Friday 20 April 2012

Life is an experiment :)

Assalamualaikum w.b.t,

Yeay hari ni update blog lagi. Semalam tengah malam rumah banjir lagi, to be exact, dapur banjir. Malas dah nak layan. Air hitam bercacing bersihkan je lah. Pastu bocor sana sini, dan nak dijadikan cerita, mungkin ini yang dinamakan "malang tidak berbau", surat pengantar program Magang yang Naqi pegang untuk bagi kat Kepala Puskesmas (sebab dia ketua) habis basah. So sekarang tengah keringkan depan kipas. Nak pergi mintak baru jangan harap lah Eyckman tu nak bukak weekend. Hmm..

Isnin ni (23 April) dah start Magang. Program 6 bulan kat daerah-daerah yang dah ditetapkan. My group ada 6 orang semuanya. So selama 6 bulan ni kami berenam akan berkepitlah sebab semua Malaysian, terbuang kat sana-sini, 2 lelaki dan 4 perempuan. Biasalah student Universiti perempuan lagi ramai dari lelaki kan. Hehe. Tapi my batch ni takde lah kritikal sangat. Bilangan pelajar perempuan dan lelaki hampir sama je. Budak lelaki dia pandai2 plak tu.

Untuk bulan pertama ni, kami dapat tempat yang agak dekat berbanding tempat untuk 5 bulan yang akan datang. Itu pun jarak dia dari rumah ni 27-28km menurut teman Indonesia yang tahu tempat tu. Puskesmas Pameungpeuk namanya. Belum pernah pergi lagi, pagi ni nak pergi survey. Menurut senior yang pernah dapat kat sana, perjalanan naik angkutan kota (angkot) mengambil masa 1 jam setengah (one way), so kalau nak sampai sana pukul 7 pagi, kena bertolak dari Bandung jam 5.30 pagi. Kat sini 5.30 pagi tu gelap lagi. And menurut senior lagi, perjalanan tu akan melalui banyak pasar pagi, kilang-kilang, dan dorang naik angkot pakai masker sebab asap rokok dan asap persekitaran yang sangat teruk.

Apa2 pun saya sekarang ni masih excited nak Magang. So tak nak fikir benda-benda negatif dulu, harap semua lancar je lah.

Saya malas nak update sangat about my life kat facebook sebab kat situ ramai sangat orang yang saya tak berapa rapat. Kadang-kadang saya tak ingat pun siapa yang saya kawan kat situ. Kawan yang pernah satu sekolah, satu kelas, etc tu saya ingat lah :) And senior saya ingat jugak. Nak delete malas, satu kerja plak kan. Nak buat account baru khas untuk family & friends pun malas jugak. So saya update kat blog je lah apa2 yang penting dalam hidup saya. Hehe. Bukannya private pun.

Alhamdulillah saya dapat ahli group yang menyenangkan. Selain dapat 1 group dengan Naqi, dapat 1 group dengan kawan-kawan baik saya, Ernesta & Adillah. Pastu dapat dengan Yoshee & Mogan, yang saya kenal sangat baik jugak :D So hopefully Magang kitorang akan lancar dan best dan tak stress. Hehe.

Saya sekarang suka tengok orang-orang yang dah berjaya. Tak suka tengok belakang dah. Lebih banyak nak fikir benda in the future. Contoh terdekat Abang Din & Kak Shahnaz. Seorang dah jadi orthopedic surgeon, sorang lagi dah jadi anesthesiologist kat Malaysia. Banyak hal-hal yang boleh dipelajari dari hidup dorang. Terpisah tempat kerja, sorang duduk Selangor, sorang duduk kat Pahang. Hal menguruskan anak-anak, rumahtangga, dugaan maid lari etc. Cerita waktu dorang jadi houseman dulu sampailah jadi specialist sekarang. Huhu perjalanan kami masih jauh untuk sampai ke tahap tu tapi kena berusaha.

Hari tu ikut abang Naqi (my bro in law) pergi site visit. Dapatlah tengok2 kerja seorang engineer macam mana. Ok stress jugak. Nak siapkan bangunan tu dalam masa yang ditetapkan dan mengikut budget yang dah ditentukan. Dari hal sekecil-kecil sampai lah hal yang besar. Kerja yang sangat teliti saya rasa.

Kesimpulannya, dalam hidup ni tak ada benda yang selalunya mudah. Saya selalu teringat & terfikir kesusahan ayah & mak dulu-dulu. Zaman dulu hidup tak mudah macam sekarang. Makin lama hidup kami makin mudah la berbanding dulu-dulu kan. Cuma bila saya melalui hidup sekarang, saya terfikir mak & ayah dulu lagi susah, tapi tak pernah complain pun. Dapat jugak nak besarkan kami 6 orang adik beradik.

