Thursday, 9 August 2012

Kenangan satu petang di bulan Ramadhan 1433H

Boring jugak bila tak ada internet.. huhu..beberapa hari boleh lah, tapi lama-lama rasa macam tak tersambung sangat dengan dunia luar. Lagi-lagi kalau kat TV semua rancangan nonsense. Bulan puasa ni siang-siang tak boleh makan, hehe..so apa yang saya buat, memasak ja lah..selain berulang-alik ke imigresen uruskan my Exit Re-entry Permit buat kali terakhir, kat imigresen pulak asyik System Error, so kena datang lagi keesokan harinya. Nasib baik saya bersabar, hikmah bersabar ialah "Rezeki Murah". Kalau saya tak bersabar sikit ja semalam, mesti sampai sekarang tak settle2 jugak :) Minggu depan kena pergi imigresen lagi ambil passport dan ERP yang dah siap. Naqi pun kena ambi his EPO (Exit Permit Only). Lepas ni tak ada lagi duit-duit kami yang kena terbang untuk imigresen kat sini. Cukuplah 6 tahun ini saja, hehe.

Dah sampai 10 hari terakhir Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Ibadah macam mana? :) Bulan Ramadhan ni banyak amalan akan dilipatgandakan pahala, harap-harap semua amalan saya dan suami, dan semua orang diterima Allah s.w.t. amin :)

Sekarang ni online pakai portable modem ni, pakai simcard XL ja, tak la cepat sangat. tapi boleh la update blog. Facebook kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak boleh. Saya try upload gambar pun lembap. Banyak gambar nak upload tapi yang dapat 4 ja..hehe gambar makanan sudah pastinya. Hari tu saya cakap nak masak berpada-pada kan. Alhamdulillah saya rasa kami tak lah membazir sangat puasa tahun ni. Semua masak pakai benda yang dah ada kat rumah. Beli pun benda yang tak ada macam ayam dan sayur. Beli pun untuk portion 2 orang. Kalau masak lebih, sedekah sikit kat jiran. So biasanya sahur memang dah habis :)

Ini Nasi Tomato masak minggu lepas. My sis pun ada letak gambar dia masak nasi tomato kat blog dia, saya terliur tengok, so mari mengiurkan diri sendiri kat blog sendiri pulak. Hihi.

Ini saya yang mengidam. Tapi gambar cheese and mayonis dia berterabur sikit. Ini kalau kat KFC Malaysia senanglah dapat, tapi kalau KFC kat sini dalam mimpi pun tak boleh dapat. huu. So dengan meng google resepi di internet, saya pun berjaya buat Cheezy Wedges yang rasa sama macam KFC tu.hihi. 


Ini kuih Tepung Pelita request dari encik suami. Dah 2x buat dalam bulan puasa ni, mula2 tak pakai bekas daun pisang ni, second time buat pakai bekas daun pisang pulak. Besok nak buat lagi. Dengan bubur jagung jugak. Hari ni encik suami request nak bubur jagung lagi.  Suka sangat makan manis-manis sejuk kan :)
Tahun ni resolusi kami adalah buka puasa tak boleh minum manis-manis. So tiap kali berbuka akan minum Aqua saja (air kosong), dan tak sejuk jugak. Kurma kan dah cukup manis :)

Hari ni dah hari Jumaat. Dah 3 hari cuti :)

Selasa lepas adalah hari yang agak hectic bagi kami berdua. Lepas habis presentation dan ucap selamat tinggal kat Puskesmas, kami kelam kabut pack barang untuk pindah. Ada masa 1 jam sebelum lorry datang. Lepas tu sebab lorry tu cuma muat dua orang, so cuma kami berdua yang ikut pergi Majalaya. Save budget sikit, kesian pulak kalau semua kena pergi.

Perjalanan dari Sumedang ke Majalaya sejam lebih, tak sampai 2 jam. Tapi bila sampai sana, baru dapat 2 rumah, kena cari 1 rumah lagi. Tapi bapak yang bawak lorry tu nak cepat. So kami kena cepat-cepat pindahkan barang-barang tu masuk salah satu rumah. Rumah tu masuk lorong kecil, kena jalan dalam 200 meter, lori tak boleh masuk. Trolley nak angkut barang pun tak ada. So kami bertiga pun terkejar-kejar angkut barang-barang tu (sorang lagi Mogan, yang datang naik motor). Saya angkat barang & jalan pelan-pelan ja, takut ada effect kat my uterus. Huhu. Naqi & Mogan sekali jalan angkat 5,6 beg sekaligus. Kesian pulak saya tengok.

