Sunday, 27 February 2011
CACING yang mengingatkanku pada Tuhan
Bila doktor konsulen (consultant) department radiology tanya "lepas ni masuk department apa?", semua jawab "Kulit Kelamin doc". Lepas tu doc jawab "Kalau sebutnya bukan kulit kelamin, tapi Kulit DAN Kelamin, kalo kulit kelamin itu cuma kulit kelaminnya aja. Masa kamu mau jadi spesialis kulit kelamin aja?"
Jadi, mulai hari ini kita panggil Kulit DAN Kelamin,ok :)
***********************************************
Hari ni nak tulis tentang "cacing"
Sebab tadi waktu dalam toilet, ada cacing mengengsot-engsot. I don't know why I don't like cacing + cicak + tikus + ular + buaya so much. Geli dan ngilu tengok semua haiwan reptiles. (Tikus bukan reptiles but I don't like it). I know I shouldn't hate them because they are God's creation. Mungkin perkataan yang sesuai bukanlah "benci" atau "tidak suka" tapi lebih kepada "TAKUT".
I'm afraid of cacing. Bila nampak cacing, i like to put GARAM on them. Lepas letak garam mereka akan terkial-kial mencari arah untuk lari. Hmmm. Lepas buat rasa bersalah, tapi sebelum buat tidak suka berfikir panjang.
Antara semua haiwan tu, saya paling geli + takut dengan cacing. Perasaan itu...hmmmm tidak dapat dibayangkan.. Dulu pernah balik kampung di Kedah waktu banjir. Jalan untuk masuk ke rumah pakcik banjir, so kena naik sampan. Tapi kebetulan waktu tu sampan tak ada, so we have to walk. Meredah banjir yang sampai paras paha. Saya tengok dalam air = PENUH CACING PANJANG-PANJANG. -Cerita ditamatkan-
Bila saya sedang berdepan dengan cacing, satu perasaan luarbiasa geli & takut datang. Tadi, waktu nampak cacing dalam toilet, saya terfikir tentang mati. Semua orang akan mati, semua orang akan kena kubur dalam tanah. Cacing tinggal dalam tanah. You know what I mean kan?
I can't imagine living with cacing, mungkin juga dengan ular di dalam tanah. Untuk mendapat keluasan di alam kubur, kita kena ikut perintah Tuhan, dan tinggalkan larangan Tuhan.
Bukan bermaksud "saya takut cacing bukan takut Tuhan". Maksud saya, saya takut siksaan Tuhan. Tuhan akan siksa orang yang berbuat jahat di dunia. Buat jahat dengan orang, dengan haiwan, atau dengan apa pun makhluk Tuhan. Mungkin, kalau benda keduniaan lain boleh buatkan saya lupa pada Tuhan, at least cacing boleh ingatkan saya pada Tuhan, dekatkan saya pada Tuhan, dan jauhkan saya daripada mendapat siksa Tuhan.
Saya tahu saya belum bersedia untuk hidup dengan cacing + ular dalam tanah. Tak pernah ada kuasa dan kudrat untuk membayangkan. Tengok cacing pun takut. Saya berdoa supaya walau dalam apapun keadaan, kita semua akan mati dalam keadaan beriman. Amin.
Last week waktu dalam department Nuclear Medicine, seorang doctor cakap " Manusia ni tidak akan pernah bersedia untuk 3 hal : Ujian, Nikah dan Mati ". Lepas tu dia tengok saya, dan tanya;
"Kamu sudah bersedia untuk mati?"
Saya teragak-agak untuk dapat jawab soalan tu. Dalam hati confused, jawapan apa yang betul : sudah atau belum. Mulut bergerak untuk jawab tapi jawapan tak keluar.
