Tuesday, 24 May 2011

stress yang pelik

Salam,

Minggu lepas sangat tertunggu-tunggu surprise Air Asia, siap bukak facebook Air Asia Indonesia lagi untuk tengok apa sebenarnya surprise dia. 23 May 2011, tapi bila tiba hari yang dijanjikan tak dapat online plak. Semalam pun x boleh online. Hari ni baru boleh online tapi kepala berserabut dan masa limited. Promotion sampai 29 May 2011 tapi mesti dah ramai orang beli waktu tu, tinggal yang mahal2. Or tak murah sangat. Huhu. Tadi check banyak tiket sangat-sangat murah. (Actually I don't know why I'm waiting for Air Asia promotion, I don't even know when I can go back, there's no holiday after all)

Sekarang tengah urus pindah rumah baru. Belum pindah secara rasmi lagi sebab masih ada barang2 di rumah Gang Asli. Dan masih tidur2 di sini and online2 waktu masa rehat kat hospital. Tapi dah start tinggal kat rumah baru Jl Sukagalih sebab proses kemas barang2 dapat buat sikit2 dengan masa terhad. Stress jugak sebenarnya sebab kena fikir banyak benda, tapi terpaksa buat-buat relax. Saya rasa semakin hari saya semakin pandai 'buat-buat relax' sebab banyak sangat 'emergency condition' yang menuntut saya untuk terpaksa 'santai' walaupun sepatutnya hal-hal tu perlu 'ditakuti'. Bayangkan saja hari akad nikah saya pun saya sampai rumah malam sebelum tu. Majlis perkahwinan adalah hari yang sangat menggembirakan, terutama kalau majlis tu untuk diri sendiri. Mungkin kalau orang lain kahwin kita kurang merasai kecuali kalau orang2 yang rapat, tapi bila tiba waktu untuk diri sendiri, kita mesti happy, kan? (orang2 yang dah kahwin sila jawab). Many hidden feelings yang saya rasa, happy jumpa family, happy dapat family baru, happy dah ada suami (hehe..), happy dapat spend time walaupun sangat sekejap dengan family, dan SEDIHH sebab kena cepat-cepat balik meneruskan perjuangan menuntut ilmu, tapi terpaksa buat-buat lupa demi meneruskan hidup ke depan. Seriously, perasaan yang sangat bercampur baur... I never think I'm physically and emotionally strong for that, tapi itulah susun atur kehidupan yang tuhan tentukan, buat masa ini..Lagipun, banyak benda yang perlu bersyukur berbanding yang perlu dikesali. Alhamdulillah..:)

Rumah dalam entry sebelum ni dah cancelled atas sebab-sebab tertentu. Nak dijadikan cerita, waktu oncall kat emergency last month, ada seorang ibu ni (keluarga pada seorang patient yang saya jaga malam tu) tiba-tiba datang offer sebuah rumah kat saya. Rumah kat Jalan Sukagalih, ada tujuh bilik katanya, 2 tingkat. Saya tak berminat pun waktu tu, sebab waktu tu dah decide nak duduk rumah kat Jalan Sederhana (yang entry sebelum ni). Lagipun tujuh bilik? Sangat jauh untuk di consider untuk duduk dua orang. Tapi mungkin ada hikmah saya jumpa ibu tu malam tu. Bila tiba-tiba rumah yang kami plan nak duduk tu ada problem, kami try cari rumah lain, tapi ada masalah jugak. Last sekali, we tried to contact ibu tu. First thing yang dia bagitau adalah kakak dia (patient yang saya jaga waktu jumpa ibu tu) dah meninggal. I don't know how to react untuk tunjukkan my empathy, walaupun dalam hati saya sangat berempathy.

Dipendekkan cerita, kami bersetuju untuk duduk rumah tu. Rumah tu enam bilik sebenarnya. Tapi 1 bilik tuan rumah mintak untuk letak barang2 dia. So tinggal 5 bilik. 1 bilik kami buat stor, jadi tinggal lah 4 bilik. Empat bilik untuk 2 orang, untuk menghidupkan bilik2 tu kami kena berfikir memerah otak untuk meluaskan fungsi setiap bilik. Jadi, lepas bincang-bincang, satu bilik jadi bilik tidur, satu bilik untuk bilik baju-baju, almari, tempat iron baju, etc. Satu bilik untuk bilik study, dan bilik terakhir yang paling besar adalah untuk tetamu. Tapi, dah beberapa hari kemas rumah tak siap-siap lagi. We have to accept the fact that we are doctors~ (terpaksa perasan doctor sebab patient dah panggil 'doc' dan kerja pun dah penat macam doctor tak bergaji)-- limited time, pagi-pagi kena bangun pukul 4 siap-siap untuk pergi hospital jam 6 pagi. Kalau oncall? Entah bila rumah tu nak siap kemas semua. Hujung minggu oncall lagi..hmm