Saya & Naqi pulak, tak tau transport nak balik Bandung macam mana sebab tak explore lagi kawasan tu. So kami tumpang bapak lorry tu and suruh drop kami kat mana-mana tempat yang boleh dapat angkot. Sebab kat hospital tempat kami kena magang tu cuma ada kereta kuda.

Bapak tu drop kami kat tepi jalan sekitar jalan Cicalengka-Rancaekek, kami nak bayar tapi dia tolak, huhu terharu. Waktu tu kami tak solat Asar lagi, betul-betul kelam kabut sebab ada dalam 15 minit lagi nak azan Maghrib. Kami nampak satu restoran Nasi Padang kat tepi jalan, tanya orang kedai tu boleh tak nak tumpang solat. Unfortunately dia kata tak ada tempat solat kat situ. Tapi dia tunjuk 200 meter ke depan, ada satu musolla. Lepas cakap thanks kami pun berlari menuju ke musolla yang dia maksudkan.

Dengan beg-beg yang penuh kat belakang dan kat tangan, kami lari tak cukup nafas nak kejar waktu Asar. Hehe kalau ingat balik rasa lucu pun ada. Alhamdulillah bila sampai surau tu, tak ada ramai orang lagi, tempat ambil wuduk dia pun mudah. Sempat pun solat Asar. Ada dua orang perempuan tengah baca Quran nak tunggu Maghrib, dan ada seorang lelaki yang melaungkan Azan Maghrib. Bila dah azan maghrib, tiba-tiba ibu yang tengah bertelekung tu hulur sebungkus minuman kat saya (mula-mula saya tak tau nama dia apa, then Naqi told me it's pengat pisang). Panas lagi. Dia buat dalam 3,4 bungkus kot. Sebab bila saya makan, saya tinggalkan sikit untuk bagi kat Naqi. Tapi bila saya keluar lalu tempat lelaki untuk kumur mulut nak solat, saya tengok Naqi pun tengah makan benda sama.

Dah lah penat-penat, kelam kabut, tak tau pun kami terdampar kat musolla mana kat celah-celah negara orang ni, tak kenal orang kat sana, tiba-tiba ada yang bagi makanan waktu tengah lapar dan penat tu. Waktu tu perasaan saya sangat terharu. Bila dah selesai jamak solat Maghrib dan Isyak, saya jumpa Naqi kat luar untuk meneruskan perjalanan sebab kami plan nak berbuka puasa kat Jatinangor. Naqi cakap selalunya dia tak makan pengat pisang, tapi sebab orang bagi dan dia terharu, sungguh-sungguh dia habiskan dengan perasaan sebak. Hehe..

Macam ni la pengat pisang yang ibu tu bagi
Waktu tu saya terbayang perasaan orang yang tak mampu, dan dapat makanan dari orang lain, terutama untuk berbuka puasa. Sekarang saya berazam nak selalu sedekah makanan yang saya masak sendiri kat orang-orang tak mampu yang sangat ramai kat sini. InsyaAllah :)

Lepas tu perjalanan diteruskan ke Jatinangor, makan, then balik Bandung.

Besok (sabtu) insyaAllah nak buat makan-makan buka puasa untuk kawan-kawan kat Sukagalih. Plan nak masak Nasi Dagang dengan gulai ikan tongkol dan acar. Lepas tu Ahad nak balik semula ke Majalaya. huhu. Another 2 months to go. Kami akan habis Magang pada 5 Oktober 2012, akhirnyaaa.. semoga semuanya lancar selancar lancarnya, amiiiiin :)


Monday, 6 August 2012

Petang Isnin di Sumedang

Location : Our room in Rumah Sakit Bersalin Mitra Sumedang, Jawa Barat.
Time : 14 : 59
Date : 06 August 2012

Hmm..I have nothing to say pun, so hari ni tulis pendek je.

1. Internet kat rumah @Bandung dah dipotong. Huhuu..penat bersusah payah pertahankan walaupun duduk rumah cuma kadang-kadang je..sebulan cuma 4-5 hari kat rumah, tapi still bayar tiap bulan dalam RM130-RM160 untuk kekalkan connection sampai akhir Magang. Tapi baru-baru ni tak sempat nak bayar untuk last month, akhirnya dipotong..huhu..sedih..tapi takpelah. Cian Naqi daripada main game LOL jadi main Plant & Zombie je..hehe..oh, tapi walaupun dah dipotong, kami kena pergi bayar jugak k yang belum bayar tu. Hutang tetap hutang, bahaya kalau terbawa sampai mati. Huhu.

2. Bil elektrik pulak untuk 2 bulan terakhir ni cuma bayar dlm RM16.. maybe sebab tak duduk rumah sangat, so tak pakai banyak. Rezeki..Selalunya sebulan mesti lebih RM40.