Saya ni, sikit-sikit tulis dalam blog. haha..tapi kalau takde blog, bosan kan? bila bukak blog, tengok takde update, tak tau nak online apa. Saya tak nak tengok running man, nanti ketagih macam naqi, hihi. Berapa jam dah dari hidup dia dihabiskan untuk running man :P (jangan marah, nasihat :P). Pastu kalau tak running man, baca comic. Kalau tak baca comic, bukak 9gag.com. Kalau tak 9gag.com, main LOL. Haha habis sebut semua kat sini. Tapi, saya tak kisah pun dia main LOL, sebab tu strategy game. Advantage dia, dalam hidup ni, sebagai suami, dia lah yang kena banyak mengatur strategi kan :D Atau mungkin dengan kecekapan tangan dia, dia boleh jadi surgeon yang berjaya. Ok itu positive thinking. Tapi kadang-kadang ada jugak la yang saya risau. Takut dah ada anak nanti, dia masih main game. Macam tak sesuai je? Saya terbayang kalau ayah atau abah main LOL. Hmm. Biasanya ayah main freecell atau solitaire ja kalau bosan :D

Saya plak sekarang bosan-bosan main chess lawan computer. Itu je lah kerja saya. Kadang-kadang buat soalan Add Maths. Kadang-kadang baca Sejarah. Macam nak SPM plak rasa. Tapi betullah. Saya dah lupa ramai nama-nama sahabat Nabi. Dulu sekolah rendah, saya rasa saya hafal semua nama sahabat nabi, dia ni buat apa, dia tu buat apa. Siap hafal lelaki pertama, kedua, ketiga masuk Islam, bla bla bla. Tapi sekarang mostly dah lupa. Dulu sekolah rendah dah hafal semua surah juz 30, siap hafal terjemahan dia lagi, tapi sekarang banyak dah lupa. Bila tengok adik saya yang sekolah rendah sekarang siap hafal terjemahan surah walaupun dia masuk sekolah agama waktu darjah 4, saya rasa macam malu dengan diri sendiri dan Allah sebab tak kekalkan benda-benda tu dalam ingatan. Tak tau lah apa reason dia. Saya boleh cari alasan kenapa benda-benda ni jadi, tapi alasan bukan lah cara yang tepat untuk itu. Saya kena improve dan jadi diri saya yang dulu.

Orang kata, hard work without talent is a shame, but talent without hard work is a tragedy. So Allah dah bagi ingatan yang kuat untuk benda-benda tu, kita lah yang kena asah untuk mengekalkan benda-benda tu. Huhu. Insaf seinsaf insafnya :( Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku.

Minggu lepas saya baru mendaftar haji. Harap diberi kesempatan dalam hidup ni untuk menunaikan rukun ke-5 ni. Harap dimurahkan rezeki. Walaupun mungkin turn itu akan datang 10 tahun lagi, atau lebih, tapi saya yakin kalau kita bersungguh-sungguh, peluang tu akan datang tanpa kita duga :) Ada sorang kawan saya, umur sebaya,my ex-classmate, belum kahwin, hidup dia banyak dugaan dari dulu, kematian ayah, kematian abang, tahun lepas saya tengok kat facebook dia pergi mengerjakan haji. Alhamdulillah, I'm so happy for her. Kerja dia pun dah stabil, kat petronas. Saya happy bila tengok orang yang dulu diberi banyak dugaan waktu masih muda, tapi sekarang berjaya macam tu :) Semoga dia sentiasa diberkati Allah. amin.

Oh sebelum lupa, ada satu berita gembira. Kat sebelah family saya, kakak saya dah pregnant lepas setahun lebih berumahtangga. InsyaAllah kalau semuanya lancar, kami akan bagi cucu kepada mak & ayah dan bagi anak buah pada adik-adik kami pada hujung tahun ni. Dan sebelah family mertua, ada 4 orang yang tengah pregnant. Yang bersanding bertiga hari tu, Wa, Kak Ya, and me. Dan seorang lagi, kak Mar, merangkap my biras :) Kak Mar & Wa dah lebih 30 minggu, kak Ya dah masuk 2 months, saya pun 2 months jugak, tapi EDD kak Ya lagi awal. So saya EDD paling lambat. Hehe. Sebenarnya my EDD kalau ikut last menstrual period is on Nov 30th. Tapi hari tu check kat doc dia cakap Dec 5th. Saya lagi suka lambat sikit sebab nak balik naik kapal terbang nanti, takut tak boleh naik flight plak.

Tapi saya ni awal lagi, kalau boleh tak nak cerita-cerita dulu. Sebab baru 1st trimester kan. Orang tua-tua cakap awal2 ni tak boleh bising2 sangat. Menurut apa yang saya belajar pun, 1st trimester ni kena betul-betul jaga sebab banyak benda boleh terjadi. Harap2 semua lancar lah, dan selamat semuanya. Amin.