Di samping tu, saya kena banyak belajar, banyak oncall, dan banyak bimbingan. Minggu lepas, I failed my long case examination. And I have to study hard for SOOCA untuk lulus sepenuhnya Internal Medicine. Sebenarnya saya rasa saya tak boleh berada 1 group dengan orang2 yang sangat pandai. Saya rasa suppressed. Setiap kali discussion, orang-orang extra-pandai akan jawab banyak. Selalunya mereka baca benda-benda yang kita tak baca. Dan saya tak boleh jugak berada dalam situasi 'dipaksa bertanya soalan'. Sebab selalunya saya voluntarily nak tanya banyak soalan, tapi kalau soalan yang saya nak tanya, orang lain dah tanya, apa lagi yang tinggal untuk saya tanya? Atau pun, kalau saya dah faham, buat apa saya nak tanya. Ataupun, kalau saya belum belajar/tak sempat belajar, apa yang saya nak tanya? Ok ok I know everyone can read my feeling now, I know. Saya sedang stress.

Sebenarnya saya stress sebab, dah 6 hari saya sakit yang belum sembuh-sembuh. Sebelum saya sakit yang 6 hari tu, saya mengalami lemah-lemah badan sebab effect makan ubat. Setiap hari badan saya lemah-lemah, tapi kena naik tangga 5 tingkat untuk bimbingan yang tak selalunya jadi. Bila badan lemah, saya malas nak cari patient untuk belajar. Kerja saya cari makan, makan, dan makan untuk hilangkan lemah badan. Bila terpaksa lawan rasa lemah untuk pergi poli, saya berpeluh-peluh, telinga saya berdengung. Macam hypoglycemic.

Lepas saya dah boleh adapt dengan rasa lemah-lemah tu, saya kena hospital-acquired infection, ataupun hujan-acquired infection. I don't know which one, tapi memang ramai kawan2 sakit jugak. Mungkin sebab kat hospital banyak sangat respiratiory infection sekarang. Plus orang-orang merokok yang tak sedar diri yang berlambak-lambak kat hospital. I hate them. Saya harap ramai orang-orang yang merokok merata-rata kat hospital tu meninggal.

Bila sakit, kerja-kerja yang sepatutnya saya boleh buat, jadi makin lambat. Bila ada banyak masa sikit, tiba-tiba saya senggugut. Seharian saya tak boleh buat kerja. Dua minggu lagi SOOCA. Banyak lagi tak belajar.. Saya malas nak sambung type panjang-panjang dah. Sebab nanti saya buat orang yang baca pun jadi stress.

P/s : Tiba-tiba dapat rezeki extra Rp 3 juta bulan ni dari MARA..yeay!hehehe...Alhamdulillah..benda yang dah lama dilupakan yang tiba2 dapat..hihi..

Tuesday, 10 May 2011

Special

I'm going to update my blog as soon as i can...each and every detail of events happened in my life since April..everything that makes me happy :) For the time being, I'm quite busy re-organizing my life as a medical student (with 8 more on-calls & 2 big examinations) , and as a wife to a husband..^_^

Please pray for me..:)

p/s : Jangan bersedih dengan dugaan sebab tanpa dugaan, tidak banyak hal-hal yang akan bisa membuatkan kamu tersenyum di kemudian hari..

p/s 2 : Sampai sekarang, dugaan masih datang...sedang masih cuba bertahan & sentiasa bersangka baik pada tuhan :)

Sunday, 10 April 2011

searching for a new house

Ok this is a very short entry...lama tak update..2 hari berturut-turut (semalam & hari ni) mengembara dengan berjalan kaki (lupa warm up) pusing area RSHS cari rumah~ sakit kaki..tapi insyaAllah berbaloi, mari lihat hasilnya... (click untuk gambar lebih besar)


Yang ini gambaran secara garis besar tempat yang kami sedang belajar a.k.a bekerja sekarang = Rumah Sakit Hasan Sadikin, yang warna pink tu. 15 minutes from Bandung Airport (by car) and 2 minutes to PVJ (naik angkot)


Yang ni secara garis besar tempat tinggal kami sekarang, dan lokasi 2 rumah yang kami berjaya contact tuan rumahnya...Rumah pilihan pertama dekat dengan Hotel Arwiga, Jalan Sederhana (belok kiri n masuk dalam lebih kurang 50meter)...Rumah pilihan kedua di Jalan Cibarengkok (masuk dalam agak jauh jugak, lebih kurang 500 meter..less preferable)


Yang ni interior design untuk rumah 1st choice...dekat Hotel Arwiga, agak dekat dengan hospital, kalau oncall malam2 buta senang sikit nak keluar. Advantage : Dekat + Strategik + 1 minute from Pasar Sederhana, walking distance to PVJ, dekat Ciwalk, dekat masjid. Disadvantage : Harga 20juta rupiah/tahun tapi belum termasuk bayar air + elektrik + internet.

