KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA

As I grow to understand life less and less, I learn to love it more and more..

Malam ni saya tergerak untuk post sesuatu.. Walaupun my learning issue untuk esok - Chronic Pancreatitis belum baca apa pun.hehe. Sungguh berani mati tak baca langsung. Takpe sempat2 :p

Saya nak tulis pasal adik saya sebenarnya. Si kecik yang sangat merisaukan saya. She is the youngest sister of mine. She was born on the 23rd of September 2000. Y2K generation. Nama pun Y2K generation, perangai pun seangkatan.. I hope she's not reading this post. Adik saya ni lahir 8 tahun setelah saya n adik beradik saya yg lain ingatkan mak tak nak pregnant lagi. Waktu tu adik yg 2nd bongsu - Ain dah umur 8 tahun. Kami bajet mak tak nak pregnant lagi la sebab ktorang semuanya lahir jarak 2 tahun, kecuali me n my elder sister which is 1 year.

Apalagi kami semua sangat excited dgn kelahiran dia. Tapi sometimes kami treat dia mcm orang dewasa sebab kami semua pun dah besar. I think, kami sangat manjakan dia dan selalu jugak marah dia.

Tapi, satu benda yang saya takut dgn dia, dia sangat addicted dengan TV, computer games, internet games dan yg seangkatan dengannya. Saya perasan sejak dia umur 4 tahun, waktu tu saya kat KTT, dia dah start main computer games. Ckp la games apa yg ada kat computer tu, semua dia pernah try.Tak sume kot, tp sume games yg ada kat computer kt rumah tu lah. The SIMS, Insaniquarium, diner dash, pizza frenzy, plant tycoon, bla bla bla (cuma tersebut beberapa nama) yg saya sendiri tak tau pun dia tahu main. Pernah sekali saya baru nak berjinak2 main insaniquariun, dia tgk saya main, lepas tu dia ckp, kalau dia, dia tak main cmtu. dia buat cmni bla bla bla supaya cpt dpt duit. Dalam diam saya cuba la main ikut strategi dia tu, pastu mmg betulla saya dpt duit cpt n dpt naik the next level. Itu waktu dia 4-5 tahun.

Then waktu zaman friendster, dia pun ada friendster. Sungguh2 nak mintak buatkan friendster. My siblings yg lain sume mmg selalunya tak nak layan dia, tapi dia akan mintak mintak dan mintak berulang2 kali sampai kami pun tak larat nak layan, so terpaksa buatkan sebab malas nak layan dia merengek2.heheh. Serius. Kitorang bajet tak lama lagi dia bosan lah tu. Memang lama2 dia bosan laa. Tp still balas2 komen kalo orang komen dia. But of course la kami selalu tgk friendster dia. Takde lah dia komen n kwn2 dgn orang tak betul kan. Kami tau password dia etc. Saya pernah komen kat dia tanya password, dia dgn innocent nya reply kat komen yg terang2an boleh dibaca semua orang, bgtau password dia.isk.

Sekarang zaman facebook, macam biasa, bila kakak2 dia ada facebook, dia pun nak ada jugak. In fact, dia lebih dulu ada facebook daripada saya, ini adalah pengaruh kakak saya,hehe :p (owh anak jiran saya pun semua yg umur 7,8,9 tahun semua dah ada facebook.isk budak2 zaman sekarang :p) Paling merisaukan adalah games yg sgt byk kat fb ni. Saya tgk orang yg umur saya pun addicted dgn games macam pet society etc (saya tak tau sbb saya kurang main games..mai pet society n gangster battle je.heheh).. apatah lagi adikku yang kecil ini. Dia saaangatt suka main pet, lagi..game yang pakai2 kan baju kat patung tu. xtau game apa tapi hari tu balik rumah selalu tgk dia main benda tu.

One thing lagi, dia pandai cari video cerita hantu n upin ipin kat Youtube. Hari tu saya beli dvd upin ipin kat kedai sebelah mulya abadi utk bagi dia tgk. Pastu boleh plak dia tak hairan langsung, dia ckp 'izzaidah pun ada' (dia gelarkan diri sia izzaidah),pastu tiba2 dia bukak video upin ipin kat computer. Saya tanya la, dia simpan ke video tu, ada semua episode ke.. pastu dia ckp itu dari youtube, die baru search tadi. huhu.

