Friday, 31 August 2012

Post raya update..

We're in Majalaya now..ikutkan mental dan fizikal banyak yang ingin dikeluhkan...huhuhu..tapi saya pun dah letih nak mengeluh..hehehe....so simpan saja dalam hati buat jeruk..lagipun ada suami yang supportive di sebelah ni..:)

Dulu waktu koas pernah jugak dapat kat Majalaya ni seminggu, tapi jauhnya beza waktu tu dengan sekarang. Saya selalu rindu waktu tu, kalau lalu dekat rumah kami tinggal dulu, saya jadi sebak pulak, chewah.. Saya fikir jugak apa sebabnya dulu dan sekarang berbeza..saya dah dapat jawapan. Sebab dulu tinggal dalam hospital, dan yang paling penting dulu ada kereta kawan Indonesia. Boleh tumpang-tumpang..Hee... hidup agak mewah di situ.

Sekarang kami tinggal kat luar, cari rumah sendiri. Banyak lagi hal-hal lain kena lalui. Nasib baik kat hospital suasana kerja best. Semangat nak bekerja/belajar tu lebih sikit. Cuma immune system saya sangat lemah kat sini. Pencemaran tahi kuda kering yang berterbangan merata-rata. Pencemaran asap rokok dan asap orang bakar sampah. Saya tak risaukan pasal diri saya. Kalau dulu saya telan ja antihistamine terus baik hidung dan sinus ni. Sekarang, semua kena fikir baby dalam perut. So sakit pun kena lawan dengan self defense mechanism. Lambat sikit la nak baik, kerja pun jadi kurang productive.

Kadang-kadang saya termarah jugak dengan those yang merokok tak kena tempat. Perasaannya adalah macam nak melenyapkan spesies-spesies manusia macam tu dari muka bumi ini.

Tapi akhirnya, saya jugak yang kena bersabar. Demi baby ku yang disayangi. Waktu pregnant tak boleh selalu marah-marah. Kena sabar, tenang.

Saya tak sabar nak bersalin. Tapi masih lama. Minggu ni sepanjang minggu saya duduk kat ruangan Perinatology. Geramnya tengok baby2 comel tu...:)))

p/s : Hari ni satu-satunya adik lelaki saya nak bertunang. I'm happy for them. Cuma saya sedih jugak lah sebab saya tak dapat join.

Wednesday, 22 August 2012

Aidilfitri 2012 :)

Kesian blog ni sepi sunyi sejak raya..

Biasalah waktu-waktu happy, blog pun ditinggalkan :)

Hari ni dah 4 Syawal, tapi mood beraya masih tinggi..perut ja yang tak berapa nak muat untuk makan hidangan openhouse yang banyak.

Gambar raya? Macam biasa, bawak camera tapi bukan rajin untuk bergambar pun. Nasib baik ada Izzaidah yang rajin tolong ambil2 gambar lepas disuruh.

Gambar banyak, tapi susahnya mau pilih gambar untuk di upload. Mau upload sikit-sikit ja tapi yang boleh menggambarkan banyak benda :) Akhirnya gambar yang dipilih adalah :

1. Sekeping gambar yang ada ramai orang terutama family
2. Gambar yang ada diri sendiri :P

Hari Pertama Cuti (Jumaat)
- Sempat pergi Bazaar Ramadhan.
- Solat terawih berjamaah di rumah dengan semua ahli keluarga :)

Hari Kedua Cuti (Sabtu)
- Ramadhan terakhir
- Sebelah malam buat persiapan untuk hari raya, bungkus ketupat daun palas, potong daging, etc.
- Tepat jam 11 malam, tiba-tiba blackout. Tapi 1 rumah ja. Rumah lain semua ada lampu. Panggil technician, dia cakap ada something yang rosak, tapi dia tiada benda tu untuk ganti, kena beli kat kedai. Tapi tengah malam kedai dah tutup. So kami berpanas dan bergelap sampai pagi. Malaysia ku yang panas. Tengah malam rasa nak tidur dalam kereta pasang air cond. Hehe.

