Friday, 25 March 2011

6 weeks without oncall

12.06 am 26 March 2011 : Just came back from anesthesiology on-call. Ni pun balik awal lepas mintak sign doctor, sepatutnya on-call sampai pukul 5 pagi, tapi OT sangat sejukkk...with my limited amount of body fat, tak tahannn... setiap setengah jam pergi surau sebab surau kosong, lepas tu naikkan suhu aircond dalam surau...berusaha membaca buku, lalu tertidur...lepas tu bangun, pergi tengok operation dah siap belum..tengok perut patient belum start jahit lagi, pelan-pelan balik semula p surau..baca buku lagi, lalu tertidur lagi..

6 weeks without on-call, saya dah start tak boleh tahan mata dari tertidur. Mungkin sebab duduk dalam aircond. Anesthesiology department memang segala-galanya beraircond..huhu..bagus actually..tp malam-malam tak banyak operation, so distribution kesejukan tu tak terbahagi pada ramai orang. Isnin lepas oncall kat Resuscitation Room, ada satu waktu jam 11 malam tu, bilik kosong, and cuma saya yang jaga dalam tu, sangat-sangat sejuk tapi tak jumpa remote aircond, saya pun keluar senyap-senyap p tidur kat bilik koas (mesko).

Baru saya tau tugas doctor anesthesiology tu macam mana. Sebelum ni saya rasa tugas tu senang, cuma buat orang tak sedar waktu operation, buat orang tak rasa sakit, itu saja. Bila masuk department ni, mula-mula kagum sebab tiap kali morning report, akan ada bacaan doa pagi yang best. Ayat-ayat dia tentang teman sejawat, tentang hidup mati patient, dan tentang penyerahan diri pada Allah. Lepas tu pagi tadi (Jumaat) sebelum morning report, ada ustaz dari luar bagi tazkirah pagi. Lepas tu bila tengok report, semua penyakit ada. Sebelum ni kan, masuk department lain, setiap penyakit adalah berkisar dengan department tu saja, contohnya ENT (Ear, Nose & Throat) cuma pasal disease kat situ-situ saja. Tapi anesthesiology ni, semua penyakit boleh jadi case dorang.

Dulu waktu surgery, pergi OT tak pernah pun rasa kerja doc anes yang asyik pump2 ventilator tu susah. Pernah nampak doc tersengguk2 lagi sambil picit ventilator..hehe..tapi sekarang saya rasa itulah tugas yang sebenarnya paling penting bagi keselamatan patient sepanjang operation. Selain induction of anesthesia, anesthesiologist juga kena maintain patient's breathing, BP, and semua la vital function of the patient. Doc bedah tinggal bedah je, kalau patient mati due to respiratory arrest, bukan doctor bedah yang bertanggungjawab. Selalu cuak jugak bila tengok patient tak bangun-bangun lepas operation, pastu oxygen saturation kat monitor jatuh sampai 30-40 pun doc still tenang buat kerja dorang. Walaupun mungkin dorang cuak jugak, tapi tak tunjuk la kan. Kadang2 monitor machine tu bunyi2 macam kat TV waktu orang mati tu..saya dah cuak dah, tapi dorang dapat jugak buat.

Tapi apa2pun, best lah tengok anesthetic procedure before & after operation. Tapi memandangkan hari ni dah hari kelima, and setiap hari tengok minimum 2 operation, saya dah start bosan..hihi...sebab asyik ulang-ulang benda sama. I think this is not my minat. Saya minat kerja doc bedah, tapi cuma yang part2 dah bukak organ, buat something dengan organ tu, lepass tu jahit balik. Itu saja. Saya betul-betul belum dapat cari specialization apa yang sesuai dengan saya. Tapi, tunggu lah habis koas dulu baru decide. Setakat ni saya paling minat Dermatology dan Rehabilitative Medicine. Nuclear medicine pun minat jugak. Paling tak minat RADIOLOGY. Bukan sebab benda-benda yang nak kena study, benda yang kena study tu best ja..tapi sebab beberapa doctor kat situ yang saya tak suka dengan prinsip yang dorang pegang. Rasa diri hebat lagi satu. And ada beberapa peristiwa pahit terjadi waktu surgery dulu yang berkaitan dengan SIKAP radiology doctor. Resident of course. Ok tak nak cerita lebih-lebih, nanti dorang jumpa saya tulis ni kat internet, habis lah saya dpt result failed..huhu.

