Sunday 28 October 2012

Dalam perut vs Luar perut


Gambat baby boy (my sister's son) waktu dlm uterus
Gambar luar uterus..hihi..sama kan dgn waktu scan

I can only detect the shape of his mouth..which resembles my sister's mouth..:P Hidung n mata belum dapat disahkan. hihi. Mungkin hidung pun my sis jgk. Mata my brother in law..mana2 ja lah..yang penting baby selamat. Pandai baby, tidak berat-beratkan badan dia walaupun my sister ada masalah gestational DM waktu bulan puasa hari tu. Baby lahir 2.7 kg, pada jam 6.04 pagi, 28 Oktober 2012, bertempat di KK Specialist  Centre, Luyang. Alhamdulillah bayi lahir normal pada usia 39 minggu dlm kandungan. Pandai baby cari timing supaya his mama tidak di induce..hehe..Coz my sister akan di induce kalau waktu EDD (which is on 2nd November) masih belum ada tanda-tanda bersalin memandangkan dia ada masalah GDM tu.

So ini adalah my first anak buah di sebelah my family di Sabah :-) Huhu mau jumpa baby. Tapi tunggu aunty beranak dan berpantang dulu ok, nanti aunty balik Sabah dgn uncle Naqi :-) Bawa sepupu yg muda sikit..hihi..insyaAllah

Okay, debaran semakin terasa..huhuhu..i'm preparing myself mentally & physically untuk my turn plak..LMP saya dan my sister beza tepat 4 minggu. Setiap hari Khamis akan masuk minggu baru. Mine sekarang 35 minggu 3 hari. Doakan semua lancar k! :-)

Wednesday 24 October 2012

@ Kemaman

Hari ni 9 Zulhijjah, hari Arafah..mostly dalam rumah ni berpuasa sunat..except for me dan my "instant" anak-anak buah. Kerja saya adalah layan mereka mintak buat makanan, bergaduh, berebut main game, etc. This is my first experience melayan budak-budak yang ramai, sebab kat family saya di Sabah belum ada anak buah. (InsyaAllah minggu depan baru dapat anak buah pertama), so pening jugak lah mula2..sekarang pun pening jugak..hihi..tapi saya pun dah lama duduk berdua ja kat Bandung tu, so sekarang tak lah rasa sunyi sangat bila ada ramai budak-budak. Saya pun bukan la pandai layan budak-budak sangat..I'm in the process of learning:-)

Saya jadi watak baik, Naqi jadi watak garang. So budak-budak ni takut dengan Naqi. Apa Naqi cakap semua ikut. Saya plak jadi tempat mengadu nasib :p Kadang-kadang kalau saya tak tau nak menyebelahi siapa, saya panggil Naqi..hihi..habis cerita..

Kadang-kadang saya tak faham pun apa yang dorang mintak, sebab cakap bahasa terengganu versi budak-budak yang sebut tak berapa fasih. hehe. Orang dewasa cakap pun ada yang saya tak berapa faham lagi, but again, I'm in the learning process :-)

Tadi, 3 of them mintak roti canai telur. Memang dah ada kat bawah tudung saji. Yang sorang nak makan dengan kuah kari, yang sorang nak makan dengan gula, yang sorang nak makan dengan kuah kari + gula. Saya pun bagi-bagi ikut permintaan masing-masing. Yang sorang makan habis, yang sorang lagi mintak tambah gula beberapa kali. Rupanya dia makan gula ja tak makan roti. @_@

