Friday 26 August 2011

Beberapa hari sebelum raya ^_^

Pejam celik pejam celik, sekarang dah habis 26 hari puasa (kalau puasa penuh laa..hehe). Tak sangka berjaya juga harungi bulan puasa dengan cemerlang di hospital. Sebelum masuk bulan puasa hari tu, saya asyik ulang-ulang cakap dekat kawan2 yang saya takut tak dapat lalui forensic & pediatric dept waktu tengah puasa.

Waktu forensik, saya sangat risau tak tahan dengan bau-bau #u-know-what# waktu sedang puasa. Tapi alhamdulillah, waktu puasa cuma ada lima autopsy. Walaupun saya sering dapat #xxx# yang membuatkan saya terpaksa balik tukar baju sebab bau melekat di baju, tapi syukur saya dapat harunginya tanpa susah payah.

Sebelum masuk pediatric, dengar ramai orang cakap pediatric ni adalah department yang paling meletihkan dan tak best. Sebab residennya #galak-galak# suruh koas buat kerja banyak-banyak sesuka hatinya (bahasa malaysia : jahat/garang..etc), bertambahlah saya risau tak dapat berpuasa dengan baik sebab letih etc.

Tapi, kenyataannya, saya sudah berjaya lalui forensic dan anak waktu bulan puasa. Alhamdulillah. Saya tidak berfikiran positif pun, negatif ada lah. Tapi semua yang dilalui sepanjang bulan puasa di forensic dan pediatric sangat menyenangkan. Harap berterusan lah sampai habis koas. Amin :)

2 minggu stase & 2 kali jaga di Perinatology buatkan saya rasa mahu ada baby comel. Hihi..:P

Besok balik Malaysia, to be exact, besok balik ke tempat suami, iaitu Kemaman. My first time menjejakkan kaki di Kemaman. Bulan Jun lepas cuma ke Kuala Terengganu sebab reception buat kat sana. So besok akan sampai ke tanah kelahiran dan tempat suami dibesarkan sampai besar macam skrg. Hehehe.. Ohya, saya hairan bin pelik tengok encik Naqi yang makin slim. Berat badan dia dah turun 2 kilo. Dan ramai orang tegur dia kenapa kurus? Pelik juga, sedangkan tiap hari makan tambah nasi dan lauk berapa kali. Adakah disebabkan bulan puasa? Atau dia sedang stress? Tapi tiap hari main game. Hmm. Harap lepas ni bertambah la balik berat dia.

Kalau saya sendiri jangan hairan la kalau kurus. Saya makan satu tong pun takkan naik-naik. huhu. Nak cakap malnutrition pun macam tak kena, sebab tiap hari makan banyak. Walaupun mungkin tak sebanyak encik naqi. Mia kata saya kena berolahraga yang rutin. Okay insyaAllah lepas ni tiap hujung minggu jogging :) Mula-mula ingatkan jalankaki dari rumah pegi hospital tu dah cukup.hehe...alasan..padahal jalan kaki bukan berpeluh pun. Paling teruk pun berpeluh sebab matahari tengah panas terik.

Kembali bercakap pasal hari raya. Tahun ni tahun pertama beraya lepas nikah. Sebagai isteri. Disebabkan saya dan Naqi berasal dari dua tempat yang berjiran tetapi terpisah Laut China Selatan, jadi kami harus bergilir-gilir balik beraya. Hehe.. Bagi saya sendiri, setakat ni itu bukanlah satu isu yang besar. Sebab saya sendiri pun dah berapa kali pengalaman tak dapat balik raya dengan family sebab tuntutan belajar di tempat yang jauh. Lagipun, zaman sekarang hubungan itu hanya di hujung jari. Suasana beraya di tempat jauh pun boleh tengok kat facebook bila orang upload gambar. Memang tak sama dengan keadaan sebenar, tapi syukurlah kan daripada xdapat tengok langsung :) Tahun depan beraya kat Sabah pulak :)

