni yang kerja kat tingkat 3 kat OT, doktor sekarang kat department mana?)

Koas pun jawab, "Oh, saya sekarang lagi di bagian ***** bu".

Ibu menyambung, "Oh, doc, gini...saya mau nanya sedikit bisa nggak?"

Koas jawab, "Nanya apa bu?"

Ibu jawab, "Gini doc..anak saya sakit, udah dapat resep (prescription) antibiotik dari dokter di rumah sakit, mau beli obat di apotek (farmasi), tapi cuma mau beli setengah aja bisa ga doc?"

Koas pun jawab la tak boleh dan menyatakan reasons nya..terpulang la nak jawab apa kan, POKOKNYA jawapan koas adalah "Ga bisa bu"

Ibu akan jawab lagi, "Oh, gimana tu doc, ibu udah ke banyak apotek, tapi ga ada satu apotek pun yang mau terima kalo ibu mau beli setengah aja. Doc, bisa gak doc tolong ubah resep nya, jadi setengah aja, soalnya kalo beli semua ga mampu doc."

Koas jawab lagi, "Oh, nggak bisa bu. kami koas belum ada kuasa untuk memberikan resep. Yang bisa itu dokter yang udah residen di rumah sakit"

Ibu jawab, "Gimana doc, ibu ga punya uang. Anak ibu sakit. Doc, punten doc (maaf doc), bisa gak ibu mau minta tolong sedikit? Ibu mau pinjam sedikit wang bisa ga doc?"

Jeng..jeng..jeng..di sinilah ibu akan memulakan perangkapnya. Setakat ni saya tau dah ada 2 orang yang pernah bagi ibu tu Rp 50 ribu. Yang kawan sorang ni, terus bagi duit Rp 50 ribu. Cerita kawan yang sorang lagi pulak, macam ni..

Kawan koas, "Ibu mau pinjam berapa bu?"

Ibu jawab, "Kalau bisa neng, ibu mau pinjam Rp 200 ribu."

Kawan koas, "Oh maaf bu, saya ga punya wang sebanyak itu sekarang" (sebenarnya ada je dalam dompet..)

Ibu jawab, "Ya ga apa-apa neng, berapa aja lah yang neng bisa"

Kawan ni pun keluarkan dompet dan bagi Rp 50 ribu. Ibu ni ambil dan jawab, "Makasih banyak ya neng, ibu janji ibu bayar, nanti neng datang aja ke OK lantai 3..ibu pasti ada di sana"

(Sebenarnya kawan ni dah niat nak derma pun, dan memang tau mustahil nak jumpa lagi ibu tu, dah la tak kenal)

Itu salah satu cerita "penipuan" di sekitar RSHS. Mungkin banyak lagi di tempat lain. Saya sendiri pun pernah beberapa kali kena tipu, dan bulat-bulat percaya sebab kesian. Tapi orang yang menipu ni takkan pernah ingat siapa yang dia tipu. Waktu lain dia akan datang lagi kat kita dengan alasan yang sama. Lepas tu baru lah kita tau yang kita dah kena tipu.

Bila jadi lagi hal macam ni, orang lain datang untuk minta tolong, rasa tak tau nak buat apa. Biar macam tu je dan berlalu, rasa macam jahat. Cuba kalau orang tu betul-betul susah. Entahlah.

Kat sini memang sangat mudah kalau nak bersedekah. Tapi better bersedekah dengan orang yang kita memang tahu dia hidup susah.

Dulu selalu jugak kesian kat orang-orang yang minta derma kat jalanraya tu. Tapi, one day, seorang kawan Indonesia bagi duit kat orang yang hulur tangan kat cermin kereta yang kitorang naik. Seorang kawan Indonesia yang lain marah. Dia cakap macam ni, sesuatu yang buat saya berfikir.

