Tuesday 26 June 2012

Menghitung hari

"Menghitung hari....~ detik demi detik...masa ku nanti apakan ada.." jom baca sambil membayangkan background lagu KD ni..sambil support saya yang tengah tak sabar nak habiskan Magang kat kota tandus ini..hehehe..

Baru siap buat slides for tomorrow's presentation. Besok it's my turn to present untuk acara 'komed' (komiti medis) depan semua koas universiti.T untuk tajuk Hepatic Cirrhosis. Lepas tu "lucky" me kena present lagi (journal reading) untuk besok untuk department Ilmu Penyakit Dalam, yang bertajuk "Congestive Heart Failure" depan kepala bagian IPD dan koas IPD. Naqi & Yoshee pun kena present for their journals. Bagusla present sekaligus, lepas ni tak banyak dah kerja yang kena buat. Lepas ni tinggal 1 presentation komed dan 4 presentations department ja lagi untuk our group.

Semalam saya tiba2 rasa macam sedih dan sayu semacam. Dulu pernah jugak timbul rasa macam tu waktu PMS..yang tiba2 menangis tanpa penyebab pasti. Kawan2 saya kat sekolah menengah dulu pun ada yang selalu alami hal macam tu, tiap bulan dekat nak period tiba2 menangis sebab rasa something. Semalam Naqi pergi gym tak sampai setengah jam pun saya dah sms mintak dia balik cepat sikit. Lepas dia balik saya terus menangis. Lepas menangis baru rasa okay sikit. Aneh punya orang..sorry abang sebab buat perangai aneh.

Mungkin jugak sebab saya tak puas jalan2 waktu balik Bandung weekend hari tu. Saya sangat excited jalan2 sebab boleh lupakan Karawang walaupun cuma untuk 2 hari. Hehe. Kami join family Abg Jib dan Kak Mar jalan2 kat area Bandung. Hari Isnin tu dorang pergi Kawah Putih, saya dah balik Karawang petang Ahad tu..Isnin (semalam) asyik terfikir bestnya kalau dapat join jalan2 kat Kawah Putih daripada duduk kat Karawang ni. huhu.

Hari Ahad tu mak Kak Mar masak nasi lemak. Waa rasa macam mimpi sebab dah lama tak makan nasi lemak. Kalau duduk berdua memang saya tak masak nasi lemak sebab Naqi tak makan nasi lemak. Saya makan tambah 3 pinggan, kalau ikutkan rasa tak malu memang saya nak tambah 1 pinggan lagi =p

Kadang2 saya teringin jugak nak makan makanan Malaysia, tapi tak lah teruk sangat. Personally saya rasa saya bukanlah mengidam pun. "Mengidam" ni bagi saya definisi dia "perasaan orang mengandung yang orang kata harus dipenuhi/dimakbulkan" --> tapi saya rasa yang saya nak makan sangat itu ini cuma sebab benda tu memang saya dah lama tak makan dan mustahil nak dapat kat Karawang ni. Tapi kalau tak dapat sekarang pun it's okay, masih ada masa kalau balik Bandung boleh masak. Tapi sambil kena menghitung hari la..macam tajuk post ni..heehe..

Semalam teringin nak makan Nasi Ayam Hainan. Kalau kat Malaysia berlambak ada kat mana2. Harga pun RM3-5 ja. Kat sini, ada Rice Bowl restaurant dekat Karawang Mall tu, tapi nak pergi dan balik mall tu je tambang 30ribu (angkot + beca) = RM12 , lepas tu harga 1 set Nasi Ayam 40ribu (RM16), total makan nasi ayam untuk saya sorang = RM28. Bayangkan kalau tiap hari terasa nak makan nasi ayam. Huhu. Kalau ikutkan kebiasaan hidup selama ni, memanglah rasa macam tak biasa kan hidup macam ni..tapi bila teringat orang lain kat dunia ni yang lebih susah, barulah hati tenang dan insaf sikit :)

Hari tu saya fikir2 jugak, mampu tak nak puasa Ramadhan nanti, dengan perut yang asyik lapar 24jam ni. So last week saya try la berlatih, tapi kena betul2 sahur ikut nutritional recommendation untuk berpuasa la..tak boleh makan manis2 n tak boleh minum air sejuk waktu sahu, etc. Pastu sahur mesti dekat2 azan subuh. Alhamdulillah hari 1st puasa tu dengan izin Allah tak rasa lapar & penat langsung. So insyaAllah kalau diizinkan tahun ni bolehlah puasa penuh =) Tapi buka puasa kena control ni..my bad habit selalu buka puasa terlalu kenyang sampai nak tarawih pun badan berat.

