Friday 10 February 2012

Two weeks from now =)

Salam.

Dah 7 minggu dikelilingi ibu-ibu bersalin. It taught me a lot of things. Pernah satu masa, saya rasa takut untuk bersalin normal. Jadi setiap hari kena kumpul motivasi, setiap patient akan menunjukkan pengalaman yang berbeza-beza. Tahap kesakitan patients pun berbeza-beza. Saya sebut "patients" sebab mostly yang datang ke hospital adalah calon ibu-ibu bersalin yang dirujuk oleh bidan disebabkan ada masalah seperti darah tinggi, prolonged labour & delivery, bayi letak songsang, placenta previa (placenta di bawah rahim) , masalah air ketuban, bayi lahir mati, dan banyak lagi.

Kat sini, ada institusi yang disebut "akademi kebidanan", untuk melatih seseorang menjadi bidan yang terlatih. They are not doctors. Dorang buka klinik kebidanan sendiri untuk ibu-ibu bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi. Bila ada masalah, mereka akan rujuk ke doktor kat hospital.

Lucunya, my bad, I don't even know how the system in my own country works. Pengalaman selama belajar kat sini, bila doctor tanya "kalau di Malaysia macam mana?", tentang hal apa pun tentang Health System in our country, kebanyakan Malaysian students diam. Dan senyum-senyum. Kadang-kadang doctor tu yang tolong jawabkan sebab dia selalu ulang-alik ke Malaysia sebab ada program kat sana. Sebabnya, walaupun cari info dari internet, memang jarang jumpa.

Apa-apa benda tentang medic pun, kalau google, yang keluar adalah dalam bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia. Saya selalu belajar tentang sesuatu penyakit (semata-mata untuk tahu kat Malaysia bahasa untuk orang public nya apa), saya bukak Utusan Malaysia atau apa-apa akhbar yang ada Artikel Kesihatan. Atau kat Malaysia patients faham medical term? Tak pe lah setahun lagi saya habis belajar, balik Malaysia I will try my best to adapt.

Kat sini, surprisingly, kadang-kadang ibu-ibu dan bapak-bapak orang awam tahu some medical terms. Contohnya : eczema, bronchitis, diarrhea (ekzim, bronkitis, diare) . Itu dah dianggap macam bahasa public. Even sepsis pun kadang-kadang dorang tahu. Walaupun pendidikan cuma tahap sekolah menengah.

Back to the topic, ibu mengandung,

Ramai kawan-kawan tanya saya, bila nak pregnant? Our marriage dah masuk bulan ke-10. Walaupun personally I still want "only the two of us", tapi memikirkan umur yang dah nak masuk 26 tahun 2 bulan lagi, fikiran kena matangkan sikit. Hihi. Dan kat Obgyn department ni, hampir setiap hari di war-warkan tentang "the 4 too's" --> apa itu?

1. Too young
2. Too frequent
3. Too many
4. Too old

...to get pregnant.

My usual answer, "tunggu habis koas"

2 minggu lagi, koas dah nak habis, mungkin my next answer will be, "tunggu habis belajar"

Tapi, is there anything called "habis belajar" in medical field? Everybody keeps talking about "long-life learning". Atau "life long learning", i don't know which one is the right one. So bilakah waktunya kami bakal habis belajar itu ya..hehe..

Selalu jugak terasa ralat bila patients datang nak bersalin, umur dorang 19, 20, 21 sampailah 24tahun. Younger than me.

Jadi sekarang, I think it's time for us to start thinking about this more seriously. Walaupun tak perlulah serius sangat. Hehe. Serius sikit-sikit. Daripada tidak serius langsung.

Tapi sebenarnya, waktu-waktu "free" macam ni, saya manfaatkan untuk memenuhkan ilmu di dada. Kalau boleh, waktu pregnant tak nak baby besar. Nak bawah 3000 gram boleh tak? Yang penting sihat. Keluar pun tak susah. Tak nak badan gemuk jugak. Sebab kesian kat orang yang tolong delivery nanti. Kalau baby besar, nanti susah nak bersalin normal. Mari saya tunjuk gambar rupture of perineum.