Saya patut tidur lah. Tadi sungguh-sungguh nak tidur kat surau, sekarang mengada-ngada tulis blog pulak. Ok goodnite everyone :)

Wednesday, 16 March 2011

I hate myself for that reason

Kejayaan paling mengagumkan jiwa & raga saya adalah bila melihat seseorang dapat berjaya di sebalik kesusahan hidup. Kesusahan hidup itu = tiada duit untuk belajar, keluarga hidup susah, hidup tanpa kemewahan dunia (yang bagi saya sangat penting untuk elakkan stress emosional dan stress fizikal)

Tapi di sebalik kesusahan tu, dia masih boleh dpt keputusan sgt semerlang.

Just imagine we have no money, tak dapat biasiswa, nak beli itu ini pun tak dapat, nak makan sehari-hari pun berfikir 2-3 kali, tak pernah dpt makan mewah-mewah. Kawan2 pegi tempat makan best2, dia terpaksa memendamkan hasrat untuk makan best2 sebab teringatkan family di rumah. Duit fotostat buku terpaksa "share" dengan perbelanjaan makan. Have u ever imagined being in that condition? Kalau belum, read my words again and be EMPATHY, masukkan diri dalam situation tu. Mesti selalu menangis kan.

Tapi orang yang berjaya dengan kehidupan mcm tu siyes adalah manusia hebat.

Orang yang dari kecil disogok dengan kemewahan pun belum tentu semuanya berjaya.

Me?? Hidup cukup makan, dapat biasiswa yang boleh dikira banyak jugak, kemudahan ada, tinggal tempat selesa (itu pun kadang-kadang susah melawan stress) ---> Dengan condition macam ni pun masih MALAS BELAJAR. I hate myself for that reason. Sekian.

Monday, 7 March 2011

Mangga muda

Tulis blog sambil makan mangga muda dengan garam~ sedapnya. nyum2. Balik dari hospital tadi ada orang jual mangga - sangat tempting. So singgah beli tapi beli sebiji only, sebab dalam poket ada 5ribu saja.

Hari ni jumpa patient non-stop dari 8am sampai 2.30pm. Perut bunyi2. Kepala sakit. Sebab lapar. Plus Bandung panas makin menjadi-jadi lately. Rasa macam otak mengembang tiap kali tengahari.

I like dermatology, maybe because the preceptor helps us a lot. Plus boleh tengok macam2 jenis penyakit kulit, dari sekecil-kecil jerawat sampailah ke penyakit-penyakit yang ramai orang takut, macam kusta. (stigma only, tidak perlu takut sangat pun actually). Dan disebabkan saya belum pernah kena demam campak, cacar air dan yang seumpama dengannya, saya sangat berharap saya tak akan terjangkit dari patient kat department ni.

*Urusan 2* hampir siap semua. Hampir. Duit mengalir macam air. Berlubang poket. Simpanan bertahun-tahun menipis. Tapi inilah pengorbanan~chewah.huhu. Tak mau balik goyang kaki. Lagipun boleh belajar-boleh explore Bandung yang masih banyak belum dijelajahi. Dapat kenal ramai orang-orang *business* itu-ini. Mana tahu next time in the future, tiba-tiba nak berubah angin buat business kan..Hehe..

