Thursday, 5 July 2012

Life at work


Dah sampai minggu-minggu tak busy kat sini. Sebab tu asyik update blog. Bukan ada benda nak cerita sangat pun. Hari-hari terakhir kat sini dah hampir. Perasaan dah bertukar jadi happy. Petang-petang macam ni kalau tak ada on call memang free lah sampai besok. Banyak benda boleh buat.

Kerja mula jam 7, untung-untung boleh balik jam 12 tengah hari kalau tak ada presentation. Kat department Penyakit Dalam ni santai sikit berbanding department Bedah bulan lepas. Tapi itu tidak mengurangi ilmu yang kami dapat. Alhamdulillah la dipermudahkan. Patients pun ramai yang boleh bagi ilmu kat kami (melalui penyakit-penyakit dorang la).

Rasanya kat semua tempat pun sama, basically penyakit-penyakit yang kita akan jumpa kat department ni adalah penyakit-penyakit orang tua yang tak mustahil akan terjadi pada kita suatu hari nanti kalau kita tak jaga kesihatan.

Doktor pun sama ja. Kalau tak jaga makan, tak jaga kesihatan, tetap akan dapat penyakit-penyakit tu. Kat department ni lah boleh jumpa orang yang dah tahu tak boleh buat benda tu, nanti dapat sakit itu, sakit ini, tapi buat jugak.

Contohnya : Dah tau merokok tu boleh sebabkan penyakit paru-paru, tapi merokok jugak. Berkotak-kotak sehari. Bila doktor tanya, ada history of smoking tak, pastu malu nak jawab, sengih-sengih. Ataupun dia jawab "Dulu ya doc, tapi sekarang mau stop".

Ataupun : Dah tau makan banyak manis-manis boleh sebab kan diabetes, suka jugak makan manis-manis. Bila dah kena diabetes, masih tak nak control makan lagi, jadilah complication. Bila dah jadi gangrene, kaki bau busuk semua, baru nak start jaga makan. Itupun masih ada yang tak makan ubat teratur.

Lagi satu : Hypertension. Atau darah tinggi. Doktor nasihat jangan makan banyak sangat yang masin-masin. Or kurangkan makan masin-masin, banyak exercise, or makan ubat kena selalu control/follow up. Tapi bila ubat habis, dah tak rasa sakit kepala, malas nak datang ambil ubat lagi. Lepas tu bila sakit kepala datang balik sebulan lepas tu, check blood pressure dah naik jadi 170/100 sedangkan sebelum tu elok-elok masih 140//90. Bila tanya kenapa tak ambil ubat, pastu sengih-sengih.

Sebenarnya, benda tu tak jadi kat public je, among doctors pun benda tu jadi. Saya pun bukannya exercise sangat, pastu suka makan or masak masin-masin. Makan manis pun apa kurangnya. Tengoklah berapa ramai doktor yang merokok. Nanti bila dah kena sakit, barulah nak berhati-hati.

Kat sini, banyak patients Tuberculosis. Kena makan ubat setiap hari untuk 6 bulan berturut-turut. Tapi berapa ramai orang yang sanggup makan ubat tiap-tiap hari selama 6 bulan. Biasanya kalau batuk tu dah stop, patients akan stop datang untuk berubat. Bila batuk-batuk tu datang balik, baru datang lagi jumpa doktor. Tapi, ceritanya dah jadi lain. Ubat yang sepatutnya makan 6 bulan berturut-turut tu dah tak effective, dah resistant. So doktor jugak yang kena bagi regimen lain.

Tak boleh nak salahkan patients seratus peratus jugak. Kadang-kadang doktor yang tak bagi education dengan baik. Saya pun kena banyak belajar lagi bagi education yang baik kat patients supaya tak loss to follow up.

Pastu informed consent pun kena bagus. Kat sini banyak kali jugak saya dengar doctor tak bagi informed consent yang lengkap dekat patients. Saya rasa benda ni jadi sebab patients ramai sangat, doktor pun jadi penat nak explain kat beribu-ribu patients. 

Contohnya, patients yang perlu dibedah. The only therapy is surgery. Doktor dah explain. Tapi patients tu cakap "Nggak mau dioperasi doc, mau pakai obat aja".. eee..saya geram betul dengan patients yang cakap macam tu, sedangkan doktor tu dah explain dah tak ada cara lain. Mana ada ubat nak buang batu yang dah besar. Atau, mana ada ubat yang boleh repair inguinal hernia. Tapi insist nak makan ubat jugak.