Hari Raya Pertama (Ahad)
-Yang lelaki pergi sembahyang raya di masjid.
-Yang perempuan tidak ikut sebab masjid dan surau penuh.
-Tunggu orang datang baiki benda yang rosak tu, so lambat sikit dapat balik kampung.
-Hampir jam 12 tengah hari : Baru dapat balik kampung. Macam biasa, setiap kali raya kami akan balik kampung mak di Kg Kebayau, Telipok. Pergi ziarah kubur arwah nenek, datuk, pakcik, dan ahli keluarga yang dah pergi dahulu dijemput Ilahi. Berdoa untuk yang telah pergi.
- Lepas tu memulakan acara menziarahi rumah saudara-mara.
- Lebih kurang jam 4 petang, kami pun turun semula ke Tuaran, pergi open house rumah kawan-kawan mak pulak. 
- Perut kenyang :)

Hari Raya Kedua (Isnin)
-Macam biasa, my family akan buat openhouse pada hari raya kedua. Kerja kami tolong-tolong di dapur masak-masak.
- Then petang sikit baru ikut kakak pergi openhouse orang plak. Sedappp :))
- Malam kepenatan.

Hari Raya Ketiga (Selasa)
- Beraya lagi ---> Kenyanggg, alhamdulillah :))

Hari Raya Keempat (Rabu)
-Pagi pergi KK settle kan beberapa hal sebelum balik Bandung Sabtu ni.
-Malam ni sambung beraya di rumah orang lagi :)

Mak dan adik-adikku pada 1 Syawal

Kakak dan adik-adikku

My sis and brother in law

Langsir mak jahit tahun ni warna hijau


Kami satu tema dengan langsir

Walaupun terlari dari tema orang lain

Semua orang tema hitam/putih/kelabu/silver

Kami ja hijau..hihi..
Di rumah aunt Salina @ Kg Kebayau

Melawat mak long

Terus lompat ke gambar 2 Syawal

:)

Lepas open house, pergi open house orang
Makan aiskrim
Naqi's favorite!
Raya ke-3. Me & Mak

My family

My family lagi :)



Si gemuk-gemuk





Ok..gambar last.. kalau rajin lepas ni upload lagi.
Masih belum terlambat kan untuk ucap : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada ahli keluarga dan teman-teman yang jauh di mata :) Semoga Syawal tahun ini membawa keberkatan dan rahmat dari Allah s.wt. MAAF ZAHIR & BATIN..=)

Assalamualaikum w.b.t :)

Thursday, 9 August 2012

Kenangan satu petang di bulan Ramadhan 1433H

Boring jugak bila tak ada internet.. huhu..beberapa hari boleh lah, tapi lama-lama rasa macam tak tersambung sangat dengan dunia luar. Lagi-lagi kalau kat TV semua rancangan nonsense. Bulan puasa ni siang-siang tak boleh makan, hehe..so apa yang saya buat, memasak ja lah..selain berulang-alik ke imigresen uruskan my Exit Re-entry Permit buat kali terakhir, kat imigresen pulak asyik System Error, so kena datang lagi keesokan harinya. Nasib baik saya bersabar, hikmah bersabar ialah "Rezeki Murah". Kalau saya tak bersabar sikit ja semalam, mesti sampai sekarang tak settle2 jugak :) Minggu depan kena pergi imigresen lagi ambil passport dan ERP yang dah siap. Naqi pun kena ambi his EPO (Exit Permit Only). Lepas ni tak ada lagi duit-duit kami yang kena terbang untuk imigresen kat sini. Cukuplah 6 tahun ini saja, hehe.

