Tuesday 29 June 2010

Entry untuk Ahmad Naqiuddin

Entry ini agak terlambat satu hari. Hehehe. Saja nak buat surprise ;p Konon-konon tak ada ucapan tahniah tapi sebenarnya ada. Lagipun agak busy tadi.

Mula-mula saya nak cakap : I love the way Allah tested me. Betul tak ayat tu. Betul kan kan.

Sebenarnya waktu first year saya tak ada target apa-apa pun untuk pointer saya. Saya tak pernah study sungguh-sungguh waktu tu. Langsung tak pernah target nak dapat Dean List. Motivation saya sangat rendah sebab saya tak suka orang put pressure kat saya. Sebab waktu sekolah dulu saya rasa cikgu-cikgu selalu letak harapan tinggi. Saya stress dan lepas tu saya langsung tak nak berusaha untuk berada di atas lagi. Seriously I love the feeling yang tak ada orang put pressure kat saya. Saya rasa saya memang jenis orang yang tak gilakan harta, nama dan pangkat kot ;p hihi. I know it is not good. Macam orang yang buat kerja tak sungguh-sungguh pun ada. Tapi nak buat macam mana, saya rasa selesa macam tu. Mungkin sebab mak & ayah pun tak pernah paksa anak-anak dia untuk dapat exactly apa yang mereka nak sampai anak-anak boleh jadi stress.

(paragraph ni tak ada kaitan dengan tajuk) Lagi satu perangai saya yang saya perasan, bila orang tahu saya boleh buat something, dan saya pernah tolong buat benda tu sekali, tapi sebab saya pernah buat benda tu, mereka berulang-ulang kali bagi kerja tu kat saya. Sampai saya rasa bosan. Contohnya jadi AJK Kebersihan & Keceriaan. Yang itu serius saya bosan waktu sekolah dulu asyik dapat jawatan tu. Sekarang sampai bila-bila pun saya tak suka kerja tu lagi.

(kembali pada tajuk) Tentang study, sebelum tahun ke-2 start, seseorang yang bernama Ahmad Naqiuddin telah mengajak saya untuk dapat 3.5 sama-sama. Waktu tu pointer kami sama-sama lebih kurang 3.10. Saya pun cakap okay saja walaupun block pertama waktu masuk 2nd year tu (Reproductive System), saya masih main-main. Serius saya sangat kesian dengan tutormates saya waktu tu. Bila ingat-ingat balik, saya sangat main-main waktu tu. Saya start study elok-elok waktu block Endocrine & Metabolic System. Waktu tu baru belajar betul-betul. Dan system-system seterusnya sampai lah habis fourth year.

Tapi again, saya tak suka stress, jadi saya study bila-bila yang saya suka. Saya tidur bila saya mahu tidur. Saya tak suka stay up, jadi saya tak pernah stay up. Saya tak suka minum Nescafe untuk kekal boleh study malam-malam, jadi saya tak minum coffee or anything to make me awake the whole night. Saya tak suka makan panadol, jadi saya takkan benarkan kepala saya sakit sebab study.

Malangnya saya bukan orang yang genius. Yang tak payah study pun boleh dapat markah tinggi. Saya perlu study untuk dapat markah tinggi. Jadi saya terpaksalah merajinkan diri jugak. Empat tahun sebagai pelajar tahun perubatan di Fakultas Kedokteran Universiti Padjadjaran ni dah banyak ajar saya erti kesabaran dan ‘menerima rezeki masing-masing seadanya’. Sebab walaupun banyak ketidak adilan dalam system peperiksaan di sini, saya rasa ini peluang untuk kami mempersiapkan diri dengan dunia kedoktoran yang sebenar. Yang penuh dengan perkara-perkara di luar dugaan. Bak kata Dr Najwa, yang penting bukanlah pada angka, tapi pada apa..saya pun dah lupa..short term memory loss.

Dulu saya pernah tak puas hati dengan SOOCA. Ramai yang tak puas hati jugak sebab ia sangat tak adil. Fifty percent. Tapi fakulti tetap tak nak ubah system. Lama-lama dah terbiasa. Tahun kedua, ketiga dan keempat, saya tak pernah dapat A untuk SOOCA. Setiap tahun saya dapat doctor yang suka failkan student. Siapa yang tak kecewa kan dapat nasib macam tu, saya tahu semua orang akan kecewa. Tipu lah kalau cakap tak kecewa sikit pun. Kecewa saya sampai tahap saya boleh nangis kalau dengar kawan saya fail. Sebab saya tahu semua orang belajar betul-betul cuma nasib tak menyebelahi.

