Saturday 2 March 2013

Home is where the heart is

"I live overseas, I see these exotic places and I want to know about them. But, weirdly, it also made me homesick"

Salam.

Pejam celik pejam celik, dah lebih empat bulan kami menganggur. Dua bulan lebih kat Kemaman, hampir dua bulan kat Sabah. Kelmarin baru balik semula ke Kemaman. As usual, mula-mula balik perasaan mestilah merindui keluarga di kampung halaman kan. Feeling home sick. Huhu...

But I'm used to it. Dah 14 tahun hidup macam ni, rasa sedih tiap kali duduk dalam kapal terbang berpisah dengan keluarga kat airport untuk belajar, untuk bekerja..adalah rutin hidup saya dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila, i guess. Begitulah kehidupan kan. Kita hidup dengan apa yang kita pilih, dan kita jalani kehidupan tu dengan hati yang ikhlas dan gembira =)

Kat sini pun my home jugak, my new home, my new family :-) It's my lovely husband's home. Nanti-nanti kalau saya balik 'my home', dia pulak yang home sick. Hihihi :P

Dulu ada orang cakap dengan husband, susah kalau kahwin dengan orang jauh, apatah lagi jauh kat Sabah. Entahlah apa yang susah. Mungkin susah beli tiket flight kut, yeke @Naqiuddin Mohamed? Eh, ini bukan facebook boleh main tag-tag. Hehehe..my husband cakap takpe beli tiket flight, demi isteri dan anak tercinta, hehe =p

Takpe lepas ni insyaAllah kalau kita balik, kita pakai free ticket ok? Untung tau kahwin dengan orang Sabah, kalau kerja kat mana-mana kat Malaysia, salah sorang mesti dapat elaun wilayah..pastu dapat ticket free satu family setahun sekali macam ayah..hihihi ok la dah jauh dah mengarut2 ni..huhuhu..stop2..

Hmmm..disebabkan mood merindui kampung halaman masih ada, mari blog sikit-sikit about my family. Di rumah cuma tinggal mak dan ayah. Anak-anak semua pegi mana?

My eldest sister, Wahidah..duduk rumah mertua yang jaraknya hanya tidak sampai 1 kilometer dari rumah mak ayah. Hehe..punyaalah dekat berabisan. Kalau suaminya abang Daffy outstation, dia balik rumah mak ayah. Sekarang lepas Iman lahir, kakak selalu duduk rumah mak ayah. Duduk rumah mertua pun selalu jugak. Sebab rumah dekat so senang lah berpindah randah. Tapi abang Daffy sekarang kena transfer pegi Beaufort, kira-kira 2 jam dari Kota Kinabalu. So lepas cari rumah sewa nanti, kakak dan Iman pun kena ikut. Jadilah mereka warga Beaufort. Makin jauhlah dari rumah.

My brother Amir pulak, masih meneruskan sisa-sisa pengajiannya di semester yang terakhir di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Mechanical Engineering. Bulan Jun 2013 ni grad lah, insyaAllah. Lepas tu boleh la kerja, n kumpul duit untuk kahwin. Hihi. Tidak sabar mau ambil cuti pergi Amir dan Nana kahwin. Kerja pun belum..sudah plan mau apply cuti.