Lepas tu doctor jawab sendiri, "Yaa pastilah sebagai seorang Islam jawabannya harus sudah bersedia, walaupun dalam hatinya belum"
-Soalan seterusnya censored-
Ada orang cakap, kita tak seharusnya beribadah pada Tuhan kerana takutkan siksaan Tuhan ataupun kerana inginkan balasan baik daripada Tuhan. Tapi kita beribadah pada Tuhan dengan KEIKHLASAN tanpa mengharapkan balasan. Itu saya pernah baca orang kata. I'm not that alim to say whether it is right or wrong, tapi sebagai hamba Allah, kena berusaha yang terbaik untuk ikut apa yang ada dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Dan sentiasa bersyukur pada Tuhan.
Mungkin ini hikmahnya saya diciptakan takut/geli pada cacing. Mungkin...
Wednesday, 16 February 2011
Apapun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu :)
Dua tiga hari lepas kabel internet saya rosak. Natijahnya saya tidak dapat online, membuatkan banyak kerja saya siap lebih awal dari biasa. Sampaikan saya terpaksa tinggalkan beberapa kerja untuk buat nanti sebab takut bosan tak ada kerja. Pelik betul.
Sejak keluar dari department Bedah (alhamdulillah saya dan rakan-rakan satu group semua lulus dengan B+), hidup saya dah kembali normal. Normal dalam erti kata lain, mudah bangun awal, tidur teratur, study terjaga, kerja mudah siap, dan banyak lagi. Mungkin sebab sekarang saya berada dalam department Radiology yang agak santai. Dapat preceptor dan doctor pembimbing yang sangat rajin bagi bimbingan setiap awal pagi dan petang, walaupun perlu buat case presentation setiap hari, tapi hidup teratur, alhamdulillah. Tapi sudah tentu nikmat macam ni bukan boleh dapat selalu. Sekarang sudah boleh baca n belajar dengan proper how to interpret X-ray, CT scan, USG. Tapi USG tu masih baaannyaak problem. Banyak kena practice lagi.
Lepas tu alhamdulillah ada beberapa hal yang saya perasan, saya mudah ingat apa yang saya baca. Sebelum ni saya agak stress sebab saya selalu lupa apa yang saya baru baca. Mungkin otak saya sedang berserabut dengan hal-hal lain. Konsentrasi saya bila doktor mengajar kat depan jugak sangat cepat hilang, terutama waktu bedah hari tu. Most of the time saya rasa nak habis cepat-cepat, setiap kali doktor bagi bimbingan lebih dari 1 jam. Lepas tu saya lambat pick up. Sampaikan ada satu waktu tu doktor tanya,
"Kamu ini pentium berapa sih? Pentium 4 ya?"
Saya terasa waktu tu. Sebab saya memang tak faham & nak tanya banyak. Tapi dia cakap macam tu. Tapi mungkin memang salah saya sebab ada masanya fikiran saya melencong fikir benda lain. Mungkin waktu tu kalau saya buat Stress Test, saya akan nampak roda tu pusing dengan sangat laju macam roller coaster. Tapi tak apalah, benda dah lepas.
Salah satu sebab saya dah boleh fokus lama sikit sekarang, mungkin sebab dapat bercuti seminggu di rumah hari tu. Saya dapat settlekan driving license (dulu saya gagal sebab langgar lampu merah), itupun lepas saya dah hampir lupa semua benda. Mungkin kali ni pun pegawai JPJ tu bagi lulus sebab kesian. Sebenarnya nasib baik lulus, kalau tak, tak taulah apa pulak reaksi spontan yang akan jadi pada saya. To recall my first experience, waktu first time saya gagal hari tu, saya spontan menangis depan pegawai JPJ tu sampai dia berhentikan kereta kat tepi jalan, nak tunggu saya berhenti nangis, sebab dia cakap malu nanti orang kat driving school tu tengok. Tak pasal-pasal nanti orang takut nak test dengan dia sebab buatkan pelajar nangis.
The next thing yang saya berjaya settlekan adalah buat HIV test dan uruskan borang nikah. Walaupun belum 100% settle, tapi at least saya dah boleh bernafas lega sebab saya dah tak perlu curi masa uruskan pasal tu lagi. Sempat jugak buat hal-hal lain macam settlekan baju, settlekan urusan tempahan dewan, buat tempahan dengan mak andam, pilih pelamin, bla-bla-bla. Saya tidak mahu terlalu berharap, yang penting semua berjalan dengan lancar. Amin.