Tapi begitulah.. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lambat atau cepat je hikmah tu. Yang penting setiap yang berlaku menjadikan kita lebih tabah dan bersyukur. Tak guna mengungkit apa yang dah terjadi, kan? Semoga saya dan rakan-rakan akan dapat menjadi doctor yang terbaik yang akan berbakti pada agama dan bangsa. (Ayat macam dah nak jadi doctor je…hihi…padahal baru nak masuk co-assistant year ;p)

Berbalik kepada janji saya bersama encik Ahmad Naqiuddin tadi, (ini sebenarnya point entry ni).. Encik Naqiuddin dengan bangganya telah berjaya mendapat pointer 3.59 dan sekaligus melepasi target kami. Tahniah! Walaupun SOOCA nya pada tahun ke-3 dan tahun ke-4 hanyalah di bawah 75 markah, tapi beliau telah berjaya mendapat markah yang tinggi dalam ujian MDE (MCQ) beliau dan membolehkan beliau tetap mendapat A atau sekurang-kurangnya B++ untuk setiap system.You should be proud of yourself. Hadiahnya? Saya tidak akan ambil remedial pada tahun ini, jadi kita boleh balik awal.Hihi..Sorry takde hadiah yang lagi best ;p

Inilah Ahmad Naqiuddin yang saya maksudkan.

Dan saya? Berjayakah saya melepasi target kami itu? Jawapannya ialah TIDAK..dengan segala dukacitanya..hihi..kesian saya. Saya cuma mendapat 3.44. Encik Naqi harap boleh maafkan saya considering I never get A in my SOOCA for 3 years in a row. Hee alasan betul. Sebenarnya semalam saya masih ingin mengambil remedial untuk dapat mencapai target kami berdua tetapi malangnya saya mempunyai masalah kewangan untuk berbuat demikian. Isk. Saya mahu balik Malaysia dan kembali semula mengambil remedial tetapi keadaan kewangan tidak mengizinkan. My dad didn’t allow me to do so. Inilah masalah bila tak kaya, semua benda tak boleh buat =( Jadi orang-orang kaya di luar sana, sentiasalah bersyukur dengan apa yang anda ada dan jangan asyik mengeluh itu ini sebab masih ramai yang kurang bernasib baik dari anda. Renung-renungkan dan selamat beramal..hee

Semoga Allah memudahkan segala perancangan kita. Amin :-)

P/s : Harap nama yang tertera di entry ini tetap dapat tidur lena lepas baca entry ni ;p

Monday 28 June 2010

Wait for me :)

~As a muslim, we do not rest until Allah call us. As long as we live, we want to use all the investments that Allah has given us in terms of mental, physical health and also intellectual ability that we have in order to benefit mankind. Always live by thinking that we may die anytime and do not be attached too much and be independent of the good opinion of others~
Taken from Prof Dr Mohaya Muhamad's facebook status.

-Baru nak start pack barang-Pindah Bandung-Sad leaving Jatinangor-I'm going home very soon-Perancangan Allah lebih baik:-)

Graduation days : 25-27 August

Saturday 19 June 2010

Solat Sunat Tahajud :)

Saya harap saya boleh lebih kerap menulis. Tapi internet connection sangat limited dan disappointing. Nak baca blog orang lain pun agak susah. Entry kali ini saya tulis guna Microsoft Word, lepas tu bila dapat online, saya copy paste kat blog. Hmm. Lepas tu tak boleh online semula. Hmm again..

Ok never mind. Kali ni saya nak share tentang satu solat sunat yang rasanya dah kurang dilakukan oleh kebanyakan orang Islam. Tapi, masih ramai yang menghidupkannya – iaitu Solat Tahajud.

Shalat malam (qiyamul lail) biasa disebut juga dengan solat tahajud. Majoriti pakar fiqih mengatakan bahwa solat tahajud adalah solat sunnah yang dilakukan di malam hari secara umum setelah bangun tidur.

Saya yakin ramai yang pernah dengar tentang solat Tahajud, tapi ramai yang mengabaikannya sebab merasakan ia sesuatu yang mustahil dan susah untuk diamalkan. Suatu masa dulu, saya masih ingat, setiap kali dengar orang bercakap tentang kelebihan solat tahajud, saya hanya boleh dengar dan tak pernah berfikir untuk berusaha ke arah itu sebab bagi saya ia sesuatu yang agak berat. Apatah lagi bagi sesiapa yang suka tidur lepas Subuh.