"Kalau kita bagi, kita mendidik bangsa Indonesia untuk menjadi manja. Padahal mereka itu masih punya kekuatan untuk bekerja. Kenapa mereka tetap meminta-minta"

Kawan yang lain menambah, "Soalnya dulu tu pernah, teman saya tawarin mereka bekerja bersih-bersih kamarnya, tapi mereka nggak mau, mereka lebih senang meminta-minta di sini tanpa buat kerja, pendapatannya juga lebih banyak. Daripada cape-cape bekerja tapi cuma dapat berapa sebulan, lebih baik mereka mengemis. Ga buat apa-apa tapi wangnya bisa banyak"

Ok, sebenarnya kat Indonesia ni ramai rakyatnya yang sangat extraordinary, dari cara berfikir, cara hidup, dan sebagainya. Mereka berwawasan tinggi, banyak lagi lah yang boleh buat kita kagum. Banyak yang kita boleh belajar dari orang-orang berpendidikan tinggi di sini. Tapi, disebabkan ada orang yang berfikiran sempit dan cuma menunggu rezeki datang dari langit, bangsa ini jadi macam apa yang 'orang luar' lihat sekarang. Sayang kan. Huhu. Sebenarnya sangat susah kot pemerintah kat sini nak menjaga negara yang besar macam ni.

Hmmm topik tentang perenggan terakhir tu sangat panjang kalau nak ditulis kat sini. Cukuplah saya cakap ramai orang kat sini yang buat saya buka mata dan kagum tentang sesetengah bangsa Indonesia yang sebenarnya. Yang dulu saya tak nampak. Sebab tu kita kena berada kat tempat tu dan hidup lama kat tempat tu barulah kita betul-betul boleh judge orang kat situ.

Kan best kalau dapat pergi banyak-banyak negara dan belajar budaya kat banyak negara :)

Ok macam dah keluar topik, kembali kepada cerita "penipuan" tadi, harap-harap kawan-kawan tak kan tertipu lagi lah dengan cerita ibu ni kalau ibu ni tegur kita. Lebih baik bagi duit tu kat orang yang betul-betul memerlukan. Contohnya bapak-bapak yang penat-penat bekerja seharian jual makanan dengan mengangkat beban "kedai berjalan" kat atas bahu dia. Huhu. Sambil beli makanan dia, or kalau tak nak beli pun, boleh bagi duit kat dia. Tapi kebanyakannya mereka mesti tak nak terima duit free. Hati mereka sangat besar. Huhu. Insaf.

Ok lah stop dulu. Besok kena keluar rumah jam 5.30 pagi pergi hospital. Kena tidur awal sikit. Salam.

Friday 13 January 2012

There's always a first time for everything :)

Salam,

Hari ni baru update. Husband dah tanya2 bila nak buat post baru. Maklumlah dia rajin baca tapi malas komen. I know him ;p

Minggu ni berehat sekejap dari dunia maya. Sebab dunia nyata ternyata lebih menarik hati.

Ok, this is about my life as a young doctor @ Obstetric & Gynecology Department :

Saya bersyukur sebab dapat belajar kat sini, sebab kami didedahkan dengan sangat ramai patients. Kami boleh buat tindakan ke atas patients. Kalau kat RS dr.Hasan Sadikin, walaupun terpaksa berebut dengan residen, tapi residen tetap bagi peluang untuk buat history taking & physical examination kat patients. Yang bestnya setiap kali oncall kami diberi peluang untuk ambil darah sendiri, pasang IV line, masukkan nasogastric tube dalam hidung patients, pasang urine catheter, wound debridement, pasang orogastric tube, masukkan ubat, buat gastric lavage (kat sini panggil membilas lambung), suntik ubat kat patients, jahit luka kat badan dan kepala patients, buat rectal examination, dan banyak lagi, dan yang paling horror, kami diberi peluang untuk membedah mayat, belajar cara detect penyebab kematian, lama kematian, dan timbang-timbang organ dalaman mayat. Learning from experience sebenarnya jauh lebih mudah & berkesan dari belajar teori. Tapi teori pun penting jugak.