Saya paling suka patients yang datang kat doktor nak tau penyakit dia apa, pastu bila doktor suggest, dia cakap "Gimana yang baik menurut doktor, saya ikut saja". Macam tu lah patient yang bagus. Hehe. Tapi still, dia kena lah tahu jugak tentang penyakit dia, tak boleh nak ikut bulat-bulat.

Kalau nak cakap pasal patients, memang tak kan habis. Banyak sangat. Sebab tu saya malas nak tulis pasal patients. Hehe.. cakap pasal diri sendiri je rajin :P Banyak sangat cerita kalau sampai bab2 patients.

Belum masuk patients yang pura-pura sakit, cerita tentang keluarga patients, kawan-kawan patients, perbualan dengan patients, pasal nurses, pasal colleagues, etc. Bila sampai rumah, hal-hal kerja pun kita malas nak fikir dah.

Kerja kat hospital membuatkan saya lebih mengenal diri saya yang sebenarnya. Baru saya tahu yang saya ni bukanlah orang yang penyabar, walaupun dulu saya rasa saya ni cukup sabar. Hehe.. Dah berapa kali saya emo-emo sorang-sorang. Atau ada jugak lah orang sekeliling kena tempias. Bukan saya marah dorang, tapi biasanya saya suka cerita balik apa yang saya tak puas hati tu. So orang tu pun terpaksa lah dengar. Kena tempias lah tu. Hehe. Macam tu lah kalau jumpa ramai sangat orang yang kita baru kenal or tak kenal. Ataupun bila orang yang tak kenal kita jumpa kita. Kadang-kadang bila ada benda tak best yang kita nampak terjadi kat orang sekeliling kita pun , boleh jadi hilang sabar. 

Contohnya hari tu saya & Naqi on call. Ada lah sorang patient baru masuk kat emergency room tengah-tengah malam, atas katil tak sedarkan diri, sedang ditolak masuk ke resuscitation room. Jururawat lelaki yang tolong tolak dengan anak lelaki patient tu cuba lah nak kejutkan patient, sambil tekan-tekan kat dada patient tu sambil jerit panggil patient tu. Bagi kami, itu hal biasa, patient unconscious, takkan nak panggil lemah lembut. Lagipun jururawat tu dah kerja penat dari pagi, ni tengah-tengah malam tak tidur lagi. Kami pun ikut lah masuk RR nak tengok and tolong apa-apa yang patut.

Waktu jururawat tu panggil-panggil patient tu dengan suara kuat dan tekan-tekan sikit kat dada patient, tiba-tiba patient tu terkejut, dan serta-merta bangun dan menjerit "anjing, ***", anjing je la yang saya dengar, tapi ada lagi benda lain dia mencarut-carut. Anak dia pun bengang la kat jururawat tu, dia ingat jururawat tu yang sebabkan ayah dia terkejut dan termengah-mengah macam tu. Sedangkan jururawat tu nak tolong.

Lepas tu dia tengking jururawat tu, mencarut-carut jugak sama macam ayah dia. Saya dah tak sedap duduk. Dia siap nak tumbuk lagi jururawat tu. Eee saya yang tengok pun jadi geram. Tak ada adab sopan langsung, orang berniat baik nak tolong, tapi itu balasan yang jururawat tu dapat. Pastu pakcik guard terpaksa datang leraikan keadaan, dan ada jururawat lain datang bawak jururawat tadi tu pergi tempat lain supaya anak patient tu tak boleh nak buat apa-apa. Dan jururawat lain ambil alih tugas dia. Tapi anak tu still sibuk nak cari jururawat tadi, dan memaki hamun. Pakcik guard tu dah explain tujuan jururawat tu buat macam tu, tapi dia tak nak terima jugak.

Bila tengok macam tu, saya dan Naqi pun jadi panas jugak. Saya terus keluar dan tak nak tengok langsung patient tu. Rasa tawar hati nak tolong apa-apa. Ini lah contoh yang saya cakap saya belum dapat jadi orang penyabar. Macam tak professional jugak sebenarnya ikut emosi macam ni, terus keluar tak nak tengok patient tu. Betapa besarnya hati dan jiwa orang yang boleh tahan bila benda macam tu jadi tapi still boleh nak pergi treat patient tu.Memang kena treat jugak sebenarnya. Mana boleh abaikan patients. Tapi tu lah, macam mana laa nak didik sifat sabar yang tinggi. Hmm..