3. Semalam baru check up baby lagi. Alhamdulillah semua ok. And it's a baby girl. Doctor yg check tu adalah our doctor kat UNPAD, dr. Tina Dewi, SpOG, dulu dia terkenal dengan kegarangannya sampai semalam before masuk tu kami takut jugak. Tapi bila masuk, dari awal sampai akhir dia tersangatlah baik. Explain panjang lebar dari awal sampai akhir. I love the way she explained everything to us. Saya kena suntik anti tetanus jugak, intramuscular. Tak sakit pun. Kat patient selalu buat, takkan kat diri sendiri takut kan,hehe..

4. Hari ni dah 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran. Cepat jugak masa berlalu. So saya dah puasa 15 hari. Saya missed 2 hari sebab demam panas hari tu, takut ada effect kat baby so saya kena minum banyak-banyak air dan makanan sihat yang banyak anti-oxidant dan zat-zat lain. Takpelah nanti before start puasa enam bulan Syawal senang sikit nak ganti sebab 2 hari je, insyaAllah.

5. Baju raya baru hantar kat ibu depan rumah, hantar 2 pasang n jahit baju kurung besarkan sikit ja badan saya masih muat pakai baju besar-besar. Memang selalu pakai baju besar-besar pun. Cuma kain kena buat besar sikit. Dulu dah pernah jahit baju raya untuk tahun ni tapi tak dapat pakai sebab tak muat. Huhu. So kena jahit baru. Naqi pun dah jahit 1 baju melayu extra last year, tapi tertinggal kat Kemaman so jahit satu baju lagi tahun ni.

Hehe ini blog post yang tidak berfaedah untuk orang lain pun  tapi sorry sebab korang dah terbaca. As I said, I have nothing to share. Besok report presentation depan semua kakitangan Puskesmas, lepas tu kami terus naik lorry pindah ke Majalaya petang esok. Lepas tu balik Bandung, cuti beberapa hari dan sambung department seterusnya kat Majalaya next week. Lepas tu balik Bandung lagi untuk pack barang balik raya. Selain itu, kena berulang-alik imigresen Bandung jugak untuk urusan dokumen & passport sebelum imigresen cuti raya. Huhu harap semuanya dipermudahkan. Dah tak lama dah, 2 bulan je lagi untuk semua ini.

InsyaAllah Khamis depan balik Sabah, flight Jakarta-KK. Tak sabar. Hehe..

Wednesday, 1 August 2012

Hypnobirth : and the evidence-based medicine

Ok, hari ini saya nak share tentang beberapa research tentang hypnobirth, saya memang percaya dengan hypnobirth ni sebab melalui pengalaman melihat ibu-ibu bersalin waktu rotation kat O&G department dulu (insyaAllah bulan depan kat O&G dept lagi), ibu-ibu yang tenang dan tak terlalu menunjukkan rasa kesakitan tu adalah ibu-ibu yang dah mentally prepared, yang tak terlalu menjerit-jerit, yang diberi sokongan moral yang kuat, dan mereka melahirkan dengan lebih mudah berbanding ibu-ibu yang takut :) 

Hypnobirth ni kita boleh belajar sendiri, prepare dari awal (terutama trimester ke-3 kehamilan) supaya bila dah dekat bersalin, kita sentiasa positive dan tak takut untuk melahirkan :) Even ada ibu-ibu yang tak rasa sakit langsung waktu melahirkan.

Banyak cara kat internet yang boleh dibaca, so untuk bakal ibu-ibu, meh rajin-rajinkan untuk belajar. Kat youtube pun mesti banyak :)

My senior kat Indonesia ni (teh Avi) ada private clinic yang menyediakan perkhidmatan untuk hypnobirth dan waterbirth. Clinic dia dan husband, umur kami sebaya kot, tapi dia dah berpengalaman melahirkan ibu-ibu dengan teknik hypnobirth dan waterbirth dalam clinic dia sendiri. Hebat! Siap masuk suratkhabar lagi. Saya sms teh Avi dua minggu lepas, tanya berapa harga untuk bersalin kat tempat dia, saja la tanya-tanya, hehe.. 

dia reply : "Rp 5 juta (RM1800) untuk 1 hari 1 malam, dah termasuk hypnobirth + waterbirth, termasuk makan minum 2 orang, tidak termasuk harga ubat".

