Wednesday 30 January 2013

Subhanallah

Ok actually I didn't ask god specifically for a bigger refridgerator.

But He gave me one.

It's a miracle.

Sebenarnya pagi semalam saya sangat bersedih hati sebab beberapa bungkus susu di bilik satu lagi cair setelah membeku di Madinah. Maksudnya saya bawa susu tu from Madinah dalam keadaan beku. Tapi disebabkan peti sejuk tu tak berapa sejuk..susu yang kat bahagian atas yang tak ada contact dengan ais mencair. Beberapa bungkus terpaksa dibuang. 

At the same time...susu kat peti sejuk in my room dah hampir penuh. N ada yang baru simpan dah tak nak membeku. Mungkin sebab capacity berlebihan. Sedihnya waktu tu tapi kena sabar. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. 

Tengah hari tu kami beli cooler box untuk bawa balik semua frozen milk.

Lepas tu tiba2 petang tu kami dapat arahan pindah bilik secara tiba2. Panjang ceritanya tapi saya pendekkan..kami pack barang dan pindah ke bilik baru

The first thing yang saya cari adalah peti sejuk. Bila tengok peti sejuk tu saya jadi speechless. Peti sejuk besar 2 pintu. Sangat jauh beza dari yang sebelum ni. Happy nya hanya Allah dan orang yang memahami yang tahu. Hehe. Alhamdulillah.

Nanti saya letak gambar kat bawah. Tapi tak reti letak caption sebab update guna phone.

Thank you Allah!

Tuesday 29 January 2013

Flying with frozen breastmilk..All the best for me! :p

Salam. Alhamdulillah our journey setakat ni berjalan lancar. Update blog tak bermaksud tak concentrate dengan ibadah tau..hihi..insyaallah masih fokus :-) Kebetulan kat bilik hotel ada wifi.
Setiap masalah insyaAllah ada penyelesaian. Yang penting kita rajin doa..berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai doa tu..dan terakhir sekali tawakkal di samping yakin bahawa keputusan Allah adalah yang terbaik.
Kat bawah ni gambar freezer in my room. Dah hampir penuh. Tiap bungkus berisi 7oz-10oz. Ada lagi tumpang satu freezer kat Naqi's room. Sama macam ni jugak. Ada 3 setengah hari lagi..kalau tak muat kena tumpang bilik satu lagi pulak.
Ni pun dah buang lebih 20oz hari tu sebab perjalanan lama..from KLIA to Doha makan masa 8jam. Pastu from Doha to Madinah 2 jam setengah. Memang tak sempat masuk fridge.
Lepas tu from Madinah to Mekah waktu check out hotel hari tu tertinggal lebih 20 oz jugak kat salah satu hotel room. Miscommunication. Bukan rezeki la tu.
Doakan semua frozen EBM ni selamat sampai ke Sabah. Jumaat malam bertolak dari Mekah to Jeddah naik bas 90km. Lepas tu tunggu flight Jeddah-KLIA pulak. Bermalam kat KLIA lepas tu ambil first flight on Sunday to Sabah.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk datang sini. Harap lepas ni dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan untuk datang lagi..amin. Bestnya kehidupan orang-orang sini. Nanti saya cerita lagi. Ni update blog pakai phone ja..tak berapa best tulis panjang2..hehe..ok bye..
 

Monday 28 January 2013

Baitullah :-)

Friday 18 January 2013

Kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah berkorban apa saja

Salam.

Hehe cantik kan title post ni? ;p ditujukan untuk our sweet little Yumna.. Yang akan kami tinggalkan selama 2 minggu..huuu..sedihhh ;-(

It's not easy to make a decision..leaving u for 2 weeks. Dah berapa kali terbuat decision nak cancel tapi mungkin rezeki saya memang ada untuk itu.. Allah mengabulkan doa yang memang selalu diselitkan dalam solat-solatku selama ni. Dengan 'sedikit' pengorbanan..insyaAllah semuanya akan lancar. Hehe aminnn.