Dah sampai 10 hari terakhir Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Ibadah macam mana? :) Bulan Ramadhan ni banyak amalan akan dilipatgandakan pahala, harap-harap semua amalan saya dan suami, dan semua orang diterima Allah s.w.t. amin :)

Sekarang ni online pakai portable modem ni, pakai simcard XL ja, tak la cepat sangat. tapi boleh la update blog. Facebook kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak boleh. Saya try upload gambar pun lembap. Banyak gambar nak upload tapi yang dapat 4 ja..hehe gambar makanan sudah pastinya. Hari tu saya cakap nak masak berpada-pada kan. Alhamdulillah saya rasa kami tak lah membazir sangat puasa tahun ni. Semua masak pakai benda yang dah ada kat rumah. Beli pun benda yang tak ada macam ayam dan sayur. Beli pun untuk portion 2 orang. Kalau masak lebih, sedekah sikit kat jiran. So biasanya sahur memang dah habis :)

Ini Nasi Tomato masak minggu lepas. My sis pun ada letak gambar dia masak nasi tomato kat blog dia, saya terliur tengok, so mari mengiurkan diri sendiri kat blog sendiri pulak. Hihi.

Ini saya yang mengidam. Tapi gambar cheese and mayonis dia berterabur sikit. Ini kalau kat KFC Malaysia senanglah dapat, tapi kalau KFC kat sini dalam mimpi pun tak boleh dapat. huu. So dengan meng google resepi di internet, saya pun berjaya buat Cheezy Wedges yang rasa sama macam KFC tu.hihi. 


Ini kuih Tepung Pelita request dari encik suami. Dah 2x buat dalam bulan puasa ni, mula2 tak pakai bekas daun pisang ni, second time buat pakai bekas daun pisang pulak. Besok nak buat lagi. Dengan bubur jagung jugak. Hari ni encik suami request nak bubur jagung lagi.  Suka sangat makan manis-manis sejuk kan :)
Tahun ni resolusi kami adalah buka puasa tak boleh minum manis-manis. So tiap kali berbuka akan minum Aqua saja (air kosong), dan tak sejuk jugak. Kurma kan dah cukup manis :)

Hari ni dah hari Jumaat. Dah 3 hari cuti :)

Selasa lepas adalah hari yang agak hectic bagi kami berdua. Lepas habis presentation dan ucap selamat tinggal kat Puskesmas, kami kelam kabut pack barang untuk pindah. Ada masa 1 jam sebelum lorry datang. Lepas tu sebab lorry tu cuma muat dua orang, so cuma kami berdua yang ikut pergi Majalaya. Save budget sikit, kesian pulak kalau semua kena pergi.

Perjalanan dari Sumedang ke Majalaya sejam lebih, tak sampai 2 jam. Tapi bila sampai sana, baru dapat 2 rumah, kena cari 1 rumah lagi. Tapi bapak yang bawak lorry tu nak cepat. So kami kena cepat-cepat pindahkan barang-barang tu masuk salah satu rumah. Rumah tu masuk lorong kecil, kena jalan dalam 200 meter, lori tak boleh masuk. Trolley nak angkut barang pun tak ada. So kami bertiga pun terkejar-kejar angkut barang-barang tu (sorang lagi Mogan, yang datang naik motor). Saya angkat barang & jalan pelan-pelan ja, takut ada effect kat my uterus. Huhu. Naqi & Mogan sekali jalan angkat 5,6 beg sekaligus. Kesian pulak saya tengok.

Saya & Naqi pulak, tak tau transport nak balik Bandung macam mana sebab tak explore lagi kawasan tu. So kami tumpang bapak lorry tu and suruh drop kami kat mana-mana tempat yang boleh dapat angkot. Sebab kat hospital tempat kami kena magang tu cuma ada kereta kuda.

Bapak tu drop kami kat tepi jalan sekitar jalan Cicalengka-Rancaekek, kami nak bayar tapi dia tolak, huhu terharu. Waktu tu kami tak solat Asar lagi, betul-betul kelam kabut sebab ada dalam 15 minit lagi nak azan Maghrib. Kami nampak satu restoran Nasi Padang kat tepi jalan, tanya orang kedai tu boleh tak nak tumpang solat. Unfortunately dia kata tak ada tempat solat kat situ. Tapi dia tunjuk 200 meter ke depan, ada satu musolla. Lepas cakap thanks kami pun berlari menuju ke musolla yang dia maksudkan.

