Thursday 9 August 2012

Kenangan satu petang di bulan Ramadhan 1433H

Boring jugak bila tak ada internet.. huhu..beberapa hari boleh lah, tapi lama-lama rasa macam tak tersambung sangat dengan dunia luar. Lagi-lagi kalau kat TV semua rancangan nonsense. Bulan puasa ni siang-siang tak boleh makan, hehe..so apa yang saya buat, memasak ja lah..selain berulang-alik ke imigresen uruskan my Exit Re-entry Permit buat kali terakhir, kat imigresen pulak asyik System Error, so kena datang lagi keesokan harinya. Nasib baik saya bersabar, hikmah bersabar ialah "Rezeki Murah". Kalau saya tak bersabar sikit ja semalam, mesti sampai sekarang tak settle2 jugak :) Minggu depan kena pergi imigresen lagi ambil passport dan ERP yang dah siap. Naqi pun kena ambi his EPO (Exit Permit Only). Lepas ni tak ada lagi duit-duit kami yang kena terbang untuk imigresen kat sini. Cukuplah 6 tahun ini saja, hehe.

Dah sampai 10 hari terakhir Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Ibadah macam mana? :) Bulan Ramadhan ni banyak amalan akan dilipatgandakan pahala, harap-harap semua amalan saya dan suami, dan semua orang diterima Allah s.w.t. amin :)

Sekarang ni online pakai portable modem ni, pakai simcard XL ja, tak la cepat sangat. tapi boleh la update blog. Facebook kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak boleh. Saya try upload gambar pun lembap. Banyak gambar nak upload tapi yang dapat 4 ja..hehe gambar makanan sudah pastinya. Hari tu saya cakap nak masak berpada-pada kan. Alhamdulillah saya rasa kami tak lah membazir sangat puasa tahun ni. Semua masak pakai benda yang dah ada kat rumah. Beli pun benda yang tak ada macam ayam dan sayur. Beli pun untuk portion 2 orang. Kalau masak lebih, sedekah sikit kat jiran. So biasanya sahur memang dah habis :)

Ini Nasi Tomato masak minggu lepas. My sis pun ada letak gambar dia masak nasi tomato kat blog dia, saya terliur tengok, so mari mengiurkan diri sendiri kat blog sendiri pulak. Hihi.

Ini saya yang mengidam. Tapi gambar cheese and mayonis dia berterabur sikit. Ini kalau kat KFC Malaysia senanglah dapat, tapi kalau KFC kat sini dalam mimpi pun tak boleh dapat. huu. So dengan meng google resepi di internet, saya pun berjaya buat Cheezy Wedges yang rasa sama macam KFC tu.hihi. 


Ini kuih Tepung Pelita request dari encik suami. Dah 2x buat dalam bulan puasa ni, mula2 tak pakai bekas daun pisang ni, second time buat pakai bekas daun pisang pulak. Besok nak buat lagi. Dengan bubur jagung jugak. Hari ni encik suami request nak bubur jagung lagi.  Suka sangat makan manis-manis sejuk kan :)
Tahun ni resolusi kami adalah buka puasa tak boleh minum manis-manis. So tiap kali berbuka akan minum Aqua saja (air kosong), dan tak sejuk jugak. Kurma kan dah cukup manis :)

Hari ni dah hari Jumaat. Dah 3 hari cuti :)

Selasa lepas adalah hari yang agak hectic bagi kami berdua. Lepas habis presentation dan ucap selamat tinggal kat Puskesmas, kami kelam kabut pack barang untuk pindah. Ada masa 1 jam sebelum lorry datang. Lepas tu sebab lorry tu cuma muat dua orang, so cuma kami berdua yang ikut pergi Majalaya. Save budget sikit, kesian pulak kalau semua kena pergi.

Perjalanan dari Sumedang ke Majalaya sejam lebih, tak sampai 2 jam. Tapi bila sampai sana, baru dapat 2 rumah, kena cari 1 rumah lagi. Tapi bapak yang bawak lorry tu nak cepat. So kami kena cepat-cepat pindahkan barang-barang tu masuk salah satu rumah. Rumah tu masuk lorong kecil, kena jalan dalam 200 meter, lori tak boleh masuk. Trolley nak angkut barang pun tak ada. So kami bertiga pun terkejar-kejar angkut barang-barang tu (sorang lagi Mogan, yang datang naik motor). Saya angkat barang & jalan pelan-pelan ja, takut ada effect kat my uterus. Huhu. Naqi & Mogan sekali jalan angkat 5,6 beg sekaligus. Kesian pulak saya tengok.

