Monday, 30 September 2013

Kembali Menulis

Assalmualaikum. I'm sorry for the very long silence :) -heeee perasan nak mintak maaf kat sape ntah

Hari ni tiba2 dapat satu semangat untuk update sesuatu kat blog ni. Sementara semangat tu masih ada, baik lah saya menaip cepat-cepat.

Saya ingat lagi sebelum ni, waktu mula-mula kerja dulu, I decided to privatize my blog. Do you know why? Hmm actually masa mula-mula kerja dulu, saya mengalami suatu proses yang baru, berkenalan dengan orang-orang baru. Semua baru. Dan kerja ni adalah kerja yang seolah-olah ada "kasta". Dan saya sedang berada di "kasta" yang paling bawah. Saya akan kekal berada di kasta terbawah sekiranya saya tak perform, atau sekiranya saya di extend di kasta tersebut.

Walaupun waktu tu sister mengamalkan "tidak ada istilah hierarki". Tapi hakikatnya tak lah macam tu. Kasta bawah tetaplah kasta bawah, And you have to accept it. If you don't perform, you'll be extended.

So instead of meluahkan rasa tak puas hati saya kat blog secara terbuka, saya memilih untuk mem private kan blog ni. Sebab saya takut kalau2 ada kasta-kasta atas yang mungkinlaa kebetulan tak berapa sibuk nak pergi jelajah-jelajah blog, terbaca pulak kasta bawah ni punya luahan perasaan yang mungkinla pulak termengumpat kasta-kasta atas..habislah saya nanti.

Haha..Begitulah pemikiran orang yang baru start kerja dan mengalami depression waktu kerja.

And sekarang, saya rasa saya tak jadi pun lah nak private kan blog. Abaikan segala ketakutan-ketakutan tu, Sekarang ni kita kena hidup tanpa sebarang ketakutan kepada sesiapa kecuali kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

Kita kena cuba hidup seolah-olah hari ni adalah hari terakhir dalam hidup kita. InsyaAllah.

Saya rasa dah terlambat untuk cerita balik kisah-kisah saya kat O&G department. Pengalaman saya belajar kat Bandung dulu banyak membantu dari segi teori..sebab kat sini bila kerja dah sangat kurang masa untuk belajar teori. Semuanya berlalu dengan cepat dan dengan status bergelar ibu, dan jugak status kekurangan HO waktu tu, selama 4 bulan saya kerja tanpa henti. Off tak sampai 10 kali dalam 4 bulan. Cuti jangan cakapla. Off pun tak dapat, celah mana nak mintak cuti?

Kena marah tu perkara biasa. Tapi rasanya kat my hospital ni setakat ni semua marah bersebab. Kecuali ada la beberapa yang marah kita disebabkan kesalahan orang lain. Itu pun perkara biasa jugak. Tapi marah tak bersebab tu macam tak pernah lah pulak.

Sekarang kat Medical, HO 8 orang alhamdulillah sangatlah best. Sebab manageable. Kecuali kadang-kadang kalau hari-hari busy ramai patients. Cuma bila bekerja dan terus bekerja tanpa orang guide kita, jadilah macam kerja yang berlalu tanpa pertambahan ilmu yang banyak dan berguna untuk masa depan.
Sebulan berlalu tanpa betul2 dapat guidance sebab orang ingat second poster ni tau banyak kot? Kat rumah memang tak sempat study (orang bujang sempat kot?). Tapi sekarang ni adalah seorang dua orang MO yang rajin ajar. Jadi happy balik ^_^

Kat sini bukan sistem computerised. So everything kena tulis. Tulisan kena maintain okay? Kalau buruk takpe, asal boleh baca. Kadang-kadang ada pakcik yang buat hospital macam hotel yang dia boleh datang suka hati bila dia nak, dan keluar suka hati bila dia nak. Dan itu, adalah kerja seorang HO untuk buat admission clerking, dan discharge summary. Silalah bersabar.

Ada pesakit yang dah dinasihatkan untuk itu ini.. tapi kurang mengikuti nasihat..so keeps datang balik dengan complain yang kita dah tahu apa..dan kita dah tahu sebab dia apa. Dan kita kena jaga dia untuk tunggu keadaan tu jadi normal balik. Bila dah ok dia pun mintak balik, dan sempat meninggalkan kata-kata berharga "tak pe laaa..keluar hari ni..esok-esok jadi lagi, boleh datang balik."

Banyakk cantik?

Ada satu jenis lagi, datang hospital, tapi bila kita nak treat, dia refuse. So what's the point of coming to the hospital?

Selain pesakit, family pesakit pun satu lagi external factor yang boleh mendatangkan stress di kalangan pekerja hospital kerajaan. We tried our best to entertain you, with our limited staffs, and you keep complaining like you want us to be exactly like a private hospital. A place where you only have to pay RM3 for one night, and you're expecting us layanan macam bayar RM300 per night? I advice you to think if you're in our shoes.

I know you have the right to say it if you're not satisfied with something, but please have a respect too. Janganlah rude sangat seolah-olah awak tu anak sultan. Anak sultan pun tak macam tu. And anak sultan pun kami takkan lebih-lebihkan and we treat everyone equally.

Kagum dengan pesakit berbangsa Cina yang sangat low profile, menghormati pihak hospital, lembut, tak kasar-kasar. Yang biasanya rude tu adalah orang Melayu. Tak faham. Why? Why? Mak ayah tak ajar cara berbudibahasa ke. Ok dah start marah-marah kat blog. I better stop now.

So, marilah kita hidup saling berbudibahasa dan bekerjasama. Setiap orang ada hidupnya masing-masing dan cuba jangan menambahkan stress ke atas hidup orang lain. I understand you, you understand me. If you have anything to say, jusy say it with respect and budibahasa.

I didn't mean to write about this sebenarnya, tapi macam mana boleh sampai ke topik tu pun saya tak tau. Hari ni saya oncall, wish me luck. Ada masa free i will spend time on writing again. Bye :)