Saya tak tau maybe byk lagi yang saya termissed nak cerita pasal adik saya ni, saya kurang ingat benda2 ni berbanding kakak saya yang ingat lagi banyak. Oh lagi satu, dia ni dah pandai guna software utk edit2 gmbar yang saya pun tak reti sangat lagi nak guna. Contohnya Photoscape. Korang pernah guna tak software tu? Itu yang saya ada kat laptop ni, tak tau apa lagi yang ada kat computer rumah tu. Yang kami adik beradik pelik, tak de siapa pun yang ajar dia guna software tu, maybe dia nampak my sister edit2 gmbr. But still, kalo just tengok sekilas pandang, saya sendiri tak reti nak buat. Nak save kat mane, nak bawak gmbr tu ke sini ke situ, then nak crop situ sini. Tapi tiba2 dah banyak gmbr yg dia edit, siap ada folder nama dia lagi untuk gambar2 yang dia edit. Saya tak tau lah kalo memang adik2 kawan saya pun mcm ni kan. Kalau ya, maybe saya takdelah risau lebih2 sangat.

Lepas tu, bukan saje edit, tibe2 dah ada gmbr di upload kat facebook dia. Memang la saya boleh gelak2 tgk apa yg dia buat, I'm happy having something to laugh at. Tambah2 sekarang ni byk perkara yg boleh mengundang stress, so mmg perlukan bahan untuk relax. hehehe. Tapi saya tetap risau tgk dia selalu main game kat facebook. Kalau dia tgh main, then we ask her to finish her homework, mesti ada je alasan dia. Most of the time "jap..jap" (ok ini mungkin ikut perangai saya.hehe). Lepas tu kalau mak or ayah dtg, n suruh buat homework or sembahyang, dia akan jawab "baru mau buat" or "baru mau sembahyang".

Kdg2 kitorang akan paksa2 sampai dia tak dpt bg alasan lg. Marah2 dia. Baru lah gerak nak buat homework, kalau weekend, dia dah siapkan homework dia hari jumaat, so sabtu n ahad tu mmg tak boleh marah la kalo dia main. Lagi, Astro pun dia rebut gak. Banyak la lagi. Selain facebook, dia jugak selalu pujuk saya and kakak saya supaya buatkan dia blog. Haha. Lawak tapi itulah hakikatnya. Entah berapa kali saya n kakak diasak2 untuk buatkan dia blog. Berapa banyak alasan yang kami reka supaya dia tak dapat cari sebab untuk buat blog. Kami kata blog ni perlu ada permission dari pihak berkuasa etc, saya pun tak ingat apa lagi alasan yang kami bagi sampai dia pun stop dari pujuk2 kami untuk buatkan dia blog,huhuh. penatt.

Tadi, saya tgk dia upload gmbr kat facebook. Mari kita lihat gambar2 yang die edit. Tapi yang tak tahan, dia edit gmbr my sister yang tak pakai tudung, pastu buat blurr, edit jadi sephia ke ape..or cartoon, then dia upload kat fb dia. isk isk. menjerit my sister. mmg la blurr tapi orang yang berfikiran waras still boleh nampak. mmg nak kne marah la budak ni. tunggu kak yah yg garang ni balik :p :p

ini patung amer/ kak wahidah dipakaikan tudung

ini cuma beberapa gmbr.. kat facebook dia ada lagi, tapi saya malas nak upload byk2. balik rumah nanti (yeaay bulan 12 balik rumah lagii) nak tgk folder dia tu dah banyak mana gmbr yg diedit.huhu.

dan ini adalah..gmbr adikku yang hitam sbb sgt suka main bwh panas mentari~

Ok itu lah cerita tentang adikku sayang yg sorang ni.. tujuan post ini bukan untuk memburuk2kan dia, tapi kalo ada siapa2 yang ada adik seumur dgn my sis ni, and boleh share pandangan, saya sgt menghargai.. we love her so much tapi apa yang boleh kami buat supaya dia tak terlalu ketinggalan dalam teknologi tapi tak juga terlalu advance.huhu. And yg penting, we want her to study sebab dia selalu bangga2 dia dapat nombor 1 dalam class. But baru2 ni, 1st time dia dapat no4. I hope she can learn from that.

