Saturday, 24 October 2009

...




Tuesday, 20 October 2009

Mimpi + Arwah

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Malam tadi, mimpi arwah nenek yang dah meninggal 11 tahun lepas.. Dulu mula2 selalu jugak mimpi, tapi kali ni selepas bertahun2, tiba2 mimpi lagi.. Dalam mimpi tu, nenek tak kenal kami, i mean, anak2 dan cucu2nya. Saya jadi takut sebenarnya bila mimpikan orang yang dah takde sekian lama~

Biasanya, kalau saya bermimpi benda2 yang tak mengganggu fikiran saya sebelum tidur, pasti ada kejadian yang akan berlaku..yg berkaitan dengan mimpi tu.. Saya ingat BANYAK..banyak mimpi sebelum ni yang betul2 terjadi. Sejak umur saya 7 tahun, saya dah mengalami mimpi2 yang betul2 sama dengan realiti.. Selalunya buat saya terdiam bila benda tu betul2 berlaku..

Sebab tu mimpi tadi mengganggu saya..

Saya sms mak,

Mak jawab, biasalah tu mimpi orang yang sudah tiada, Yah sedekah lah al-Fatihah untuk nenek.

Sebenarnya lagi, saya selalu terfikir satu benda.. Mungkin sebab ilmu saya tak cukup lagi..kalau saya sedekahkan Al-Fatihah, adakah ia akan memberi manfaat pada arwah? (merujuk kepada hadith kat atas)

Setiap kali ada seseorang yang meninggal dunia, kita selalu disarankan agar sedekahkan Al-fatihah. Saya tak tahu tujuannya, tapi saya assume ia adalah untuk arwah, dan jugak peringatan untuk kita orang2 yang masih hidup..

Thursday, 15 October 2009

Menjolok sarang tebuan..

Saya kurang faham dengan motif orang2 yang bercakap dengan nada provokasi dan ayat tu diulang2 berkali2, seolah2 orang2 sekeliling semuanya ada masalah pendengaran sampai perlu ulang2 banyak kali.

Ceritanya, tadi saya bertapa di kedai buku Tisera sorang2, tgh seronok baca buku, saya dgr satu slot kat rancangan radio di kedai tu.. orang yang bercakap tu, dari cara dia bercakap, saya gambarkan seperti perangai seorang lelaki yang kurang tulen, yg suka bergosip dan bergurau dalam cara yg bertujuan ingin orang lain gelak, tapi dia sakitkan hati orang yang diguraukan itu. (Perangai lebih kurang mcm ni la, saya pasti semua orang pernah bertemu dengan orang mcm ni)

Sebenarnya, isi cerita tu hanya satu.. iaitu "seorang lelaki warga Malaysia ditahan di bandara selepas didapati bersalah menyeludup narkoba di dalam kasut" - translationnya : bandara = airport, narkoba = dadah.

Tapi, cara penyampaian orang ni, saya tak tau nak describe mcmana..kalau orang sabah cakap "bikin panas, sabar jak la.."

Nada sinis, bayangkan 5 minit untuk cerita sependek tu. Saya tak tau berapa kali dia mention "lelaki rakyat Malaysia" kat situ, saya tak faham kenapa dia perlu ulang sebanyak itu..lepas tu dalam nada yg sangat menyindir dia cakap "heh, nggak ada tempat lain kali, di sepatu yang busuk juga mau disimpan"pastu gelak2..lebih kurang mcm tu lah..

Iklan2 selepas tu saya dah biasa dengar.."Sayangilah & peliharalah Batik kerana ianya milik asli negara Indonesia".."Jagalah warisan kita, tanpa kita menjaganya kelak ia akan dicuri"..