Raya di perantauan yang paling saya ingat ialah pada tahun 2005 kalau tak silap, saya beraya di rumah sepupu di Bangsar, cuma berdua dengan kakak. Sepupu pun balik Sabah, so kami tumpang rumah dia. Pagi raya masak nasi goreng sambil tengok rancangan Akademi Fantasia Edisi Raya & Macam-macam Aznil. Kononnya petang tu nak pegi Rumah Terbuka Pak Lah di PWTC..tapi hangat-hangat tahi ayam. Petang-petang kami tidur sepuasnya. Haha..lepas tu raya kedua kami jalan-jalan di Midvalley, semua Chinese and Indian yang tak beraya ja jalan-jalan kat midvalley tu, tiba-tiba kami berdua ja yang pakai tudung. Pengalaman yang sukar dilupakan :)

Malam ni malam terakhir buka puasa di Bandung sebelum raya, sebab besok maybe buka puasa di LCCT. Besok pagi last sahur di rumah. Tadi buka puasa saya buat bubur pulut hitam, buat air kacang soya sendiri, sebab sini jarang jumpa air soya yang menepati citarasa, so terpaksa buat sendiri. Saya buat cendol sendiri juga tadi..hehe.. sebab selalu rasa teringin bila tengok bapak-bapak tepi jalan tu jual cendol, tapi tak berani beli sebab takut sakit perut. So tadi buat sendiri pakai tepung Hun Kwee. Tapi sebab tiada acuan, saya pakai penapis, cendol tu jadi bulat-bulat..Hhiihi..tapi boleh laa asalkan dapat merasa cendol. Walaupun bentuknya bulat, tapi rasanya masih sama macam cendol di malaysia. Yaa iya lah, santan dan gula merah kan rasanya sama saja..:P Ingatkan nak makan yang ringan-ringan ja tadi, tapi naqi kata nak makan nasi. Jadi saya masak daging masak merah dan sayur kailan. Awas kalau berat badan makin turun lagi :P

Jadi puasa-puasa terakhir di Malaysia ni, saya harap dapat pergi bazaar ramadhan yang sangat dirindukan. Huhu. naqi janji bawak jalan-jalan di bazaar kemaman. Yeay. X sabar. Hehe..Besok flight jam 3;30 ptg dari bandung to KL. Ada 2 urusan belum selesai. Besok kena hantar baju-baju business Ana 2nd batch untuk kirim through Ernesta @Neeta. Kesian neeta balik sorang-sorang dari Jakarta. Kalau sebelum kahwin dulu, selalu balik berdua, sekarang neeta balik sorang-sorang :( Satu urusan lagi ialah ambil hadiah kahwin kak Ya & Wa dari ditempah di Istana Plaza.

Dan urusan terbesar yang belum siap ialah Packing barang masuk dalam beg! Tunggu besok pagi lah.hehe. Bye-bye Rumah Sakit Hasan Sadikin for 1 week! (^_^)

Thursday 25 August 2011

Tips ketika dirompak

Tips ni mungkin sudah lama, tapi saya baru tau..hehe..so share di sini..
TIPS.

Kalau korg dirompak and dipaksa keluarkan duit dr ATM, korang guna tips ni. Masukkan num pin secara terbalik..contohnya kalau num pin= 123456, masukkan terbalik akan jadi 654321.Duit akan still keluar.Tp pihak bank akan dpt kesan number itu and akan report pada polis, so, polis akan dtg kat korang immediately..ini ialah bantuan cara senyap.. it's true.. sharing is caring..


Tips ini pernah disiarkan di TV tetapi masih ramai yg tidak mengetahui kewujudan sistem seumpama ini.

Wednesday 24 August 2011

=)

Tanda-tanda Lailatul Qadr.

Kata orang lihat pada sebelah paginya : tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana"terlepas" malam al-Qadar.

Satu SMS menyatakan," Ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) Lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa.

Rasa rugi kalau terlepas!" Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan al-Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, " Jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi "hamba" malam al-Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja."