Ok stop di sini dulu. Besok kami balik Bandung nak hantar sikit barang-barang balik rumah, supaya next week kereta muat nak pindah barang-barang lain yang banyak ni :) Minggu depan minggu terakhir kat sini. Alhamdulillah :)

Sunday, 1 July 2012

Jumpa pun pasar =)


Update blog lagi. Alhamdulillah hari ni rasa tenang dan santai sebab tak on call. Nesta yang tengah on call sekarang. Mogan & Yoshee balik Bandung. Kami terpaksa bergilir-gilir balik Bandung sebab Sabtu Ahad kena ada yang stay untuk on call 24 hours kat hospital.

Pagi ini kami merajinkan diri pergi mencari pasar. Sebab semalam tanya ibu kat Warteg (Warung Tegar) dia cakap ada pasar tapi jauh, kena naik angkot bayar Rp 2 ribu. So kami pun pergi la mencari walaupun tak pasti pun tempat kat mana. Sebab saya nak makan sayur Masak Lemak Pucuk Ubi, pastu nak buat Ayam Goreng Crispy banyak2 untuk Naqi. Sebab hari ni kami akan duduk bilik saja, so adalah penting untuk ada makanan untuk dikunyah.

Alhamdulillah jumpa pun pasar tu. Gembiranya hati hanya Tuhan yang tahu. Cuma agak "culture-shock" dengan harga barang-barang dia. Hehe..tapi tak apa lah, yang penting ada pun dah bersyukur. Memanglah affordable, tapi kalau kat Bandung seikat sayur cuma Rp 500 or Rp 1000, dengan jumlah yang sama kat sini Rp 4000. 

Bila beli ayam pun biasanya kat Bandung pakai kilo, kat sini pakai ekor2. Kalau nak beli part ayam tertentu (sebab saya n Naqi suka chicken wing), kena beli satu potong chicken wing Rp 3000. Tak boleh pakai kilo2. No wonder lah harga ayam goreng crispy kat tepi jalan kat sini Rp 6000. Sebab ayam kat pasar pun mahal. Kat Jalan Cibarengkok Bandung Rp 3500 ja.

Balik dari pasar, Naqi cakap "Orang miskin memang tak boleh hidup kat sini". I agree with him. Kalau pandangan saya pulak, "Kita pun tak boleh hidup kat sini". hehe :P Bukannya berkira sangat, tapi kami kena start belajar berjimat cermat untuk masa depan yang cemerlang :)

Sempat lagi curi2 ambil gambar pasar.

I love pasar!

Lepas tu balik jalan kaki sebab tak nak membazir naik beca yang mahal macam harga taxi kat Bandung. Angkot tak ada yang lalu kat sini.

Keadaan pagi di Karawang. Suhu macam jam11 kat Bandung.

Penduduk yang beriadah pagi2 dengan berbasikal

Dapat pun makan Masak Lemak Pucuk Ubi :) Alhamdulillah :)


Saya belum pernah letak gambar Kota Karawang ni kat dalam blog kan? Saya tak ada ambil2 gambar sangat pun kat Bandar dia.. sebab sangat panas, tak tahan. Asal pergi sana mesti nak cepat2 masuk dalam mall sebab nak air cond.

Ni ada satu gambar saya ambil kat Mr Google. Sebijik la macam ni gambar dia waktu saya pergi tu. Hehe.

Itu kedai baju nama Matahari. Karawang Mall tak nampak kat dalam gambar ni.

Ini gambar hari pertama nak pergi hospital. Waktu tu semangat2 lagi nak ambil gambar.

On the way nak pergi hospital, terbentang sawah padi yang luas :)







Ini pulak saya ambil waktu nak balik dari hospital

Inilah Kosan tempat kami menginap selama 2 bulan. Gambar untuk kenang-kenangan pada hari kemudian :)

Pemilik kosan ni dr. Sabur, seorang pakar bius kat Hospital Karawang

Ini kat bahagian depan, tempat tinggal bapak dan ibu penjaga kosan.



Kat bahagian belakang, ada 10 bilik untuk disewa.

Bilik sewa kami kat tingkat atas, tu yang paling hujung. Saya tengah tulis blog kat dalam bilik tu la. Encik suami pergi gym nak tough kan badan :)

Yes..ini bilik sewa kami. Ala tempat yang saya selalu stress2 tu, hehe.. Takpe kan masuk dalam blog ni, bukan ada orang Karawang baca blog ni pun. Lagipun kosan ni dijamin selamat. Hehe. InsyaAllah

Ini gambar poliklinik doktor specialist Penyakit Dalam. Saja ambil gambar sebab tengah stase kat sini waktu tu.