Kalau bersalin C-section, it's okay la nak anak besar. Tak perlu risau. Tapi cuma boleh dapat anak beberapa orang. Tapi buat apa nak baby dalam perut besar-besar. Lepas baby tu keluar, bagi la makan banyak-banyak, jadi lah anak chubby.

Kalau benda yang kita tak boleh nak elak, macam hal-hal yang menyebabkan terpaksa C-section, nak buat macam mana kan. Tapi, kalau benda yang kita boleh elak, why not :) Asalkan jangan bawah 2500 gram.

This is for my own notes, kalau pregnant, pada minggu ke-3 (minggu ke-3 setelah ovulation, bukan setelah hari pertama haid terakhir), hati-hati dengan pemakanan. Jangan makan ubat sembarangan, kalau boleh jangan terdedah pada radiation (jangan masuk ruangan radiology ok), atau apa-apa teratogen. Sebab 3rd week adalah minggu untuk proses "gastrulation" (the process that establishes all the 3 germ layers : ectoderm, mesoderm, and endoderm) --> it is a highly sensitive stage for teratogenic insult.

Lepas tu from 3rd to 8th week, proses pembentukan organ berlaku (organogenesis). Ingat, most "malformations" terjadi pada waktu-waktu ni. Sama jugak, terjadi disebabkan teratogens. Atau disebabkan kekurangan certain vitamins or minerals. Waktu organ sistem saraf tengah dibentuk, sila cukupkan pengambilan folic acid. Waktu tulang bayi sedang dibentuk, sila ambil calcium yang cukup supaya bayi tak ambil calcium ibu. Ferum supplement pun ambil jugak untuk prevent anemia. Pokoknya makan buah dan sayur banyak2 :)

Baru-baru ni bukak e-book2 Obgyn yang berlambak tu, tiba-tiba terbukak satu buku ni, tajuknya "A Man's Guide to Pregnancy - how to live with a pregnant person and get out of it alive" by John Zakour. Cuma 55 pages. Nanti saya kena print buku tu. And bagi para lelaki baca :P

Saya nak share lagi ilmu. Terutama bab-bab menahan sakit. Sebab saya pun tengah cuba amalkan waktu saya period pain. And it works! Waktu saya sakit perut sebab diarrhea, it works too. Rupanya nasihat-nasihat yang kita disuruh bagi waktu ibu-ibu tengah kesakitan tu sebenarnya memang betul-betul berkesan. Patutlah kadang-kadang ibu yang 'ikut cakap' sangat tenang waktu nak bersalin, except waktu betul2 tengah nak keluarkan kepala anak, itu memang sangat sakit kot, sebab semua ibu yang tadinya tenang walaupun tengah contraction, akan menjerit kesakitan.

Tapi saya kena keluar dan buat beberapa kerja kat luar hari ni. Dah dekat jam 8. Nanti tak sempat jumpa doktor. Kena pergi dua hospital. Later if I have time, and if i remember, I'll write about it. Jika Allah mengizinkan.

Sebelum pergi, nak upload gambar dinner semalam. Ni semua terpengaruh dengan Krie. Hehe.. (My friend yang sangat pandai masak). Saya nak makan kat Hanamasa sebenarnya. Dah lama sangat tak makan kat sana. Tapi rasa macam membazir. Sebab kalau saya memang rugi kalau makan buffet. Dulu-dulu boleh lah, sebab dulu banyak masa berjam-jam duduk sana pun tak pe. Sekarang? Hmmm..Nak dapat cuti pun susah. Huhu.

So me & Naqi pun buat lah simple steamboat kat rumah. Sambil makan tengok tv. Lepas tu kekenyangan.




