Sunday, 10 April 2016

Suka duka bekerja di district hospital

Salam.

For the first time after 2 years, kembali menulis dalam blog usang ni. Ingatkan dah deactivated sebab tak aktif. Sampai lupa password and cara nak create new post. Hehe. Tapi gigih jugak cuba masuk password banyak kali. My memory is still good, rupanya. Hee.

Ok fast forward. I am a mother of two now. Muhammad Ammar, sekarang dah 1 tahun 3 bulan, dah pandai berjalan pun. Yumna Izzatunnisa, 3 tahun 5 bulan. Mengandung Ammar waktu housemanship, alhamdulillah everything was planned beautifully by the Creator :-)

Dah 9 bulan dapat posting kat sebuah bandar kecil di Kelantan, nama tempat ni Jeli. Kecik je tempat ni, agak ketinggalan berbanding bandar-bandar lain. KFC pun tak ada. Siapa yang tak boleh duduk diam dalam rumah memang agak susah la nak survive kat sini. Hehe. Trust me saya (yg kononnya boleh survived kat Indonesia) ni pun kadang-kadang hampir menyerah kalah :D

Ok bukan tu nak cerita sebenarnya. Actually nak cerita pasal semalam. Saja nak tempek kat sini buat kenang-kenangan :)

My husband was oncall on Friday.

Kat hospital dia, ada 3 orang doktor yang oncall weekend,
Active 1 = buat ward round + cover ED,
Active 2 = buat ward round + cover ward/labour room + hantar case,
Passive = Buat round ward + hantar case.

Kalau dia oncall, I will take care of our children. Taska memang tak buka hujung minggu kecuali kalau ada anak orang lain dihantar waktu hujung minggu. Weekdays kami hantar anak kat taska.

Nak dijadikan cerita, his partner yang oncall Active 1 and me, diarahkan last minute untuk pergi kursus wajib di Kota Bharu pada hari Sabtu esoknya. Bertolak dari Jeli pukul 6.50pagi.

So awal pagi semalam (Sabtu), everything went well. Saya bangun dan bersiap-siap sebelum anak2 bangun. Emergency Department(ED) kosong. His partner passed over ED to him, means kalau ada patient yang perlu inform, inform ke my husband sebab dia oncall Active 2. Ada lebih kurang 1 jam lagi untuk oncall dia habis.

Pada waktu yang sama, dia kena cover ward + labour room jugak dengan baki yang tersisa selama 1 jam ni. So kalau ada apa2 case yang urgent contoh pesakit nak beranak, staffnurse akan call dia.

Actually benda ni biasa bagi abang, tapi sebab kali ni ada extra tanggungjawab kena jaga anak sekali. Kami cuba bersangka baik dan berharap 1 jam ni takde apa2 yang akan memerlukan abang kena pergi ED/ward/labour room.

7.00am - 7.30 am, keadaan tenang sampailah Yumna bangun and menangis sebab sakit perut nak buang air besar. Biasala kalau bangun pagi-pagi mood tak ok, Yumna akan menangis kuat and kadang-kadang tantrum. Abang pun mandikan + basuh berak dia sambil Yumna menangis2 refuse untuk mandi. Waktu dia jerit-jerit menangis tu, waktu tu jugak lah Ammar terbangun. Mungkin sebab dengar Yumna nangis.

Tengah kelam kabut nak urus Yumna & Ammar, nak dijadikan cerita, telefon abang berbunyi, jam 7.40am. Betul-betul 20 minit sebelum waktu oncall abang habis. Staffnurse dari ED call to inform, "Doktor Naqi, ada baby umur dua bulan kat resus tengah gasping!"

Kalau saya la dapat case macam tu, dalam kepala memang terbayang-bayang :
**Under 5!
**Mortality Audit!

Abang terus pakaikan Yumna baju & pampers dalam sekelip mata (I couldn't imagine how he did that) and capai Ammar yang baru bangun, dukung both of them, sebelah tangan pegang Yumna, sebelah tangan pegang Ammar berlari nak ke ED. Tiba-tiba, dapat call sekali lagi dari ED.

