I think it's time to private my blog.
Kawan2 pembaca setia blog..kalau nak baca jugak boleh la tinggalkan email :)
I think it's time to private my blog.
Kawan2 pembaca setia blog..kalau nak baca jugak boleh la tinggalkan email :)
![]() |
| Sekarang Yumna dah 6.6kg |
![]() |
| Semoga anak mama & papa jadi anak yang solehah, dan berjaya dunia & akhirat :) |
![]() |
| Medela Freestyle : it helps me a lot! Boleh lah pakai untuk anak-anak seterusnya..hehe..InsyaAllah :) |
![]() |
| We'll be missing you our sweetheart, mama & papa pergi kursus dulu k :) |
Salam. Quick update. Dalam 2 minggu lagi insyaAllah saya n suami akan start mengabdikan diri kat negara tercinta ni a.k.a bekerja di hospital kerajaan.
Seboleh2nya saya nak positifkan fikiran untuk kerja ni..berdepan dengan situasi baru. Orang-orang baru..persekitaran dan masyarakat baru yang berbeza dengan masyarakat kat Bandung. Yang sangat lemah lembut dan bersopan santun tu.
Hati mesti kuat untuk tinggalkan anak. 18hb-22hb ni kami ada kursus kat KL so kena tinggal Yumna. Hmm..macam biasa perkara terpenting untuk difikirkan adalah susu. Insyaallah cukup..tapi kesian kat siapa yang kena jaga..apalagi kalau malam2 kena g panaskan susu.
Kawan-kawan yang dah kerja mostly bagi negative impression on HO life. Huhu mana lah saya tak risau. I know it will be a super hectic life. Waa rasa nak tolak tawaran induction ni pun ada..tunggu Yumna 6 bulan.
Tapi..hidup mesti diteruskan. Jangan pandang belakang. Hadapi semuanya dengan tabah..ok. Kalau kena marah2..sila nangis depan orang yang marah ;p Kalau dia kata lembiknya sikit2 nangis? Hmm nanti saya fikir apa jawapan nak bagi.
Ok post pendek je ni. Wish us all the best!
Saya malas bah mau bising-bising macam keyboard warrior di facebook tu..tapi..eee..geramm..macam2 betul jenis orang di fb tu..lain-lain lagi tu fikiran dorang. Ada yang aneh juga.
Bergaduh pun tiada guna di fb tu. Bikin panas jak.
Semoga negeri kelahiranku akan aman semula..amin
Sorry tajuk tak berkaitan pon. No idea. Macam biasa tujuan buat post baru adalah sebab kesian dekat blog sendiri yang sunyi sepi. Hehe..
Ramai kawan-kawan satu batch yang sama-sama grad hari tu dah mula kerja. Alhamdulillah setakat ni belum jadi betul2 la berita lambakan doktor tu. Kami masih mampu mengisi kekosongan doktor di hospital kerajaan..insyaAllah.
Saya & husband plak..sebab interview lambat sikit waktu saya berpantang hari tu..so maybe start kerja bulan Mac or April. Saya prefer bulan April sebenarnya..tapi mana yang Allah bagi itulah yang kami terima. Dah doa mintak yang terbaik pun kan :)
Kat borang KKM kami mintak first choice Hosp Kuala Terengganu sebab perancangan awal nak tinggal kat KT. Tapi sekarang kami dah ubah plan.. Nak tinggal kat rumah mentua di Kemaman & mintak Hosp Kemaman yang jaraknya cuma 5 minit dari rumah. Bahagianya kalau betul2 dapat. Saya memang kurang gemar berada di atas jalanraya lama2 :p
Kalau betul la dpt Hosp Kemaman, jarak dari rumah pergi hospital lagi dekat berbanding kat Bandung dulu. Orang cakap kalau Kelantan, Terengganu, Sabah n Sarawak, apply confirm dapat. InsyaAllah semoga semua urusan dimudahkan Amin ;)
Sekarang tengah gigih simpan stok EBM jugak untuk kursus induction / Program Transformasi Minda selama seminggu sebelum mula kerja nanti. Yumna kena tinggal lagi..seminggu. Huhu.
Saya rasa macam beberapa doa waktu kat tanah suci dah dimakbulkan. Betapa cepat Allah mengabulkan doa hambaNya kan..kita ja yang selalu lupa/lalai dari mengingatiNya. Huhu..:( Ya Allah..janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami.
Ok tukar cerita lain dulu.
Saya ni masih belum mampu multitasking. Huhu. Susah untuk buat banyak kerja dalam satu masa. Kadang- kadang mandikan baby waktu petang pun boleh lupa. Isk..isk..pastu siang selalu mengantuk. Sebab cuti lama kan jadi kuat tidur. Hehe. Masa cuti lepas belajar & sebelum kerja mesti manfaatkan puas2 :p
Saya ada rasa2 macam mau private kan blog. Sebab saya suka cerita hal peribadi isk isk. Tapi kadang-kadang saya mau share jugak pasal ilmu kedoktoran. Tiada kah yang boleh private kan certain post dan public kan certain post? Ee tiba2 cakap Sabah ni kamu faham ka? Faham bah kan..hihi..
Ok lah. Besok atau lusa kalau saya boring saya tulis blog lagi. Tulis pakai handphone senang sikit. Sambil baring pun boleh. Pinjam hp suami la. Handphone i nokia je camera pun takde :p
Hari ni masih cuti CNY. Happy CNY to Amy@ Hoo! ;-)
Hehe wish dulu baru tulis pasal benda lain. Actually tadi saya n husband jalan2 dengan my adik2 pergi One Borneo Hypermall. Main bowling & makan-makan. Yumna tinggalkan kat rumah..tok dan tok wan jaga :)
Before ni pun pernah tinggalkan Yumna untuk jalan. Actually dulu pernah bawa Yumna jalan kat KK..naik stroller. Mama n papanya nak shopping baju. So pergi la shopping mall.
Tapi agak menyesal sebab most shopping mall kat KK ni suka pasang lagu entah apa2 yang sangat kuat..which is not good. Kadang-kadang satu kedai ni pasang lagu lain, kedai sebelah pasang lagu lain..satu shopping mall tu plak pasang lagu lain. Jadilah bunyi yang sangat tak menyenangkan.
Lepas ni harap kami diberi kekuatan untuk tak terlalu kerap bawa baby jalan-jalan kat tempat macam tu. InsyaAllah. Kami sendiri pun kena lah kurangkan..kan. Kalau nak beli benda penting-penting..either tinggalkan baby kat rumah atau ganti-ganti jaga baby dalam kereta, atau, pergi tempat yang tak pasang lagu kuat2.
Tadi..hampir nak bawa baby, tapi mak suruh tinggalkan. Bila sampai 1Borneo..saaaaangat ramai orang. Baaaanyak sangat group buat tarian singa sempena CNY..memang sangat huru hara satu mall. Dalam erti kata yang lebih menyedapkan hati orang yang pergi adalah "sungguh happening". Kami suka la..tapi..not suitable for babies. Dari kecil kena ajar baby dengar benda2 yang bagus dan tak melalaikan. Parents pun sama la..insyaAllah.
Doakan kami..:-)
Blog Design by Gisele Jaquenod