Satu kisah yang agak popular waktu saya sekolah menengah dulu : Seorang pelajar cemerlang yang selalu bangun malam untuk solat tahajud, waktu exam dia dapat jawab dengan baik sebab satu persatu jawaban dan teks dalam buku diperhatikan terpampang di depan mata student tu (imaginary texts la)

Allah Ta’ala berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air, sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (QS. Adz Dzariyat: 15-18)

“(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ” (QS. Az Zumar: 9)

Mari saya cerita betapa teruknya saya rasakan bila seorang teman mengajak saya untuk ke satu program qiamullail di sebuah masjid di Kota Bandung lebih kurang dua tahun atau tiga tahun yang lepas. Qiamullail ini sangat berbeza dengan yang saya selalu buat di sekolah menengah dulu. Biasanya agak ringan, 2 rakaat solat sunat tahajud, 2 rakaat solat sunat taubat, 2 rakaat solat sunat hajat, dan 3 rakaat witir.

Program tu bagi saya sangat best dan indah, tidur dalam masjid, bangun jam 1pagi dan bersama-sama dengan jemaah lain buat solat tahajud. Saya sangat kagum dengan insan-insan yang pergi ke program tu. Mereka kelihatan sudah biasa dengan situasi bangun di tengah malam dan solat.

Apa yang buat saya rasa teruk? Lepas solat jemaah Isyak, ada ceramah. Saya pulak jenis orang yang tak suka tidur siang, terbiasa bangun awal pagi dan tidur lepas Isyak dan tak pernah stay up. Ustaz tengah ceramah kat depan, saya tidur kat belakang. Syaitan suka la tu make-up make-up mata saya waktu tu. Saya tak berdaya melawan ‘eyeliner’ syaitan.

Lepas tu, bila dah pukul 12.30 tengah malam, mereka kejutkan saya. Dah la saya tidur paling awal, bangun pun orang kejutkan. Sepatutnya saya yang kejutkan orang lain sebab saya tidur paling awal. Lepas berus gigi, dan basuh muka dan ambil wuduk, saya join jemaah lain.

Qiamullail pada malam tu memang solat tahajud semata-mata. Atau lebih tepat, solat sunat, yang dilakukan setelah bangun malam. Tapi, solat tahajud itu tuan-tuan, ada banyak macam. Ada banyak dalil.

Jumlah Raka'at Shalat Tahajud yang Dianjurkan (Disunnahkan)

Jumlah raka'at shalat tahajud yang dianjurkan adalah tidak lebih dari 11 atau 13 raka'at. Dan inilah yang menjadi pilihan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Aishah r.a berkata : “Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menambah shalat malam di bulan Ramadhan dan bulan lainnya lebih dari 11 raka'at. Beliau melakukan shalat empat raka'at, maka jangan tanyakan mengenai bagus dan panjangnya. Kemudian beliau melakukan shalat empat raka'at lagi dan jangan tanyakan mengenai bagus dan panjangnya. Kemudian beliau melakukan shalat tiga raka'at.” (HR. Bukhari no. 3569 dan Muslim no. 738)

Ibnu Abbas mengatakan : “Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam biasa melaksanakan shalat malam 13 raka'at. ” (HR. Bukhari no. 1138 dan Muslim no. 764)

Zaid bin Kholid Al Juhani mengatakan : “Aku pernah memperhatikan shalat malam yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Beliau pun melaksanakan 2 raka'at ringan. Kemudian setelah itu beliau laksanakan 2 raka'at yang panjang-panjang. Kemudian beliau lakukan shalat 2 raka'at yang lebih ringan dari sebelumnya. Kemudian beliau lakukan shalat 2 raka'at lagi yang lebih ringan dari sebelumnya. Beliau pun lakukan shalat 2 raka'at yang lebih ringan dari sebelumnya. Kemudian beliau lakukan shalat 2 raka'at lagi yang lebih ringan dari sebelumnya. Lalu terakhir beliau berwitir sehingga jadilah beliau laksanakan shalat malam ketika itu 13 raka'at.” (HR. Muslim no. 765)

Kesimpulannya, dalam program di masjid tersebut, mereka buat solat dua raka’at sebanyak 4 kali, dan solat witir tiga rakaat. Dan yang paling mengagumkan, dalam solat tersebut, imam menghabiskan tiga juzuk Al-Quran! Boleh bayangkan 3 juzuk? Jadi imam bahagi-bahagikan untuk setiap rakaat, lebih kurang tujuh setengah muka surat dalam Quran. Satu solat = 15 muka surat.

Dijadikan cerita, pada solat yang pertama, rakaat kedua, saya dah start rasa pitam. Serius saya cakap, saya rasa blood pressure saya jadi low, less oxygen to my brain, and saya rasa nak pengsan. Teruknya saya rasa waktu tu. Orang lain semua nampak okay. Saya tak jeling-jeling orang lain ok, tapi boleh tau la orang lain looks fine. Tapi saya cuba jugak habiskan solat pertama tu. Alhamdulillah Berjaya. But I did not proceed.