Dengan beg-beg yang penuh kat belakang dan kat tangan, kami lari tak cukup nafas nak kejar waktu Asar. Hehe kalau ingat balik rasa lucu pun ada. Alhamdulillah bila sampai surau tu, tak ada ramai orang lagi, tempat ambil wuduk dia pun mudah. Sempat pun solat Asar. Ada dua orang perempuan tengah baca Quran nak tunggu Maghrib, dan ada seorang lelaki yang melaungkan Azan Maghrib. Bila dah azan maghrib, tiba-tiba ibu yang tengah bertelekung tu hulur sebungkus minuman kat saya (mula-mula saya tak tau nama dia apa, then Naqi told me it's pengat pisang). Panas lagi. Dia buat dalam 3,4 bungkus kot. Sebab bila saya makan, saya tinggalkan sikit untuk bagi kat Naqi. Tapi bila saya keluar lalu tempat lelaki untuk kumur mulut nak solat, saya tengok Naqi pun tengah makan benda sama.

Dah lah penat-penat, kelam kabut, tak tau pun kami terdampar kat musolla mana kat celah-celah negara orang ni, tak kenal orang kat sana, tiba-tiba ada yang bagi makanan waktu tengah lapar dan penat tu. Waktu tu perasaan saya sangat terharu. Bila dah selesai jamak solat Maghrib dan Isyak, saya jumpa Naqi kat luar untuk meneruskan perjalanan sebab kami plan nak berbuka puasa kat Jatinangor. Naqi cakap selalunya dia tak makan pengat pisang, tapi sebab orang bagi dan dia terharu, sungguh-sungguh dia habiskan dengan perasaan sebak. Hehe..

Macam ni la pengat pisang yang ibu tu bagi
Waktu tu saya terbayang perasaan orang yang tak mampu, dan dapat makanan dari orang lain, terutama untuk berbuka puasa. Sekarang saya berazam nak selalu sedekah makanan yang saya masak sendiri kat orang-orang tak mampu yang sangat ramai kat sini. InsyaAllah :)

Lepas tu perjalanan diteruskan ke Jatinangor, makan, then balik Bandung.

Besok (sabtu) insyaAllah nak buat makan-makan buka puasa untuk kawan-kawan kat Sukagalih. Plan nak masak Nasi Dagang dengan gulai ikan tongkol dan acar. Lepas tu Ahad nak balik semula ke Majalaya. huhu. Another 2 months to go. Kami akan habis Magang pada 5 Oktober 2012, akhirnyaaa.. semoga semuanya lancar selancar lancarnya, amiiiiin :)


Monday, 6 August 2012

Petang Isnin di Sumedang

Location : Our room in Rumah Sakit Bersalin Mitra Sumedang, Jawa Barat.
Time : 14 : 59
Date : 06 August 2012

Hmm..I have nothing to say pun, so hari ni tulis pendek je.

1. Internet kat rumah @Bandung dah dipotong. Huhuu..penat bersusah payah pertahankan walaupun duduk rumah cuma kadang-kadang je..sebulan cuma 4-5 hari kat rumah, tapi still bayar tiap bulan dalam RM130-RM160 untuk kekalkan connection sampai akhir Magang. Tapi baru-baru ni tak sempat nak bayar untuk last month, akhirnya dipotong..huhu..sedih..tapi takpelah. Cian Naqi daripada main game LOL jadi main Plant & Zombie je..hehe..oh, tapi walaupun dah dipotong, kami kena pergi bayar jugak k yang belum bayar tu. Hutang tetap hutang, bahaya kalau terbawa sampai mati. Huhu.

2. Bil elektrik pulak untuk 2 bulan terakhir ni cuma bayar dlm RM16.. maybe sebab tak duduk rumah sangat, so tak pakai banyak. Rezeki..Selalunya sebulan mesti lebih RM40.