Lumayan lah, untuk private clinic macam tu, dengan pengalaman menakjubkan, harga RM1800. Kalau betul-betul nak, boleh ja kumpul duit scholar kan. (ikat perut la tapi hehe). Tapi saya tak kot, saya kan beranak kat Malaysia. InsyaAllah. Dan kalau boleh (berangan ja ni ok, bukan betul2), saya nak beranak normal yang tak perlu bayar pun. Sebab mak dulu pun beranakkan saya dan kakak di rumah ja. Beranak kat rumah mesti lah tak bayar kan. Mak cakap saya dilahirkan di dapur. Tak sempat pergi hospital kot? Start anak ke-3 (my brother) baru mak beranak di hospital.

Kalau ikutkan saya ok je kalau Naqi or kawan-kawan saya yang tolong saya give birth. Ada orang supervise la tapi. Hehe.macam best ja kalau kawan-kawan yang buat :P Yang penting prepare gunting, clamp, suntik oxytocin, ubat misoprostol, cairan dah cucuk siap2, dan apa2 yang patutlah. Hihi. Berangan je lebih kan saya ni. Cakap macam senang je :P Tapi, ikutkan peraturan, mana boleh family treat / manage family sendiri. 

Ok la mari kita baca EBM tentang hypnobirth, yang lain-lain saya share waktu lain kalau dah belajar lebih lanjut pasal ni. Sangat berharap dapat practice dari sekarang :)

Antara studies yang mentioned tentang kebaikan hypnobirth :

1. Shawn Gallagher, B.A., R.M., C.Ht, (2001) Hypnosis for Childbirth: A retrospective survey of birth outcome using prenatal self-hypnosis, Retrospective Survey Length of labor: The average length of active labor for nulliparous women is 12 hours. Participants in the Hypnosis for Childbirth series averaged 4.5 hours of active labor. The average length of pushing for nulliparous women is about 2 hours. Participants in the Hypnosis for Childbirth series averaged just over 1 hour. Hypnosis is associated with faster births (statistically significant) throughout the research for both the first and second stages of labor. Medication rates:The epidural rate in Toronto and Mississauga ranges from 40 to 95% for nulliparous women. This survey notes an 18% epidural rate for Hypnosis for Childbirth participants (11% for caesarians and forceps, 7% for maternal request). This survey’s reduction in medication use is supported by statistically significant reductions in other research for women using hypnosis preparation for birth.

2. Martin, A.A., et al., (2001) Effects of Hypnosis on the Labor Processes and Birth Outcomes of Pregnant Adolescents, Journal of Family Practice, May 2001. “Hypnotic preparation for labor and delivery can be an effective intervention in: 1) reducing the number of complications, 2) reducing surgical interventions, 3) reducing length of postpartum hospital stay.

3. Am J Clin Hypn 2004 Apr;46(4):299-312 (ISSN: 0002-9157) Mehl-Madrona LE. ‘Women receiving prenatal hypnosis had significantly better outcomes than women who did not. Further assessment suggested that hypnosis worked by preventing negative emotional factors from leading to a complicated birth outcome. Attention only was associated with minimal differences in outcome over the no-contact group. The routine prenatal use of hypnosis could improve obstetric outcome’Comparative studies,cesarean, with HypnoBirthing, Maternity Center Association and the Center for Disease Control. 17% of HypnoBirthing mothers birthed via Cesarean (2005-06; n=497) compared to 32% of the mothers in LTM II study, Maternity Center Association (2006) The CDC reported the Cesarean rate for all births in 2004 was 29.1%.

Tuesday, 31 July 2012

Entry tanpa tajuk


Kak Wahidah & Kak Ya dah tau jantina baby, saya belum lagi, tapi saya memang EDD paling lambat so it's ok lah tau lambat,hehe..nervous jugak tunggu nak tau gender ni. Kadang-kadang ada perasaan tak nak tahu sampai lahir, tapi takut pulak kalau perangai saya waktu pregnant ni macam agak ke arah "perempuan", tiba2  baby lahir laki2, nanti baby jadi perangai macam perempuan pulak. Boleh tak berfikiran macam tu :P


Mitos je pun, tapi takut jugak hehe.. Dulu my friend pernah cakap waktu kakak dia pregnant, kakak dia sangat tak suka Garfield, bila anak dia keluar, mata macam Garfield.


Ada jugak kawan-kawan or doctor yang try predict kan untuk saya. Dulu doktor kat Puskesmas Pamengpeuk kata baby ni perempuan sebab muka saya tak tumbuh jerawat langsung. Pastu dia cakap sebab saya tak pernah ada spotting/bleeding langsung, and sebab tak experience severe nausea & vomiting. Tak tau lah atas dasar apa dia cakap macam tu, cara bercakap macam dari pengalaman. Tapi kalau tengok mitos kat internet, tanda2 yang doktor cakap tu sepatutnya baby lelaki.


Kawan saya cakap pun anak perempuan sebab bentuk perut. Entahlah.