Adik yang seterusnya, Farhanah @ Ana, juga sedang meneruskan sisa-sisa pengajian di Universiti Tun Abdul Razak dalam bidang Pengurusan. Lupa la apa nama course Ana..tapi yang penting berkaitan dengan management, bussiness, dan accounting. Juga akan grad pada tahun 2013. Walaupun masih belajar, tapi sudah mempunyai bisnes dan pendapatan sendiri. How I envy her. Hehehe..kepala pandai cari duit dari dulu. Bayar sewa rumah tiap bulan sendiri, bayar bil sendiri, semua lah sendiri. Setiap hujung minggu balik rumah untuk menjahit sendiri tempahan dari customer. Do you remember her online website, Inner Jersey & Shawl? Dulu saya pernah letak link kat blog ni. Website tu dah ada 13,746 likers, dikendalikan oleh dua orang adik-adikku dan juga seorang rakan.
Kerja saya tiap kali dia balik rumah hari tu, tanya berapa banyak order, pastu sibuk-sibuk kira untung bersih orang. Haha..betul-betul tiada kerja ok. Bukannya mau tolong jahit. Dia biasanya dapat order dari customet borong banyak-banyak. Minggu lepas tak menang tangan dia menjahit, mak pun terpaksa tolong, tidur jam 2 pagi, bangun jam 4 pagi untuk isi borang-borang poslaju untuk hantar bagi customer. Tapi itulah pengorbanan kan, tapi pendapatan melebihi orang yang kerja full time. Alhamdulillah.  Saya dan suami pun merasa jugak kena belanja makan di Secret Recipe pilih apa saja Ana & Ain bayar. Hihi rezeki jangan ditolak :p Pastu merasa dibelanja Starbucks jugak. Nanti kami sudah kerja kami pulak belanja k. InsyaAllah.

Adik seterusnya Ain, sedang menjalani praktikal di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dalam bidang Farmasi. Kalau cuti buat part time bisnes jugak di website yang sama. Juga akan grad pada tahun 2013 ni. Alhamdulillah tahun 2013 ni semua akan habis belajar.

Tinggal Izzaidah sorang ja lagi, baru masuk asrama Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu. Dia baru habis UPSR hari tu, dapat 4A 1B (B penulisan). From the first week until now, tiap-tiap hari call rumah. Mau kena jarum pun call mak dulu, lepas kena jarum pun call jugak. Isk isk. Kami dulu seminggu sekali ja call rumah..maklumlah tak cukup duit syiling nak call pakai public phone =p Zaman sekarang pakai topup2 ja public phone tu. Topup pun mak yang bayar..kan..

Ehmm okay lah..di sini dah hampir masuk waktu Asar, sebelum Yumna bangun dari tidur, baik siap-siap untuk solat dulu :-) Sekarang ni masa free adalah waktu baby tidur. Alhamdulillah, semakin hari makin senang dan biasa jaga baby. Yumna pun senang jaga..malam-malam pun bangun dua kali ja. Nangis pun jarang, kecuali waktu lapar. Ohya hari ni (02 March 2013) adalah hari pertama saya memakaikan Yumna cloth diaper. Baru dalam proses percubaan. Dah 3 cloth diapers Yumna pakai hari ni. Semoga terus istiqamah :) Yumna dah masuk 3 bulan, ada 3 bulan lagi perjuangan untuk exclusive breastfeeding. Kalau berjaya, saya ingat nak tambah lagi 2 minggu. Waktu tu mesti dah start kerja, harap-harap boleh teruskan EBF..pray for me k..:-)

4 wonderful voice(s):

Anonymous said...

kak yah, amer bkn mechanical..manufacturing engineering. hehe :p

-Nana-

Rafahiah Haron said...

Haha tq nana for d correction..kak yah ada jg rasa mcm salah tp hentam jak la. Br ja tanya amer hari tu tp lupa jg..belum tua sudah pelupa isk isk

Amy said...

hehe yah selalu jugak dengar yah bercerita ttg siblings. tapi entry ni macam lebih detail. best :D tiba2 rasa bestnya banyak siblings. tulispun berperenggan perenggan :P hopefully yah dapat cope dengan homesickness :) p/s : rindu!

Rafahiah Haron said...

Amy! Rindu amy jgk! Sygnya ptm tak sama tmpt. Amy kalau ada masa waktu dah ho jgn lupa update tau..hehe best eh siblings banyak..nanti amy plan la anak ramai2 bila dah kawin..hihi. Dah tua nanti dah retire..ramai cucu boleh bwk main :D

Post a Comment