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat al-Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat al-Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya "diangkat" oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat al-Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas "malam tadi"(malam yang dirasakan malam al-Qadar) apakah sudah berubah, terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya, kita telah mendapat malam al-Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya, malam al-Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam al-Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah "bertamu dalam hati" orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari Syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan "hati kecil" yang suci dan baik. Kedua, bisikan "hati besar" yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara Malaikat dan Syaitan.Antara ilham dan was was. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh "penakluknya".

Orang yang mendapat malam al-Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan, maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam al-Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara. Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam al-Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada al-Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam al-Qadar. Al-Qadar boleh datang, boleh pergi, tetapi Penciptanya sentiasa ada, sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam al-Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam al-Qadar nanti.

Persediaan menenemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk "menemuinya". Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku. Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalahwww.genta-rasa.com.

Friday 19 August 2011

mari membaca blog

Terbengkalai plak blog ni sekejap. Hari ni kebetulan cuti, tapi encik naqi 'kerja' juga. He's in Public Health department now, yang bermaksud dia perlu ke Puskesmas (Klinik Kesihatan) dari Isnin sampai Sabtu. Kalau setiap pagi, saya gosok baju untuk dua orang, hari ni gosok baju untuk sorang.hehe..waktu tengah gosok baju tu kan, disebabkan saya sendiri tidak perlu terkejar-kejar untuk pergi hospital, tiba-tiba saya terfikir, what if suatu hari nanti saya jadi surirumah sepenuh masa?Hihi..macam best ja:P Tapi, suatu waktu dulu, saya pernah berpendirian 'belajar lama-lama, belajar susah-susah, mesti kerja!', jadi saya mesti ingat pendirian saya tu. Jangan disebabkan hal-hal yang stressful dan menduga kekuatan mental & fizikal, saya kalah dengan pendirian sendiri.

My self-regulatory control, lately, banyak kali teruji. Saya hilang motivasi, hilang kawalan terhadap diri sendiri. Banyak faktor sebenarnya yang buat saya jadi macam ni. Satu, mungkin saya sudah jarang mendapat kesempatan untuk duduk depan meja, duduk berjam-jam untuk study. Saya rasa sepanjang koas, saya jarang buat macam tu. Disebabkan hal ini, kemungkinan otak saya sudah kurang dilatih untuk mengingat apa yang saya belajar. Ini menyumbang untuk faktor kedua, iaitu MUDAH LUPA. I admit, my level of attention, concentration and memory is deteriorating very badly. Bukan salah siapa-siapa, tapi salah saya sendiri. Memory saya waktu sekolah dulu JAUH lebih bagus dari sekarang. Itu yang sering buat saya stress.

Semua orang ada waktu 24 jam sehari. Saya mengisi 1/3 dari hari saya untuk tidur. Mungkin perlu dikurangkan. Saya ada satu pendirian yang mungkin kurang sesuai dengan status saya sekarang sebagai student yang harus bertanggungjawab pada nyawa seorang pesakit, dan sebagai isteri yang harus bertanggungjawab terhadap seorang suami. Pendirian saya tu adalah kalau penat, mesti rehat. Terutama waktu malam. Kalau mengantuk, mesti tidur. Kalau 'jaga'/kerja malam, kalau tiada patient, mesti rehat, jangan melawan kemampuan diri sendiri untuk buat kerja tambahan. Tapi sampai bila pun saya x tau. I know I must change something. For a better me.

Mungkin juga saya terlalu 'bersyukur' sampai tahap sangat selesa dengan keadaan sekarang. Sampai tahap tidak mahu meminta lebih, dalam erti kata lain, meminta lebih bermaksud berusaha lebih untuk sesuatu hasil yang lebih baik. Dalam diri saya ada satu sikap yang terlalu ingin bersederhana. Sampai saya tidak ingin bersaing untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Do i need to change myself? I don't know.

