Thursday 7 February 2013

Sekitar Umrah & Ziarah 2013

Salam. Plan asal nak cerita panjang2 tentang perjalanan Umrah..boleh bagi semangat or bagi gambaran untuk ahli keluarga or kawan2, tapi...penyakit "Malas" datang pulak..huhuhu..jadi biarlah gambar berbicara keh..hihi..rasa macam ambil gambar sikit ja hari tu, tapi bila tengok balik sampai 400 keping jugak, lepas tapis2 ambil yang ni ja, itu pun banyak jugak, dah macam album kat Facebook plak blog ni. Hehe. Layan saja..

1st day - Sampai hotel Dallah Taibah, dekat Masjid Nabawi, Madinah



Chicken Kebab
Besar nya!
Pemandangan malam di Masjid Nabawi, dalam masjid ni lah letaknya makam Rasulullah s.a.w


Payung untuk meneduhkan jemaah masjid

Cantik kan. Ni la payung yang kita selalu tengok kat tv boleh bukak tutup tu, hehe.


Payung ni akan bukak tiap kali lepas habis solat subuh, ada ambil video hari tu, tapi panjang sangat tak boleh upload.

Ini pulak masjid yang pertama dibina oleh nabi kita, iaitu Masjid Quba. Berhenti kat sini untuk solat sunat, satu solat sunat kat sini menyamai satu kalo Umrah. Itu yang saya ingat ma bagitau, nanti saya cari sumber sahih :)


Masjid Quba, Madinah


Ini pulak kat Medan Peperangan Uhud. Ingat kan sejarah Perang Uhud? Yang tentera Islam kalah sebab tak ikut cakap Rasulullah tu.

Ma baca doa untuk umat Islam yang mati syahid.

Perkuburan para syuhada.

Pasar di Jabal Uhud



On the way nak mendaki Jabal Uhud

Sampai pun...

Kedai di Ladang Kurma

Pelbagai jenis kurma

Orang tengah berebut-rebut beli kurma coklat

Kurma frozen, sedap!

Ladang kurma

Ziarah ke Masjid Qiblatain. Tempat Rasulullah dan para sahabat menukar arah kiblat sewaktu solat, dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram setelah dapat perintah dari Allah melalui malaikat Jibril.

Senibina dalaman Masjid Nabawi. Hehe. Waktu free ambil gambar :D

Hihi :D sorry


Cantik kan? I miss this place!hhuhu

Dari luar. Ambil gambar tak cantik sangat. Tapi yang real sangat cantik. Kagum.

Beli serban dari Pakcik Arab yang fasih berbahasa Melayu.

Ok, itu gambar2 kat Madinah. Lepas 4 hari, kami bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Umrah (mengunjungi Baitullah). Mula-mula niat di Miqat (Bir Ali/Zulhulaifah), lepas tu menuju ke Mekah. Perjalanan dalam lebih kurang 5 jam.
 
Zamzam Tower. Bangunan hotel-hotel di dekat Masjidil Haram


Our hotel, Al Safwah Royal Orchid. Betul-betul sebelah Masjidil Haram, dekat untuk berulang-alik. Alhamdulillah.

Duduk dekat lobby before tunggu boleh masuk bilik
Gambar-gambar lepas ni semua sepanjang kat Mekkah.

Dalam Masjidil Haram


Gua Tsur. Tempat Rasulullah bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq dari golongan musuh.



Jabal Rahmah, dekat padang Arafah

Jabal Tsur again.

Jabal Rahmah

Kaabah/Baitullah. Ni gambar lepas selesai tawaf untuk Umrah untuk kali ketiga. Aci tak ambil gambar jap. hehe. Ke waktu tawaf sunat, saya pun dah lupa. huhu. Tapi tarikh 26 Jan macam baru Umrah kedua.

The botak man depan Jabal Rahmah lagi.

Di Ladang Unta.@ Padang Pasir. Hehe





Padang pasir yang sejuk dan berangin. Hari ni hari Mekkah hujan :)


View dari bilik hotel waktu malam

View dari bilik hotel waktu siang

Our hotel room waktu malam



View hotel dari masjidil haram pulak.

Air Zam-zam. Kat sini tiap hari boleh minum air zam-zam. Huhu rindunya. Kat sini rindu sana. Kat sana rindu Yumna. hehe.







Bye-bye Masjidil Haram. Ni gambar last. Malam tu bertolak ke Jeddah naik bas. Kat Jeddah naik Qatar Airways to Doha, pastu amek Qatar Airways jugak balik KLIA. Lepas tu amek MAS balik Sabah. Sampai dengan selamat.      


Alhamdulillah. Terima kasih saya yang tidak terhingga buat insan-insan yang telah merealisasikan impian untuk ke Tanah Suci. Hanya Allah yang mampu membalasnya :-) Syukran Jazeelan :-)

2 wonderful voice(s):

Sufy said...

Alhamdulillah bestnya dapat pegi umrah..teringinnya pegi jugak :)

umrah experts low cost umrah packages said...

Avail the low-priced and deluxe Ramadan Umrah Packages 2019 just by Umrah Experts UK. These deals are available at very cheap rates from London to Jeddah or Madinah, Saudi Arabia. Hurry up to grab it.

Post a Comment