Saya & Naqi pulak, tak tau transport nak balik Bandung macam mana sebab tak explore lagi kawasan tu. So kami tumpang bapak lorry tu and suruh drop kami kat mana-mana tempat yang boleh dapat angkot. Sebab kat hospital tempat kami kena magang tu cuma ada kereta kuda.

Bapak tu drop kami kat tepi jalan sekitar jalan Cicalengka-Rancaekek, kami nak bayar tapi dia tolak, huhu terharu. Waktu tu kami tak solat Asar lagi, betul-betul kelam kabut sebab ada dalam 15 minit lagi nak azan Maghrib. Kami nampak satu restoran Nasi Padang kat tepi jalan, tanya orang kedai tu boleh tak nak tumpang solat. Unfortunately dia kata tak ada tempat solat kat situ. Tapi dia tunjuk 200 meter ke depan, ada satu musolla. Lepas cakap thanks kami pun berlari menuju ke musolla yang dia maksudkan.

Dengan beg-beg yang penuh kat belakang dan kat tangan, kami lari tak cukup nafas nak kejar waktu Asar. Hehe kalau ingat balik rasa lucu pun ada. Alhamdulillah bila sampai surau tu, tak ada ramai orang lagi, tempat ambil wuduk dia pun mudah. Sempat pun solat Asar. Ada dua orang perempuan tengah baca Quran nak tunggu Maghrib, dan ada seorang lelaki yang melaungkan Azan Maghrib. Bila dah azan maghrib, tiba-tiba ibu yang tengah bertelekung tu hulur sebungkus minuman kat saya (mula-mula saya tak tau nama dia apa, then Naqi told me it's pengat pisang). Panas lagi. Dia buat dalam 3,4 bungkus kot. Sebab bila saya makan, saya tinggalkan sikit untuk bagi kat Naqi. Tapi bila saya keluar lalu tempat lelaki untuk kumur mulut nak solat, saya tengok Naqi pun tengah makan benda sama.

Dah lah penat-penat, kelam kabut, tak tau pun kami terdampar kat musolla mana kat celah-celah negara orang ni, tak kenal orang kat sana, tiba-tiba ada yang bagi makanan waktu tengah lapar dan penat tu. Waktu tu perasaan saya sangat terharu. Bila dah selesai jamak solat Maghrib dan Isyak, saya jumpa Naqi kat luar untuk meneruskan perjalanan sebab kami plan nak berbuka puasa kat Jatinangor. Naqi cakap selalunya dia tak makan pengat pisang, tapi sebab orang bagi dan dia terharu, sungguh-sungguh dia habiskan dengan perasaan sebak. Hehe..

Macam ni la pengat pisang yang ibu tu bagi
Waktu tu saya terbayang perasaan orang yang tak mampu, dan dapat makanan dari orang lain, terutama untuk berbuka puasa. Sekarang saya berazam nak selalu sedekah makanan yang saya masak sendiri kat orang-orang tak mampu yang sangat ramai kat sini. InsyaAllah :)

Lepas tu perjalanan diteruskan ke Jatinangor, makan, then balik Bandung.

Besok (sabtu) insyaAllah nak buat makan-makan buka puasa untuk kawan-kawan kat Sukagalih. Plan nak masak Nasi Dagang dengan gulai ikan tongkol dan acar. Lepas tu Ahad nak balik semula ke Majalaya. huhu. Another 2 months to go. Kami akan habis Magang pada 5 Oktober 2012, akhirnyaaa.. semoga semuanya lancar selancar lancarnya, amiiiiin :)


3 wonderful voice(s):

Miss Brenito said...

seronoknya bace pengalaman dari negeri orang..

Wazie Wahidah said...

Cerita pengalaman yang best.sayapun terharu baca. Hehehe...

Wah, sy suka makan tu tepung pelita. Susah mau jumpa yang sedap kan. Saya suka yang jagung warna putih. Daun pisang ka pulak tu? Ingat pandan.. Hehe..

Dorg semua baju raya kaler kelabu. Saya n daffy hitam, tp ada kelabu jgk sikit. Sebab susah saya cari baju. Haha. X sampai seminggu lagi mau pulang. Yeay!

FiDieYaaa said...

Salam, just bloghopping
Sedap nampak kuih awak
Jemput ke blog saya http://sibijakadok.wordpress.com/

Post a Comment