Kami bertolak dari Malang, sekali lagi dengan train Malabar, pada jam 3.30 petang, dan sampai di Jogjakarta hampir jam 12 tengah malam. Then naik taxi dengan harga Rp40 ribu menuju ke hotel. Ada sedikit perkara menarik yang kami bualkan dengan pemandu taxi.
Bapak supir taxi : Dari Malaysia ya?
Kami : Dari Bandung.
Bapak supir taxi : Oh, saya pikir dari Malaysia.
Kami : Diam.
Bapak Supir taxi : Kalau orang Malaysia itu suka tipu, baik-baik sama orang tempatan supaya dapat murah. Kan di Candi Borobudur itu orang Malaysia atau orang luar perlu bayar Rp100ribu. Orang tempatan cuma Rp20ribu.
Kami : Diam dan senyum. (takut terkeluar loghat orang Malaysia)
Tak sampai 10 minit, kami pun sampai di Hotel Vidi 1. Check in, then kemas-kemas bilik, and tidur.
Pagi esoknya, kereta sewa + supir sampai jam 8 pagi. Perjalanan ke Candi Borobudur mengambil masa 1 jam. Ini gambar-gambarnya :
Semakin mendekati candi
Candi Borobudur ada 10 tingkat semuanya
Dari tingkat bawah hingga atas, dinding-dinding candi terdapat lukisan, yangmerupakan sebuah penceritaan tentang masyarakat pada zaman tersebut.
Yang ini saya kurang faham kenapa kepala patung terpotong. Banyak yang macam ni.
STUPA
Bye bye candiCandi Borobudur ni memang tempat melancong semata-mata. Tanda sejarah awal kehidupan manusia beragama di Indonesia. Tapi sekarang, Candi Borobudur ni dah tak jadi tempat beribadat. Kami pergi pada hari Jumaat, kat bahagian pintu masuk Candi ada sebuah surau. Pelancong beragama Islam siap boleh Sembahyang Jumaat dan berkhutbah di situ.
Candi Borobudur ni pernah diiktiraf sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Tapi sekarang dah dikeluarkan. Baru saya tahu Tujuh Keajaiban Dunia ni banyak kali bertukar-tukar dari zaman ke zaman. Dan sekarang ada Keajaiban Dunia Baru yang semuanya ada lapan termasuk Piramid yang diberi penghormatan sebab satu-satunya Keajaiban Dunia Kuno yang masih kekal sampai sekarang.
Balik dari Candi, kami ke Gunung Merapi. Pernah dengar? Kalau Candi Borobudur tu kita dengar dalam Sejarah Peradaban Dunia waktu tingkatan 4, Gunung Merapi ni popular dalam pelajaran Geografi PMR. Ia sebuah gunung berapi yang masih lagi aktif mengeluarkan laharnya. Kami diberi peluang untuk menonton filem tentang sejarah dan struktur gunung, dan bagaimana para pengkaji menentukan keaktifan dan meramalkan letupan gunung berapi. Waktu tu udara penuh dengan kabus, so kami tak dapat ambil gambar gunung Merapi tu.
Lepas tu kami menuju ke Pantai Depok. Kami sampai dah waktu maghrib. Tak ada gambar sebab semua camera dah habis bateri. Pemandangan pantai tu biasa-biasa, bagi saya pantai kat Malaysia lagi cantik. Dan semestinya Pangandaran jauh lagi cantik. Tapi, kami makan seafood yang sangat-sangat murah. Dengan harga Rp157ribu (RM60), kami dapat 5 ekor Ketam masak pedas, hampir 1 kilo sotong goreng tepung dan sotong masak kalasan, 2 ekor ikan bakar medium size, kerang masak sos tiram, dan sayur kangkung, nasi dan pelbagai air minuman.
Perut dah kenyang, kami pun balik hotel dengan senang hati. Flu saya makin teruk.
Esoknya kami ke Istana Kraton, tempat kediaman keluarga diraja yang memerintah Jogjakarta. Then, kami ke Malioboro, tempat-tempat untuk membeli souvenir, dan kedai Batik Jogja. Jogja juga terkenal sebagai Pusat pembuatan Batik. Mahal jugak la batik-batik kat situ, tapi selesa la pakai dan colour tak luntur sebab original. Tapi kalo convert duit Malaysia, kira murahla. Lepas tu kami makan di restoran makanan Thailand, namanya Phuket. Makan tomyam, kerabu mangga, ayam bakar dan ayam goreng bertepung, sayur broccoli sos tiram, dan masing-masing air dengan harga RM40 sahaja. Seriously duduk Jogjakarta memang best kalau pasal makanan. Hehe.
Kami kembali ke stesen keretapi untuk perjalanan jam9.27 malam dari Jogjakarta ke Bandung. Sampai Bandung jam 5.10 pagi. Sampai rumah, terus total bed rest. Isk2. Esoknya, kami semua kena sibuk-sibuk balik uruskan hal thesis, jumpa semua supervisor and examiner, and buat slide untuk presentation. Saya dapat hari kedua (Selasa, 15jun) untuk present my minor thesis, lepas tu baru betul-betul merdeka.
P/S : Mulai 16 July, Malaysia Airlines dah ada route Bandung-KL. Baguslah. Saya rasa Air Asia dah makin menjadi-jadi sekarang. Mencekik darah. Last month, saya homesick, my mom suruh balik 1-2minggu, tapi bila saya check ticket, tambang untuk mana-mana route dari Indonesia ke Kota Kinabalu semuanya total Rp3juta lebih. Hampir-hampir Rp4juta. Saya tak sanggup untuk cuti seminggu.
P/S 2 : Saya perlu berjimat-cermat. Bulan2 terakhir 4th year saya sangat membazir. Sangat-sangat-sangat. Stress exam mungkin. Dalam masa 2 bulan setengah, duit dalam akaun saya menyusut sebanyak Rp11 juta tanpa membeli aset-aset yang significant. Apakah? Kalaulah parents saya tahu, menangislah mereka. Isk.
