Tapi dan tapi,

Saya enjoy bila buat benda-benda yang lain, yang luar dari hal-hal hospital. Kalau di hospital, saya selalu rasa bersalah. Rasa bersalah sebab banyak sangat benda yang dah belajar tapi mostly lupa bila tiba masanya untuk diaplikasi pada patient. Kalau hal-hal tu tidak melibatkan nyawa, mungkin tidak ada hal yang boleh buatkan saya stress.

Tapi cuba bayangkan, setiap kali tengok patient, saya terbayang keluarga atau orang-orang terdekat. Kalau orang-orang terdekat yang berada di tempat patient tu sekarang, apa yang boleh saya buat untuk membantu? Kadang-kadang, waktu jaga, airmata saya selalu bergenang bila tengok macam-macam situasi yang menguji keluarga patient. Cuma hati saya mungkin sudah terlatih untuk kuat menerima situasi yang bermacam-macam tu.

Kalau di rumah, saya enjoy buat hal-hal yang menjadi tanggungjawab saya. HANYA JIKA saya tidak memikirkan hal-hal di hospital. Saya malas belajar, equals to = patient mati. Apa yang akan saya jawab pada Allah di akhirat nanti?

Ok lah, saya stop dulu. Mau curhat banyak lagi sebenarnya. Tapi saya kena pergi Pasar Baru jap untuk bagi balik Baju Melayu Mr.N ke tailor. Benang kat kain baju tu kind of terkoyak (oleh tukang jahit tersebut) dan sangat kelihatan tidak cantik sebab kedudukan dia dekat dada. Tidak boleh cover. Kena pergi jam 9 pagi sebab jam 10 nanti Pasar Baru tu akan jadi macam Ikan Sardin dalam tin.

Raya tahun ni saya ada 5 pasang baju, tapi semua belum ada tudung. Huhu. Semua sebab x sempat cari masa untuk beli. Saya terpaksa beli online, tapi tu pun xtau sesuai atau tidak. Sigh :(

Dan besok, saya pulak oncall sepanjang hari. Saya sekarang dalam department Pediatric. Minggu lepas saya jaga baby baru lahir. Best! sebab baby semua comel-comel. Tapi kesian baby yang sakit. Huhu :( Baru lahir dah ada masalah pernafasan, etc. Dan SANGAT-SANGAT penat sebab jaga waktu malam merdeka, ada sangat banyak delivery. Kena tolak "ambulans" yang sangat berat sejauh 1 kilometer kot. Malam tu saya rasa hampir pengsan waktu tolak tu.

Buka puasa malam ni i want to cook Nasi Ayam. Sebab semalam saya terbau nasi ayam di hospital. Jadi saya perlu masak untuk hilangkan kempunan :P Ok, gtg now! Bye. Assalamualaikum! =)

Wednesday 10 August 2011

bersujud...

A person goes to the gym to keep their body in shape, the strongest person kneels to their LORD to keep their soul in shape


-facebook Remmey Kira

Saturday 6 August 2011

Saturday Photos :P

Post untuk gambar-gambar kelmarin.


My younger sister punya customer punya order, 44 psg, 18 kg, semoga saya berjaya pos dengan berjayanya besok. Ceritanya, dia sedang menjadi usahawan berjaya (sambil belajar) di facebook (amin). Ini adalah order yang dia dapat dalam waktu seminggu. Dan dalam waktu seminggu juga, dia berjaya menambah 3000++ "people like this" dalam her facebook page. How I admire her effort. Untuk memberi semangat, saya tolong-tolong lah sikit. Lagipun kerja saya cuma transfer duit, ambil barang dari supplier, dan pos saja di post office belakang hospital. Habis cerita. Hehe.

Kindly click here to view and like her page :


Ini pula cerita buka puasa semalam. I miss udang besar-besar. Haha. Tapi sini jarang ada udang besar-besar. Paling besar pun seperti gambar di atas. Dulu tidak makan udang sebab ada bad experience waktu kecil, tapi sekarang tidak lagi, sekarang tiap minggu beli udang. Tahun depan balik Sabah mau makan udang besar banyak2.