Cukup lah ni, saya dah ngantok, petang tadi pegi kampung lagi ajar budak2 sekolah cara memberus gigi yang baik dan betul..penat..LI esok ye.. Kat bwh ni gmbr saya n adik2 saya waktu kecik. Curik dari album akak.heheh. Mari ketawa bersama2.huhu.

sis wahida, me, amer and ana

me and sis wahida

sis wahida, ana and ain


sis wahida.hehe


lihat la my kakak yang sangat manja dgn ayah itu

hehe i still remember this moment. selongkar2 almari mak semata2 nak cari tudung untuk pakai bergambar.. tak sangka tudung tu yang menarik minat saya.haha :p

saya yang mana satu?hehe.

ok lah bye.

p/s : mls nak edit apa2 ayat yg salah or ejaan slh..hehe.

Persoalan hatiku..

1. Anda ada seorang kawan. Kawan anda ada kereta. Sometimes anda tumpang kereta kwn tu, and sebagai seorang yang tidak mengambil kesempatan, anda ingin menyumbangkan sedikit wang sebagai tanda terima kasih. Tapi, kawan anda pulak seorang yang tak mahu terlalu berkira. Situasi macam ni sebenarnya bagus atau tak?

2. Anda seorang yang tidak suka menyusahkan orang lain. Anda sanggup lakukan apa saja untuk memastikan anda tidak menyusahkan orang lain. Tapi, bagi orang lain, anda akan menyusahkan diri anda. Jadi mereka tak galakkan anda buat sesuatu yang menyusahkan anda demi untuk tidak menyusahkan mereka. Tapi.. bila anda ikut cakap mereka, anda memang akan menyusahkan orang yang lain pula. Kesudahannya anda merasa bersalah kerana menyusahkan orang lain pula. Apakah solution untuk perasaan ini?

3. Dalam persahabatan, anda seorang yang suka memberi dan tak suka berkira dan tak mengharapkan balasan. Tapi, anda tak senang jika menerima sesuatu yang diberi sebab merasakan 'ada sesuatu yang dihutang' terhadap orang lain. Adakah sikap ini adil untuk orang lain yang juga bersikap suka memberi dan tak suka berkira?

4. Sekali lagi, anda seorang yang suka memberi.Bila anda kerap memberi di awal persahabatan, ada teman anda yang terbiasa berada di situasi seorang penerima. Kadang2 menunggu anda memberi. Ataupun meminta-minta dengan nada gurauan yang mana anda tahu tujuannya adalah untuk anda memberi. Anda merasa dipergunakan. Adakah anda cuma bersikap 'berbuat baik untuk kepentingan peribadi' = berbuat baik hanya kepada yang berbuat baik dengan kita?

p/s : Cerita sebenar dirahsiakan.


I just came back from Desa Cihanyir. Akhirnya..berjaya melalui 4 minggu, which is SEPARUH!!

This weekend, di sana, rasanya minggu yang tak stress bagi saya. Sebabnya, tuan rumah dah membuka ruang yg lebih luas d rumah tu untuk kami. Ada tambahan sebuah bilik, and ruang tamu yang agak luas jugak, much more comfortable, ruang solat pun dah byk, tinggal pilih je. Skrg saya dapat rasakan perasaan orang2 yang dpt tempat penginapan yg best. Betapa tidak stressnya KKN mereka. Apalagi mereka yang ada kereta dan motor. Sungguh mereka tidak patut merasa stress,hehe.

My group pun dah start solat berjemaah. Alhamdulillah. Rasa bersalah plak tulis entry sebelum ni. Tapi xpelah, tak nak padam entry tu.hiiii. Minggu ni jugak first time saya balik sendirian. Jalan kaki dgn beg pakaian + laptop, naik turun 3 angkut + 1 ojeg. Betul2 rasa macam anak perantauan. Dengan suasana desa2 yg memang sangat kedesaan. Tapi pengalaman yang ini saya suka.