Tapi rupa-rupanya bila keluar dari RS dr.Hasan Sadikin (a teaching hospital where we work/study now), contohnya di Majalaya baru-baru ni, peluang-peluang yang kami dapat lebih besar & banyak. Lepas habis 9 minggu kat department ni, insyaAllah kami akan dihantar ke hospital kat daerah-daerah selama 6 bulan dan peluang untuk buat tindakan ke atas patients akan jadi lebih besar.

Macam yang saya cakap dalam status FB baru-baru ni : There's always a first time for everything.

Sebelum ni saya tak pernah lagi masukkan speculum ke dalam vagina manusia betul, pernah buat banyak kali kat patung je, so mula-mula nak buat tu rasa takut jugak, tapi bila dah banyak kali buat, rasa yakin tu datang. Hehe. Thanks a lot to the patients. Patients tu adalah guru seorang doktor, betul tak?huhu.

Vaginal Speculum

A woman's reproductive system

Dan bila periksa masalah-masalah patients terutama keputihan, selama ni cuma baca saja jenis-jenis dia, sekarang bila tengok betul-betul bermacam-macam cases depan mata sendiri, baru boleh bayangkan.

Lagi, dapat buat sendiri pemeriksaan dalam untuk check pembukaan cervix untuk menentukan ibu dah nak bersalin atau tak. Mula-mula masukkan jari memang tak rasa apa-apa pun, tapi lama-lama bila dah buat beberapa kali, dah boleh tentukan kalau cervix dilate & open macam ni dah berapa cm. Kalau dah terbuka full tu 10 cm ya kawan-kawan. hehe. Interesting!

Sebelum dapat deliver baby hari tu, mula-mula saya belajar deliver placenta (ari-ari) dulu. Ari-ari tu rasanya agak suam-suam kuku. Kena tegangkan tali pusat dulu, sambil massage perut ibu. Bila massage tu, rahim ibu akan contract, so pendarahan akan berkurang dan placenta akan perlahan-lahan terlepas dari rahim. Jangan paksa/tarik plasenta tu sebab takut ada placenta yang akan tertinggal kat rahim sebab dipaksa. Lepas tali pusat semua dah keluar, nanti akan keluarlah benda bulat (placenta) tu, so kena putar perlahan-lahan, sampailah semua placenta tu lahir. Then kena pastikan takde placental remnants.

Ini dia rupa placenta @ ari-ari. Kalau baby dah keluar, belum settle lagi, kena lahirkan placenta pulak :)

Lepas saya belajar deliver placenta, dapat peluang jahit kulit yang baru di gunting dalam proses episiotomy pulak. Nampak senang, tapi susah jugak sebenarnya, lagi-lagi kalau koyak banyak, dan kulit ibu tebal. Berjam-jam jugak lah jahit kalau ibunya agak berisi.

Then yang paling best bila dapat deliver baby. Mula-mula keluarkan kepala, lepas tu check kalau ada tali pusat yang lilit leher baby, kalau ada kena cuba dilonggarkan dan dibuka dulu. Then tolak kepala ke bawah sikit supaya bahu atas keluar, then tarik kepala ke atas sikit baru bahu bawah dia keluar. Lepas tu baru keluarkan part yang lain. Proses dia sekejap ja, except menunggu kepala baby keluar. Tu yang kena suruh ibu meneran tu.

Normal Vaginal Delivery

Ibu yang nak beranak pulak, tak boleh meneran tak kena tempat. Kalau waktu tak meneran, kena tarik nafas dan hembus untuk dapat oksigen, so nanti waktu nak meneran, boleh simpan nafas panjang-panjang. Kalau pembukaan cervix belum lengkap, ibu tak boleh meneran sebab takut koyak banyak. Sebenarnya saya takut tengok ibu-ibu nak bersalin. Sebab sakit. Memang betul-betul kena selawat banyak-banyak, dan berdoa banyak-banyak.

Banyak lagi benda kena buat. Estimate pendarahan berapa banyak, estimate berat placenta, pastikan baby yang lahir selamat dan sihat. Semua buat secara bekerjasama. Lepas tu kena sentiasa follow-up ibu kat ruang nifas, dan kena ajar ibu cara-cara yang betul untuk menyusukan anak (itu saya belum pernah buat ;P).