3. Semalam baru check up baby lagi. Alhamdulillah semua ok. And it's a baby girl. Doctor yg check tu adalah our doctor kat UNPAD, dr. Tina Dewi, SpOG, dulu dia terkenal dengan kegarangannya sampai semalam before masuk tu kami takut jugak. Tapi bila masuk, dari awal sampai akhir dia tersangatlah baik. Explain panjang lebar dari awal sampai akhir. I love the way she explained everything to us. Saya kena suntik anti tetanus jugak, intramuscular. Tak sakit pun. Kat patient selalu buat, takkan kat diri sendiri takut kan,hehe..

4. Hari ni dah 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran. Cepat jugak masa berlalu. So saya dah puasa 15 hari. Saya missed 2 hari sebab demam panas hari tu, takut ada effect kat baby so saya kena minum banyak-banyak air dan makanan sihat yang banyak anti-oxidant dan zat-zat lain. Takpelah nanti before start puasa enam bulan Syawal senang sikit nak ganti sebab 2 hari je, insyaAllah.

5. Baju raya baru hantar kat ibu depan rumah, hantar 2 pasang n jahit baju kurung besarkan sikit ja badan saya masih muat pakai baju besar-besar. Memang selalu pakai baju besar-besar pun. Cuma kain kena buat besar sikit. Dulu dah pernah jahit baju raya untuk tahun ni tapi tak dapat pakai sebab tak muat. Huhu. So kena jahit baru. Naqi pun dah jahit 1 baju melayu extra last year, tapi tertinggal kat Kemaman so jahit satu baju lagi tahun ni.

Hehe ini blog post yang tidak berfaedah untuk orang lain pun  tapi sorry sebab korang dah terbaca. As I said, I have nothing to share. Besok report presentation depan semua kakitangan Puskesmas, lepas tu kami terus naik lorry pindah ke Majalaya petang esok. Lepas tu balik Bandung, cuti beberapa hari dan sambung department seterusnya kat Majalaya next week. Lepas tu balik Bandung lagi untuk pack barang balik raya. Selain itu, kena berulang-alik imigresen Bandung jugak untuk urusan dokumen & passport sebelum imigresen cuti raya. Huhu harap semuanya dipermudahkan. Dah tak lama dah, 2 bulan je lagi untuk semua ini.

InsyaAllah Khamis depan balik Sabah, flight Jakarta-KK. Tak sabar. Hehe..

Wednesday, 1 August 2012

Hypnobirth : and the evidence-based medicine

Ok, hari ini saya nak share tentang beberapa research tentang hypnobirth, saya memang percaya dengan hypnobirth ni sebab melalui pengalaman melihat ibu-ibu bersalin waktu rotation kat O&G department dulu (insyaAllah bulan depan kat O&G dept lagi), ibu-ibu yang tenang dan tak terlalu menunjukkan rasa kesakitan tu adalah ibu-ibu yang dah mentally prepared, yang tak terlalu menjerit-jerit, yang diberi sokongan moral yang kuat, dan mereka melahirkan dengan lebih mudah berbanding ibu-ibu yang takut :) 

Hypnobirth ni kita boleh belajar sendiri, prepare dari awal (terutama trimester ke-3 kehamilan) supaya bila dah dekat bersalin, kita sentiasa positive dan tak takut untuk melahirkan :) Even ada ibu-ibu yang tak rasa sakit langsung waktu melahirkan.

Banyak cara kat internet yang boleh dibaca, so untuk bakal ibu-ibu, meh rajin-rajinkan untuk belajar. Kat youtube pun mesti banyak :)

My senior kat Indonesia ni (teh Avi) ada private clinic yang menyediakan perkhidmatan untuk hypnobirth dan waterbirth. Clinic dia dan husband, umur kami sebaya kot, tapi dia dah berpengalaman melahirkan ibu-ibu dengan teknik hypnobirth dan waterbirth dalam clinic dia sendiri. Hebat! Siap masuk suratkhabar lagi. Saya sms teh Avi dua minggu lepas, tanya berapa harga untuk bersalin kat tempat dia, saja la tanya-tanya, hehe.. 

dia reply : "Rp 5 juta (RM1800) untuk 1 hari 1 malam, dah termasuk hypnobirth + waterbirth, termasuk makan minum 2 orang, tidak termasuk harga ubat".