Lepas tu tiga yang lain pulak berebut nak makan Maggi. Yang sorang pandai masak Maggi sendiri, so dia masak sendiri Maggi Ayam atas dapur. Lepas tu datang seorang anak buah lagi nak mintak Maggi Ayam jugak. So yang pandai masak Maggi tolong masakkan. Tak lama lepas tu, datang seorang lagi nangis-nangis sebab baru lepas berebut PSP dengan anak buah yang lain. Pujuk dengan makan Maggi. Tapi dia nak dimasakkan Maggi Ayam yang baru. Saya pun pergi la cari Maggi Ayam tapi dah habis, tinggal Maggi Asam Laksa. Pujuk dia makan Maggi Asam Laksa tapi tak nak. Nak tambah telur pun tak nak. He said, "nak Maggi Ayam jugak, ataupun Maggi Kari, tapi tak nak Asam Laksa". Hoho..dekat rak makanan ada 3 bungkus besar Maggi tapi semua Asam Laksa. Last-last dia nampak kotak Teh Lipton dalam rak makanan yang saya tengah bukak, terus bertukar fikiran, "Nak air teh susu la". Saya pun menarik nafas lega....:P

Then, seorang lagi anak buah datang, "Cik Yah, nak Ice blended". Saya pun cakap "Ok, jap ehhh..nanti cik yah buat". Saya cuci pinggan jap, pastu bila dah settle, saya lupa pasal Ice blended..terus masuk bilik jap. Pastu tak lama, he came to me again"Cik Yah, nak Ice blended".. baru teringat balik..kesian dia..hehe..sorry I totally forgot..I asked him, "T (bukan nama sebenar) nak ice blended apa? Milo?"..pastu dia jawab.."Nak yang ada tabur-tabur serbuk kat atas, air dia warna koko jugak tapi bukan Milo"..Wah, ice blended ape ek..bisikku dalam hati. Pegi tanya Naqi jap, air apa tu..chocolate ke. Naqi pun tak tau. Last-last baru saya teringat sampai sekarang pun saya tak buatkan lagi ice blended tu..heee..sorryy..nanti kalau dia mintak lagi, saya buat betul2.. :-)

Alamak tiba-tiba hujan lebat. Stop la online dulu. Saya tak tau nak update apa so saya cerita la aktiviti saya di sini..hihi..Rasa macam tak pernah lagi blog about My life in Kemaman. Nanti kalau rajin saya ambil gambar bandar Kemaman pulak k.. :-)

Tuesday 23 October 2012

2nd post..hihi..thank you MARA

Hari ni tamatlah riwayat saya disponsor oleh MARA..hehe..petang tadi dapat "gaji terakhir" lagi walaupun dah habis study..Alhamdulillah..so lepas ni, start bulan depan, dah tak ada rutin bulanan dapat elaun..isk isk..(yang tinggal cumalah elaun claim tiket kapal terbang dan elaun akhir pengajian yang saya belum claim)

Thanks MARA sebab dah menaja saya selama 8 tahun 3 bulan atas Skim Pelajar Cemerlang (Cambridge A Level  & Ijazah Perubatan Luar Negara), jasamu ku kenang sampai bila-bila.

Kalau tak ada sponsor dari MARA ni belum tentu saya dapat jadi doktor..huhu..so saya kena bersyukur, walaupun perjalanan agak jauh berbanding belajar dalam negara atau pun belajar kat negara lain, orang lain dah lama start HO dan ada yang dah jadi MO pun :-) Tapi saya percaya pada rezeki masing-masing :-) Alhamdulillah untuk semua yang Allah dah bagi. I have nothing to regret :) Yang penting hidup mesti happy ^_^ dan rasa cukup dengan apa yang ada.


Monday 22 October 2012

heee....:-)

1. Mau pre-wash baju-baju baby & cloth diapers..tapi tiada hypoallergenic detergent tu..puas cari tapi belum jumpa..konon-konon rajin la beli banyak2 cloth diapers..sebab comel-comel..kalau bukan sebab mahal..memang sampai sekarang belum stop beli..huhu..harap-harap saya rajin la nanti pakaikan cloth diapers untuk baby, rajin cuci, etc..Now ada la dalam 10 pcs..jangan tambah lagi before baby betul2 akan pakai okay..Ini semua adalah my sister's influence..:p

2. Tapi xtau kenapa, asal pegi kedai baby and tengok cloth diapers..semua yang branded2 ja..buatan US..di Bandung pun macam tu..harga RM100++, tapi comelll..uhhuhu..kalau buatan China mesti kena beli online, standard price around RM20-RM30. Kan best kalau boleh tengok2 dulu depan mata, pegang sendiri, tengok ukuran depan2, baru decide untuk beli..hmmm..