And Thank You Allah, sebab selalu ada waktu saya kesempitan dan memerlukan pertolongan. Satu masalah timbul, Dia tunjukkan jalan. Waktu saya menangis, Dia tunjukkan penyelesaian. I should not ask for more, because He gave me lots of things. Dan saya perlu belajar lebih rajin. Sebab Allah bagi saya hidup dalam keadaan yang sangat conducive untuk belajar. Allah tunjuk banyak contoh insan-insan yang kurang bernasib baik di sekeliling, orang-orang yang lebih tidak mampu, macam yang saya pernah cakap sebelum ni,

"Lihatlah orang yang dibawah, jangan lihat orang yang lebih atas, supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada"

"Be thankful for what you have; you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have; you'll never, ever have enough :)"

Thursday, 3 March 2011

memories~

CONSOLIDATION of Memory ---> for short-term memory to be converted into long term memory that can be recalled.

30 minit sebelum study, saya tiba-tiba terjumpa my notes waktu 2nd year, waktu Sarjana Kedoktoran (S.Ked) dulu. Tentang MEMORY~

Kenapa saya tertarik untuk stop jap & tengok balik notes lama saya tu? Sebab saya rasa sangat banyak benda yang saya belajar selama 4 tahun, yang perlu baca balik untuk apply kat patients. Selalunya benda tu dah pernah TAHU dan pernah FAHAM dengan begitu terperinci, tapi bila TERLALU BANYAK, dan setiap inci ilmu tu perlu diulang sekarang, dan digunakan untuk patients, boleh jadi lupa.

Bayangkan setiap bulan perlu bertukar department, setiap bulan belajar benda berbeza. Sekejap di kulit, sekejap di jantung, sekejap di otak, sekejap di usus, sekejap di perut, sekejap di hati, dan baaaanyak lagi organ-organ dalam tubuh manusia ni yang perlu dipelajari. Setiap organ tu pulak ada berpuluh-puluh penyakit. (Mungkin beratus-ratus tapi biasanya di hospital kami akan belajar yang common saja. Yang tak common cuma perlu tau surface2). Sebelum belajar penyakit, perlu tau yang normalnya dulu. Normalnya pulak buku tebal-tebal. Satu organ pulak bukannya satu buku saja. Jadi bayangkanlah macammana otak ku yang kecil ni mahu sumbat semuanya. Belum masuk ubat-ubat yang berjuta-juta lemon, yang setiap satu perlu tahu mechanism of action, side effect, bla-bla-bla..

Depan patients pulak, tak elok bukak buku. Nampak sangat macam tak meyakinkan. Patients pulak sekarang sudah pandai google2 tentang disease dia. Bila orang yang cuma baca sekali pasal disease dia, tak tahu basic, dan tanya macam2, pening kepala tak nak jawab? Terpaksa terang dari awal. Itupun kalau kebetulan kita ada jawapan dalam kepala. Semuanya bergantung pada? MEMORI dalam kepala otak kita.

Sebab tu ramai yang nak jadi specialist cepat-cepat. Lebih baik concentrate dengan 1 benda yang kita betul-betul pro pasal hal tu. But, for me, itu masih terlalu jauhhhh~ sejauh mata yang rabun ini memandang ke hadapan tanpa kacamata..hmmm~

Sambung sikit my notes :

Short term memory --> if activated repeatedly --> will initiate chemical, physical, anatomical changes in the synapses that are responsible for Long-term memory type :

a) 5-10 minutes (for minimal consolidation)
b) 1 hour or more (for strong consolidation)

Rehearsal of the same info again & again--> accelerates & potentiates the degree of transfer of short-term into long-term memory,

*this explains WHY a person can remember SMALL amounts of info studied in DEPTH far better than LARGE amounts of info studied only SUPERFICIALLY.

*and this explains WHY a person who is WIDE AWAKE can consolidate memory FAR BETTER than a person who is in a state of mental fatigue. (psst...para doctor bedah..sila ambil perhatian :P)

(huruf besar kecik tu sebiji ikut my notes tu..hihi...)

Lagi satu --> Our brain can receive :

a) Positive info (Sensitization)
b) Negative info (Inhibition)

Ok, itu elaborate lain kali saja.. i have to study now. Study benda-benda yang dah pernah study dulu-dulu, jadi ini mungkin adalah satu repetition untuk tukar memory jadi long-term memory. Atau tambah ilmu --> utk benda-benda yang belum pernah belajar :)

Wish me luck! (^_^)