Kali ni, "Doktor Naqi, baby asystole! (Denyut jantung berhenti)" Abang pun apa lagi, dengan Yumna sebelah tangan, Ammar sebelah tangan sambung buat larian ke ED.

Sampai ED, letak Yumna, passed over Ammar kat staff, cepat-cepat pergi red zone, waktu tu medical assistant tengah buat CPR kat baby. Abang datang sambung tugas, cepat-cepat prepare untuk intubation. Mungkin Allah nak tolong.. dengan izinNya, ROSC (return of spontaneous circulation), denyut jantung kembali berdenyut.

Tiba-tiba, dapat call daripada Labour Room, ada patient mengandung 35 minggu nak meneran. Sepatutnya pesakit pregnant yang belum matang (premature) kena rujuk ke hospital berpakar. Tapi, dalam kes ni tak sempat hantar tapi dah deliver. Tapi mungkin Allah nak tolong jugak, kebetulan baby born healthy, and BW : 2.5kg.

Semuanya settle pukul 11 pagi. Kat sini memang takde istilah pass over pesakit. So nak tak nak, memang abang kena settle kan case tu daripada A to Z, investigate further,  kena discuss with specialist,stabilize patient, and refer to respective team. Cuma orang lain plak la yang kena accompany dalam ambulans untuk hantar sampai Kota Bharu.

Sementara abang settle kan patient tu, staffnurse/sister2 yang baik hati tolong bawa Ammar & Yumna pergi labour room, sebab mungkin tak sesuai biar dorang nampak papa pergi ulang-alik ke sana-ke mari kat kecemasan tu tapi abaikan dorang.

Actually, ini bukan kali pertama benda macam ni jadi, pernah jugak sebelum ni, tapi kebetulan jatuh waktu weekdays, so boleh lagi hantar Ammar & Yumna pergi taska gelap-gelap before subuh tu sebab kebetulan ada orang available kat taska.

Mama saja nak tempek cerita ni kat sini untuk kenang-kenangan kita sekeluarga. Apa2 pun, I really appreciate u abang. Thank you for your sacrifice. (Semua orang cakap dia jonah :P)

Macam ni lah hospital daerah, semua benda kena tahu, semua benda kena reti manage, dengan alat-alat yang tak selengkap hospital berpakar. So kepada doktor-doktor yang tak pernah duduk district, you should NOT underestimate and simply suka nak marah-marah bila doktor-doktor kat disctrict ni refer case. You should try to be in their shoes. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau salah, tolong tunjukkan, bukan tolong tambah beban dengan marah-marah and reject referral.

For the sake of our patients...

Monday, 7 October 2013

Cuti-cuti HO

Salam..

Hai zahidahhhh! Hihihi..(say hi to zahidah sebab dia kata i can dedicate my sorry to her for being silence from writing anything on this blog)

Hari ni saya postcall. Naqi pun oncall semalam. Memang plan hari ni postcall/ post pm sebab petang nanti nak pergi KL.

Rasa bersalah sebenarnya sebab bila saya apply cuti esok dan khamis, kawan saya akan kerja sorang2 besok kat ward, dan sorang kawan lagi akan kerja sorang jugak lusa. Hmm..saya doakan patients banyak discharge hari ni, dan tak banyak new admission. Amin.

Tapi next week saya kerja sorang2 waktu hari raya pertama dan hari raya kedua Raya Haji. I consider it as one of my pengorbanan this year ^_^ Orang korban lembu, kita korban cuti. It's okay. Next month cuti Maal Hijrah or Deepavali bagi kat saya plak k? hehe.