Ok lah, dah dekat Maghrib. Nak tunggu husband balik bawak aiskrim =)

Friday, 29 June 2012

Kisah ulam-ulaman

Dulu kan..waktu kecik2 belum matang, saya selalu terfikir, saya ni suka sangat makanan2 kampung, dari sebelum masuk sekolah rendah saya rasa saya dah jadi "hantu ulam-ulaman" (ikut mak dan ayah :P). Saya terfikir nanti kalau saya kahwin, bakal suami saya bagi tak saya makan ulam-ulam, sambal belacan etc. Sebab itu kan makanan orang kampung (fikiran budak-budak). Saya terfikir lagi, kalau bakal suami saya nanti tak biasa dengan makanan-makanan macam tu, terpaksa lah saya control tak boleh makan jugak, walaupun itulah favourite saya dari kecil.


Sampai sekarang, ulam-ulaman tu lah yang jadi "appetizer". Kalau saya tengah kenyang pun, kalau nampak ulam dan sambal belacan/cencaluk/air asam mesti saya akan makan sikit jugak.

Sekarang saya dah kahwin. Hehe. Akhirnya Allah mempertemukan saya dengan suami saya yang makan ulam jugak. Hihi...sambal belacan pun dia layan tapi pilih2 laa..ada certain sambal belacan yang dia makan, ada yang tak.

Tapi, dulu kalau dengan kawan-kawan yang tak makan ulam, kalau makan sama-sama kat kedai makan, biasanya 1 meal akan sediakan sedikit ulam, dan saya selalu rasa ulam tu tak cukup. So kawan yang tak makan ulam tu akan bagi saya part dia. Best lah dapat banyak ulam. hihi.


Sekarang,
Sepasang suami isteri baru bungkus makanan dari kedai makan,

Isteri : Abang, kalau abang tak nak makan daun kemangi tu, jangan buang k, sayang nak.
Suami : Abang pun makan daun tu.
Isteri : Ala..yeke..hehe..ok2 bagus2..makan2..

Dalam hati, happy sebab suami makan ulam, tapi kecewa sebab tak dapat extra ulam. hehehhee :P just joking.

Oleh sebab hobi saya kat Karawang ni adalah meng'google' gambar makanan, saya nak share la beberapa jenis ulam yang sedap untuk dimakan :D Bila nampak gambar2 ni rasa semangat nak balik Bandung dan nak balik Malaysia lagi membara2. Hehehe. Kat sini pasar pun tak ada. At least kalau ada pasar, boleh la jugak saya beli sikit-sikit untuk masak. Unfortunately itu tidaklah terjadi di sini. Yang ada cumalah iklan nak bina pasar, pastu iklan tu ada gambar sayur-sayur, ayam, dan fresh seafood. Kalau rasa teringin atau rindu sangat nak pergi pasar, tengok je lah gambar kat papan iklan tu. Hehe :P

Terung bakar

Kacang botol @ kacang kelisa

Daun selom

Daun kemangi

Ulam pucuk jantung pisang & petai

Ulam-ulaman + sambal belacan

Daun cekur

Ulam raja

Ulam raja yang dah siap dimakan

Pucuk gajus

Daun cekur yang masih kat tanah

Daun pegaga

Salad dan tomato

Kacang bendi

Daun pucuk ubi (kena rebus dulu)

Daun pucuk paku

Itu antara ulam-ulaman yang sedap yang saya sangatt suka makan, cuba lah. Sedap :)

Kalau balik kampung ayah kat Kedah, saya suka pergi kenduri kahwin or any kenduri sebab masakan-masakan dia mesti akan ada hidang ulam-ulaman segar dan sambal belacan.

Banyak khasiat ulam-ulam ni sebenarnya. Khasiat paling popular orang cakap untuk "awet muda" tapi saya tak tau lah kesahihannya sebab saya pun tak buat research pasal tu, apalagi nak mencari journal tentang research orang lain, nanti-nanti lah kalau saya rajin saya cari. Sekarang nak post untuk menghilangkan rindu je terhadap ulam-ulam ni. Kat Karawang ni saya dapat jugak lah makan timun dan tomato sikit-sikit sebagai ulam-ulaman sampingan. Alhamdulillah :)

Tuesday, 26 June 2012

Menghitung hari

"Menghitung hari....~ detik demi detik...masa ku nanti apakan ada.." jom baca sambil membayangkan background lagu KD ni..sambil support saya yang tengah tak sabar nak habiskan Magang kat kota tandus ini..hehehe..

