Monday, 7 October 2013

Cuti-cuti HO

Salam..

Hai zahidahhhh! Hihihi..(say hi to zahidah sebab dia kata i can dedicate my sorry to her for being silence from writing anything on this blog)

Hari ni saya postcall. Naqi pun oncall semalam. Memang plan hari ni postcall/ post pm sebab petang nanti nak pergi KL.

Rasa bersalah sebenarnya sebab bila saya apply cuti esok dan khamis, kawan saya akan kerja sorang2 besok kat ward, dan sorang kawan lagi akan kerja sorang jugak lusa. Hmm..saya doakan patients banyak discharge hari ni, dan tak banyak new admission. Amin.

Tapi next week saya kerja sorang2 waktu hari raya pertama dan hari raya kedua Raya Haji. I consider it as one of my pengorbanan this year ^_^ Orang korban lembu, kita korban cuti. It's okay. Next month cuti Maal Hijrah or Deepavali bagi kat saya plak k? hehe.

Sekarang dah masuk Zulhijjah. Kalau masuk bulan ni, saya paling ingat Krie..sebab dulu waktu kat Bandung Krie selalu forward sms tentang kebaikan berpuasa/beribadah dari 1 Zulhijjah sampai 9 Zulhijjah. Saya tak ingat exactly hadith or dalil yang Krie forward tu..tapi Krie selalu puasa la sepanjang 9 hari tu. Saya ni, entah bila la nak ikut jejak Krie..paling terbaik pun saya boleh buat adalah Puasa 9 Zulhijjah. Hmm. I wish one day saya boleh ikut jejak Krie :)

Tahun ni insyaallah buat akikah untuk Yumna. Dan first time buat korban untuk diri sendiri kat Malaysia. Insyaallah kali ke-6 buat korban untuk diri sendiri. Dulu2 kumpul duit waktu student kat Bandung.. sekarang alhamdulillah dah ada pendapatan sendiri. Semoga diri ini tetap istiqamah untuk berkorban setiap tahun. Amin. Impian saya tahun depan, semoga dapat buat korban at least satu bahagian untuk umat islam di Palestin. Semoga Engkau permudahkan ya Allah.

Semalam pronounced death untuk seorang pesakit. Keluarga pesakit menangis. Saya mengantuk sangat waktu tu. 2.30 pagi. Tapi, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Staff nurse informed patient asystole. Attended patient. Check nadi, no pulse. Pupils dilated. Baru sekejap tadi, death in line issued. Not for active resuscitation. Patient with underlying COAD. Premobidly patient ADL independent, boleh bawak motor pergi surau. Has been admitted 3 times this month for SOB, which was worsening last night. Chest X ray suggestive of lung cancer, planned for CT thorax coming morning tapi tak sempat. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Ok lah nak tidur sekejap, then pack barang untuk pergi KL petang ni. Next month harap dapat cuti untuk jumpa family pulak kat KL, they are coming for my brother's convocation. May everything goes well as planned, amin :)