Saya duduk kat belakang, try tengok tafsir and bandingkan dengan apa yang imam sedang baca untuk solat yang kedua. Tak lama lepas tu saya tertidur semula. Dan waktu saya bangun, orang lain dah solat witir.

Can you compare our ibadah dengan mereka? Zaman nabi-nabi dulu, Nabi bangun setiap malam untuk buat solat macam tu. Sahabat-sahabat pun sama. Most umat Islam pada zaman nabi bangun malam untuk buat solat tahajud yang serupa dengan apa yang ada pada program tu.

Aisyah mengatakan, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, jika beliau luput dari shalat malam karena tidur atau udzur lainnya, beliau mengqadha'nya di siang hari dengan mengerjakan 12 raka'at.” (HR. Muslim no. 746)

Umar bin Khottob mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang tertidur dari penjagaannya atau dari yang lainnya, lalu ia membaca apa yang biasa ia baca di shalat malam antara shalat shubuh dan shalat zhuhur, maka ia dicatat seperti membacanya di malam hari.”(HR Muslim no 747)

Sebabnya, mereka tahu betapa banyaknya manfaat solat malam tersebut. Antaranya : Pada sepertiga malam, Allah turun ke langit dunia/langit bumi. Dan siapa yang berdoa pada waktu itu, doanya akan dimakbulkan.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Rabb kami -Tabaroka wa Ta'ala- akan turun setiap malamnya ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir.

Lalu Allah berfirman, “Siapa yang memanjatkan do'a pada-Ku, maka Aku akan mengabulkannya. Siapa yang memohon kepada-Ku, maka Aku akan memberinya. Siapa yang meminta ampun pada-Ku, Aku akan memberikan ampunan untuknya” (HR. Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 758, dari Abu Hurairah.)

Dan dari Aisyah R.A : “Saat-saat seorang hamba dekat dengan Rabbnya, iaitu ketika solat malam, maka jadilah seperti mereka” “Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah –Muharram-. Sebaik-baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat malam.”( HR. Muslim no. 1163, dari Abu Hurairah)

Berbalik pada cerita saya tadi, setelah gagal pada percubaan pertama, saya berniat untuk percubaan kedua. Beberapa minggu lepas tu, sekali lagi saya ikut teman saya ke program serupa. Cuma kali ini kat masjid lain. Suasana lebih berbeza, sebab kali ni sangat ramai orang. Sangat ramai. Jalan sesak. Nak ambil wuduk pun sangat susah. Masjid tu boleh memuatkan beribu-ribu orang. Saya lupa waktu tu ada berapa ribu orang. Tapi memang penuh.

Kali ini imamnya orang yang popular di kalangan insan-insan terbaik itu. Kalau lah saya fasih berbahasa Arab, mesti saya sentiasa mengalirkan air mata sewaktu imam tu baca ayat-ayat Al-Quran. Dia sangat menghayati bacaannya sampai suara dia menangis teresak-esak. Boleh dengar keikhlasan dia membaca ayat suci Al-Quran. Saya dengar jemaah lain pun ada yang turut menangis. Saya pun terkesan jugak dengan situasi tu. Sebak. Waktu tu rasa betapa kerdilnya diri ni bila berhadapan dengan Pencipta Agung. Tapi, again, saya hanya mampu buat dua solat.

Lepas tu saya kembali tertidur di belakang. Dan bangun semula bila orang lain dah nak solat subuh.

Gagal lagi, tapi saya cuba untuk kali ketiga, sebulan lepas tu. Kali ini kembali ke masjid yang pertama. Suasana hening dan tak sesak macam sebelumnya. Saya kuatkan niat saya. Tapi malangnya, saya cuma mampu buat satu solat sahaja. Begitu lemahnya diri ini. Saya sangat kagum tengok insan-insan terbaik pilihan Allah yang mampu buat semua solat sehingga habis.

Itulah kali terakhir saya menyertai program tersebut. Setelah mendapat ‘gangguan berlebihan’ dari seseorang, saya dah tak pernah pergi lagi program tu.

Tapi, point utama saya di sini ialah, tak kisahlah kita buat di masjid atau di rumah, kita sebagai umat Islam mesti tahu yang Solat Sunat Tahajud ni, kedudukannya sangat tinggi di sisi Allah.

Dan yang paling penting bukanlah pada kuantiti solat tersebut, tapi kualitinya.