Waktu balik hari tu saya ditahan kastam sebab bawa banyak sangat kad undangan kahwin. Huhu. Baru saya tahu yang kita tak boleh bawa barang-barang dari luar dengan banyak macam tu walaupun kita bukan berniat untuk jual. Sebab selama ni saya ingat barang untuk dijual saja yang akan dicukai. Yang ini sah-sah la bukan untuk dijual. Tapi nak dijadikan cerita, pegawai kastam tu akhirnya melepaskan saya dengan ayat ni :
"Tak apalah, sebab awak nak kahwin, anggaplah ini hadiah dari saya. Nanti jangan lupa jemput ok"
(Sebenarnya dia tu just discovered that Nesta was his senior waktu sekolah menengah dulu). Mungkin sebab tu jugak dia tiba-tiba lepaskan kami. Thanks to Nesta. And since dia yang tiba-tiba lepaskan saya dengan kata-kata nak bagi hadiah, saya menganggap itu memang satu hadiah la.Hehehe :P Saya berlepas diri dari itu dan itu...:P
My sister made a cheesecake for her husband's birthday. Mereka buat bersama-sama. Sweet kan?;p Saya dan adik yang paling kecik pulak sibuk berebut-rebut nak ambil gambar pastu konon gaduh-gaduh siapa nak upload dulu kat blog. Almaklumlah budak kecik itu kan sekarang dah ada blog. Saya upload la sikit gambar proses mereka membuat cheesecake itu. Walaupun hasil hiasannya macam cake untuk budak perempuan berusia 5 tahun..haha..jangan marah (tapi still tabik spring sebab my sister cuma menggunakan apa yang available di dapur pada waktu itu). Kalau saya nak buat cheesecake, mesti kena beratur dengan trolley kat supermarket untuk beli bahan-bahan. Lepas tu duit mesti banyak habis.
cream cheese
strawberry jam
mixed

Betul tak my earlier statement tadi?pasal hiasan cake?hehehe:P it's okay lah yang penting sedap. Saya rasa saya yang makan paling banyak.
Dinner with my family & my bro in law's family (mom said it's to celebrate my sis, my dad, and my bro in law's birthday yang semua baru lepas)
makan-makan!
restoran klasik di tengah laut, one of Tuaran's seafood restaurants,less than 15minutes from my house



my favourite jadi tidak boleh ketinggalan, must order :P
Ikan pelikFriday, 11 February 2011
Extra-organized
Tunggu lah.. tunggu semua urusan betul-betul selesai dulu, baru duduk depan laptop tulis-tulis blog. *urusan1* dan *urusan2* dalam tangan. Bila *urusan1* cuti (weekend), *urusan2* kena switch on. Bila *urusan2* betul-betul selesai nanti, kena concentrate betul2 dekat *urusan1*. I have to be extra-organized with my own life. My own activities.
Friday, 28 January 2011
=)
Sepatutnya semalam saya oncall. Tapi last week, one of my friends mintak tolong tukar sebab dia sakit. Waktu tu saya memang sedang sihat walafiat dan bertenaga. Saya sangat-sangat bersyukur sebab dia mintak tukar, dan saya bersyukur sebab saya setuju. Sebab saya tak tau macam mana keadaannya bila saya oncall malam tadi. Dengan barang-barang yang belum packed, hari ni nak balik. I love you Allah. Semua perancangan Allah ada hikmah.
Sepatutnya saya oncall hari Ahad malam jugak. Tapi sebulan lepas ada kawan mintak jockey kan dia (oncall berbayar). Tapi saya buat decision untuk suruh tukar saja dengan ahad ni. Alhamdulillah settle :)
INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA.
Saturday, 22 January 2011
breast cancer?
Saya berpeluang melihat dan membuat pemeriksaan ke atas beberapa cancer patients. Mostly breast cancer, thyroid cancer, parotid gland tumor, and skin cancer.
