Monday 26 November 2012

Contraction

It's 4.29 am in the morning. Terbangun awal pagi ni, dari semalam (or pagi tadi?) i can't tidur nyenyak sebab rasa sakit perut. Lama-lama bangun jugak, sebab tidak best tidur, jaga, tidur, jaga. I took my bath, then kira-kira contraction berapa kali (now it's once in 10 minutes), tapi belum ada bloody show. Subuh ada dalam 1 jam lagi What am I going to do? Jom tahajud sama-sama, pray for me jugak ok! Hihi..

Kat luar rumah hujan renyai-renyai. Ok, tepat di saat ini saya sedang mengalami contraction. Sakit jugak la tapi masih boleh tahan. Macam sakit senggugut. Huhuhu. I can't imagine bila dah start contraction yang kerap nanti. Sekarang ni duration contraction ada laa dalam 20-30 seconds, tapi sakit dia rasa dalam 10 seconds.

Barang untuk baby dah pack, my baju ja lagi belum pack, sebab ada yang tengah keringkan kat dryer. Hihi. Nasib baik semalam lepas Isyak saya cuci baju, biasanya cuci baju pagi-pagi, tapi entahlah kenapa semalam cuci baju malam.

InsyaAllah pagi besok kalau contraction makin kerap, dan dah tak tahan, boleh la start gerak ke Kuantan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Jarak Kemaman-Kuantan adalah kira-kira 64 kilometer. Kalau tak sempat, kat Hosp Kemaman pun apa salahnyaa, kan abang? hehe :)

Saat ini sedang mengalami contraction lagi, huhu sakit jugak. Macam bukan once in 10 minutes dah ni. Macam makin kerap. Nanti la saya kira balik. Saya stop dulu k. Do pray for us... assalamualaikum :-)

Wednesday 21 November 2012

Aktiviti Sampingan

Mintak maaf banyak-banyak sebab malas sangat update blog. Sebab position paling best untuk update blog adalah bila laptop letak atas meja study. Hehe. Sekarang mana ada meja study dah.

Nak update pun tak tau nak cakap tentang apa. Since my activity adalah menanam anggur semata-mata sejak sebulan yang lepas.

Ni pun saya update sebab saya baru letak link "aktiviti sampingan" kami berdua di sebelah ni. Hihi. Cuba tengok kat sebelah kanan anda, nampak tak icon "Shaklee" and "GSR" tu? Hehe..itulah aktiviti sampingan sekarang. Bukan aktif sangat pun sebenarnya, tapi cukup la untuk orang tau and kalau tiba-tiba teringin nak beli, boleh cari kami, kan :-)

Kat icon tu boleh click and keluar lah link yang berkaitan :)

Ok itu saja nak update. Doakan saya beranak cepat2 and mudah n lancar k. Aminn :-)

Saturday 10 November 2012

Belum lagi :-)

Malas plak update blog waktu cuti. Sekarang dah masuk 37 minggu 3 hari. Ok dah term. Alhamdulillah :-) Tapi mungkin lambat lagi baby nak keluar sebab belum ada tanda-tanda lagi.

My sister in law dah selamat melahirkan baby boy yang comel pada hari Khamis lepas (8/11/12) :-) Congratulations kak Ya & Fahmi.  Semoga berjaya mendidik anak menjadi anak yang soleh dan berguna di dunia dan di akhirat. Amin :-)

Tuesday 6 November 2012

Pengajaran dan pelajaran

Hari-hari terakhir kami di perantauan itu banyak jugak la mengajar kami erti kehidupan realiti yang sebenarnya. Sebelum ni malas jugak nak cakap apa-apa, biar berlalu menjadi debu. Tapi sampai lah kami berada di "tidak perantauan" ini masih terpaksa melalui benda-benda tu dari jauh.

Hari-hari terakhir tu agak menguji kesabaran dan keteguhan hati dari segi berdepan dengan orang-orang yang banyak demand. Demand itu, demand ini. Kami ni pulak baik hati sangat.

Sampai poket kosong pun masih nak baik hati.

Tapi Allah Maha Kaya, buat baik dibalas baik. I've always believe in that. So tak perlu regret benda-benda yang dah lepas.

Kadang-kadang orang buat jahat dengan kita, kita lupakan. Malas nak simpan-simpan. Harap bila kita tersalah buat something dengan orang, orang akan tak kisah sangat jugak. Bukan sengaja lagipun.

Tapi, kalau orang keep on buat sesuatu yang buat kita rasa diambil mudah, banyak kali nak cuba buat-buat tak tahu pun, akhirnya akan "tertahu" jugak.

Orang selalu lupa tanggungjawab dia kat kita, tapi kita tak pernah lupa apa yang bukan di bawah tanggungjawab kita pun, tapi disuruh bertanggungjawab jugak. Itu yang saya cakap "baik hati sangat".

Selalunya, kita lupakan dan halalkan ja harta-harta kita tu dibuat macam tu oleh orang.
Harta dunia..bukan mutlak selamanya harus menjadi milik kita.
Tapi, berpada-padalah.
Kami bukan orang cop duit.

Sampai keliru mana satu tanggungjawab, mana satu bukan. Semua dah jadi macam tanggungjawab.

Apa pun, let us forgive & forget.

It's the best thing we can do.
It's the best thing we should do.