Waktu saya pergi satu ceramah tentang Solat Tahajud dulu, penceramah tu ada mention tentang ni : Seseorang yang bangun tetapi tidak solat malam, telinganya telah dikencing syaitan. Tapi saya tak salin source ayat ni.

Persoalan yang sering diutarakan oleh orang-orang yang kerap solat tahajud ialah : Bagaimana untuk konsisten melakukan solat sunat tahajud? Later dalam entry yang lain insyaAllah saya share jawapan orang-orang yang berpengalaman.

Yang penting sekarang, mari sama-sama biasakan diri dulu, pada yang tak pernah buat, cuba dulu untuk kali pertama. Mula-mula memang susah, tapi insyaAllah lama-lama okay. Sebab zaman sekarang, betapa berbezanya kita berbanding zaman Rasulullah dulu. Zaman sekarang, ramai umat Islam yang mengabaikan solat wajib. Ketahuilah dan ingatlah bahawa solat itu tiang agama. Sedangkan solat wajib tidak terjaga, ini kan pula solat sunat.

Pada insan yang solat wajibnya penuh, insyaAllah solat sunat akan menutupi ketidaksempurnaan pada solat wajibnya. InsyaAllah.

Pernah tengok filem Robin Hood tak? Atau Prince of Persia? Atau any filem perang. Kagum tak tengok kehebatan Robin Hood, dan bala tentera yang sama-sama berperang waktu tu? Cuba bayangkan tentera-tentera tu adalah tentera Islam, saya pasti kita semua akan mengalirkan air mata bila membayangkan begitulah usaha orang-orang Islam pada Zaman Kegemilangan Islam dulu. Seriously, if you haven’t watched, I suggest you to watch it, and try to imagine them as tentera Islam sedang berperang dengan musuh. I have tried to imagine that when watching Robin Hood. And I cried. I could not stop my tears.

Mungkin saya kurang pandai mengajak orang melalui tulisan. Tapi, saya harap entry ni boleh membuka mata at least beberapa orang tentang pentingnya solat sunat tahajud. Pada saya, seorang muslim yang telah dewasa sudah tak perlu berperang dengan diri sendiri untuk bangun subuh, sepatutnya dah tak ada masalah langsung untuk bangun solat subuh. Tetapi menjadi dewasa sepatutnya telah lama berperang dengan bangun untuk solat di sepertiga malam. Mari sama-sama mengejar pahala :)

Thursday 17 June 2010

My rare disapproval :(

Salam.. rajin pulak saya update blog lately..
Perasaan after exam kot..asyik nak update blog je..

Actually there's one thing that is haunting me over the past few..i'm not sure.. few days, few weeks, few months, or few years maybe?? Sometimes I think about it, and I can't get it out of my head because it's always happening. It keeps happening.

Sometimes I think I might have some 'liver' problems..(penyakit hati..not liver disease medically, if u know what I mean)

I'm really sorry if this post hurts anybody. I'm just trying to be honest with myself, or maybe I'm just trying to figure things out, I mean, to figure out why I feel this way when those things occur.

Today, i mean, nowadays, there are people who like to brag about themselves. Even though it was only a joke. In simple words : puji diri sendiri. If I were a psychic, I would love to see were they actually mean what they say, and why actually they have to say that. Do they have no one telling them that they are pretty whatsoever, or don't their parents tell them how to be humble, that they have to puji themselves by making a joke? So what, do they think by saying that, people who are listening would say the same things and does it make their confidence levels increase?

I always see good things in others. Everyone has his/her own uniqueness. I always have the idea that everyone is special in their own ways. And I love to express my admiration to people I like. But when it comes to someone who likes to make a joke by saying they are cute, pretty, handsome or anything, it seems like there's suddenly a wall coming in front of me that inhibits me to say whatever I wanted to say. And it seems to be an annoyance to me. I don't know why. That's why I said, I might have some 'penyakit hati' that I don't like this kind of attitude.

I notice that this kind of thing usually occurs in adults. And they do this repeatedly! Yes of course children also did, but don't you think it is generally acceptable if children did this?

And wait.. there's another attitude.. someone who likes to say bad things about themselves, which, in fact they know IT IS NOT true.. just because they want to hear others' opposite responses about it. You know what I mean?? And they do this repeatedly. How would you feel of person like this? Am I the only one who is annoyed by it?

Honestly, I don't meet one person with this behavior. They are many. So I don't actually pointing this post to anyone in particular. Never think that I'm pointing this to specific person. Honestly, it is only for general.

One main question arises from my mind :

Is it normal to have a feeling of annoyance and disapproval on such things?

Answers are not compulsory. Understanding is enough :)

Wednesday 16 June 2010

Nak salam ke tak..nak salam ke tak?