Saya cuma tak suka part bersosial yang keterlaluan..n buatkan saya bosan.huhu. Baik saya balik buat kerja yg banyak kat rumah ataupun study. I like PIKET (weekdays activity) sebab time tu je kot yang betul2 buat kerja.

Tadi, lawan futsal dengan ibu2 kat kampung tu. Siapa kalah didenda bayar sewa main kt gelanggang futsal tu. Ibu2 tu mcm dah slalu main, and practise, terror plak tu. Kami kalah 0-3.

Semalam nasib baik bwk laptop, banyak kerja yg dapat disiapkan, takde lah duduk saje2 mcm minggu2 sebelum ni. Pagi tadi pun dapat study dgn tenang, sbb pagi2, suasana sunyi, duduk menghadap kolam ikan n sawah tp xde padi sbb bukan musim. Dapat jugak la merasa suasana kampung yg tenang sbb takde bunyi bising kenderaan.

Tapi saya try tak nak excited lebih2. Sebab..as I said before, and berdasarkan pengalaman hidup saya.. bila kita terlalu happy, kita tak selalu dapat apa yg kita expect, tapi bila kita sedih and tak suka dgn something, selalunya in the end, kite takde lah dpt benda yg teruk sgt. And nak tahu tak, pagi semalam before pegi desa, janji dgn ahli group nak pegi desa jam 7 am, pagi tu jam 6 am, saya sempat menangis sebab tak nak pegi.huhu. betapa saya stress pada minggu2 sebelumya :(

Ok lah tu je nak merapu hari ni. Asyik crita psl diri sendiri je kan.hehehe :p ok bye.

p/s : nak letak gambar desa tapi mls lak nak transfer. Later k :)

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

  1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
  2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
  3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
  4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
  5. Al malul halal, atau harta yang halal
  6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
  7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
Sumber : Mutiara Hati

p/s : sgt nak update tapi busy.

...




selalunya...kalau kita excited nak buat satu benda.. most of the time, kegembiraan yang disangkakan dan diharapkan tak terjadi..

dan selalunya, kalau kita bencikan sesuatu benda..most of the time, kita mendapat sesuatu yang kita tak sangka..yang membuatkan kita gembira..

My KKN..I don't know how to describe it.. Saya sangat excited pada mulanya..
Sekarang.. 50-50.

Bukan sebab ahlinya tak best, ahlinya semua (ya semuaa) best dan baik, saya asyik gelak dengan mereka..buat lawak no1..

Desa Cihanyir tu pun ok, tak jauh, senang nak pegi, tambang pergi balik cuma rp16k.

Cuma..cuma..cuma..
Entahlah..

Saya fikirkan..punca saya tak suka adalah sebab :

1. Bilik sempit, 1 katil tidur 4 orang (next week mungkin 6 orang), panas... dan ada "bunyi"

Itu saya boleh terima lagi..tak nak lah manja sangat kan..

2. Share toilet dengan budak lelaki.

Toilet dalam bilik, bilik tu saiz mcm 1 king size bed, then ada ruang muat untuk tambah satu rak utk TV..so tgk TV sangat dekat dari katil.. toilet kat dlm bilik tu jugak..Lelaki keluar masuk..

Kat luar bilik tu, ada ruang kosong, budak lelaki tidur kat situ.. Budak perempuan selalu bukak pintu, tak nak tutup..pergaulan bebas..kalau saya tertidur sebab penat, lelaki yang kejutkan bangun makan.. Lelaki + perempuan bebas tengok TV sama2 dalam bilik sempit tu.. dan tempat duduknya atas katil..

Saya tidur sepanjang malam pakai tudung. Pakai baju lengkap macam nak keluar rumah.. Dengan keadaan panas yang tak ada kipas.. tingkap dibuka.. di luar tingkap ada kandang kambing..

3.Sembahyang sorang2

Yang ni group saya tak jaga sangat, lelaki perempuan.. Itu yang saya agak kesalkan. Dalam bilik tu, tak ada ruang langsung untuk solat.. So saya solat kat ruang tempat budak lelaki lepak tu. Kalau saya solat, budak lelaki duduk2 kat belakang buat kerja masing2, borak2, main poker, etc..