Kebetulan, semalam saya berborak dengan seorang kenalan baru yang telah kematian ibunya 2 tahun yang lepas disebabkan breast cancer. Dengan ilmu dan pengalaman baru yang saya dapat, saya merasa tergerak untuk share sedikit ilmu tentang Breast Cancer terutama untuk wanita.
Mari kita lihat normal anatomy of female breast.
(Read more)The breasts are composed of fatty tissue that contains the glands responsible for milk production in late pregnancy and after childbirth. Within each breast, there are about 15 to 25 lobes formed by groups of lobules, the milk glands. Each lobule is composed of grape-like clusters of acini (also called alveoli), the hollow sacs that make and hold breast milk.
The lobules are arranged around ducts that funnel milk to the nipples. About 15 to 20 ducts come together near the areola (dark, circular area around the nipple) to form ampullae - cavities that store the milk before it reaches the nipple surface. Montgomery's glands are small oil glands that are located around each areola. They release a lubricant that protects the nipples during nursing.
The breasts are not always exactly the same size or shape. They are incompletely developed at birth and - in men - remain small and undeveloped unless subjected to abnormal hormonal stimulation. In general, breast formation is complete within a year or two after the start of menstruation; however, the acini keep growing, and fibrous and fatty tissues are continually added during adolescence. Pregnancy and nursing cause further increases in breast size. As a woman ages, the fatty tissue of the breasts may become more prominent than the glandular tissue, and the breasts may feel softer. The breasts gradually atrophy (shrink) after menopause (the end of menstruation).
The breasts cover a large part of the chest wall. In front, the breast tissue may extend from the clavicle (collarbone) to the middle of the sternum (breastbone). On the side, breast tissue may continue into the axilla (armpit) and reach as far as the latissimus dorsi (muscle extending from the lower back to the humerus bone of the upper arm).
Lymph is a clear, tan fluid that contains lymphocytes (white blood cells that fight disease). Lymph is drained from the breast tissues by a rich supply of vessels. Such lymphatic vessels connect with a network of lymph nodes that are located around the breasts' edges or in nearby tissues of the armpits and collarbone. The breasts' lymph nodes are not linked in a straight line. Instead, they are staggered and fixed within fat pads - an arrangement that complicates lymph node removal during breast cancer surgery.
Lymph nodes play a central role in the spread of breast cancer. The axillary (underarm) lymph nodes are particularly important, as they are among the first places that cancer is likely to be found if it metastasizes (spreads) from the breast. This lymph node cluster is often referred to as the 'tail,' or level I nodes. Level II nodes are located underneath the pectoralis minor muscle, and level III nodes are found near the center of the collarbone.
*************************************************************************
Tumor terbahagi kepada dua : Benign (jinak) dan malignant (ganas). Maksudnya benign tu masih di tahap awal dan boleh diubati, dan malignant tu dah masuk terminal stage yang susah untuk kembali ke fungsi normal.
Kalau di Indonesia, kebanyakan pesakit lambat mendapatkan rawatan sebab tidak ada duit untuk bayar biaya perubatan. Jadi biasanya mereka datang bila gejala-gejala yang sangat teruk dah timbul. Waktu tu dah agak terlambat untuk diubati. Kalau di Malaysia saya kurang tahu, tapi saya rasa patient lambat datang mungkin sebab malu untuk diperiksa, atau tak ambil kisah sangat.
Tanda-tanda awal kanser payudara adalah timbulnya benjolan yang agak keras pada payudara. Kalau nak check sendiri, bolehlah periksa sendiri ada atau tidak benjolan tersebut terutamanya pada hari ke 5-7 menstruation. Kalau ada, make sure jangan tekan benjolan tersebut, dan segera ke doktor.
Kembali pada cerita kenalan baru saya tadi, waktu arwah ibunya pertama kali detect benjolan tersebut, benjolan tersebut ditekan sampai hilang. Sebab waktu tu benjolan masih kecil. Bila benjolan tu hilang, mesti ramai yang ingat benjolan tersebut dah tak ada, dan tumor tersebut dah hilang.