Semalam saya salam tangan dengan doctor lelaki..sebab saya salam dengan
semua doctor perempuan dalam bilik tu untuk ucap terima kasih. Dan
dia sorang ja doctor lelaki dalam tu. Dan kalo nak salam doctor perempuan
yang last, memang kena lalu doctor lelaki ni.

Dulu pun saya pernah salam lelaki sebab dia hulur tangan
dengan yakinnya di depan semua orang untuk wish happy birthday..
Saya ragu2 jugak nak salam..Tapi sebab dia dengan yakinnya angkat tangan tinggi2 and say"Happy Birthday!"..saya teragak2.."nak salam ke tak..nak salam ke tak.."
Tapi, as usual..bila benda2 macam ni jadi, mana ada banyak masa nak decide..
Saya pulak jenis yang 'kesian nak buat orang lain malu'.. saya pun menyambut salam..

Ada jugak sorang kawan indonesia satu group orientasi dulu,
cepat je dia hulur tangan nak wish "Selamat Hari Merdeka Malaysia"..
time tu saya blurr, time tu baru seminggu dua datang Indonesia,
blurr sebab 1st time orang wish hari merdeka sambil
salam-salam. Kat Malaysia mana ada salam-salam wish hari merdeka.

Saya dah try cari dalil-dalil pasal bersalaman lelaki & perempuan.
Banyak pendapat, ada kata haram (dgn dalil) dan ada kata mubah (dgn dalil).
Mubah is sesuatu yang tidak harus selalu dilakukan. Sebab kalau itu tidak berguna dan dapat menimbulkan fitnah lebih baik dihindarkan.

Banyak pendapat. Semua ada hujah masing-masing. Tapi,
saya macam lebih setuju pada yang mengharamkan..

Panjang sgt nak tulis satu2 kat sini..tapi saya baca dari
link-link ini..(link1)(link2)(link3), semua penulis blog..tapi dorang
bagi dalil hadith & al-quran, and ada komen2 pembaca kat bawah
pun bagi dalil jugak.

Sebab jawapan yang saya dapat agak inconclusive,
so lepas ni, lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan,
jangan la angkat tangan nak salam dengan yang berlawanan jantina..
Buat orang lain rasa bersalah je..terutamanya pada saya yang sgt lah
kerap rasa bersalah ini..huhu..

ok itu saje nak cakap :)

Tuesday 15 June 2010

pendek~

Alhamdulillah, akhirnya sidang thesis pun tamat.
Good Luck to kawan-kawan yang belum sidang --> esp en.naqi (khamis)

-hari ni tak nak cakap apa-apa- bye :)

Saturday 12 June 2010

Yogyakarta

Okay, kali ini tentang perjalanan kami ke Yogyakarta (Jogjakarta). Jogjakarta adalah satu-satunya tempat di Indonesia yang masih mengekalkan Raja sebagai tampuk pemerintahan. Kiranya mereka tak pakai orang-orang politiklah untuk mentadbir negeri.

Kami bertolak dari Malang, sekali lagi dengan train Malabar, pada jam 3.30 petang, dan sampai di Jogjakarta hampir jam 12 tengah malam. Then naik taxi dengan harga Rp40 ribu menuju ke hotel. Ada sedikit perkara menarik yang kami bualkan dengan pemandu taxi.

Bapak supir taxi : Dari Malaysia ya?

Kami : Dari Bandung.

Bapak supir taxi : Oh, saya pikir dari Malaysia.

Kami : Diam.

Bapak Supir taxi : Kalau orang Malaysia itu suka tipu, baik-baik sama orang tempatan supaya dapat murah. Kan di Candi Borobudur itu orang Malaysia atau orang luar perlu bayar Rp100ribu. Orang tempatan cuma Rp20ribu.

Kami : Diam dan senyum. (takut terkeluar loghat orang Malaysia)

Tak sampai 10 minit, kami pun sampai di Hotel Vidi 1. Check in, then kemas-kemas bilik, and tidur.

Pagi esoknya, kereta sewa + supir sampai jam 8 pagi. Perjalanan ke Candi Borobudur mengambil masa 1 jam. Ini gambar-gambarnya :

Dari jauh kelihatan stupa

Sebelum masuk, kena baca dulu peraturan masuk.

Semakin mendekati candi

Candi Borobudur ada 10 tingkat semuanya

Dari tingkat bawah hingga atas, dinding-dinding candi terdapat lukisan, yang
merupakan sebuah penceritaan tentang masyarakat pada zaman tersebut.

Yang ini saya kurang faham kenapa kepala patung terpotong. Banyak yang macam ni.