Baru siap buat slides for tomorrow's presentation. Besok it's my turn to present untuk acara 'komed' (komiti medis) depan semua koas universiti.T untuk tajuk Hepatic Cirrhosis. Lepas tu "lucky" me kena present lagi (journal reading) untuk besok untuk department Ilmu Penyakit Dalam, yang bertajuk "Congestive Heart Failure" depan kepala bagian IPD dan koas IPD. Naqi & Yoshee pun kena present for their journals. Bagusla present sekaligus, lepas ni tak banyak dah kerja yang kena buat. Lepas ni tinggal 1 presentation komed dan 4 presentations department ja lagi untuk our group.

Semalam saya tiba2 rasa macam sedih dan sayu semacam. Dulu pernah jugak timbul rasa macam tu waktu PMS..yang tiba2 menangis tanpa penyebab pasti. Kawan2 saya kat sekolah menengah dulu pun ada yang selalu alami hal macam tu, tiap bulan dekat nak period tiba2 menangis sebab rasa something. Semalam Naqi pergi gym tak sampai setengah jam pun saya dah sms mintak dia balik cepat sikit. Lepas dia balik saya terus menangis. Lepas menangis baru rasa okay sikit. Aneh punya orang..sorry abang sebab buat perangai aneh.

Mungkin jugak sebab saya tak puas jalan2 waktu balik Bandung weekend hari tu. Saya sangat excited jalan2 sebab boleh lupakan Karawang walaupun cuma untuk 2 hari. Hehe. Kami join family Abg Jib dan Kak Mar jalan2 kat area Bandung. Hari Isnin tu dorang pergi Kawah Putih, saya dah balik Karawang petang Ahad tu..Isnin (semalam) asyik terfikir bestnya kalau dapat join jalan2 kat Kawah Putih daripada duduk kat Karawang ni. huhu.

Hari Ahad tu mak Kak Mar masak nasi lemak. Waa rasa macam mimpi sebab dah lama tak makan nasi lemak. Kalau duduk berdua memang saya tak masak nasi lemak sebab Naqi tak makan nasi lemak. Saya makan tambah 3 pinggan, kalau ikutkan rasa tak malu memang saya nak tambah 1 pinggan lagi =p

Kadang2 saya teringin jugak nak makan makanan Malaysia, tapi tak lah teruk sangat. Personally saya rasa saya bukanlah mengidam pun. "Mengidam" ni bagi saya definisi dia "perasaan orang mengandung yang orang kata harus dipenuhi/dimakbulkan" --> tapi saya rasa yang saya nak makan sangat itu ini cuma sebab benda tu memang saya dah lama tak makan dan mustahil nak dapat kat Karawang ni. Tapi kalau tak dapat sekarang pun it's okay, masih ada masa kalau balik Bandung boleh masak. Tapi sambil kena menghitung hari la..macam tajuk post ni..heehe..

Semalam teringin nak makan Nasi Ayam Hainan. Kalau kat Malaysia berlambak ada kat mana2. Harga pun RM3-5 ja. Kat sini, ada Rice Bowl restaurant dekat Karawang Mall tu, tapi nak pergi dan balik mall tu je tambang 30ribu (angkot + beca) = RM12 , lepas tu harga 1 set Nasi Ayam 40ribu (RM16), total makan nasi ayam untuk saya sorang = RM28. Bayangkan kalau tiap hari terasa nak makan nasi ayam. Huhu. Kalau ikutkan kebiasaan hidup selama ni, memanglah rasa macam tak biasa kan hidup macam ni..tapi bila teringat orang lain kat dunia ni yang lebih susah, barulah hati tenang dan insaf sikit :)

Hari tu saya fikir2 jugak, mampu tak nak puasa Ramadhan nanti, dengan perut yang asyik lapar 24jam ni. So last week saya try la berlatih, tapi kena betul2 sahur ikut nutritional recommendation untuk berpuasa la..tak boleh makan manis2 n tak boleh minum air sejuk waktu sahu, etc. Pastu sahur mesti dekat2 azan subuh. Alhamdulillah hari 1st puasa tu dengan izin Allah tak rasa lapar & penat langsung. So insyaAllah kalau diizinkan tahun ni bolehlah puasa penuh =) Tapi buka puasa kena control ni..my bad habit selalu buka puasa terlalu kenyang sampai nak tarawih pun badan berat.

Bestnya bila teringatkan 17 hari lagi nak balik Bandung. Harap2 dilancarkan dan dipermudahkan lah urusan kat Karawang ni, tak nak lah ada masalah. Perkara positif kat sini banyak belajar je lah..lain2 ada jugak lah yang ok tapi saya tak sesuai lah nak hadapi hidup mengandung kat sini..hehe..bukan zon selesa saya kot..hmm..