Sekarang dah masuk Zulhijjah. Kalau masuk bulan ni, saya paling ingat Krie..sebab dulu waktu kat Bandung Krie selalu forward sms tentang kebaikan berpuasa/beribadah dari 1 Zulhijjah sampai 9 Zulhijjah. Saya tak ingat exactly hadith or dalil yang Krie forward tu..tapi Krie selalu puasa la sepanjang 9 hari tu. Saya ni, entah bila la nak ikut jejak Krie..paling terbaik pun saya boleh buat adalah Puasa 9 Zulhijjah. Hmm. I wish one day saya boleh ikut jejak Krie :)

Tahun ni insyaallah buat akikah untuk Yumna. Dan first time buat korban untuk diri sendiri kat Malaysia. Insyaallah kali ke-6 buat korban untuk diri sendiri. Dulu2 kumpul duit waktu student kat Bandung.. sekarang alhamdulillah dah ada pendapatan sendiri. Semoga diri ini tetap istiqamah untuk berkorban setiap tahun. Amin. Impian saya tahun depan, semoga dapat buat korban at least satu bahagian untuk umat islam di Palestin. Semoga Engkau permudahkan ya Allah.

Semalam pronounced death untuk seorang pesakit. Keluarga pesakit menangis. Saya mengantuk sangat waktu tu. 2.30 pagi. Tapi, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Staff nurse informed patient asystole. Attended patient. Check nadi, no pulse. Pupils dilated. Baru sekejap tadi, death in line issued. Not for active resuscitation. Patient with underlying COAD. Premobidly patient ADL independent, boleh bawak motor pergi surau. Has been admitted 3 times this month for SOB, which was worsening last night. Chest X ray suggestive of lung cancer, planned for CT thorax coming morning tapi tak sempat. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Ok lah nak tidur sekejap, then pack barang untuk pergi KL petang ni. Next month harap dapat cuti untuk jumpa family pulak kat KL, they are coming for my brother's convocation. May everything goes well as planned, amin :)

Monday, 30 September 2013

Kembali Menulis

Assalmualaikum. I'm sorry for the very long silence :) -heeee perasan nak mintak maaf kat sape ntah

Hari ni tiba2 dapat satu semangat untuk update sesuatu kat blog ni. Sementara semangat tu masih ada, baik lah saya menaip cepat-cepat.

Saya ingat lagi sebelum ni, waktu mula-mula kerja dulu, I decided to privatize my blog. Do you know why? Hmm actually masa mula-mula kerja dulu, saya mengalami suatu proses yang baru, berkenalan dengan orang-orang baru. Semua baru. Dan kerja ni adalah kerja yang seolah-olah ada "kasta". Dan saya sedang berada di "kasta" yang paling bawah. Saya akan kekal berada di kasta terbawah sekiranya saya tak perform, atau sekiranya saya di extend di kasta tersebut.

Walaupun waktu tu sister mengamalkan "tidak ada istilah hierarki". Tapi hakikatnya tak lah macam tu. Kasta bawah tetaplah kasta bawah, And you have to accept it. If you don't perform, you'll be extended.

So instead of meluahkan rasa tak puas hati saya kat blog secara terbuka, saya memilih untuk mem private kan blog ni. Sebab saya takut kalau2 ada kasta-kasta atas yang mungkinlaa kebetulan tak berapa sibuk nak pergi jelajah-jelajah blog, terbaca pulak kasta bawah ni punya luahan perasaan yang mungkinla pulak termengumpat kasta-kasta atas..habislah saya nanti.

Haha..Begitulah pemikiran orang yang baru start kerja dan mengalami depression waktu kerja.

And sekarang, saya rasa saya tak jadi pun lah nak private kan blog. Abaikan segala ketakutan-ketakutan tu, Sekarang ni kita kena hidup tanpa sebarang ketakutan kepada sesiapa kecuali kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

Kita kena cuba hidup seolah-olah hari ni adalah hari terakhir dalam hidup kita. InsyaAllah.

Saya rasa dah terlambat untuk cerita balik kisah-kisah saya kat O&G department. Pengalaman saya belajar kat Bandung dulu banyak membantu dari segi teori..sebab kat sini bila kerja dah sangat kurang masa untuk belajar teori. Semuanya berlalu dengan cepat dan dengan status bergelar ibu, dan jugak status kekurangan HO waktu tu, selama 4 bulan saya kerja tanpa henti. Off tak sampai 10 kali dalam 4 bulan. Cuti jangan cakapla. Off pun tak dapat, celah mana nak mintak cuti?