STUPA


Bye bye candi

Di sini cuaca sangat panas. Kat luar candi memang ramai lah warga tempatan ambil kesempatan sewa and jual payung, topi dan apa2 yang boleh elakkan panas. Nasib baik kami semua bawak payung. Di luar kawasan candi, ada banyak kedai menjual barangan berkonsepkan candi dan kraftangan Jogjakarta. Murah dan berpatutan. Satu tips : Barangan kat kedai tu lagi murah daripada yang warga tempatan jual sambil berjalan. So beli yang kat kedai, boleh tawar jauh lebih murah.

Candi Borobudur ni memang tempat melancong semata-mata. Tanda sejarah awal kehidupan manusia beragama di Indonesia. Tapi sekarang, Candi Borobudur ni dah tak jadi tempat beribadat. Kami pergi pada hari Jumaat, kat bahagian pintu masuk Candi ada sebuah surau. Pelancong beragama Islam siap boleh Sembahyang Jumaat dan berkhutbah di situ.

Candi Borobudur ni pernah diiktiraf sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Tapi sekarang dah dikeluarkan. Baru saya tahu Tujuh Keajaiban Dunia ni banyak kali bertukar-tukar dari zaman ke zaman. Dan sekarang ada Keajaiban Dunia Baru yang semuanya ada lapan termasuk Piramid yang diberi penghormatan sebab satu-satunya Keajaiban Dunia Kuno yang masih kekal sampai sekarang.

Balik dari Candi, kami ke Gunung Merapi. Pernah dengar? Kalau Candi Borobudur tu kita dengar dalam Sejarah Peradaban Dunia waktu tingkatan 4, Gunung Merapi ni popular dalam pelajaran Geografi PMR. Ia sebuah gunung berapi yang masih lagi aktif mengeluarkan laharnya. Kami diberi peluang untuk menonton filem tentang sejarah dan struktur gunung, dan bagaimana para pengkaji menentukan keaktifan dan meramalkan letupan gunung berapi. Waktu tu udara penuh dengan kabus, so kami tak dapat ambil gambar gunung Merapi tu.

Lepas tu kami menuju ke Pantai Depok. Kami sampai dah waktu maghrib. Tak ada gambar sebab semua camera dah habis bateri. Pemandangan pantai tu biasa-biasa, bagi saya pantai kat Malaysia lagi cantik. Dan semestinya Pangandaran jauh lagi cantik. Tapi, kami makan seafood yang sangat-sangat murah. Dengan harga Rp157ribu (RM60), kami dapat 5 ekor Ketam masak pedas, hampir 1 kilo sotong goreng tepung dan sotong masak kalasan, 2 ekor ikan bakar medium size, kerang masak sos tiram, dan sayur kangkung, nasi dan pelbagai air minuman.

Perut dah kenyang, kami pun balik hotel dengan senang hati. Flu saya makin teruk.

Esoknya kami ke Istana Kraton, tempat kediaman keluarga diraja yang memerintah Jogjakarta. Then, kami ke Malioboro, tempat-tempat untuk membeli souvenir, dan kedai Batik Jogja. Jogja juga terkenal sebagai Pusat pembuatan Batik. Mahal jugak la batik-batik kat situ, tapi selesa la pakai dan colour tak luntur sebab original. Tapi kalo convert duit Malaysia, kira murahla. Lepas tu kami makan di restoran makanan Thailand, namanya Phuket. Makan tomyam, kerabu mangga, ayam bakar dan ayam goreng bertepung, sayur broccoli sos tiram, dan masing-masing air dengan harga RM40 sahaja. Seriously duduk Jogjakarta memang best kalau pasal makanan. Hehe.

Kami kembali ke stesen keretapi untuk perjalanan jam9.27 malam dari Jogjakarta ke Bandung. Sampai Bandung jam 5.10 pagi. Sampai rumah, terus total bed rest. Isk2. Esoknya, kami semua kena sibuk-sibuk balik uruskan hal thesis, jumpa semua supervisor and examiner, and buat slide untuk presentation. Saya dapat hari kedua (Selasa, 15jun) untuk present my minor thesis, lepas tu baru betul-betul merdeka.

P/S : Mulai 16 July, Malaysia Airlines dah ada route Bandung-KL. Baguslah. Saya rasa Air Asia dah makin menjadi-jadi sekarang. Mencekik darah. Last month, saya homesick, my mom suruh balik 1-2minggu, tapi bila saya check ticket, tambang untuk mana-mana route dari Indonesia ke Kota Kinabalu semuanya total Rp3juta lebih. Hampir-hampir Rp4juta. Saya tak sanggup untuk cuti seminggu.