Ramai orang boleh buat. Why not us kan. Harap Yumna baik-baik saja. Yumna memang good girl kan? Hihi. Nanti duduk baik2 dengan tok, tok wan, ibu, ayah, dan aunt uncle k! 2 minggu lagi mama dan papa balik insyaAllah. Kat sana nanti mama papa doa banyak-baaaanyak untuk Yumna :-)

Satu-satunya hal yang dari dulu saya fikir adalah cukup tak susu untuk simpan for her. Dari waktu berpantang memang pump untuk simpan. Waktu tu bajet2 cukup la sebab tiap hari simpan sikit2. Tapi once berlaku banjir hari tu yang menyebabkan bekalan elektrik terpaksa ditutup atas sebab keselamatan. All my frozen ebm (expressed breastmilk) terpaksa digunakan n sebab balik2 ada amaran banjir gelombang kedua ketiga..saya dah tak buat stock.

Bila sampai Sabah baru buat stock balik..tapi saya cuma ada 12 hari..which is quite imposibble to get enough supply. Sebab direct bf, so pumping session cuma beberapa kali sehari. Kadang2 sehari dapat simpan 12oz..kadang2 8oz, 6oz, 4oz.. Kadang-kadang tak dapat lansung. Huhu. So sekarang total memang tak cukup laaa..huhu.. Cuma berharap pada ibu susuan, my sister. Tapi nanti ambil hak Iman plak. Huhu. Jom doa ramai2 my sister terlebih supply haha :p desperate :p Ok2 sebenarnya ada formula milk jugak disediakan in case terpaksa top up. Dua minggu ja..nanti fully bf lah bila balik sini semula kan.

Satu lagi yang saya fikir adalah bila kat sana nanti mesti kena pump jugak. Kalo tak..nanti tak pasal2 kena mastitis lagi  huhu. Why lagi? Becoz dah kena hari tu..due to cracked skin sebab too strong pumping. Hmm. Sangat tersiksa and sangat2 tak nak itu terjadi lagi :(

Ok la itu dulu. Dah dekat waktu subuh. Nak tunggu Yumna bangun lagi. Hehe. Tadi last dia bangun sekejap pukul 3.50am. Lepas dah kenyang, macam biasa tidurlah balik. Geram tengok kalau dia ngantuk2. Nak cubit2 tapi nanti terbangun satu kerja plak nak tidurkan balik. Hehe.

Tuesday 8 January 2013

Selesai proses berpantang

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah saya dah habis berpantang, hari ni dah masuk hari ke 42 post natal. Saya berpantang 40 hari sahaja..hehe..ada orang berpantang 44 hari.

Lama jugak la blog ni menyepi. Waktu berpantang my mom in law tak menggalakkan saya berdepan dengan computer sangat, so saya pun tak lah update blog. Lagipun memang susah untuk mencari masa nak update blog, sebab banyak kena jaga baby kan. Tak cukup tidur lagi. Belajar memahami perkara baru setiap hari :) Alhamdulillah sekarang saya rasa dah boleh adapt dengan hidup baru ni.

Saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelbagai aspek dari saya mengandung, melahirkan sampailah berpantang. Family, kawan-kawan, pihak hospital tempat saya bersalin, dan kakitangan klinik kesihatan yang banyak membantu saya sepanjang 2012 yang lalu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa anda semua :-) Thanks for everything.

Nanti lah saya rajin sikit, saya update briefly about our Yumna. InsyaAllah. Nak update banyak2 mungkin tak laa..tengok keadaan macam mana. Hehe.

InsyaAllah minggu depan, saya dan suami akan ikut rombongan mengerjakan Umrah di tanah suci Makkah. Alhamdulillah mimpi selama ni hampir menjadi kenyataan. Syukur atas nikmat yang diberikan olehNya. Semoga perjalanan nanti dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik sepanjang perjalanan. Semoga bekalan susu ibu untuk Yumna jugak mencukupi untuk ditinggalkan..amiiiiinnn..walaupun banyak jugak dugaan yang datang dalam usaha untuk fully breastfeed Yumna..semoga semuanya berjaya dihadapi dengan tabah..amin.