Ada yang solat, tapi itu pun tak semua waktu..dan.. lambat..

Subuh, saya bangun macam biasa. Azan banyak kat masjid. Sorang pun tak bangun. Gelap. Saya keluar bilik perlahan2 sebab takut ganggu budak lelaki tengah tidur. Solat dalam gelap. Pastu tak ada benda nak buat sbb semua orang tak bangun lagi.. tak kan nak pasang lampu orang lain tengah tidur..

Saya tunggu..tunggu..dan tunggu..jam 6.30 pagi, baru sorang2 start nak bangun..

4. Bahasa Sunda

Saya dan 4 orang rakan under dusun yang sama, jalan keliling RW. Best. Saya suka. Tapi bila tiba bab interview, sepatah pun saya tak faham. Saya bawak buku nak salin. Saya cuba aplikasikan apa yang saya belajar di class Sunda yang cuma ada berapa sesi tu, saya cuba nak fahamkan, sampai saya sakit kepala. Rasa nak nangis pun ada waktu tu.. Membayangkan macamana saya perlu lalui untuk 7 minggu lagi..kalau sepatah apa pun saya tak faham

***************

Mungkin saya seorang yang agak conservative.. bagi sesetengah orang mungkin saya dianggap tak sporting.. Tapi, saya memang susah nak terima keadaan macam tu, bila saya kurang suka dengan keadaan macam tu, agama tak jaga, pergaulan sangat bebas, saya susah nak gembira.. Walaupun ada benda yang saya enjoy, saya suka desa tu, saya suka buat kerja kat situ.. tapi... macam mana nak jadi sporting bab2 sentuh2 sesuka hati, pukul2 sesuka hati lelaki perempuan. Tahu lah sentuh tak ada perasaan kan, tapi still, tak boleh kan??

Balik dari KKN, saya sakit, demam, sampai hari ni badan still panas.. Saya tak tau saya terkena infection apa.. Belum sembuh, tapi esok perlu pergi semula.. Semoga saya tak bertambah sakit, dan semoga saya enjoy esok sebab saya dan 2 rakan fakultas kedoktoran ditugaskan untuk sesuatu yang berkaitan dengan Puskesmas di desa tersebut..

Terima kasih kerana membaca. Yang baik jadikan teladan, yang buruk buang jauh2.. (^_^)

Mimpi + Arwah

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Malam tadi, mimpi arwah nenek yang dah meninggal 11 tahun lepas.. Dulu mula2 selalu jugak mimpi, tapi kali ni selepas bertahun2, tiba2 mimpi lagi.. Dalam mimpi tu, nenek tak kenal kami, i mean, anak2 dan cucu2nya. Saya jadi takut sebenarnya bila mimpikan orang yang dah takde sekian lama~

Biasanya, kalau saya bermimpi benda2 yang tak mengganggu fikiran saya sebelum tidur, pasti ada kejadian yang akan berlaku..yg berkaitan dengan mimpi tu.. Saya ingat BANYAK..banyak mimpi sebelum ni yang betul2 terjadi. Sejak umur saya 7 tahun, saya dah mengalami mimpi2 yang betul2 sama dengan realiti.. Selalunya buat saya terdiam bila benda tu betul2 berlaku..

Sebab tu mimpi tadi mengganggu saya..

Saya sms mak,

Mak jawab, biasalah tu mimpi orang yang sudah tiada, Yah sedekah lah al-Fatihah untuk nenek.

Sebenarnya lagi, saya selalu terfikir satu benda.. Mungkin sebab ilmu saya tak cukup lagi..kalau saya sedekahkan Al-Fatihah, adakah ia akan memberi manfaat pada arwah? (merujuk kepada hadith kat atas)

Setiap kali ada seseorang yang meninggal dunia, kita selalu disarankan agar sedekahkan Al-fatihah. Saya tak tahu tujuannya, tapi saya assume ia adalah untuk arwah, dan jugak peringatan untuk kita orang2 yang masih hidup..

Followers

Me and myself

My Photo
Rafahiah Haron
There is no happiness except in the realization that we have accomplished something~
View my complete profile

Shoutmix


ShoutMix chat widget

My Blog List

Standing In the Eyes of the World

My counter