Tapi, fakta sebenarnya adalah, benjolan tersebut walau sekecil mana pun, adalah suatu mutated cells. Sel-sel yang telah bermutasi tidak akan sama dengan sel-sel normal yang lain. Sel tersebut harus dibuang dari badan supaya tidak membesar dan menyebabkan mutasi dari tisu-tisu di sekelilingnya.
Bila benjolan tersebut ditekan, dan hilang, itu tidak bermaksud tumor dah tak ada. Sebaliknya, tumor cells adalah sangat mudah rapuh, dan bila ditekan akan menyebabkan sel-sel tumor tersebut masuk ke aliran darah. Bila dah masuk ke aliran darah, as we know, aliran darah kan mengalir ke seluruh tubuh. Jadi darah akan membawa sel-sel barah tersebut untuk migrate lebih jauh dari breast. Dan ini memudahkan terjadinya metastasis (The process by which cancer spreads from the place at which it first arose as a primary tumor to distant locations in the body)
Sedangkan, the primary pathway untuk penyebaran breast tumor adalah melalui lymphatic system. Nampak tak dalam gambar kat atas, ada nodes warna hijau yang banyak2 tu? yang macam biji-biji kacang tu? That is the lymphatic system. Saya pasti semua orang ada belajar tentang lymphatic system masa Biology SPM dulu. Bila breast tumor tu dah merebak, tempat pertama yang akan dia pergi adalan pada lymph nodes tersebut. Jadi, tandanya adalah benjolan di bawah ketiak, di atas dn di bawah clavicle. Kesimpulannya, mana-manalah tempat yang ada benda macam kacang warna hijau dalam gambar tu.
Kenapa benjolan tersebut boleh sebabkan seseorang wanita meninggal dunia?
Dulu saya terfikir jugak, kenapa breast cancer, kalau dah besar, boleh sebabkan orang mati. Sedangkan benda tu kat breast. Sekarang dengan sendirinya saya dah dapat jawapan tersebut.
Tempat paling dekat untuk breast tumor spread adalah LUNG and BONES. Tempat lain banyak lagi, tapi tempat utama adalah lung & bones. Biasanya, kalau dah masuk lung, or spaces kat luar lungs, cancer tersebut dah masuk stage 4.
Bila dah masuk lung, secara automatik, symptoms of penyakit paru-paru pun akan timbul. Yang menyebabkan kematian adalah sesak nafas. Bila spaces di luar lung (pleural space) tu dah dimasuki sel-sel cancer, pleural fluid akan bertambah, dan lung akan susah untuk expand. Inspiration and exhalation process terganggu. Less oxygen akan sampai ke lung, dan less oxygen akan dibawa ke seluruh badan. Bila badan kekurangan oxygen, faham-fahamlah apa yang akan berlaku seterusnya kan. Oxygen adalah sangat penting untuk setiap sel-sel dalam tubuh.
Ok, itu sahaja untuk kali ini. Sekian, terima kasih.
p/s : 6 days to go~
Wednesday, 19 January 2011
Anugerah terindah pernah ku miliki
But the fact is,
There's one side of my life,
That is still properly kept in my memory,
The memory will always be folded into my soul,
Everywhere I go.
It is priceless that I won't share it everywhere,
It is where all my strength always come from,
Memori paling indah pernah kumiliki,
My Family :)
Tuesday, 18 January 2011
a letter to my patient
I'm sorry because i was very sleepy last night.
I've been standing so long when you keep following me.
I couldn't answer your repeated questions.
And I was a little bit annoyed because you keep asking me the same question.
I did give you my answer, maybe you just weren't satisfied.
I couldn't do anything because it is the administration problem.
They did the radiation process,
And they have to interpret it first,
But the radiology doctor was sleeping.
I don't have the authority to change anything.
They have to cool down the machine,
Besides "cooling down" their eyes..
I'm sorry to let you wait that long..
And I'm sorry if I answered you inappropriately..
p/s : Happy 26th Birthday to my sister :)