Saturday, 16 June 2012

Berkembang dan berkembang :)


Waktu umur 7 minggu. Ukuran baru 1.08 cm. Dah ada denyutan jantung :) 

Umur 12 minggu. Ukuran dah jadi 5 cm. Waktu ni dia bergerak sangat aktif :)  

Ini yang terbaru, 17 minggu. Saya baru siap solat maghrib waktu ni. Doktor kata dia tengah sujud. Hehe. Saya pun terpedaya. Lama pulak tu dia sujud. Dia tengah hiccups jugak waktu ni. Cian. Berat dia waktu ni lebih kurang 181 gram. Doktor cakap kalau 17 minggu biasanya berat 100 gram. EDD dia pun dah berubah jadi sekitar 23-11-2012 sampai 26-11-2011 berdasarkan ukuran biparietal diameter, head circumference dan abdominal circumference. Adakah saya terlebih makan? Berat saya pun dah bertambah 4 kg dari bulan lepas.

Satu bulan lagi untuk selesaikan rotation kat Karawang. Sabar sabar sabar. Dah lama saya tak rasa stress macam bulan lepas. Hehe. Kesian baby. Sekarang dah ok sikit laa..tapi lepas balik dari sana, saya tak kan berpaling lagi. Huhu. Best lah group yang selepas ni kemungkinan besar tak akan masuk sana, sebab dorang nak tutup dulu pengambilan doktor magang buat sementara waktu. Nak re-evaluate katanya. Saya tumpang gembira untuk kawan-kawan saya, sebab saya tak nak orang lain pun rasa tak best macam apa yang kami rasa :P

Balik Bandung ja kami rasa happy semacam. Bangun pagi Jumaat terlebih bersemangat sebab tau petang tu nak balik. Hidup memang terasa indah bila ada sesuatu yang indah menanti di hadapan. Another one month to go. Semangat! :)

Saturday, 2 June 2012

Weekend @ home

Salam.


Pagi ni ada peluang update blog :) I'm in Bandung right now. Tapi petang nanti balik Karawang semula. Sepatutnya kami balik Jumaat kelmarin, tapi tiba-tiba our orthopedic specialist, dr. Asep suruh kami join koas untuk bagi kelas bimbingan kat mahasiswa Akademi Keperawatan. Kena buat presentation dan bersoal jawab tentang C.I.N.T.A di dalam orthopedic, Congenital, Infection, Neoplasm, Trauma and others. So lepas kami dah present, kami minta izin keluar awal, balik Sabtu jam12 tengah hari semalam. Alasan? Nak pergi upacara "Sumpah Dokter" kawan-kawan Indonesia. Hehe. On the way nak pergi tempat travel tu, kami jumpa seorang pakcik dalam angkot yang on the way nak pergi stadium bola Karawang. Dia cakap petang tu team Safee Salee ada perlawanan bola. Tapi kami lebih excited nak balik Bandung,hehe..


Sehari sebelum tu, (Jumaat), kami doktor muda magang Unpad kena buat presentation untuk program Medical Committee (Komiti Medis @ Komed) yang diadakan tiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat, depan semua koas dan doktor yang saya cerita sebelum ni. Setiap 2 minggu kami kena buat 1 presentation, pastu bersoal jawab dengan penanya soalan. Alhamdulillah our 1st presentation berjalan dengan lancar dan doktor cakap "discussion yang menarik". hihi. Happy jugak bila kena puji oleh doktor itu.


Kat hospital ni, tiap hari Isnin-Khamis kena pergi Apel pagi (perhimpunan pagi) jam 7 pagi. Dengar amanat dari ketua. Kalau malam tu jaga (oncall) penatlah sikit. Kami disuruh jaga dari jam2 petang sampai 7 pagi. Tapi kami selalu join koas minta izin awal, balik jam 3.30 pagi. Sebab koas kena pergi follow up patients kat ward jam 5 pagi. Kami tak join dorang follow up, (mengelak sebenarnya..huhu..), tapi kami join waktu round. Lepas round, pergi poliklinik pulak, sampai patients habis. Lepas tu, kalau doktor ada operation, kami ikut. Dan hampir tiap hari ada bimbingan (macam tutorial lah) oleh doktor yang berbeza-beza lepas Zohor, kami join. Saya suka aktiviti kat hospital. Banyak belajar, banyak dapat ilmu, banyak bersoal-jawab dengan doktor. Cuma kat sini saya stress sikit sebab tak ada tempat berehat untuk doktor muda. Sementara menunggu nak bimbingan tu, tak ada tempat nak pergi. Nak balik jauh, panas, angkot tak ada.