Ohya lupa nak bagitau, kami dah ada new maid. Tapi cuma suruh ibu tu datang seminggu 2-3 kali. Kerja dia simple ja, kami cuci baju, dia tolong jemur dan lipat. Walaupun dia lipat sukahati, baju terbalik pun dilipat juga :P Tapi takpelah, as long as kami ada lebih banyak masa untuk study. (naqi pun ada lebih masa untuk main game ;p). Nanti bila dah habis final exam, saya susun balik baju-baju dalam almari tu mengikut tempat yang sepatutnya. Lepas tu seminggu sekali dia mop lantai dan cuci toilet. Dan kalau ada pinggan mangkuk belum basuh, dia basuh. That's all. Gaji? hehe... 250 ribu. semua nak bagitau kan ;p Ok lah kot since dia pun tinggal dekat ja dengan rumah. Harap kami tak menyusahkan dia. Huhu.

Ikutkan hati, saya tak nak update blog. Tapi, saya tak ada diary. I consider my blog as my diary. Sebab saya selalu terfikir, kalau saya dah balik Malaysia, mesti sedikit sebanyak saya akan rindukan tempat ni. Macam kalau saya rindu rabbit, saya tengok post lama-lama tentang rabbit :( Jadi, saya "terpaksa" cari masa jugak untuk tulis blog. Sebenarnya kalau boleh saya nak blog ni jadi kenangan antara saya & Naqi jugak. Tapi tak sampai hati nak tulis 'semua tentang kami' di sini. Hehe..semalam saya terbaca status kawan saya kat facebook..

‎... "My wall my choice". Agreed. But kindly have mercy on people reading your updates ...

Ya saya pun setuju. Hehe. Tak sampai hati tu maksudnya saya tak sampai hati nak ada orang baca post jiwang-jiwang. Saya pun geli okay baca orang tulis jiwang-jiwang... Geli sekali ;p

Ok2 dari tadi kata nak stop. Sekarang saya stop betul-betul. Rasa macam bercakap sorang-sorang pun ada. Sebab encik suami tengah nyenyak tidur tu. Semalam dia kata "terminum nescafe waktu tengahari" so malam nak tidur, tak boleh tidur. Saya kata "kenapa tak baca buku, confirm tertidur.hehe". Pastu dia jawab "Aah ek, kenapa tak baca buku, tengok tv je semalam sampai tertidur". Jadi lain kali, my advice, kalau tak dapat tidur, baca buku medic okay? Saya sangat berpengalaman hal-hal macam tu. Hehe..

Ok bye. Salam :)

7 wonderful voice(s):

Nur Muthmainnah said...

suka bca blog kak yah..:) bnyk ilmu bru..

Rafahiah Haron said...

hehe..tq kakak..sekadar share ilmu yg ada, hrp bermanfaat =)

HuiMay said...

sangat setuju, blog = memory :) btw Yah, sangat sorry lupa ttg Yah nak pergi Ujung Berung. Sebab ada terfikir nak temankan Yah. Lupe plak. Huhu.

Rafahiah Haron said...

eh..bukan Ujung berung la Amy..hehe..tp Cibabat..tp xpe je.smlm nak pergi, dah siap2 dah..tp bila msg org kat sana, dorg kata doc tak masuk hari ni. So x jadi pergi =( Takpe je Amy, pergi sorg2 pun boleh,naik angkot dari rumah..hehe..=)

Jom study for OSCE =)

adaibrahim said...

yah,samalah kita..
takut nak normal delivery..
tapi tulah pengorbanan seorang ibu..
Semangat & berusahalah utk OSCE ye..Gud luck

Rafahiah Haron said...

Ada..kan? berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..terbayang how our mom dulu lahirkan anak ramai2 :(

Thanks Ada. Ada pun good luck gak for the coming exam! Present leklok :)

kak jidah said...

kak jidah pun takut tgk o..........

Post a Comment