Tuesday 24 May 2011

stress yang pelik

Salam,

Minggu lepas sangat tertunggu-tunggu surprise Air Asia, siap bukak facebook Air Asia Indonesia lagi untuk tengok apa sebenarnya surprise dia. 23 May 2011, tapi bila tiba hari yang dijanjikan tak dapat online plak. Semalam pun x boleh online. Hari ni baru boleh online tapi kepala berserabut dan masa limited. Promotion sampai 29 May 2011 tapi mesti dah ramai orang beli waktu tu, tinggal yang mahal2. Or tak murah sangat. Huhu. Tadi check banyak tiket sangat-sangat murah. (Actually I don't know why I'm waiting for Air Asia promotion, I don't even know when I can go back, there's no holiday after all)

Sekarang tengah urus pindah rumah baru. Belum pindah secara rasmi lagi sebab masih ada barang2 di rumah Gang Asli. Dan masih tidur2 di sini and online2 waktu masa rehat kat hospital. Tapi dah start tinggal kat rumah baru Jl Sukagalih sebab proses kemas barang2 dapat buat sikit2 dengan masa terhad. Stress jugak sebenarnya sebab kena fikir banyak benda, tapi terpaksa buat-buat relax. Saya rasa semakin hari saya semakin pandai 'buat-buat relax' sebab banyak sangat 'emergency condition' yang menuntut saya untuk terpaksa 'santai' walaupun sepatutnya hal-hal tu perlu 'ditakuti'. Bayangkan saja hari akad nikah saya pun saya sampai rumah malam sebelum tu. Majlis perkahwinan adalah hari yang sangat menggembirakan, terutama kalau majlis tu untuk diri sendiri. Mungkin kalau orang lain kahwin kita kurang merasai kecuali kalau orang2 yang rapat, tapi bila tiba waktu untuk diri sendiri, kita mesti happy, kan? (orang2 yang dah kahwin sila jawab). Many hidden feelings yang saya rasa, happy jumpa family, happy dapat family baru, happy dah ada suami (hehe..), happy dapat spend time walaupun sangat sekejap dengan family, dan SEDIHH sebab kena cepat-cepat balik meneruskan perjuangan menuntut ilmu, tapi terpaksa buat-buat lupa demi meneruskan hidup ke depan. Seriously, perasaan yang sangat bercampur baur... I never think I'm physically and emotionally strong for that, tapi itulah susun atur kehidupan yang tuhan tentukan, buat masa ini..Lagipun, banyak benda yang perlu bersyukur berbanding yang perlu dikesali. Alhamdulillah..:)

Rumah dalam entry sebelum ni dah cancelled atas sebab-sebab tertentu. Nak dijadikan cerita, waktu oncall kat emergency last month, ada seorang ibu ni (keluarga pada seorang patient yang saya jaga malam tu) tiba-tiba datang offer sebuah rumah kat saya. Rumah kat Jalan Sukagalih, ada tujuh bilik katanya, 2 tingkat. Saya tak berminat pun waktu tu, sebab waktu tu dah decide nak duduk rumah kat Jalan Sederhana (yang entry sebelum ni). Lagipun tujuh bilik? Sangat jauh untuk di consider untuk duduk dua orang. Tapi mungkin ada hikmah saya jumpa ibu tu malam tu. Bila tiba-tiba rumah yang kami plan nak duduk tu ada problem, kami try cari rumah lain, tapi ada masalah jugak. Last sekali, we tried to contact ibu tu. First thing yang dia bagitau adalah kakak dia (patient yang saya jaga waktu jumpa ibu tu) dah meninggal. I don't know how to react untuk tunjukkan my empathy, walaupun dalam hati saya sangat berempathy.