Kat sini panas dia sangat-sangat panas. After 2 months nanti, confirm hitam. Kat sini kami minum berbotol-botol air aqua sehari. Tapi frekuensi buang air kecil sama ja. Hehe. Orang pregnant lagi lah kan, sepatutnya frequent urination sebab uterus dah mengambil space urinary bladder, tapi saya jarang je rasa urgency nak pergi toilet. Sebab peluh dah banyak dah kot. Huhu. Padahal air aqua sentiasa ada kat tangan.


Saya pun tak berapa faham kenapa saya stress kat tempat ni. Naqi pun stress. Ernesta dan Adillah pun pujuk2 balik Bandung.hehe. Kat sini ni macam Sepang waktu mula-mula buka dulu kot. Macam kat my college dulu, KTT Sepang. Bandar ni cantik, ada potensi untuk maju sebab design bandar dia cantik macam kat Malaysia. Nampak macam modern dan mewah. Tapi sebab belum semuanya dibangunkan sempurna, semuanya masih dalam pembinaan, so takde tempat yang boleh kami pergi. Dekat tempat hospital kami ni ada Sport Center, situ best lah, ada swimming pool di dalam restaurant, ada gym, ada tempat main futsal, ada tempat massage, ada aerobic class, kami pernah swimming kat situ minggu lepas. Tapi kami bukan ada banyak masa lapang nak pergi pun. Bayangkan kami berenam tak boleh cari masa untuk keluar makan sama-sama langsung, sebab tiap hari mesti ada yang kena oncall.


Kami baru plan nak pergi Pulau Pari kalau kat Karawang, tapi dengan situasi yang sibuk macam ni, weekend satu shift 24hours, memang kitorang takkan dapat kot nak bercuti. Huhu. Lagi satu yang stressful kat sini, adalah angkot yang jaaaaarang sangat lalu kat sini. Kadang-kadang rasa kaki sangat tak larat nak jalan dari kosan pergi hospital, tapi terpaksa jalan jugak. Tak ada angkot. Ada beca pun jarang lalu. Huhu. Kalau nak pergi mall, balik tak ada angkot, so kena naik beca bayar 15 ribu. Hehe. Tambang macam naik taxi kat Bandung je.


That's why la, most of the time, memang rasa malas sangat nak keluar, tapi duduk terperap dalam bilik lagilah stress. Kalau terperap dalam rumah x pe lagi, ini terperap dalm bilik, tak ada TV, tak boleh masak. Hehe kenangan jugak sebenarnya, me & Naqi kadang2 stress sangat sampai jadi "radio rosak" menyanyi dalam bilik. Seriously stressful.


Kalau oncall, balik tengah malam memang scary. Gelap semacam, tak ada lampu, lalu kawasan sawah padi. Lepas tu ada 1 tempat on the way tu, tempat orang main billiard malam-malam. Saya selalu jeling-jeling tengok kat dalam tu, ramai gila lelaki main billiard dan merokok, pastu kat depan ada macam bar yang ada perempuan jual air. Ala-ala kampung la, tapi scary kalau jalan malam-malam. Kadang-kadang ada kereta polis kat situ, so lega sikit la nak lalu. Ada satu malam tu, saya oncall sorang-sorang, jam12.40 malam saya rasa sangat lapar dan mengantuk, dan memandangkan saya pun belum berehat langsung malam tu, saya minta izin untuk rehat 1 jam, nak balik bilik jap tidur. Kalau kat RSHS dulu, nak rehat sejam, ada disediakan tempat tidur. Kat sini terpaksa balik rumah. Sebab tempat duduk pun berebut. So saya dengan perut kelaparan pun jalan laju je keluar dari hospital. Tak fikir apa-apa dah macam mana cara nak balik. Dalam hati nak jalan kaki ja and jangan fikir banyak. Nasib baik kebetulan kat depan hospital tu ada bapak beca yang belum balik, saya cepat je naik beca dia. Hehe. Setakat ni, saya percaya bapak2 beca. Dorang kan nampak bersusah payah mencari rezeki yang halal, so saya yakin dorang baik dan jujur. Bapak beca tu hantar sampai depan pintu tempat kitorang tinggal dengan selamat. Tapi, saya tak terfikir pulak macam mana nak balik semula pergi hospital jam 2 pagi. Saya pun dengan tenangnya melelapkan diri sampai pagi. Huhu. Rasa bersalah dengan koas yang oncall tapi nasib baik dorang cakap memang tak banyak patients lepas saya balik tu. Huhu.