3. Salah satu sebab saya beli awal CD ni walaupun belum confirm akan rajin cuci/pakaikan adalah sebab nak berjimat cermat untuk long term. Ada review kat internet cakap kita boleh jimat RM3500 selama 3 tahun dengan memakaikan anak Cloth Diapers berbanding Disposable Diapers..plus ecosystem friendly. Bila beli siap-siap..terpaksa lah pakai..biar rasa bersalah sikit kalau x pakai..hehehe..and Naqi cakap dia rasa saya akan rajin cuci CD tu nanti, lagi lah bersemangat beli :p

4. Tapi baju2 baby boleh pakai detergent biasa kan..tengoklah besok kalau rajin saya start cuci sikit-sikit baju-baju tu :-)

Sunday 21 October 2012

Berlatih dan berlatih..good luck

Hari ni my pregnancy dah sampai 34 minggu dan 3 hari. Alhamdulillah sebab my first pregnancy ni terasa mudah, dan menyenangkan. Tak rasa sakit belakang, tak rasa membebankan, tak ada symptom2 kurang kalsium yang teruk sampai sakit gigi etc.

Sebab kat Bandung dah selalu sangat jalan-jalan jauh dengan berjalan kaki, rasa janggal sikit kalau duduk tak buat kerja. Jadi banyak tidur. Saya cepat bosan kalau duduk diam. Lepas tu nafsu makan besar. Takut baby terlebih berat plak sebab limited physical activity. So sekarang saya try kurangkan makan supplement sebab takut baby besar. So boleh makan benda lain lebih sikit :p

Harap sampai beranak nanti keadaan akan sentiasa menyenangkan macam ni. Amin. Sekarang tengah berlatih pernafasan macam yang hypnobirth ajar. Tak dapat pergi hypnobirth class pun takpe lah sebab ramai orang share pengalaman kat internet. Walaupun kalau pergi class lebih berkesan sebenarnya. Tapi hypnobirth class mahal bangat. Hari tu kat Jakarta, Rp 2 juta/couple. Tu pun semua class fully booked. Semalam saya jumpa 1 hypnobirth class kat Shah Alam, tapi semua fully booked jugak. Yang tinggal cuma bulan January 2013. Dah beranak pun masa tu. hehe. Tapi kalau tak fully booked pun tetap tak pergi kot, sebab harga dia RM800/couple. Tunggulah my first bersalin experience macam mana nanti. Hehe..

Nanti saya nak tulis "My Birth Plan" untuk doctor. Supaya dia tak terkejut kalau saya tiba2 cakap tak nak induce, tak nak gunting (kecuali kalau keadaan baby betul-betul memerlukan tindakan-tindakan tu). Sebab kalau kat Majalaya dulu, banyak benda yang sepatutnya masih boleh dielakkan tapi dibuat jugak untuk induce, tapi bila failed, terus C-section. Bila saya banyakkan bacaan tentang penanganan kat sini (Malaysia) pun, banyak jugak yang sama macam kat sana. Dan ada ibu-ibu/suami yang "teguh pendirian" cakap yang dorang tak nak, dengan fikiran yang positif akhirnya berjaya jugak lahir dengan selamat.

Saya tengah rajin-rajinkan baca pengalaman orang dengan hypnobirth / gentle birth kat facebook. A very good reference for me. Walaupun dalam dunia kedoktoran, realitinya susah nak buat benda tu dengan setting kat kebanyakan hospital pada masa sekarang, tapi rasanya kalau semakin ramai doktor dan nurse yang didedahkan dengan hal-hal berkaitan hypnobirth ni, semua tu boleh berubah. Dan proses melahirkan takkan jadi sesuatu yang "stressful". Kat Western countries dah banyak yang amalkan hypnobirth ni.

