Friday 30 September 2011

Have some manners :)

Jadual exam..mini cex / long case. Tengok tu, nama saya yang first. Selalu macam tu. Isk :P :P

Wish me luck! =)

p/s shoutmix : If u want to brush your teeth, please do not do it here. It's disgusting, lalala~ huhu..sorry.. saya seorang yang 'penggeli' walaupun cuma dengan membaca. Please, have some manners :)

(-:

Tuesday 27 September 2011

Update lagiii~ :)

"Everything that irritates you about others, is your key to understanding yourself. What angers you in another person is an unhealed aspect of yourself! If you had already resolved that particular issue, you would not be irritated by its reflection back to you :))"

- a friend's fb status -

Best kan :)

Rajin plak update sekarang. Sebab minggu ni dapat rotation kat non-infectious ward. sign attendance, timbang & ukur semua anak-anak dekat ruangan tu, and then plot graph etc, tunggu jap, lepas tu kami 'ke mana-mana'. Saya pilih ke rumah :P Sepatutnya kami kena belajar tentang patients, tapi waktu-waktu macam ni ward tengah busy dengan doc residen + consultant. Kesian plak kat patient, habis oksigen dalam ward tu bagi kat ramai-ramai. Tak pasal-pasal patients yang tak epilepsy pun dapat seizures :P


Balik rumah boleh cuci baju, jemur baju, etc.


Now I want to study, meja dah cantikkan dengan fancy & colorful decoration :D Baru ada semangat untuk study :) Minggu depan Mini-CEX exam (yang menyumbangkan 25% dari markah keseluruhan dalam department ni). Tak nak fail macam kat Internal Medicine dulu. Amin.

Genap setahun jadi Koas!

Hari ini, 27 September 2011 ---> genap setahun jadi DOKTER MUDA. Belum dpt gelaran 'Dr.' tapi patients + jiran2 semua panggil 'doc'. Sebab dorang ingat kami ni dah jadi doktor. Hehe. Kata-kata itu DOA..harap lancar la semuanya, tinggal 3 department ja lagi lepas ni..:) Kami ni sebenarnya hanyalah co-assistant --> bak kata Dr. Naomi Forensic yang cute "Kalian itu kan cuma assistant, sudah assistant, 'co' lagi.."

p/s : Happy 1st Anniversary to my sister & brother in law! http://wh-wahydda-mdl.blogspot.com/ (x boleh klik pun sbb private)

p/s 2 : I just joined Nuffnang a month ago. Tengok ramai orang buat, so try2 buat jugak. Hihi.

Saturday 24 September 2011

Immature me

Baru balik dari 'jaga'/oncall @pediatric ward for 12 hours. It supposed to be 'minggu bebas jaga' this week, tapi tiba-tiba ada kawan sakit, mintak tolong tukar last minute. Sebab saya sihat walafiat & orang kata 'ingat masa sihat sebelum sakit', saya pun setuju :) Sebab saya ingat waktu kat Bedah dulu, ada kawan sakit mintak tukar 'jaga', saya tukar la. And kebetulan hari yang saya sepatutnya jaga mula-mula tu (yang dia dah gantikan saya), tiba-tiba saya sakit. Memang lucky la sebab dah tukar awal-awal :)

Tapi kali ni kalau boleh jangan la sakit lagi kan..

"jaga" semalam okay. Cuma masih ada la residen yang saya tak berkenan dengan perangai dia. Saya curhat sikit boleh? :P Ini lumrah kisah di RSHS.

*Ini adalah my entry yang kurang matang* Jangan proceed kalau tak nak menyesal,hehehe :P

Sesetengah residen kat Pediatric ni suka marah koas kalau tak bawa peralatan e.g sphygmo, stethoscope, measuring tape, growth chart, etc. Contohnya hari tu saya dah bawa semua, tapi ada orang 'tak tau la terambil, terpinjam atau tercuri',

so saya cakap kat doc "jap lagi saya ukur blood pressure dia, sekarang buat yang lain dulu" (status gizi, temperature, resp rate, heart rate, etc),

tapi dia cepat2 nak marah "mana peralatan kamu???!!!"

Saya jawab la "tadi saya letak di sana, sekarang sudah ga ada",

tapi dia tak nak dengar pun, cepat-cepat jawab "Cepat cari cari cari!!!" (sedangkan budak tu bukan emergency case pun), saja nak cari kesalahan koas.

Saya tak kisah nak marah kalau itu memang salah saya, tapi dia sendiri tak bawa peralatan. Bila nak dengar heart rate baby, pinjam gak my stethoscope. Lepas tu sesetengah residen bukan reti nak bagi balik. Kita yang kena kejar dia.

Lepas tu semalam ada sorang residen ni buat my stethoscope tu macam harta dia, saya nak follow up patient pun tak boleh. Bila saya minta, dia jawab "Masih dipakai". Tapi dorang jugak yang nak koas "follow up" patient tiap jam.

Beberapa jam lepas tu saya minta lagi, dia tengok stethoscope saya sambil memandang sinis "yaa ambil ambil ambil", dengan muka macam nak cakap "amek la..tak hairan pun". Bukan nak cakap terima kasih. Saya anti betul dengan orang tak sopan macam tu.