Saya pulak dari dulu rasa macam baby boy. Sebab waktu scan sangat aktif bergerak. 


Susah nak predict ikut perangai saya, sebab perangai saya tak jauh beza pun dengan sebelum pregnant. Naqi cakap sama ja. Saya tanya la saya banyak songeh tak waktu pregnant, Naqi cakap tak. Hehe lega..:P Sebab saya selalu tengok gossip selebriti Indonesia ni, kalau artis-artis tu pregnant, mesti cakap perangai jadi macam ni lah, macam tu lah, suami dorang cakap dorang jadi lagi sensitif lah, sampai saya pun ingatkan semua orang pregnant macam tu. Tapi bila dah pregnant dan tengok lagi rancangan gossip macam tu, saya rasa media tu je yang lebih-lebihkan, maklumlah artis kan.


Ramai jugak yang nasihatkan hati-hati sebab saya asyik travel je waktu Magang ni. Hmm memang pun tiap minggu travel ulang-alik dari tempat magang balik rumah kat Bandung. Entah berapa jenis public transport dah saya cuba. Kalau drive sendiri boleh jugak nak kawal cara bawak kereta. Kalau naik public, kena lah terima semua cara supir bawak, berhenti mengejut, langgar-langgar lubang sesuka hati, bawak laju, potong-potong line sampai beberapa kali rasa macam nyawa hampir melayang. Alhamdulillah setakat ni semua dijaga dan dilindungi dari hal-hal tak diingini. Dari awal pregnant dah berapa kali saya naik kapal terbang. 2 minggu lagi naik kapal terbang lagi untuk balik raya. Yeay tiket raya dah beli, thanks Mak & Ayah! :) Tapi ticket balik sini belum beli lagi. Sebab belum tau cuti sampai bila. Huhu harga ticket pun mahal macam apa ja waktu raya. Nanti after Magang dah habis pun naik flight lagi untuk balik for good dan balik beranak.


Sekarang dah masuk minggu ke-23 pregnancy. Sebenarnya masih sangat awal lagi ni, sebab tu saya sangat risau kalau saya ada rasa symptom sakit-sakit kat area uterus tu. Huhu. Rasa macam tiap minggu nak scan pun ada. Doakan semuanya selamat k :)


Ohya, saya kat Sumedang ni tinggal kat Rumah Sakit Bersalin Anugerah Mitra, milik seorang O&G Specialist. Kami tinggal kat ruangan yang sepatutnya jadi bilik VIP patient, tapi sebab tak ada patients duduk kat ruangan ni sebab mahal, so kami sewa lah tempat ni. Best macam hotel. Hehe. So kalau kami pergi Puskesmas setiap hari, turun bawah nampak lah beberapa patients yang nak jumpa doctor ataupun nak beranak.


Best tengok tempat ni, doktor specialist ni lelaki, rumah dia dan family ada kat sebelah bangunan ni je, rumah banglo besar. Bersambung dengan Rumah Sakit Bersalin ni. Tempat ni considered as private clinic lah untuk bersalin dan follow up. Malam tadi saya dengar ada baby lahir jam 1.55 pagi, C-section. Saya terfikir bestnya, rumah dia dekat, kalau ada patient senang je nak datang. Family dia dan anak-anak pun ikut jejak langkah dia jadi O&G specialist.


Dia selalu jugak buat aktiviti untuk berbuka dekat rumah dia, dan solat terawih. Orangnya pemurah jugak, dah 2 kali dia bagi makanan untuk kami berbuka puasa. Dah lah dia sewakan tempat ni murah, sorang Rp 400 ribu (RM150) sebulan, dengan keadaan selasa macam ni. Sangat memudahkan urusan orang lain. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarga.


Kat sini (Indonesia) memang boleh buat private clinic kat rumah. So tak perlu pergi kerja jauh-jauh. Kalau kat Malaysia tak dibenarkan. Best ja tengok. Tapi kat sini competition tinggi, untuk sampai ke tahap macam doktor ni bukan senang (kecuali kalau dah parents pun doktor pakar), sebab kerajaan bayar gaji kat dorang sangat murah. Kena compete lagi dengan ramai doktor lain. Kalau kita bagitau gaji housemen kat Malaysia pun dah Rp10 juta (hampir RM4 ribu) mesti dorang akan cakap beruntungnya doktor kat negara kita. Tu lah kadang-kadang kita ja tak pandai nak bersyukur.