Dipendekkan cerita, kami bersetuju untuk duduk rumah tu. Rumah tu enam bilik sebenarnya. Tapi 1 bilik tuan rumah mintak untuk letak barang2 dia. So tinggal 5 bilik. 1 bilik kami buat stor, jadi tinggal lah 4 bilik. Empat bilik untuk 2 orang, untuk menghidupkan bilik2 tu kami kena berfikir memerah otak untuk meluaskan fungsi setiap bilik. Jadi, lepas bincang-bincang, satu bilik jadi bilik tidur, satu bilik untuk bilik baju-baju, almari, tempat iron baju, etc. Satu bilik untuk bilik study, dan bilik terakhir yang paling besar adalah untuk tetamu. Tapi, dah beberapa hari kemas rumah tak siap-siap lagi. We have to accept the fact that we are doctors~ (terpaksa perasan doctor sebab patient dah panggil 'doc' dan kerja pun dah penat macam doctor tak bergaji)-- limited time, pagi-pagi kena bangun pukul 4 siap-siap untuk pergi hospital jam 6 pagi. Kalau oncall? Entah bila rumah tu nak siap kemas semua. Hujung minggu oncall lagi..hmm

Di samping tu, saya kena banyak belajar, banyak oncall, dan banyak bimbingan. Minggu lepas, I failed my long case examination. And I have to study hard for SOOCA untuk lulus sepenuhnya Internal Medicine. Sebenarnya saya rasa saya tak boleh berada 1 group dengan orang2 yang sangat pandai. Saya rasa suppressed. Setiap kali discussion, orang-orang extra-pandai akan jawab banyak. Selalunya mereka baca benda-benda yang kita tak baca. Dan saya tak boleh jugak berada dalam situasi 'dipaksa bertanya soalan'. Sebab selalunya saya voluntarily nak tanya banyak soalan, tapi kalau soalan yang saya nak tanya, orang lain dah tanya, apa lagi yang tinggal untuk saya tanya? Atau pun, kalau saya dah faham, buat apa saya nak tanya. Ataupun, kalau saya belum belajar/tak sempat belajar, apa yang saya nak tanya? Ok ok I know everyone can read my feeling now, I know. Saya sedang stress.

Sebenarnya saya stress sebab, dah 6 hari saya sakit yang belum sembuh-sembuh. Sebelum saya sakit yang 6 hari tu, saya mengalami lemah-lemah badan sebab effect makan ubat. Setiap hari badan saya lemah-lemah, tapi kena naik tangga 5 tingkat untuk bimbingan yang tak selalunya jadi. Bila badan lemah, saya malas nak cari patient untuk belajar. Kerja saya cari makan, makan, dan makan untuk hilangkan lemah badan. Bila terpaksa lawan rasa lemah untuk pergi poli, saya berpeluh-peluh, telinga saya berdengung. Macam hypoglycemic.

Lepas saya dah boleh adapt dengan rasa lemah-lemah tu, saya kena hospital-acquired infection, ataupun hujan-acquired infection. I don't know which one, tapi memang ramai kawan2 sakit jugak. Mungkin sebab kat hospital banyak sangat respiratiory infection sekarang. Plus orang-orang merokok yang tak sedar diri yang berlambak-lambak kat hospital. I hate them. Saya harap ramai orang-orang yang merokok merata-rata kat hospital tu meninggal.

Bila sakit, kerja-kerja yang sepatutnya saya boleh buat, jadi makin lambat. Bila ada banyak masa sikit, tiba-tiba saya senggugut. Seharian saya tak boleh buat kerja. Dua minggu lagi SOOCA. Banyak lagi tak belajar.. Saya malas nak sambung type panjang-panjang dah. Sebab nanti saya buat orang yang baca pun jadi stress.

P/s : Tiba-tiba dapat rezeki extra Rp 3 juta bulan ni dari MARA..yeay!hehehe...Alhamdulillah..benda yang dah lama dilupakan yang tiba2 dapat..hihi..

Tuesday 10 May 2011

Special

I'm going to update my blog as soon as i can...each and every detail of events happened in my life since April..everything that makes me happy :) For the time being, I'm quite busy re-organizing my life as a medical student (with 8 more on-calls & 2 big examinations) , and as a wife to a husband..^_^

Please pray for me..:)

p/s : Jangan bersedih dengan dugaan sebab tanpa dugaan, tidak banyak hal-hal yang akan bisa membuatkan kamu tersenyum di kemudian hari..

p/s 2 : Sampai sekarang, dugaan masih datang...sedang masih cuba bertahan & sentiasa bersangka baik pada tuhan :)