Actually, kat sini kami kena oncall kat Emergency Room untuk semua patients. Kalau dulu kat RSHS, ikut la kita tengah kat department apa, kalau bedah, kita bertanggungjawab kat patients bedah la, kalau medical, kena bertanggungjawab kat patients medical. Tapi kat sini, kena bertanggungjawab kat semua. Patients bedah tak ramai kat sini, jarang, tak sebanyak RSHS. Yang ramai kat sini, patients Internal Medicine, dan Neurology. So secara tak langsung kami kena belajar dan ingat semua. Bagus jugak sebenarnya, sebab kita memang kena jadi doktor untuk semua patients. Tak boleh pilih2. Benda ni buatkan kami lebih berfikiran luas dan melatih otak untuk tak study berdasarkan department. Macam study untuk exam la.


Ok itu cerita pasal Karawang. Semalam balik rumah kat Bandung ni, perkara pertama yang saya nampak kat luar rumah : daun kesum saya ada 1 pasu habis kering, nasib baik saya dah buat backup tiga pasu. Hehehe.. Tapi sayang lah yang 1 pasu tu kering, sebab kat pasu tu banyak dah bercabang2, maybe sebab dah banyak sangat cabang, dia perlukan air lebih banyak. Saya minta tolong ibu siram tiap-tiap petang. Yang lain segar, yang satu ni je kering. Huhu. sedih. Nantilah saya try akarkan lagi batang2 yang masih boleh diselamatkan.


Pokok cili saya pun dah berbuah banyak gila hari tu. Tapi kami bukan selalu pakai pun sebab saya tanam jenis yang sangat pedas tu. Kebetulan jiran depan rumah suka cili tu, so kami suruh je dia ambil kalau nak pakai. Dorang cakap itu "cabai mahal" hehe. Kat pasar mahal sikit la berbanding jenis yang satu lagi tu. And bapak jiran ni macam suka dengan cili tu.


Saya tak taulah kenapa saya suka sangat tanam pokok. Tapi saya bukan selalu guna pun, sebab sayang. Contohnya tanak daun kesum tu, baru sekali saya pakai untuk masak asam pedas. Tanam daun kari, tapi saya bukan suka makan kari pun. Kalau nampak bawang dan halia kat dapur tu dah mula tumbuh akar, saya mesti ambil pergi tanam. Tak tau lah untuk apa sebenarnya. Nanti pergi pasar saya beli jugak daun bawang. Hehe. Kadang-kadang Naqi cakap tak payahlah tanam, but I just can't see daun2 bawang and akar yang tumbuh tu kena buang. Kat pasu tu saya dah tanam kunyit, dah beranak pinak pun, halia pun dah beranak pinak, serai pun dah beranak pinak. Bukan saya sempat pakai pun, nanti by the time saya nak balik Malaysia, saya tinggalkan jugak. Tapi saya tetap sayang pokok2 tu. haha..Saya puas hati tengok dia beranak pinak :P nanti balik Malaysia saya nak tanam pokok avocado lah. Walaupun memerlukan 10 tahun baru nak berbuah. Saya nak tanam daun-daun western tu. Macam oregano, bassil, peppermint, etc so kalau masak spaggeti or any italian food, dapat pakai daun-daun fresh. Saya dah jumpa orang yang jual benih dia, nanti balik Malaysia nak tanam. (macam lah ada rumah sendiri ;p huhu)


Banyaknya saya merapu hari ni. Adakah ini sign of stress? Hmm..saya stop dulu lah. Makin lama makin banyak saya merapu. Bye.....

Congratulations!!!

02 June 2012 - " Fakultas Kedokteran UNPAD meraih nilai purata tertinggi di Ujian Kompetensi Dokter Indonesia dengan nilai 81,90 (nilai purata nasional 63) sekaligus nilai individual tertinggi 90,50. Congrates FK UNPAD 2006 sebagai salah satu angkatan terbaik yang pernah dimiliki FK UNPAD. "


02 June 2012 : Our Indonesian friends (my batch) hari ni dah disumpah menjadi doktor. Congratulations everyone!!! Bestnyaa... kami pun sepatutnya sama2 disumpah, tapi sebab ada program Magang untuk Malaysian students, kami akan disumpah bulan 10 or 11 nanti. InsyaAllah :)