Tapi banyak jugak ibu-ibu yang tak dapat bersalin secara normal dan terpaksa dibedah (C-section) . Banyak la sebab-sebab dia. Nak cerita kat sini boring pulak. Sekarang pun saya dah boring taip benda-benda medic. hihihi....:P

So mari kita stop, besok insyaAllah saya update lagi tentang satu post yang suami mintak share kat sini..heee...:P Ok bye bye.

Kesimpulannya untuk diri sendiri : Practice makes perfect!!! Keep learning and keep doing!!! :)

Monday 9 January 2012

I'm tired :(

And I fall asleep counting my blessings....




Tuesday 3 January 2012

Live from Majalaya

pics from my hp camera..tak best lupa bawak camera :(


Salam.

Update hari ni boring sikit okay? :) pasal aktiviti saya di sini. hehe.

Hari ni hari ketiga dan malam ketiga di sini. Hospital ni agak jauh dari kawasan bandar, perjalanan memakan masa hampir 2 jam dari Bandung, termasuk sesat-sesat dalam hujan. Hihi. Lalu banyak sawah padi yang cantik-cantik, lalu kawasan dengan jalan berlubang-lubang & dipenuhi air.

Tapi hospital ni okay, best :) Selama ni saya ingatkan hospital ni kuno, kekampungan dan yang seumpama dengannya. Tapi ternyata bayangan saya tu adalah fantasi semata-mata. Tempat tinggal kami pun selesa, dekat dengan bilik ibu bersalin, dekat dengan kamar operasi (kita pakai bahasa Indonesia jap k..), dekat dengan poliklinik.

Walaupun facilities contohnya di OT tak lah semaju di RS Hasan Sadikin, tapi saya rasa best sebab hidup di sini tidak se"hectic" di RSHS.

Kami 9 orang duduk dalam 1 rumah. Budak perempuan 6 orang semua duduk dalam 1 bilik. Dengan barang-barang yang kami bawa, contohnya bantal, comforter, kipas, ubat nyamuk, extension wire, iron, dapur masak, laptop, modem internet broadband, dan lain-lain, hidup kat sini jadi mudah. Kawan-kawan satu group pun semua best-best :)

Doktor kat sini baik-baik dan helpful. Tegas dan berdedikasi. Banyak ajar kami benda penting-penting tentang O & G. Tapi setakat hari ini saya belum menolong melahirkan sendiri baby-baby comel itu. Sebab belum dapat full rotation kat bilik ibu bersalin. Semalam kat poliklinik, hari ni kat operation room. Tapi 5 orang kawan yang lain dah dapat tolong. Besok sepanjang hari saya akan duduk di bilik ibu bersalin. Harap-harap besok banyak ibu bersalin. Amin. Tapi setiap pagi kami akan follow up patients dekat bilik-bilik ibu lepas bersalin & before bersalin.

Semalam saya, Khairi dan Subha dapat turn kat poliklinik, buat antepartum/prenatal care kat bakal-bakal ibu. Ada patient ectopic pregnancy (tadi dah tengok dia undergo salphingectomy), patient dengan placental remnants (tadi dah curretage), ada patient datang dengan keluhan excessive vaginal discharge sebab takut menopause sebab dia nak kahwin lagi, ada patients datang follow up untuk bekas jahitan C-section, dan banyak lagi. (Terpaksa lah cakap satu-satu kan sebab tak tau nak update apa)

Kat bilik ibu bersalin pulak, setakat ni sangat banyak ibu-ibu hamil yang mengalami Pre-eclampsia. Tau tak apa tu? Pre-eclampsia adalah keadaan di mana ibu hamil ada tekanan darah yang sangat tinggi dan dalam air kencing dia ada protein. Kalau tak diubati awal, boleh menuju ke arah Eclampsia iaitu pre-eclampsia dengan gejala tambahan kejang. (secara garis besar macam tu lah maksudnya..ingin tahu detail sila inbox :P)