Friday 5 August 2011

My Life Goals List

I want to start something NEW in my blog---> which is : My Life Goals List.

Hehehe...Beberapa hari lepas saya tiba-tiba terkeluarkan kata-kata "saya tak nak jadi doktor boleh tak?" kat Krie dan Amy. Waktu tu saya tiba-tiba depressed sebab belajar benda-benda yang saya sangat tak minat. Seperti menghafal hukum-hukum Undang-undang yang ada sangat banyak Pasal-Pasal yang saya tak tahu macam mana nak buat kan saya minat. Tapi saya tak nak fail Forensics. Huhu. Sebenarnya "saya masih nak jadi doctor" :)

Ok, let's not talk about forensics or oncalls...

Hari ni saya nak start something yang BARU for me. Tapi bukan sesuatu yang besar & formal pun. Semuanya perlu santai dan bersahaja. Hehehe. Tiap kali saya dah buat benda tu, saya akan tulis kat tepi blog, dan letak gambar (sebab ada camera baru kan..hihi =P), menunjukkan saya dah berjaya buat benda tu. Tapi saya nak semuanya berjalan dengan slow and steady. Saya nak mulakan dengan hal paling kecil yang saya boleh buat, dan semuanya berdasarkan MINAT saya, dan bukannya mengikut minat kebanyakan orang. Maksudnya melakukan hal-hal yang saya senangi lah.

Saya mulakan dengan hal-hal paling simple dulu. Contoh?


Melihat matahari terbit dan terbenam

Mungkin sekarang susah untuk cari tempat cantik, kalau di Kampung (sebelah mak) tiap hari boleh tengok view yang saaaaaangat cantik untuk sunrise and sunset. Bandung pun kurang pantai. So lihat apa yang boleh nampak dari Sukagalih saja dulu. Hehe.

To grow something that I can use/eat
Contohnya : Chilli!


Dan menuai hasilnya. Yeay!


Menanam pokok-pokok berguna yang boleh dimakan.


Kata Dr. Noorman : Tidak ada bedanya hidup dan mati :)

Let's get it started!

Wednesday 3 August 2011

Tanggungjawab =)

Suami Adalah Pemimpin Keluarganya

Suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Allah Ta'ala berfirman (yang artinya):

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka." (An-Nisaa`:34)

Setiap rumah pasti membutuhkan seorang pemimpin yang mengatur urusannya, memeliharanya dan menjaganya. Pemimpin ini harus didengar ucapannya dan ditaati perintahnya selama tidak memerintahkan berbuat maksiat kepada Allah.Seorang suami bertanggung jawab dalam mendidik istri dan anak-anaknya dengan ilmu agama.

Allah Ta'ala berfirman (yang artinya):

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahriim:6)

Dan akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya tersebut. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya. Maka seorang penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan ia akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan ia akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya. Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah suaminya dan anak suaminya dan ia akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya. Seorang budak adalah pemimpin bagi harta tuannya dan dia akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya. Ketahuilah, kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya." (Muttafaqun 'alaih dari Ibnu 'Umar)

Kewajiban Istri Melayani Suami

Seorang istri mempunyai kewajiban melayani suami dan mengurus anak-anak di rumah menurut batas kemampuannya. Karena ia adalah seorang pemimpin dalam keluarganya yaitu bertanggung jawab terhadap anak-anaknya dan harta suaminya dan akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya tersebut.

