Saturday 2 June 2012

Weekend @ home

Salam.


Pagi ni ada peluang update blog :) I'm in Bandung right now. Tapi petang nanti balik Karawang semula. Sepatutnya kami balik Jumaat kelmarin, tapi tiba-tiba our orthopedic specialist, dr. Asep suruh kami join koas untuk bagi kelas bimbingan kat mahasiswa Akademi Keperawatan. Kena buat presentation dan bersoal jawab tentang C.I.N.T.A di dalam orthopedic, Congenital, Infection, Neoplasm, Trauma and others. So lepas kami dah present, kami minta izin keluar awal, balik Sabtu jam12 tengah hari semalam. Alasan? Nak pergi upacara "Sumpah Dokter" kawan-kawan Indonesia. Hehe. On the way nak pergi tempat travel tu, kami jumpa seorang pakcik dalam angkot yang on the way nak pergi stadium bola Karawang. Dia cakap petang tu team Safee Salee ada perlawanan bola. Tapi kami lebih excited nak balik Bandung,hehe..


Sehari sebelum tu, (Jumaat), kami doktor muda magang Unpad kena buat presentation untuk program Medical Committee (Komiti Medis @ Komed) yang diadakan tiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat, depan semua koas dan doktor yang saya cerita sebelum ni. Setiap 2 minggu kami kena buat 1 presentation, pastu bersoal jawab dengan penanya soalan. Alhamdulillah our 1st presentation berjalan dengan lancar dan doktor cakap "discussion yang menarik". hihi. Happy jugak bila kena puji oleh doktor itu.


Kat hospital ni, tiap hari Isnin-Khamis kena pergi Apel pagi (perhimpunan pagi) jam 7 pagi. Dengar amanat dari ketua. Kalau malam tu jaga (oncall) penatlah sikit. Kami disuruh jaga dari jam2 petang sampai 7 pagi. Tapi kami selalu join koas minta izin awal, balik jam 3.30 pagi. Sebab koas kena pergi follow up patients kat ward jam 5 pagi. Kami tak join dorang follow up, (mengelak sebenarnya..huhu..), tapi kami join waktu round. Lepas round, pergi poliklinik pulak, sampai patients habis. Lepas tu, kalau doktor ada operation, kami ikut. Dan hampir tiap hari ada bimbingan (macam tutorial lah) oleh doktor yang berbeza-beza lepas Zohor, kami join. Saya suka aktiviti kat hospital. Banyak belajar, banyak dapat ilmu, banyak bersoal-jawab dengan doktor. Cuma kat sini saya stress sikit sebab tak ada tempat berehat untuk doktor muda. Sementara menunggu nak bimbingan tu, tak ada tempat nak pergi. Nak balik jauh, panas, angkot tak ada.


Kat sini panas dia sangat-sangat panas. After 2 months nanti, confirm hitam. Kat sini kami minum berbotol-botol air aqua sehari. Tapi frekuensi buang air kecil sama ja. Hehe. Orang pregnant lagi lah kan, sepatutnya frequent urination sebab uterus dah mengambil space urinary bladder, tapi saya jarang je rasa urgency nak pergi toilet. Sebab peluh dah banyak dah kot. Huhu. Padahal air aqua sentiasa ada kat tangan.


Saya pun tak berapa faham kenapa saya stress kat tempat ni. Naqi pun stress. Ernesta dan Adillah pun pujuk2 balik Bandung.hehe. Kat sini ni macam Sepang waktu mula-mula buka dulu kot. Macam kat my college dulu, KTT Sepang. Bandar ni cantik, ada potensi untuk maju sebab design bandar dia cantik macam kat Malaysia. Nampak macam modern dan mewah. Tapi sebab belum semuanya dibangunkan sempurna, semuanya masih dalam pembinaan, so takde tempat yang boleh kami pergi. Dekat tempat hospital kami ni ada Sport Center, situ best lah, ada swimming pool di dalam restaurant, ada gym, ada tempat main futsal, ada tempat massage, ada aerobic class, kami pernah swimming kat situ minggu lepas. Tapi kami bukan ada banyak masa lapang nak pergi pun. Bayangkan kami berenam tak boleh cari masa untuk keluar makan sama-sama langsung, sebab tiap hari mesti ada yang kena oncall.