Ok cukup tulis sampai sini. Nak buat report pulak, dan nak siap2 pergi Puskesmas :D

Wednesday, 25 July 2012

Impacted 3rd molar

Masalah ni dah lama saya ada, dan saya rasa ramai orang ada jugak. Impaction of the 3rd molar. Maksudnya, gigi geraham ke-3 (yang paling last tumbuh tu) tak keluar betul2, or keluar separuh2. Boleh jadi sebab rahang kecik sangat, so dia tak muat nak keluar semua. Boleh jadi sebab lain jugak.

Impacted tooth

Dari mula gigi tu tumbuh, mula2 tak rasa apa-apa. Tapi masalahnya makanan selalu tertinggal kat sana. Nak berus pun susah. Kadang-kadang (dalam setahun sekali) akan timbul rasa sakit, sebab gusi dah inflamed. Tapi temporary je la..dua tiga hari lepas tu baik. Tapi tahun depan datang lagi. Kalau tengah sakit, memang sangat sakit. Huhu.

Sekarang saya ada rasa "aura-aura" macam sakit tu nak datang lagi. Boleh la nak kumur air garam supaya kurang sikit rasa sakit. Tapi sebenarnya cara paling baik adalah jumpa dentist/oral surgeon untuk cabut ja gigi tu. Supaya masalah ni tak kan datang lagi selama-lamanya.

Tapi, masalahnya dari dulu saya tak berani nak buat surgery ni. Sebab first time saya tengok Naqi buat dulu, sebelah gigi geraham ke-3 dia tu kena cabut sebab masalah sama, seminggu tak boleh makan nasi. Makan bubur je. Lepas tu after surgery mata dia berair sebab sakit. Saya kenal dia orang yang tahan sakit. Tapi, after procedure tu, dia nampak macam kesakitan. Walaupun kena bagi local anesthetic, tapi effect dia kejap ja. Huhu..

Now Naqi tengah plan untuk extract gigi gerahan yang sebelah lagi pulak. Sedangkan saya, yang sebelah pun belum. Coz I'm so scared. Huhu. Ada sorang kawan yang kena cabut gigi tu dulu (Kamini), seminggu pipi bengkak. Mata dia pun berair jugak. Bila entah saya ada kekuatan nak buat. Procedure tu tak mahal sangat pun, kalau kat AMC dulu Rp 500 ribu- Rp 600 ribu sebelah gigi. Kalau kat RSHS kalau tak salah dalam sejuta. Ok la daripada berkali-kali akan rasa sakit sebab repeated infection and inflammation.

Semoga one day saya diberi kekuatan untuk itu. Huhu. Amin.

Gambaran dari tepi..kalau X-ray boleh lah nampak
Kalau tak cabut, masalah macam ni akan jadi berulang-ulang, makanan tersumbat kat celah-celah tu.


Jenis-jenis impaction

Gambar contoh lagi

P/s : tulis blog pasal ni sebab gigi ada aura-aura nak sakit macam tu lagi. (T_T)

Saturday, 21 July 2012

Syukur

Salam.

Dah hampir seminggu menginap di Kota Sumedang, ibukota kepada Kabupaten Sumedang, di bawah Provinsi Jawa Barat. "Kabupaten" ni lebih kurang sama level dengan "Negeri" kalau kat Malaysia. Kota Sumedang ni jaraknya lebih kurang 45km je dari Kota Bandung.

Mostly, Kota Sumedang ni terdiri dari kawasan pergunungan. So sepanjang jalan cuaca sejuk apalagi kalau petang-petang. Nak ambil gambar tapi tak bawa camera. Pemandangan pun cantik-cantik, penuh dengan sawah padi yang tersusun bertingkat-tingkat, ada banyak sungai/air terjun. Pokoknya, I'm very happy to be here. Walaupun cuma sebulan. Tapi Alhamdulillah, lepas bertapa di Kota Tandus Karawang selama dua bulan, dapat tempat macam kat Sumedang ni, dan Alhamdulillah lagi, sebab dapat kat sini waktu bulan Ramadhan :)

Suasana bulan Ramadhan kat tempat macam ni memang best. Apatah lagi, kami kat sini adalah untuk Public Health Department kat Puskesmas (lebih kurang macam Klinik Desa). Walaupun mula-mula ada perubahan tempat, semuanya lancar. Kami dipindahkan dari Puskesmas Ganeas ke Puskesmas Situ, disebabkan pertukaran Kepala Puskesmas.