Yang ni 2nd house yang kami jumpa. Advantage : Price 15juta rupiah/tahun, sudah termasuk bil air + bil elektrik, dekat dengan ayam cibarengkok yang naqi sudah addicted itu. Disadvantage : Terlalu jauh ke dalam, kena lalu jambatan yang ada sungai, rumah 2 tingkat, tapi tingkat bawah orang lain yang tinggal, agak sempit berbanding rumah 1st, tangga sempit (orang gemuk susah nak naik), no balcony, bilik kecil, dapur kecil.

Setelah mengkaji baik buruk, kami memilih : Rumah no.1. Harap ni keputusan yang tepat & tidak terburu-buru :)

Malam ni boleh tidur dengan tenang + cukup , untuk new department tomorrow :)

Friday, 8 April 2011

no rest as long as u're alive

Next department, INTERNAL MEDICINE for 9 weeks...9 on-calls...
Semangat!!!

Friday, 25 March 2011

6 weeks without oncall

12.06 am 26 March 2011 : Just came back from anesthesiology on-call. Ni pun balik awal lepas mintak sign doctor, sepatutnya on-call sampai pukul 5 pagi, tapi OT sangat sejukkk...with my limited amount of body fat, tak tahannn... setiap setengah jam pergi surau sebab surau kosong, lepas tu naikkan suhu aircond dalam surau...berusaha membaca buku, lalu tertidur...lepas tu bangun, pergi tengok operation dah siap belum..tengok perut patient belum start jahit lagi, pelan-pelan balik semula p surau..baca buku lagi, lalu tertidur lagi..

6 weeks without on-call, saya dah start tak boleh tahan mata dari tertidur. Mungkin sebab duduk dalam aircond. Anesthesiology department memang segala-galanya beraircond..huhu..bagus actually..tp malam-malam tak banyak operation, so distribution kesejukan tu tak terbahagi pada ramai orang. Isnin lepas oncall kat Resuscitation Room, ada satu waktu jam 11 malam tu, bilik kosong, and cuma saya yang jaga dalam tu, sangat-sangat sejuk tapi tak jumpa remote aircond, saya pun keluar senyap-senyap p tidur kat bilik koas (mesko).

Baru saya tau tugas doctor anesthesiology tu macam mana. Sebelum ni saya rasa tugas tu senang, cuma buat orang tak sedar waktu operation, buat orang tak rasa sakit, itu saja. Bila masuk department ni, mula-mula kagum sebab tiap kali morning report, akan ada bacaan doa pagi yang best. Ayat-ayat dia tentang teman sejawat, tentang hidup mati patient, dan tentang penyerahan diri pada Allah. Lepas tu pagi tadi (Jumaat) sebelum morning report, ada ustaz dari luar bagi tazkirah pagi. Lepas tu bila tengok report, semua penyakit ada. Sebelum ni kan, masuk department lain, setiap penyakit adalah berkisar dengan department tu saja, contohnya ENT (Ear, Nose & Throat) cuma pasal disease kat situ-situ saja. Tapi anesthesiology ni, semua penyakit boleh jadi case dorang.

Dulu waktu surgery, pergi OT tak pernah pun rasa kerja doc anes yang asyik pump2 ventilator tu susah. Pernah nampak doc tersengguk2 lagi sambil picit ventilator..hehe..tapi sekarang saya rasa itulah tugas yang sebenarnya paling penting bagi keselamatan patient sepanjang operation. Selain induction of anesthesia, anesthesiologist juga kena maintain patient's breathing, BP, and semua la vital function of the patient. Doc bedah tinggal bedah je, kalau patient mati due to respiratory arrest, bukan doctor bedah yang bertanggungjawab. Selalu cuak jugak bila tengok patient tak bangun-bangun lepas operation, pastu oxygen saturation kat monitor jatuh sampai 30-40 pun doc still tenang buat kerja dorang. Walaupun mungkin dorang cuak jugak, tapi tak tunjuk la kan. Kadang2 monitor machine tu bunyi2 macam kat TV waktu orang mati tu..saya dah cuak dah, tapi dorang dapat jugak buat.