Ni group yang saya cakap tu, salah satunya. Best baca kat situ sebab ibu-ibu 1 Malaysia tak kita Melayu, Cina dan India semuanya berkongsi idea dan fikiran dan bantu-membantu antara satu dengan lain untuk berfikiran positif tentang kehamilan dan persalinan. The Gentle Birth Group Malaysia

Oklah tu ja, macam promote hypnobirth plak kan. Memang promote pun, hehe..bye :-)

Tuesday 16 October 2012

Mixed feeling

Mixed feeling. Telah meninggalkan Bandung. Rasa terharu dengan layanan jiran2 di hari2 terakhir..bila lah dapat merasa lagi kawasan kejiranan macam tu. Tadi before balik..ramai yg datang rumah tolong pack barang..tolong settlekan rumah..salam-salam..tolong angkat barang sampai kereta. Ada ibu yang menangis kami dah nak balik for good. Nasib baik saya dah menangis siap2 hari tu..so di jam2 terakhir tadi dapatlah control ;p

I'm happy but at the same time ada rasa sayu. Tp biasalah mula2 memang macam ni. Kenangan n memory indah2 simpan baik2.. yang tak best buang jauh2..

Selamat menempuh kehidupan baru untuk diri sendiri dan kawan2 ;-)

Saturday 13 October 2012

A present for him ;-)

Congratulation!!!

Monday 8 October 2012

Excited

Dah habis medical school. Alhamdulillah :-)

Mintak maaf my blog sebab lama terbiar menyepi. Minggu-minggu terakhir Magang kat Majalaya hari tu rasa best dah happy ja sebab ramai kawan-kawan internship dan koas, so mungkin tak ada benda yang perlu diluahkan di blog. Sebelum ni kan kami berenam ja, rasa macam isolated sikit dari dunia kawan-kawan lain :-(

Dah habis Magang lagi la..rajin online untuk baca tentang persiapan baby & mommy ja. Plus tiba-tiba excited online shopping sebab hari ni pesan, esok barang terus sampai rumah. Baru-baru ni order set jamu selepas bersalin Mustika Ratu sebab murah 2,3x ganda berbanding Malaysia. My sister yang pesan sebenarnya, lepas tu saya pun pesan lah sekali :) Banyak lagi yang saya plan nak beli online ni sebelum balik Malaysia for good 2 minggu lagi.

Kebetulan Mara tiba-tiba masukkan elaun buku & perkakas yang lama-lama dulu tertangguh. Plus elaun Mara bulan lepas pun baru ja masuk belum pakai.Hihi. Pastu mak & ayah pun tiba2 masukkan duit hari tu. And ma (my mom in law) bawak beli barang-barang baby 2minggu lepas. Alhamdulillah, rezeki baby :-) Rezeki saya pun termurah jugak sebab minggu lepas dapat berpasang2 baju pregnant dari ibu2 saudara suami yang datang Bandung. Thank you :-)

Besok dan lusa kawan-kawan datang rumah nak ambil barang-barang yang kami jual murah before balik. Sebenarnya niat asal nak bagi ja, tapi kalau bagi ada susah sikit, sebab orang berebut. Even sekarang ada yang dah booked pun, masih ada yang tanya-tanya barang tu. Belum masuk jiran-jiran lagi, kalau bagi ja, pastu sorang dapat benda mahal, sorang dapat benda murah, ada yang tak puas hati nanti, susah kan. hehe. SO jalan terbaik, kita jual murah :D

Sekarang tiap hari rasa nak pergi kedai baby. Hehe first timer memang macam tu kot. Excited terlebih. Akan cuba dikurangkan keterujaan ni pelan-pelan :-)

Ok bye.