Kami baru plan nak pergi Pulau Pari kalau kat Karawang, tapi dengan situasi yang sibuk macam ni, weekend satu shift 24hours, memang kitorang takkan dapat kot nak bercuti. Huhu. Lagi satu yang stressful kat sini, adalah angkot yang jaaaaarang sangat lalu kat sini. Kadang-kadang rasa kaki sangat tak larat nak jalan dari kosan pergi hospital, tapi terpaksa jalan jugak. Tak ada angkot. Ada beca pun jarang lalu. Huhu. Kalau nak pergi mall, balik tak ada angkot, so kena naik beca bayar 15 ribu. Hehe. Tambang macam naik taxi kat Bandung je.


That's why la, most of the time, memang rasa malas sangat nak keluar, tapi duduk terperap dalam bilik lagilah stress. Kalau terperap dalam rumah x pe lagi, ini terperap dalm bilik, tak ada TV, tak boleh masak. Hehe kenangan jugak sebenarnya, me & Naqi kadang2 stress sangat sampai jadi "radio rosak" menyanyi dalam bilik. Seriously stressful.


Kalau oncall, balik tengah malam memang scary. Gelap semacam, tak ada lampu, lalu kawasan sawah padi. Lepas tu ada 1 tempat on the way tu, tempat orang main billiard malam-malam. Saya selalu jeling-jeling tengok kat dalam tu, ramai gila lelaki main billiard dan merokok, pastu kat depan ada macam bar yang ada perempuan jual air. Ala-ala kampung la, tapi scary kalau jalan malam-malam. Kadang-kadang ada kereta polis kat situ, so lega sikit la nak lalu. Ada satu malam tu, saya oncall sorang-sorang, jam12.40 malam saya rasa sangat lapar dan mengantuk, dan memandangkan saya pun belum berehat langsung malam tu, saya minta izin untuk rehat 1 jam, nak balik bilik jap tidur. Kalau kat RSHS dulu, nak rehat sejam, ada disediakan tempat tidur. Kat sini terpaksa balik rumah. Sebab tempat duduk pun berebut. So saya dengan perut kelaparan pun jalan laju je keluar dari hospital. Tak fikir apa-apa dah macam mana cara nak balik. Dalam hati nak jalan kaki ja and jangan fikir banyak. Nasib baik kebetulan kat depan hospital tu ada bapak beca yang belum balik, saya cepat je naik beca dia. Hehe. Setakat ni, saya percaya bapak2 beca. Dorang kan nampak bersusah payah mencari rezeki yang halal, so saya yakin dorang baik dan jujur. Bapak beca tu hantar sampai depan pintu tempat kitorang tinggal dengan selamat. Tapi, saya tak terfikir pulak macam mana nak balik semula pergi hospital jam 2 pagi. Saya pun dengan tenangnya melelapkan diri sampai pagi. Huhu. Rasa bersalah dengan koas yang oncall tapi nasib baik dorang cakap memang tak banyak patients lepas saya balik tu. Huhu.


Actually, kat sini kami kena oncall kat Emergency Room untuk semua patients. Kalau dulu kat RSHS, ikut la kita tengah kat department apa, kalau bedah, kita bertanggungjawab kat patients bedah la, kalau medical, kena bertanggungjawab kat patients medical. Tapi kat sini, kena bertanggungjawab kat semua. Patients bedah tak ramai kat sini, jarang, tak sebanyak RSHS. Yang ramai kat sini, patients Internal Medicine, dan Neurology. So secara tak langsung kami kena belajar dan ingat semua. Bagus jugak sebenarnya, sebab kita memang kena jadi doktor untuk semua patients. Tak boleh pilih2. Benda ni buatkan kami lebih berfikiran luas dan melatih otak untuk tak study berdasarkan department. Macam study untuk exam la.