Tapi apa2pun, best lah tengok anesthetic procedure before & after operation. Tapi memandangkan hari ni dah hari kelima, and setiap hari tengok minimum 2 operation, saya dah start bosan..hihi...sebab asyik ulang-ulang benda sama. I think this is not my minat. Saya minat kerja doc bedah, tapi cuma yang part2 dah bukak organ, buat something dengan organ tu, lepass tu jahit balik. Itu saja. Saya betul-betul belum dapat cari specialization apa yang sesuai dengan saya. Tapi, tunggu lah habis koas dulu baru decide. Setakat ni saya paling minat Dermatology dan Rehabilitative Medicine. Nuclear medicine pun minat jugak. Paling tak minat RADIOLOGY. Bukan sebab benda-benda yang nak kena study, benda yang kena study tu best ja..tapi sebab beberapa doctor kat situ yang saya tak suka dengan prinsip yang dorang pegang. Rasa diri hebat lagi satu. And ada beberapa peristiwa pahit terjadi waktu surgery dulu yang berkaitan dengan SIKAP radiology doctor. Resident of course. Ok tak nak cerita lebih-lebih, nanti dorang jumpa saya tulis ni kat internet, habis lah saya dpt result failed..huhu.

Saya patut tidur lah. Tadi sungguh-sungguh nak tidur kat surau, sekarang mengada-ngada tulis blog pulak. Ok goodnite everyone :)

Wednesday, 16 March 2011

I hate myself for that reason

Kejayaan paling mengagumkan jiwa & raga saya adalah bila melihat seseorang dapat berjaya di sebalik kesusahan hidup. Kesusahan hidup itu = tiada duit untuk belajar, keluarga hidup susah, hidup tanpa kemewahan dunia (yang bagi saya sangat penting untuk elakkan stress emosional dan stress fizikal)

Tapi di sebalik kesusahan tu, dia masih boleh dpt keputusan sgt semerlang.

Just imagine we have no money, tak dapat biasiswa, nak beli itu ini pun tak dapat, nak makan sehari-hari pun berfikir 2-3 kali, tak pernah dpt makan mewah-mewah. Kawan2 pegi tempat makan best2, dia terpaksa memendamkan hasrat untuk makan best2 sebab teringatkan family di rumah. Duit fotostat buku terpaksa "share" dengan perbelanjaan makan. Have u ever imagined being in that condition? Kalau belum, read my words again and be EMPATHY, masukkan diri dalam situation tu. Mesti selalu menangis kan.

Tapi orang yang berjaya dengan kehidupan mcm tu siyes adalah manusia hebat.

Orang yang dari kecil disogok dengan kemewahan pun belum tentu semuanya berjaya.

Me?? Hidup cukup makan, dapat biasiswa yang boleh dikira banyak jugak, kemudahan ada, tinggal tempat selesa (itu pun kadang-kadang susah melawan stress) ---> Dengan condition macam ni pun masih MALAS BELAJAR. I hate myself for that reason. Sekian.

Monday, 7 March 2011

Mangga muda

Tulis blog sambil makan mangga muda dengan garam~ sedapnya. nyum2. Balik dari hospital tadi ada orang jual mangga - sangat tempting. So singgah beli tapi beli sebiji only, sebab dalam poket ada 5ribu saja.

Hari ni jumpa patient non-stop dari 8am sampai 2.30pm. Perut bunyi2. Kepala sakit. Sebab lapar. Plus Bandung panas makin menjadi-jadi lately. Rasa macam otak mengembang tiap kali tengahari.

I like dermatology, maybe because the preceptor helps us a lot. Plus boleh tengok macam2 jenis penyakit kulit, dari sekecil-kecil jerawat sampailah ke penyakit-penyakit yang ramai orang takut, macam kusta. (stigma only, tidak perlu takut sangat pun actually). Dan disebabkan saya belum pernah kena demam campak, cacar air dan yang seumpama dengannya, saya sangat berharap saya tak akan terjangkit dari patient kat department ni.

*Urusan 2* hampir siap semua. Hampir. Duit mengalir macam air. Berlubang poket. Simpanan bertahun-tahun menipis. Tapi inilah pengorbanan~chewah.huhu. Tak mau balik goyang kaki. Lagipun boleh belajar-boleh explore Bandung yang masih banyak belum dijelajahi. Dapat kenal ramai orang-orang *business* itu-ini. Mana tahu next time in the future, tiba-tiba nak berubah angin buat business kan..Hehe..

And Thank You Allah, sebab selalu ada waktu saya kesempitan dan memerlukan pertolongan. Satu masalah timbul, Dia tunjukkan jalan. Waktu saya menangis, Dia tunjukkan penyelesaian. I should not ask for more, because He gave me lots of things. Dan saya perlu belajar lebih rajin. Sebab Allah bagi saya hidup dalam keadaan yang sangat conducive untuk belajar. Allah tunjuk banyak contoh insan-insan yang kurang bernasib baik di sekeliling, orang-orang yang lebih tidak mampu, macam yang saya pernah cakap sebelum ni,

"Lihatlah orang yang dibawah, jangan lihat orang yang lebih atas, supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada"

"Be thankful for what you have; you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have; you'll never, ever have enough :)"