Lumayan lah, untuk private clinic macam tu, dengan pengalaman menakjubkan, harga RM1800. Kalau betul-betul nak, boleh ja kumpul duit scholar kan. (ikat perut la tapi hehe). Tapi saya tak kot, saya kan beranak kat Malaysia. InsyaAllah. Dan kalau boleh (berangan ja ni ok, bukan betul2), saya nak beranak normal yang tak perlu bayar pun. Sebab mak dulu pun beranakkan saya dan kakak di rumah ja. Beranak kat rumah mesti lah tak bayar kan. Mak cakap saya dilahirkan di dapur. Tak sempat pergi hospital kot? Start anak ke-3 (my brother) baru mak beranak di hospital.

Kalau ikutkan saya ok je kalau Naqi or kawan-kawan saya yang tolong saya give birth. Ada orang supervise la tapi. Hehe.macam best ja kalau kawan-kawan yang buat :P Yang penting prepare gunting, clamp, suntik oxytocin, ubat misoprostol, cairan dah cucuk siap2, dan apa2 yang patutlah. Hihi. Berangan je lebih kan saya ni. Cakap macam senang je :P Tapi, ikutkan peraturan, mana boleh family treat / manage family sendiri. 

Ok la mari kita baca EBM tentang hypnobirth, yang lain-lain saya share waktu lain kalau dah belajar lebih lanjut pasal ni. Sangat berharap dapat practice dari sekarang :)

Antara studies yang mentioned tentang kebaikan hypnobirth :

1. Shawn Gallagher, B.A., R.M., C.Ht, (2001) Hypnosis for Childbirth: A retrospective survey of birth outcome using prenatal self-hypnosis, Retrospective Survey Length of labor: The average length of active labor for nulliparous women is 12 hours. Participants in the Hypnosis for Childbirth series averaged 4.5 hours of active labor. The average length of pushing for nulliparous women is about 2 hours. Participants in the Hypnosis for Childbirth series averaged just over 1 hour. Hypnosis is associated with faster births (statistically significant) throughout the research for both the first and second stages of labor. Medication rates:The epidural rate in Toronto and Mississauga ranges from 40 to 95% for nulliparous women. This survey notes an 18% epidural rate for Hypnosis for Childbirth participants (11% for caesarians and forceps, 7% for maternal request). This survey’s reduction in medication use is supported by statistically significant reductions in other research for women using hypnosis preparation for birth.

2. Martin, A.A., et al., (2001) Effects of Hypnosis on the Labor Processes and Birth Outcomes of Pregnant Adolescents, Journal of Family Practice, May 2001. “Hypnotic preparation for labor and delivery can be an effective intervention in: 1) reducing the number of complications, 2) reducing surgical interventions, 3) reducing length of postpartum hospital stay.

3. Am J Clin Hypn 2004 Apr;46(4):299-312 (ISSN: 0002-9157) Mehl-Madrona LE. ‘Women receiving prenatal hypnosis had significantly better outcomes than women who did not. Further assessment suggested that hypnosis worked by preventing negative emotional factors from leading to a complicated birth outcome. Attention only was associated with minimal differences in outcome over the no-contact group. The routine prenatal use of hypnosis could improve obstetric outcome’Comparative studies,cesarean, with HypnoBirthing, Maternity Center Association and the Center for Disease Control. 17% of HypnoBirthing mothers birthed via Cesarean (2005-06; n=497) compared to 32% of the mothers in LTM II study, Maternity Center Association (2006) The CDC reported the Cesarean rate for all births in 2004 was 29.1%.