Inilah salah satu tauladan dari kalangan shahabiyah yang patut dicontoh. Dialah Asma` bintu Abi Bakr yang selalu membantu suaminya, Az-Zubair Ibnul 'Awwam, memberi makan kudanya, memanggul biji-bijian di atas kepalanya dan mencari air. (Muttafaqun 'alaih)

Tauladan lainnya adalah putri kesayangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, Fathimah. Dia adalah seorang yang rajin di dalam mengerjakan tugas-tugas rumah tangganya dan membantu suaminya, 'Ali bin Abi Thalib. Suatu hari Fathimah bersama suaminya mendatangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, mengeluhkan tangannya yang kasar dan meminta kepada beliau seorang pembantu yang bisa membantunya dalam mengerjakan pekerjaan rumahnya. Dan telah sampai khabar kepadanya bahwa beliau datang membawa pembantu, tetapi Fathimah tidak bertemu beliau.

Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bertemu dengan Fathimah dan suaminya, beliau berkata kepada keduanya:

"Maukah kutunjukkan kepada kalian berdua sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Bila kalian menuju tempat tidur atau hendak ke tempat tidur, bertasbihlah 33 kali, bertahmidlah 33 kali dan bertakbirlah 34 kali. Ini lebih baik daripada seorang pembantu (yang kalian minta)." (Muttafaqun 'alaih)

Subhanallah! Seandainya kita mengamalkan hadits ini tentulah berbagai problem rumah tangga yang berkaitan dengan pekerjaan rumah akan bisa teratasi dengan baik -biidznillaah-.

Karena Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallammenjelaskan di dalam hadits tersebut bahwa bacaan tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali, itu lebih baik daripada seorang pembantu, sehingga suami-istri tidak lagi memerlukan pembantu untuk membantu pekerjaan rumahnya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memuji wanita-wanita Quraisy:

"Sebaik-baik wanita yang mengendarai unta adalah wanita Quraisy, mereka penyayang terhadap anak-anak dan memperhatikan (hak) suaminya." (Muttafaqun 'alaih)

Selayaknya Suami Membantu Istrinya

Demikian sebaliknya, sudah seharusnya suami membantu istri menyelesaikan pekerjaannya di rumah.

Dikeluarkan Al-Bukhariy dari jalan Al-Aswad bin Thariq bahwa dia bertanya kepada 'A`isyah: "Apa yang dikerjakan Nabi ketika berada di rumah?"

A`isyah berkata: "Adalah beliau (suka) membantu keluarganya dan apabila mendengar adzan beliau keluar." (HR. Al-Bukhariy no.5363)

Inilah tauladan dari orang yang paling mulia, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Beliau biasa membantu pekerjaan istrinya, menjahit bajunya yang robek, menyambung tali sandalnya yang putus dan yang lainnya.Apalagi jika seorang istri kerepotan dalam menjalankan tugas rumah tangganya karena sudah mempunyai anak, maka sang suamilah yang paling berhak membantunya. Tidak selayaknya seorang suami yang baik membiarkan istrinya kerja sendirian atau kurang perhatian untuk membantunya, dalam keadaan dia mampu membantunya.

Janganlah Istri Mengingkari Kebaikan Suami

Apabila muncul sesuatu yang tidak disukai dari suami, janganlah seorang istri mengingkari dan melupakan semua kebaikan suaminya. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam telah memperingatkan dengan keras dan menerangkan bahwa kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikannya adalah salah satu sebab masuknya seorang istri ke neraka.

Pada waktu terjadi gerhana matahari, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam shalat gerhana, lalu bersabda setelahnya: "...Aku melihat neraka dan belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari itu. Aku melihat mayoritas penduduknya adalah wanita."

Para shahabat bertanya: "Mengapa demikian wahai Rasulullah?"

Beliau bersabda: "Karena kekufuran mereka."

Beliau ditanya lagi: "Apakah mereka mengingkari Allah?"

Beliau bersabda: "Mereka mengingkari suami dan kebaikannya. Andaikata engkau berbuat kebaikan pada mereka sepanjang masa kemudian ia melihat sesuatu yang tidak disenanginya darimu, ia berkata: "Aku tidak melihat kebaikan darimu sama sekali." (Muttafaqun 'alaih dari Ibnu 'Abbas)

Sumber bacaan: Fiqhut Ta'aamul bainaz Zaujain.