Bestnya bila teringatkan 17 hari lagi nak balik Bandung. Harap2 dilancarkan dan dipermudahkan lah urusan kat Karawang ni, tak nak lah ada masalah. Perkara positif kat sini banyak belajar je lah..lain2 ada jugak lah yang ok tapi saya tak sesuai lah nak hadapi hidup mengandung kat sini..hehe..bukan zon selesa saya kot..hmm..

6 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

Yeay tidak lama lagi tu habis. Hehe.. Pasni boleh happy2 di bandung suda. Menangis tiba2 aa.. Hehe.. Biasala tu kali hormon perempuan bikin sensitif. Lagi2 time mengandung. Kadang2 xtau kenapa rasa sedih tiba2, itupun boleh bikin nangis kan. Tapi Lepas menangis tu lega la kan ;)

Bestnya dapat makan nasi lemak. Dahsyatnya sampai 3 pinggan. Haha. Mesti sedap kan. Sy time mengandung jarang sangat makan bertambah. Nasi sepinggan pun kurang dari time tidak mengandung. Kecuali kalau ada ikan masin, baru saya tambah. Haha.

Saya pun tiada rasa mengidam, semua pun boleh delay. Kalau ada, makanla. Kalau tiada pun x apa. Tapi kadang2 ikut hati jugak, walaupun bukan mau sangat tapi pegi jugak cari. Hehe.

Saya belum ada praktis puasa. Tapi saya pun rasa yg sama, kalau sahur makan nasik proper, mesti boleh tahan puasa sehari. Tapi terawih tu sy x pasti. Solat wajib pun mengah suda :p try our best la kan. Hehe.. InsyaAllah boleh.

Bah, all the best presentation dan 17 hari lagi di karawang tu. X terasa tu, pejam celik pejam celik, habis suda. Hehe. All the best. Miss u!!

ummujannah said...

We eat for 2 now! :)

Rafahiah Haron said...

Wdh : hehe tiap baris di komen aa..Tq for ur concern!n thanks for reading my curahan hati.hehehe..kesian kena baca curahan hati. Eee mcm mana mau masak ikan masin, goreng ja ka? saya ada bawa ikan masin tp xtau mau masak apa.hehe.. paling pun sy kasi masuk dlm sayur masak lemak. Sebab ini bukan ikan masin kecil2 kurus tu. tp yg besar, itu boleh goreng mkn gitu ja ka?hehe mau jgk..:D

tgl 14 hari lagi :)))

Kak Tasha: kak tasha!!! lama tak dgr pasal k.tasha, how's ur married life? update la blog. Congrates kak tasha sbb dah pregnant. jaga diri baik2 lagi2 time HO ni..=)

Wazie Wahidah said...

Ikan masin yang besar sedap tu masak sambal. Potong2 dulu lepas tu goreng. Then guna minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar hiris, cili padi. Lepas tu tambah air asam jawa. Tambah gula sikit. Then masuk balik tu ikan masin, masak sekejap. Adjust rasa masam dan pedas ikut selera. Nyummy sedap! Hehe.. Saya suka ada kuah sikit sama banyak bawang besar hiris. Hehe

Pasal komen tu, sebab alami benda yang sama kan. Haha. Jadi gatal tangan jugak mau komen semua :D

Rafahiah Haron said...

eh cepat juga wdh komen, hehee. baru letak post baru, tiba2 tgk komen yg ni ada komen tmbah..

Sy xpernah msk sambal ikan masin, x payah letak grm la tu kan? ok2 nanti la sy try, syg tu ikan masin tidak kena guna.hehe

Wazie Wahidah said...

Iya x pyh letak garam. Saya xda buat apa2, tu yang online jak. Hehe.. Saya pun baru try masak semalam. Biasanya mentua yang masak. Hehe.. Try jangan tak try! :p

Post a Comment