P/S 2 : Saya perlu berjimat-cermat. Bulan2 terakhir 4th year saya sangat membazir. Sangat-sangat-sangat. Stress exam mungkin. Dalam masa 2 bulan setengah, duit dalam akaun saya menyusut sebanyak Rp11 juta tanpa membeli aset-aset yang significant. Apakah? Kalaulah parents saya tahu, menangislah mereka. Isk.

Thursday 10 June 2010

Perjalanan ke Timur Pulau Jawa - Malang.

I came back from the so called ‘Journey to the East’ last Sunday. And today is Friday. I’m too lazy to write about it on the next day after my arrival because of these acute rhinitis, sinusitis and slight fever that I’ve got from the short vacation. I think I’ve made the right decision going along with my 3 girlfriends for this journey (Fiza, Zahidah, and Yan). I enjoyed it on the first and second day, especially when we set foot in BROMO, Malang. It's a very cold place. The weather change is the main etiology of my acute rhinitis. Seriously it was the weather. On the 4th day, I started to feel a little bit lethargic. I keep thinking the bacterial toxin or viral toxin were using my glucose, and my ATP, that's why I felt weak. (again,psychology of a medical student..huhu)

First day

We set off for the railway station (Bandung) at 9 o’clock, to buy the 3.30pm tickets – the only time a train would go from Bandung to Malang. We were lucky to have four executive seats near to each other, considering we bought them at the last minute. We have much time left before departure, and we decided to go to Pasar Baru which was just behind the station. We ate Pak Che Met’s Ikan Bakar and Sotong Bakar, bought Pisang Keju for our friends in Malang, bought UNO cards to play in case we couldn’t sleep during the 17-hour-journey, and last but not least, bought Big BurgerSSS for our stomach.

In my previous post, I said the journey was 400km, but actually it was about 800km. This was my first time taking a train for a long journey. It wasn’t bad at all. I love it more than the airplane because I can turn the seat down until 85 degree..hehehe..


Second day


Okay,fast forward. We reached Malang at 8.10 in the morning. There is a supir (driver) waiting for us with an A4 paper written on it the word “ZAHIDAH”. Then, we went to the first two places in Kota Wisata Batu -Coban Rondo Waterfall and Agrowisata. We also went to some malls there, quite similar to malls in Bandung, so we ended up buying nothing. Some pictures on the first day:



Coban Rondo Waterfall

Can you see the rainbow?

Pink guava

Fiza and Yan


Then we met our friends who are studying there. They were our classmates during our 2-year-A-Level course back in KTT, Sepang. We stayed in their house for 2 days and 1 night. The house was located at Jalan Belakang Rumah Sakit Saiful Anwar (rings a bell?:p), the hospital where my friends work for their co-assistant year. We were quite unlucky because on that day, there was a big celebration of AREMA fans (Malang Football Club.. something like that) for their victory against Surabaya if I’m not mistaken. The road was totally jammed with the residents showing their supports to Malang Team. My friend managed to take some pictures of it, when we went out to have our dinner. We have to walk along the road to avoid the jam.

Third day

We took a short sleep before we have to get up at 12.30am to go to Bromo, to see the view of Sunrise. It takes about 2 hours to reach the place, and another 30 minutes to go to the viewpoint. One sweater was not enough for the temperature, so we rented another big sweater for the second layer.

Viewpoint :


At dawn


Bromo Mountain from the viewpoint

Bromo Mountain :


Sulfur

Malang is very popular with its Kerepek Buah. There are many types of Kerepek Buah we can find here. After going down from Bromo Mountain, my friends and I have a very limited time to buy these kerepek because we have to catch our train to Jogjakarta in 5 hours. We haven’t packed our things in our friends’ house. I only bought 4 types of kerepek ; Kerepek Epal, Kerepek Nenas, Kerepek Salak and Kerepek Nangka. I should have bought Kerepek Rambutan.

So that was our holiday in Malang. It is a very nice place to visit. To be honest, the environment is more comfortable and cleaner than in Bandung. The air is cleaner, no pollution. We kept wondering why the name Malang is not very well known by people outside Indonesia, like they know Jakarta, Bandung, Surabaya, Medan and Jogjakarta. Coming next is the post for our visit to Jogjakarta, another popular visiting place in Indonesia. Remember Candi Borobudur, Jogjakarta? One of the questions in my Paper 2,Trial Examination for SPM (SBP) for History subject did ask about this Candi. I will update about it in a few days, InsyaAllah. (If the internet connection is OK).

p/s : Today is my mom's 49th birthday! and my sister's 18th birthday. And also my housemate, Fiza's birthday. Happy Birthday!!! :)