Kena marah tu perkara biasa. Tapi rasanya kat my hospital ni setakat ni semua marah bersebab. Kecuali ada la beberapa yang marah kita disebabkan kesalahan orang lain. Itu pun perkara biasa jugak. Tapi marah tak bersebab tu macam tak pernah lah pulak.

Sekarang kat Medical, HO 8 orang alhamdulillah sangatlah best. Sebab manageable. Kecuali kadang-kadang kalau hari-hari busy ramai patients. Cuma bila bekerja dan terus bekerja tanpa orang guide kita, jadilah macam kerja yang berlalu tanpa pertambahan ilmu yang banyak dan berguna untuk masa depan.
Sebulan berlalu tanpa betul2 dapat guidance sebab orang ingat second poster ni tau banyak kot? Kat rumah memang tak sempat study (orang bujang sempat kot?). Tapi sekarang ni adalah seorang dua orang MO yang rajin ajar. Jadi happy balik ^_^

Kat sini bukan sistem computerised. So everything kena tulis. Tulisan kena maintain okay? Kalau buruk takpe, asal boleh baca. Kadang-kadang ada pakcik yang buat hospital macam hotel yang dia boleh datang suka hati bila dia nak, dan keluar suka hati bila dia nak. Dan itu, adalah kerja seorang HO untuk buat admission clerking, dan discharge summary. Silalah bersabar.

Ada pesakit yang dah dinasihatkan untuk itu ini.. tapi kurang mengikuti nasihat..so keeps datang balik dengan complain yang kita dah tahu apa..dan kita dah tahu sebab dia apa. Dan kita kena jaga dia untuk tunggu keadaan tu jadi normal balik. Bila dah ok dia pun mintak balik, dan sempat meninggalkan kata-kata berharga "tak pe laaa..keluar hari ni..esok-esok jadi lagi, boleh datang balik."

Banyakk cantik?

Ada satu jenis lagi, datang hospital, tapi bila kita nak treat, dia refuse. So what's the point of coming to the hospital?

Selain pesakit, family pesakit pun satu lagi external factor yang boleh mendatangkan stress di kalangan pekerja hospital kerajaan. We tried our best to entertain you, with our limited staffs, and you keep complaining like you want us to be exactly like a private hospital. A place where you only have to pay RM3 for one night, and you're expecting us layanan macam bayar RM300 per night? I advice you to think if you're in our shoes.

I know you have the right to say it if you're not satisfied with something, but please have a respect too. Janganlah rude sangat seolah-olah awak tu anak sultan. Anak sultan pun tak macam tu. And anak sultan pun kami takkan lebih-lebihkan and we treat everyone equally.

Kagum dengan pesakit berbangsa Cina yang sangat low profile, menghormati pihak hospital, lembut, tak kasar-kasar. Yang biasanya rude tu adalah orang Melayu. Tak faham. Why? Why? Mak ayah tak ajar cara berbudibahasa ke. Ok dah start marah-marah kat blog. I better stop now.

So, marilah kita hidup saling berbudibahasa dan bekerjasama. Setiap orang ada hidupnya masing-masing dan cuba jangan menambahkan stress ke atas hidup orang lain. I understand you, you understand me. If you have anything to say, jusy say it with respect and budibahasa.

I didn't mean to write about this sebenarnya, tapi macam mana boleh sampai ke topik tu pun saya tak tau. Hari ni saya oncall, wish me luck. Ada masa free i will spend time on writing again. Bye :)

Thursday, 15 August 2013

Medical vs O&G

Life is much more better now..as compared to last 4 months. At least I have extra hours spent with my husband and Yumna :-)

Cuma...at times saya menyesali keadaan yang membuatkan ibadah-ibadah saya tak sempurna...dan, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sangat jauh dari sempurna. At times I wish I was a housewife..not a houseman. Ini yang selalu buat saya lemah dan rasa nak quit. Saya takut saya mati dalam keadaan ibadah2 saya tak sempurna macam ni :( Walaupun orang keep saying kerja tu ibadah..as a houseman who did a lot of mistakes..I don't think I made things better for my patients. Buat kerja macam kuli n kerani..in which ways I'm actually helping them to get better?