Ok itu cerita pasal Karawang. Semalam balik rumah kat Bandung ni, perkara pertama yang saya nampak kat luar rumah : daun kesum saya ada 1 pasu habis kering, nasib baik saya dah buat backup tiga pasu. Hehehe.. Tapi sayang lah yang 1 pasu tu kering, sebab kat pasu tu banyak dah bercabang2, maybe sebab dah banyak sangat cabang, dia perlukan air lebih banyak. Saya minta tolong ibu siram tiap-tiap petang. Yang lain segar, yang satu ni je kering. Huhu. sedih. Nantilah saya try akarkan lagi batang2 yang masih boleh diselamatkan.


Pokok cili saya pun dah berbuah banyak gila hari tu. Tapi kami bukan selalu pakai pun sebab saya tanam jenis yang sangat pedas tu. Kebetulan jiran depan rumah suka cili tu, so kami suruh je dia ambil kalau nak pakai. Dorang cakap itu "cabai mahal" hehe. Kat pasar mahal sikit la berbanding jenis yang satu lagi tu. And bapak jiran ni macam suka dengan cili tu.


Saya tak taulah kenapa saya suka sangat tanam pokok. Tapi saya bukan selalu guna pun, sebab sayang. Contohnya tanak daun kesum tu, baru sekali saya pakai untuk masak asam pedas. Tanam daun kari, tapi saya bukan suka makan kari pun. Kalau nampak bawang dan halia kat dapur tu dah mula tumbuh akar, saya mesti ambil pergi tanam. Tak tau lah untuk apa sebenarnya. Nanti pergi pasar saya beli jugak daun bawang. Hehe. Kadang-kadang Naqi cakap tak payahlah tanam, but I just can't see daun2 bawang and akar yang tumbuh tu kena buang. Kat pasu tu saya dah tanam kunyit, dah beranak pinak pun, halia pun dah beranak pinak, serai pun dah beranak pinak. Bukan saya sempat pakai pun, nanti by the time saya nak balik Malaysia, saya tinggalkan jugak. Tapi saya tetap sayang pokok2 tu. haha..Saya puas hati tengok dia beranak pinak :P nanti balik Malaysia saya nak tanam pokok avocado lah. Walaupun memerlukan 10 tahun baru nak berbuah. Saya nak tanam daun-daun western tu. Macam oregano, bassil, peppermint, etc so kalau masak spaggeti or any italian food, dapat pakai daun-daun fresh. Saya dah jumpa orang yang jual benih dia, nanti balik Malaysia nak tanam. (macam lah ada rumah sendiri ;p huhu)


Banyaknya saya merapu hari ni. Adakah ini sign of stress? Hmm..saya stop dulu lah. Makin lama makin banyak saya merapu. Bye.....

4 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

Ndak nampak macam stress pun. Hehe.. Mcm happy jak tu.. Xpa, x lama lagi di sana kan. Hehe..

Ei, ko tanam halia kunyit n serai? Wah bestnya! Saya mau tanamlah jugak nanti kalau tinggal sendiri. Nanti buat entry ajar cara dan tips tanam2 k. Ni mesti ikut perangai ayah n mak, suka tanam2. Saya ni entahlah, semangat jak lebih. Buatnya ndak :p

Rafahiah Haron said...

Eee..stress ba..keluar dari zon selesa..stress la..hehehe..panas ba sini..huhu :( lama lagi, satu stgh bulan.huhuhu.

Hehe tanam main2 ja ba..saja2 try. tp x la besar pun. dalam tanah tu berbuah2 sudah saya cabut hari tu. tp tanam balik la..hheheeh... skrg tumbuh anak pokok lain. Mungkin la ikut perangai mak ayah kan.hehe...kalo pencen nanti mau jadi petani lah :P

Wazie Wahidah said...

saya pun suda ckp sm daffy, nanti mau tanam semua tu. supaya xpyh beli. jimat dan sentiasa ada. di pasu jak kan. hehe. mau beli tanah hitam sama baja la. semangat ni. haha. manatau nanti kami pindah kan.

ataupun mintak tolong ayah tanam, saya jaga jak. haha

Rafahiah Haron said...

ba..cerita la kenapa pindah.hehe. mesti excited kan. kena kuat la tinggal sendiri. sebelum ni ada org lain jaga kan. tinggal sendiri2 kalo a.daffy p kerja msti mula2 x biasa tu, kdg2 menakutkan. tp lama2 okay la. pm la cerita2.hehe

Post a Comment