Tempat tinggal pun agak mewah macam hotel, bayar tak mahal, tapi ada TV, air-cond, peti sejuk, toilet dilengkapi dengan kemudahan air sejuk dan air panas, bilik yang luas, dapur untuk memasak pun disediakan. Alhamdulillah, semuanya nampak lancar :) Hidup pun tak terlalu busy, tak ada on call, rumah dekat dengan Masjid Agung, sangat memudahkan untuk pergi Solat Tarawih. Cuma kekurangannya, tak duduk sebilik dengan encik suami. Hehe. Tapi takpelah, bilik sebelah-menyebelah je:)

Hari ni hari ke-2 Ramadhan, saya berniat untuk melakukan yang terbaik tahun ni, sebab saya sedar tahun lepas waktu koas, hidup yang busy tak memungkinkan saya buat banyak hal secara maksimum. Tahap optimum pun tak sampai kot. That makes me sad and regret for last year. Dan tahun ni dengan peluang sekali lagi yang Allah bagi untuk bertemu dengan Ramadhan, dengan kesempatan hidup dalam keadaan dan tempat macam ni, insyaAllah tak akan di sia-siakan, amin.

Dan saya terbaca banyak jugak status senior dan kawan-kawan yang dah kerja sebagai houseman, tuntutan kerja yang busy dan on call membuatkan dorang tak dapat berbuka puasa dengan family, tak dapat bertarawih, kurang waktu untuk beribadah, etc. Mungkin keadaan itu yang akan saya lalui tahun depan, so selagi ada peluang tahun ni kena maksimumkan apa yang boleh. Semoga Allah melancarkan semua urusan kami, dan kita semua. Amin :)

Kalau boleh, tahun ni nak buat satu resolusi jugak tentang pemakanan. Kalau tahun lepas, tiap hari masak macam-macam, which is so not menggambarkan bulan untuk mengawal hawa nafsu. Bulan ni nak lebih berpada-pada, bersederhana, dan menenangkan diri. Kalau boleh nak puasa facebook juga. Puasa online kecuali untuk membaca benda-benda berfaedah :) InsyaAllah.

Alhamdulillah walaupun pregnant, tapi tak menghalang untuk berlapar dan dahaga. In fact, tak rasa lapar dan still dapat buat aktiviti lain macam biasa. Maybe sebab dah berlatih waktu ganti puasa hari tu. Hehe. Harap baby pun sihat-sihat ja.

Sebelum mengakhiri post ni, i would like to wish :

Selamat Berpuasa untuk semua ahli keluarga, dan teman-teman tersayang :)


Saturday, 14 July 2012

Update July 15th

Tujuan saya menulis blog hari ini cuma untuk meng copy paste jadual checkup kat sini..hehe..untuk memudahkan urusan mencari, dan untuk kenang-kenangan masa depan :) Biar nanti dah besar baby baca kisah waktu dia dalam perut.

click untuk membaca jadual
Dan juga untuk encourage pasangan-pasangan Malaysian students yang dah berkahwin supaya tidak merasa susah untuk pregnant kat Bandung ni..hihi..

Dulu saya terfikir jugak, kalau pregnant kat sini, mana nak cari tempat untuk checkup tiap bulan, kalau pergi jumpa speacialist RS Hasan Sadikin, mesti bayar mahal. Kalau pergi poliklinik, patient umum pun kena bayar jugak..pastu yang check adalah residen ataupun koas (tak kisah pun koas or residen check tp takut dpt yang lelaki). Kalau pergi private hospital tiap bulan, ehmm banyak duit?

Tapi itulah pemikiran orang yang berfikir banyak tapi tak bertanya-tanya dulu kat orang yang dah berpengalaman. Hehe..

Rupa-rupanya 5 minit je naik angkot dari rumah ni, ada satu private hospital untuk ibu dan anak. Namanya Rumah Sakit Ibu & Anak Hermina Pasteur. First time masuk hospital tu, rasa macam tak percaya wujud tempat macam ni kat sini sebab selama ni kami kerja kat tempat yang sangat jauh beza dengan hospital ni. Ruang dia sangat besar, teratur, bersih, air-conditioned, tak hectic, tak ramai orang, layanan dari kaunter pendaftaran, sampailah ke kaunter pembayaran ubat, semua 1st class. Rasa macam "bestnya pregnant"..hehe..

Err..ada macam orang jakun tak saya ni :p

First time datang, buat appointment lagi, sebab tak tau apa-apa kan. First time tu saya pilih Dr. Setyorini Irianti, SpOG, K-FER. Sebab saya tengok jadual kat Website, cuma dia yang perempuan dan muslim yang available waktu tu. Saya tau dia perempuan dan muslim sebab saya google kat internet, dan terjumpa blog orang yang pernah bersalin dengan doktor ni. Bukan nak memilih sangat pun, tapi kalau dapat pilih, pilih je la kan :)

Dr Setyorini ni kat Executive Policlinic, lepas dah check blood pressure dan body weight, nurse suruh tunggu depan bilik doktor, sementara tunggu turn dorang bagi makanan dan minuman untuk husband and wife. Kami pun tunggu depan bilik doktor, tempat duduk kat situ macam kat restaurant, ada sofa untuk sepasang suami isteri dan meja untuk letak makanan dan minuman yang dia bagi. Ada TV jugak. Tiap meja dihiasi dengan fresh orchid. Tempat lengang je sebab tak ramai patient.