Saya tulis ni bukan nak hangatkan suasana..just nak menggambarkan perangai orang yg gemar menjolok sarang tebuan. Tebuan tak kacau dia, tapi dia buat bising kat luar, tebuan tak layan, dia jolok sarang tu.. Mari wahai tebuan2 semua, kita teruskan tidak melayan..

p/s: Kalau saya dapat tajuk thesis pilihan pertama, I have to jolok sarang tebuan untuk dapatkan madu asli..hiiii~

Tuesday, 13 October 2009

//Entry tanpa tajuk//

Pagi tadi saya habiskan masa setengah jam buat arca. Tanpa perancangan, tiba2 kena ikut pertandingan tu. So kerja separuh hati, macam biasa kerja last minute. hehe. Saya rasa kelakar. Mula2 I was planning to make a keris, tapi bahan cukup utk buat kepala keris je. Amek gmbr, then i sent it to naqi, but he couldn't recognize it.Tukar-tukar-dan-tukar. Last2 jadi kepala ayam yang ada encephalitis. hihihiii..Saya amek gmbr mms and i sent it to naqi, and as predicted, saya digelakkan. Saya harap saya tak kne marah oleh encik ketua..kikiki..bye2!

Friday, 9 October 2009

Kesenangan tak datang bergolek

Kata mak saya, lebih kurang macam ni bunyinya :

"Mak tengok hidup orang susah kat Bersamamu TV3 tu selalunya tak ada perasaan. Bukan tak kesian, tapi.. semua tu mak dah pernah rasa dulu, kadang2 lebih teruk dari semua yang ada kat TV tu.. Tapi, semua orang boleh lari dari masalah tu kalau rajin berusaha dari bawah.."

Itu kata mak saya.

Sewaktu dalam penerbangan pulang dari Kota Kinabalu-Jakarta baru2 ni, saya dapat seat kat sebelah seseorang yang agak mengagumkan saya. Saya jarang kagum dengan orang, saya jarang puji orang. So kalau saya puji orang tu, memang saya betul2 ikhlas dari hati yang bersih la.hehe.

Beliau seorang rakyat Indonesia yang pernah hidup susah, ibubapa tak bekerja. Beliau berbangsa Cina. As we all know, rakyat berbangsa Cina di sini tak sebertuah rakyat berbangsa Cina di Malaysia, mereka tak dibenarkan menggunakan bahasa mereka secara bebas di sini. Banyak lagi diskriminasi. Tapi, berbekalkan semangat ingin keluar dari belenggu kemiskinan, beliau berusaha yang SANGAT GIGIH bagi saya.

Beliau bekerja sambil belajar. Belajar di BIDANG KEDOKTORAN!! Bayangkan kawan2, bekerja sambil belajar, medic?? Kita dapat scholarship setiap bulan RM800 pun masih ada yang tak cukup. Beliau? Bayangkan macammana beliau bayar yuran pengajian dlm bidang ni. Mungkin dulu tak mahal macam sekarang, tapi still, usaha yang sangat..luarbiasa kan?

Beliau graduate dan menjadi doctor pada tahun 1979 (saya excited sebab kagum,so saya tanya banyak2, siap tgk card2 dlm dompet dia :p dia yang tunjuk la tapi). Lepas tu, dia bekerja sebagai doktor dan sambil bekerja, beliau ambil degree dalam bidang Ekonomi (sebab waktu belajar medic dulu, beliau berjinak2 dengan business dan belajar selok belok menguruskan ekonomi). Lepas tu beliau sambung nak jadi Specialist.

Sekarang? Beliau adalah seorang Cosmetologist dan Economist. Beliau mempunyai sebuah bank. Dia kata Bank kat Indonesia ni boleh bahagi pada tiga kategori: General, Rural and Syariah. Bank die ni yang 2nd tu : Rural bank. So, as he said to me, pagi2 dia seorang doctor, petang2 dia ahli ekonomi.

Saya cuma tulis latarbelakang pengajian dia, sebab yang cerita2 lain saya anggap itu sebagai ilmu kepada saya untuk jadi seorang bakal doktor InsyaALLAH. Tujuan saya? Untuk saya dan sesiapa yang mahu, supaya tak mudah leka dengan kesenangan yang kita ada sekarang,sampaikan perkara2 kecik pun kita anggap berat.

Bayangkan beratnya pengorbanan orang2 yang lebih dulu dari kita, ibu bapa kita, mereka bersusah-payah untuk memastikan kita dapat apa yang perlu secukupnya. Tapi kita?