Takde kaitan pun tajuk kat atas tu, tapi boleh lah. Kan post ni banyak cerita about life. So mari kita ber eksperimen dengan hidup kita :D Jangan takut untuk jatuh dan gagal, bangun lagi dan bangun lagi sampai berjaya. Macam main chess la :D Kekalahan itu penting untuk kita menang di kemudian hari :P

Ok bye.

7 wonderful voice(s):

HuiMay said...

Yah aah gambar tak keluar :) hehe rase starting sekarang mmg akan blog tanpa gambar dah. Yah macam tengah banyak berfikir. Tapi bagus sebab yah selalu cuba fikir ke arah yg positif. Sy takde experience lg tp sy percaya Naqi boleh juggle being a daddy and a gamer. Hehe. Lg pun mungkin Naqi tengah fikir, baik die main sampai puas sekarang sebab nanti bile dah jadi daddy, kena kurangkan masa bermain :) and sy faham perasaan Yah yg Yah kate Naqi banyak bermain. Dulu pun sy pernah fikir pasal tu. in the end dapat conclusion yg mungkin kite mmg diciptakan berbeza. Zaman dulu2 kan perempuan duduk dlm gua jaga anak tunggu suami balik. Lelaki pulak kena keluar hunting dapatkan makanan untuk bawak balik. So diorang diciptakan untuk 'hunting' macam battling. Zaman moden sekarang natural instinct diorang dah kena suppressed. So diorang main game la hehe untuk boleh dapat excitement yg macam battling/ hunting dulu. Umm tak tau ade kaitan tak hehehhe. Mmg normal kalau diorang suka main game :) cume jangan sampai addicted and still boleh prioritize :)

Blog abang and kakak ipar Yah yg mane eh hehe nak baca jugak. Betul Yah cakap

HuiMay said...

Life experiences makes us who we are and shape our future if we look at it from the right point of view. Life is about learning and never give up! :) haha macam translate ayat yah jadi english je.

Rafahiah Haron said...

Haha Amy, mula2 sy baca serius je 2nd comment amy, tiba2 amy ckp mcm translate ayat, tergelak baca :D

Haha sian Naqi kite ckp pasal dia kat sini. Mesti terbatuk2..lepas cuti ni dia dah kurang bermain dah..so i guess sebenarnya boleh je nk control. Actually bukan naqi je, saya pun tak best dgn diri sendiri sbb lepas ada internet, byk sgt buang masa dgn online. Saya prefer mcm zaman2 takde internet dulu. Tak jadi autism sgt. Sebab tu tak sabar nak dpt anak, sbb lepas ada baby nanti, saya nak kurangkan aktiviti ber online. Kena tumpukan kat baby dan kerja =)

Thanks amy. Sian amy kena pergi jauh2 kat Ciamis, tapi jealous sebab korang dekat dgn pangandaran, boleh selalu pegi pantai, mcm best je :D

Wa said...

Wa sukeee baca blog kak yah..banyak pengajaran & nasihat..hehe.jaga kandungan baik2 ye & selamat bermagang!

Rafahiah Haron said...

TQ WA!:) U take care of urself n baby too :)

Wazie Wahidah said...

bagus2, jgn pandang belakang. terus pandang depan. hehehe. 6 bulan lagi. chayok2!

eiii, running man tu daffy pun baru tgk aritu. mmgla best. tapi sy tengok kejap2 jak la. tp daffy punya lama dia melekat depan laptop tengok tu. sambung2 by part lg di youtube tu kan. sabar ja la ;p

baca komik tu mmg selalu. xdpt larang la kan. haha. suda biasa buat tu dari bujang2. mcm kita la blogging ni. mana boleh larang. huahua ;p

hope semua pregnancy dlm family kita dipermudahkan. hehe. kakjidah yg paling dekat suda kali. bulan depan kan. hehe. lepas tu najwa plak. saharah sama2 sy lebih kurang.

mcmana doc ubah edd? dr lmp ka scan? sy bulan 7 baru scan. takut jak nanti kalau ikut lmp jak, doc bilang overdue. hehe. tp doc akan ambilkira yg scan jgk ba kan..

p/s: perumpamaan main chess tu. haha! sy x suka main chess. sebab kalah jak sama ko n ayah time kecik2 dulu :D

Rafahiah Haron said...

hehe..tu la skrg RM mmg tgh popular..saya mau jg tgk tapi takut byk buang masa n ketawa2..org ckp x bagus terlampau byk ketawa sbb boleh mengeringkan hati dan mengurangkan ilmu :P Kalau org yg mmg pandai xpa la kali, tp saya rasa sy belum cukup pandai la kan.haha..

Ya kak jidah next month, caesar kan..harap2 semua lancar.amin :)

Bukan ubah edd..maksud sy doc pakai edd berdasarkan scan..tp sy kira berdsrkn LMP..hehe..ya doc pakai yg scan jgk tu..=) sy lagi suka lmbt2 sbb mau sempat balik n naik flight :D

Post a Comment