Sorry tajuk tak berkaitan pon. No idea. Macam biasa tujuan buat post baru adalah sebab kesian dekat blog sendiri yang sunyi sepi. Hehe..
Ramai kawan-kawan satu batch yang sama-sama grad hari tu dah mula kerja. Alhamdulillah setakat ni belum jadi betul2 la berita lambakan doktor tu. Kami masih mampu mengisi kekosongan doktor di hospital kerajaan..insyaAllah.
Saya & husband plak..sebab interview lambat sikit waktu saya berpantang hari tu..so maybe start kerja bulan Mac or April. Saya prefer bulan April sebenarnya..tapi mana yang Allah bagi itulah yang kami terima. Dah doa mintak yang terbaik pun kan :)
Kat borang KKM kami mintak first choice Hosp Kuala Terengganu sebab perancangan awal nak tinggal kat KT. Tapi sekarang kami dah ubah plan.. Nak tinggal kat rumah mentua di Kemaman & mintak Hosp Kemaman yang jaraknya cuma 5 minit dari rumah. Bahagianya kalau betul2 dapat. Saya memang kurang gemar berada di atas jalanraya lama2 :p
Kalau betul la dpt Hosp Kemaman, jarak dari rumah pergi hospital lagi dekat berbanding kat Bandung dulu. Orang cakap kalau Kelantan, Terengganu, Sabah n Sarawak, apply confirm dapat. InsyaAllah semoga semua urusan dimudahkan Amin ;)
Sekarang tengah gigih simpan stok EBM jugak untuk kursus induction / Program Transformasi Minda selama seminggu sebelum mula kerja nanti. Yumna kena tinggal lagi..seminggu. Huhu.
Saya rasa macam beberapa doa waktu kat tanah suci dah dimakbulkan. Betapa cepat Allah mengabulkan doa hambaNya kan..kita ja yang selalu lupa/lalai dari mengingatiNya. Huhu..:( Ya Allah..janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami.
Ok tukar cerita lain dulu.
Saya ni masih belum mampu multitasking. Huhu. Susah untuk buat banyak kerja dalam satu masa. Kadang- kadang mandikan baby waktu petang pun boleh lupa. Isk..isk..pastu siang selalu mengantuk. Sebab cuti lama kan jadi kuat tidur. Hehe. Masa cuti lepas belajar & sebelum kerja mesti manfaatkan puas2 :p
Saya ada rasa2 macam mau private kan blog. Sebab saya suka cerita hal peribadi isk isk. Tapi kadang-kadang saya mau share jugak pasal ilmu kedoktoran. Tiada kah yang boleh private kan certain post dan public kan certain post? Ee tiba2 cakap Sabah ni kamu faham ka? Faham bah kan..hihi..
Ok lah. Besok atau lusa kalau saya boring saya tulis blog lagi. Tulis pakai handphone senang sikit. Sambil baring pun boleh. Pinjam hp suami la. Handphone i nokia je camera pun takde :p