Ada jugak ibu-ibu yang mengalami prolonged labour. Kalau pegang patient macam ni kena la rajin borak-borak dengan patient tu supaya dia tak rasa sakit sangat. Hehe saya sebenarnya rasa janggal bila tiba bab-bab macam ni. Nak suruh ibu bersabar tapi saya sendiri belum pernah bersalin. Entah-entah kalau saya bersalin nanti lagi dahsyat. Senggugut pun menangis. Kebanyakan patients tu pulak adalah bakal-bakal ibu yang lagi muda dari saya. Lagi muda means lagi logic la nak menangis kan. Dah lah kat hospital ni suami tak boleh temankan sewaktu bersalin. Huhuhu. Kesian dorang. Saya harap kalau saya bersalin nanti, suami saya boleh temankan. Huhu.

Kami belajar macam mana nak ajar ibu-ibu meneran (sekaligus belajar untuk diri sendiri hehehe). Tapi semalam ada seorang ibu ni tengah santai-santai tiba-tiba ketuban dia pecah. Sedangkan 15 minit sebelum tu bukaan cervix dia baru 3-4 cm. Ibu kat sebelah dia dah bukaan lagi besar pun masih tak bersalin lagi. Lepas tu kelam kabut dia kata tak boleh tahan. Baby tu pun keluar cepat sangat. Best tengok ibu yang dipermudahkan bersalin macam ni. Tapi logic la sebab dia pun dah kali ke-3 melahirkan normal. So senang lah sikit.

Tadi saya tengok C-section untuk kelahiran songsang. Tengok operation untuk ectopic pregnancy jugak. Kesian ibu tu baru 1st baby, umur 21 tahun tapi sebelah fallopian tube dah kena ikat sebab ectopic pregnancy. Tapi don't worry sebab zaman sekarang dah banyak cara untuk mendapatkan anak :)

Tadi ada C-section baby kembar jugak. Salah satu baby songsang (kepala kat uterine fundus), yang satu lagi transverse. Tapi cuma dapat dengar suara baby sebab kebetulan waktu tu tak sembahyang lagi, so pergi sembahyang dulu. Bila datang balik operation dah habis.

Ada lagi, patient dengan urine retention. Semalam dia prolonged active phase. So mungkin ada inflammation kat urethra, lepas melahirkan sampai pagi tadi, perut dia macam tak kempis-kempis (macam ada seorang anak lagi kat dalam tu). Bila tanya "boleh kencing ke tak?", dia jawab "boleh". Rupanya kena tanya lagi, "kencing lancar atau tak?" sebab kalau setakat jawab boleh kencing, tak cukup. Sebenarnya dia boleh kencing tapi tersekat-sekat. Normally seorang manusia (tanpa minum air banyak or tanpa kesejukan) akan merasa nak kencing apabila urine volume dalam urinary bladder dah mencapai antara 150-200 ml. Air kencing yang dihasilkan (urine production) adalah lebih kurang 0.5-1.0 ml/kg berat badan/jam. So orang yang berat badannya 50kg akan hasilkan lebih kurang 50ml/jam, dan bila dah 3-4 jam, akan merasa keinginan untuk kencing. Patient ni dah hampir hampir sehari tak dapat kencing dengan lancar. Bayangkan berapa ml air kencing yang berkumpul dalam bladder dia? sampai jadi macam orang mengandung.

Jadi kateter pun dimasukkan melalui urethra dia. Urine bag tu penuh. Lebih 1000 ml. Huhuhu. Cuba ambil botol mineral and isi air sebanyak tu, and bayangkan our urinary bladder mengangkat kencing seberat itu.

Ehm apa lagi cases yang ada tadi? Banyak cases sebenarnya tapi penat plak nak type satu-satu. Tiba-tiba dah azan maghrib plak kat surau. Nanti saya share lagi kay. Share banyak-banyak pun tak best jugak. Okay bye :)