Lepas tu, kalau sorang residen tak bawa peralatan, then diorang call kawan dorang untuk pinjam, lepas tu suruh koas yang hantar barang tu pergi bagi kat kawan dia yang tak bawa peralatan tu. Contoh semalam, dari ward tu dia suruh hantar spyhgmo kat kawan dia di ruang Perinatology 17 yang jauh tu. Banyak cantik?

Lepas tu subuh tadi suruh hantar measuring tape yang kecik tu pergi tingkat dua untuk bagi kat kawan dia yang tak bawa measuring tape.

Sebenarnya kalau dia tak marah koas lebih-lebih kalau tak bawa barang, koas pun tak kisah kot dia nak minta tolong macam tu. Tau la dorang penat banyak patient, tapi patient dorang pun koas yang tolong follow up kan. Kalau dah patient ramai, buat la environment yang positif sikit untuk semua orang. Sangat tak kisah penat-penat jaga kalau environment selesa & tak ada orang suka cari pasal.

***Ok lah stop CURHAT*****

Saya tidur satu jam semalam, tak mengantuk sangat sebab minum Ice Capuccino Seruni :) Tengahhari ni ada openhouse batch. Yeay boleh makan sedap-sedap. Tuan punya restoran tu orang Malaysia yang bukak kedai makan kat Bandung ni, dia masak sangat sedap. Dah pernah try waktu bulan puasa hari tu. Waktu tu buffet Rp40ribu rupiah ja, tapi berbaloi. Lagi rasa berbaloi dari buffet kat Hilton Hotel, hehe...sebab kat Hilton menu sama ja macam first time pergi dulu :P

Banyak benda saya belum update tapi semua cerita dah basi kot?? Cerita kahwin pun belum habis, cerita raya pun belum tulis, cerita openhouse pun tak update..tapi saya dah malas nak type.ehehehe...

Bercakap tentang openhouse batch, saya rasa batch saya ni penuh dengan variasi. Hehe mari buat statement kontroversi :P Dalam kesibukan semua orang, ada yang dah bertunang diam-diam, ada yang on the way tengah merancang pernikahan, ada yang dah nikah diam-diam, ada yang diam-diam ubi berisi, dan macam-macam lagi. Apa-apapun semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar :) Happy bila tengok orang lain happy :)

Sekarang jom layan gambar :


Cendol ABC ni sedap~@Quali PVJ

Sambil upload gambar, sambil makan ni :)

Habiskan sorang-sorang :P




Ni pokok kari yang kami cuba tanam, dibawa secara live dari Kemaman. Tapi..dah 3 minggu masih macam ni.


Ini pulak daun kesum dibeli khas dari Pasar Kemaman. Tapi dari banyak-banyak stem, cuma ni yang tinggal. Belum tumbuh-tumbuh daun, kecewa :( Takut tak menjadi


Ini pulak pokok cili yang saya pernah cakap saya nak tanam dulu. Baru sebesar ni. Nanti saya update lagi :)

Thursday 22 September 2011

Al-Fatihah

Kali pertama insan terdekat meninggal adalah arwah nenek : 6 June 1998, kali kedua orang terdekat meninggal adalah arwah datuk : 3 September 2002, kali ketiga orang terdekat meninggal adalah arwah pakcik : 16 September 2011. Antara hal-hal yang mengundang airmata.

Hari ini, seorang lagi ahli keluarga dijemput menghadap Illahi. Malam Jumaat kedua dalam 2 minggu berturut-turut. Hanya Allah yang tahu betapa sukarnya berada jauh di perantauan, hanya mampu mendengarkan satu-persatu berita-berita sedih tanpa dapat berbuat apa-apa.

A one-month old baby, my cousin's son, died due to breathing difficulty ( I suspect it's pneumonia) . He's their first child. They got married last December. I can't imagine their sadness...:(

He's in Heaven now. Al-fatihah.

Tuesday 20 September 2011

Gambar Hiasan

Things to do :



















Consequence : Less time spent for internet surfing.Heeee...:)







_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?bbbd8a2cd5f3be9c66ac4812e94d293c

Friday 16 September 2011

The last time I met him :(

He's my mom's elder brother. He was such a kind man, a very hardworking father & husband. May Allah bless his soul, forgive him of his sins..and grant him paradise.. Amin.









Another sudden death of a close person... :( :(
Al-Fatihah


Saturday 10 September 2011

:P


heeee...~ tidak sempat update...
i have to go to the hospital now :)
7 pm-7am- pediatric ward

Friday 9 September 2011

Ketupat daun palas

1. Saya jarang online, sebab saya rasa saya busy minggu ni :P

2. Besok kalau sempat saya cerita tentang raya (^________^)

3. Mak kirim ketupat daun palas.. cukup la untuk seminggu..(^______^)

4. Mak kirim kuih raya..Thanks a lot mak (^______^)

5. Tadi saya "ter"beli sepasang hamster. gemuk dan kuat makan. serta kuat tidur.