Sekarang saya dalam Medical Department..now ada 7 orang housemen dalam department ni termasuk saya. Dah 2x saya oncall. Alhamdulillah setakat ni lancar...kalau dulu O&G malam2 jaga satu ward sorang-sorang..lebih kurang 30-40 patients satu malam. Sekarang jaga dua ward sorang-sorang..tapi total patient lebih kurang ja dengan jaga satu ward O&G.

I lost 9kg in 4 months. Penat-penat la saya gain weight waktu pregnant dulu. Sekarang dah turun balik sebab kurang makan.

Cuma ada 1 benda yang saya sangat bersyukur..Allah bagi kesihatan yang sangat baik sepanjang 4 bulan lebih saya kerja. Tak pernah sakit. Kalau dulu tiap bulan selsema..sekarang tak pernah dah selsema..mungkin sebab saya makan Nutriferon Shaklee..hehe...:p tapi since awal dulu saya memang percaya bila baca mechanism of action Nutriferon tu..

But deep in my heart, I know, I won't quit. It's just me being too sensitive when I'm depressed...


Saturday, 6 July 2013

pukul dua pagi

Jam 2 pagi..baru balik dari kerja..tadi pegi kerja jam 6.20 pagi..pegi gelap balik gelap..nasib baik sudah pandai drive sendiri, tidak la menyusahkan orang macam dulu.

Malas mau tulis blog tapi mau tulis jugak. Tapi kenapa saya cakap sabah ni. Mungkin sebab saya rindu sabah. tapi mustahil la boleh balik. Balik rumah ni pun jarang. Hidup diselubungi hospital. Busy busy busy. Yang best nya busy ni, tidak sedar sudah sampai hujung bulan. Gaji masuk. Belum sempat guna, hujung bulan datang lagi. Itu ja la yang best. Tapi apa guna gaji masuk tapi xda masa untuk beli anything kan.

Terlalu banyak benda yang jadi yang x sempat pun mau cerita. Sangat banyak. 4 bulan kan. Hanya orang yang pernah melaluinya faham. Dan hanya org yg pernah melaluinya yang tahu tak ada apa yang boleh diceritakan pada orang sebab banyak benda yang orang takkan faham kalau tak pernah melalui situasi macam tu.

Apapun yang terjadi, ikhlaskan hati. Bersabar dengan kerenah orang yang pelbagai. Bersedia untuk berkhidmat...walaupun kesabaran selalu teruji..ok sekian bye

Wednesday, 12 June 2013

=)

Alhamdulillah, bersyukur dengan kehidupan sekarang. Enjoying my work, walaupun banyak dugaan yang mencabar perasaan...senyum tak perlu kata apa-apa, bak kata Krie :)

Monday, 8 April 2013

Housemanship

Salam..konon2 nak privatize blog tapi tak pandai private kan..huhu..terpaksalah mintak tolong my sister nanti, hehe..

Hari ni sepatutnya saya offtag, tapi status masih tergantung. Dalam duty roster H.O saya memang off hari ni, tapi sebab terlebih dedikasi saya pun datang lah jugak tunjuk muka tadi. Huhu..Lagipun masih belum faham selok belok cuti..so saya pun mintak jugak lah permission dari specialist untuk emergency leave.  Walaupun hari ni adalah hak saya untuk off. Even if they extend my tagging period, H.O lain kata memang patut cuti dulu sehari baru sambung tagging. Entah la labu..

So far, I love my job. Kadang-kadang happy, kadang-kadang stress. Waktu stress, the only thing yang buat saya bertahan adalah niat saya nak menolong orang. Seriously kalau sebab duit/gaji, lebih baik saya cari kerja lain. Cita-cita saya bukan doktor, tapi Allah dah beri saya jalan untuk jadi doktor, so bagi saya, mesti ada sebab Allah jadikan saya seorang doktor..kena ikhlaskan hati untuk hidup macam ni. Kalau muka cepat berkedut sebab stress..nanti saya makan collagen..:p

Banyak cerita saya nak cerita, tapi kena private. Tunggu hidup teratur sikit nanti.