Waktu first time datang tu, saya tak bawa insurance card. Tapi Naqi bawak dia punya. Sama je pun insurance kami, dari Takaful Insurance.Tapi bila orang kat kaunter tu check, cuma boleh pakai untuk masuk ward je. So kitorang pun bayar sendiri. Waktu tu kena bayar untuk consultation Rp150k (RM60), dan vitamin Rp240k(RM90). Waktu tu scan tak nampak apa-apa lagi, cuma endometrial thickening, so tak print lah. Kalau print kena tambah bayar lagi Rp50k (RM20).

Waktu tu saya dah risau dah, takkan tiap bulan nak bayar macam tu. Tapi my very understanding husband cakap, takpe lah, sebulan sekali je, lagipun untuk baby :) Lepas tu saya pun sedar diri. Untuk baby kena lah berkorban sikit :)

Balik rumah, saya check my insurance card, ada beza sikit dengan Naqi punya, saya punya boleh pakai untuk both "rawat jalan" dan "rawat inap". Alhamdulillah :) So bulan-bulan seterusnya saya cuma pakai insurance card tu je, dia cover semua kecuali vitamin. So vitamin still bayar sendiri, tapi takpelah, dia tolong cover semua pun dah kira ok. Even kalau beranak kat sini pun dia cover :)

Untuk bulan-bulan seterusnya, saya dah tak buat appointment. Saya decide tak nak stick kat sorang specialist, sebab saya nak tengok cara doktor yang berbeza-beza layan patients. Lagipun dah ada medical record, so record sebelum2 ni doktor lain pun boleh tengok.

Setiap kali waktunya dah sampai dan ada masa lapang, keluar rumah, naik angkot 5 minit, sampai hospital, tanya siapa ja doktor perempuan yang ada, lepas tu tanya mana doktor yang paling tak ramai patient tengah tunggu turn, then pilih doktor tu. Ramai jugak doktor yang kami kenal waktu koas dulu yang kerja part time kat sini, ada doktor yang dikenali garang dengan koas dulu, kami avoid, hehe..tapi sebenarnya dorang cuma garang dengan koas atau residen je, sebab nak mendidik, kalau dengan patient tak garang pun.

Untuk bulan ke-2, kami consult dengan : dr. Ifa Siti Fasihah, SpOG (doktor ni yang deliver Mimi & Khalis' baby), doktor ni bertudung jugak, sama macam dr.Setyorini.

Untuk bulan ke-3, kami consult dengan : dr. Indri Budiarti, SpOG (saya dah lupa checkup dengan doktor ni, tu lah sebab tak tulis, so tak ingatlah..huhu..yang saya ingat doktornya cantik)

Untuk bulan ke-4, kami consult dengan : dr. Evi Arijani, dr. SpOG, MKES (mula-mula kami decide nak stick dengan doktor ni, sebab dia sangat pandai layan patient, pastu kebetulan waktu tu azan maghrib, dia cepat-cepat pergi Solat dulu before sambung kerja..sejuk hati tengok..hehe..)

Untuk bulan ke-5, kami consult dengan : dr.Triana Yaniwadhani, SpOG (yang ni saya pilih sebab saya ingat dia ni doktor SpOG kat RS Majalaya dulu, rupanya saya salah orang. Hehe..nama dekat sama kot..saya pilih dia sebab nak tanya, boleh tak next month nak follow up dengan dia ja sebab waktu tu kami magang kat Majalaya 2 bulan. Plus nak tanya kat RS Majalaya nanti ada cuti raya tak? :p hihi. Sekali tengok salah orang. Huhu. Tapi doktor ni pun sangat baik. Dia pakai tudung kemas je. Lepas tu tanya banyak pun layan baik je)

Ehm itu je nak tulis. Sebab saya takut lupa, diary tak ada, so tulis kat blog. Ni pun paksa-paksa sebab sekarang malassnya la nak duduk depan computer. Lagi prefer membaca buku dan masak-masak. Sekarang saya dah stress-free. Alangkah indahnya hidup ini. Alhamdulillah :)

Tak sabar bulan ramadhan. Tak sabar nak balik Raya :)

Petang ni pergi Sumedang. Mulai esok, magang kat Sumedang selama sebulan. Lebih kurang 70km dari Bandung kalau lalu tol. Dekat Jatinangor, bolehlah makan best2 :)