Ingat, ada orang lain yang lebih susah dari kita. Mungkin boleh buat kita menangis insaf bila mereka dihadapkan di hadapan kita.

Program KKN?? Mungkin itu baru 1/100 dari kesusahan orang2 dahulu. Setakat ni saya tak rasa apa2, maksud saya, saya tak rasa susah or tak terbayang kepenatan itu, entah lah nanti macammana. Saya pohon bantuan dari Allah supaya saya sentiasa berada dalam kondisi hati seperti ini. AMIN. Chaiyok kawan2!! InsyaAllah semua boleh lepas bulan2 akan datang ni dengan aman dan tenang, insyaAllah.

"Ya Tuhanku,berilah aku petunjuk supaya tetap mensyukuri nikmatMu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada ibu bapakku.Dan supaya aku dapat berbuat amal saleh yang Engkau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh" QS An-Nam 27:19

Thursday, 8 October 2009

Gambar-gambar our kelinci


Rabbit betina sedang relax. Dia sgt happy sebab dapat duduk cage besar sekor2.
'click kat gambar utk gambar yg lebih besar-malas nk upload byk2..so compile sekaligus.hehe'



Gambar atas kiri : Cage terpaksa ditutup sebab sekarang musim hujan, takut anak2 rabbit sejuk dan masuk angin lalu kembung perut dan dirrhea. Saya sgt takut rabbit dirrhea, sebab most of our rabbits mati sebab kembung perut + dirrhea.huhu =(

Gambar bawah : Anak2 rabbit - yang ikut colour ibu semua betina, yang ikut color bapa, semua jantan. Saya belajar balik Mendelian laws. Ini F1 generation, saya nak dapatkan F2 generation plak lepas ni, insyaAllah,heee.



Ni gmbar semua : Ibu, ayah dan anak2 2nd generation. Anak2 pun dah besar. Hari tu tengok kat malaysia, seekor anak besar cmni spesies same harga rm60-rm70. Mahalnye. huhu. Nak bela tapi mcm tak sampai hati bila tgk harga cmtu. Last2 beli species biasa je.


Ni semua anak2. Susah nak capture gmbr sekor2 sebab dorang asyik berkepit ramai2. Saya perasan yang kaler hitam putih tu, semua 1st generation and 2nd generation yang color camtu, dorang agak lembap..mungkin dapat gene yang kurang elok agaknye. Tengokla mulut dia, comot sangat kalo makan. Dia suka bersihkan diri tapi tak bersih2 pun. Yang lain sume pandai jaga kebersihan :)

p/s : KKN - Dapat Kabupaten Bandung, Kecamatan Cikancung, Desa Cihanyir. Tak google lagi. Hope tak jauh.huhu.

Wednesday, 7 October 2009

hari yang malang..

Tadi waktu tutorial, our doctor bagi sebungkus kerepek untuk kami makan.. warnanya hitam, rupa mcm cendawan.. saya dan beberapa orang pun makan la, nak jaga hati doctor kan..pastu kami cakap 'hmmm.sedap2' dgn innocent nya..

nama benda tu 'BEKICOT'..ada lukisan kartun 'siput babi'..

kami tanye doc ape benda tu, die kate siput.. saya dah menjerit dah sebab terkejut. Lepas tu gelak ramai2.. sebab kemungkinan besar benda tu adalah kerepek siput babi.

Kami nak confirmkan dgn doctor, tapi as usual, masalah communication = perbezaan antara bahasa Malaysia & Indonesia buatkan kami tak dapat conclusion. Saya pun salin kat atas kertas dgn niat nak search kat yahoo untuk cari image "BEKICOT" ni..

Jawapan yang saya jumpa : yesss..Bekicot is SIPUT BABI. Di Indonesia ini memang ada kerepek siput babi.waaaa..saya pun terpaksa menerima hakikat yang saya dah pernah makan siput babi. Setahu saya siput babi haram dimakan. huhuhuhu.

Saya akan ingat tarikh hari ni : 7 Oktober - hari saya makan siput babi.yuckss. Sungguh hari yang malang. Menyesal tak puasa hari ni, tapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur :(