Sunday, 10 April 2016

Suka duka bekerja di district hospital

Salam.

For the first time after 2 years, kembali menulis dalam blog usang ni. Ingatkan dah deactivated sebab tak aktif. Sampai lupa password and cara nak create new post. Hehe. Tapi gigih jugak cuba masuk password banyak kali. My memory is still good, rupanya. Hee.

Ok fast forward. I am a mother of two now. Muhammad Ammar, sekarang dah 1 tahun 3 bulan, dah pandai berjalan pun. Yumna Izzatunnisa, 3 tahun 5 bulan. Mengandung Ammar waktu housemanship, alhamdulillah everything was planned beautifully by the Creator :-)

Dah 9 bulan dapat posting kat sebuah bandar kecil di Kelantan, nama tempat ni Jeli. Kecik je tempat ni, agak ketinggalan berbanding bandar-bandar lain. KFC pun tak ada. Siapa yang tak boleh duduk diam dalam rumah memang agak susah la nak survive kat sini. Hehe. Trust me saya (yg kononnya boleh survived kat Indonesia) ni pun kadang-kadang hampir menyerah kalah :D

Ok bukan tu nak cerita sebenarnya. Actually nak cerita pasal semalam. Saja nak tempek kat sini buat kenang-kenangan :)

My husband was oncall on Friday.

Kat hospital dia, ada 3 orang doktor yang oncall weekend,
Active 1 = buat ward round + cover ED,
Active 2 = buat ward round + cover ward/labour room + hantar case,
Passive = Buat round ward + hantar case.

Kalau dia oncall, I will take care of our children. Taska memang tak buka hujung minggu kecuali kalau ada anak orang lain dihantar waktu hujung minggu. Weekdays kami hantar anak kat taska.

Nak dijadikan cerita, his partner yang oncall Active 1 and me, diarahkan last minute untuk pergi kursus wajib di Kota Bharu pada hari Sabtu esoknya. Bertolak dari Jeli pukul 6.50pagi.

So awal pagi semalam (Sabtu), everything went well. Saya bangun dan bersiap-siap sebelum anak2 bangun. Emergency Department(ED) kosong. His partner passed over ED to him, means kalau ada patient yang perlu inform, inform ke my husband sebab dia oncall Active 2. Ada lebih kurang 1 jam lagi untuk oncall dia habis.

Pada waktu yang sama, dia kena cover ward + labour room jugak dengan baki yang tersisa selama 1 jam ni. So kalau ada apa2 case yang urgent contoh pesakit nak beranak, staffnurse akan call dia.

Actually benda ni biasa bagi abang, tapi sebab kali ni ada extra tanggungjawab kena jaga anak sekali. Kami cuba bersangka baik dan berharap 1 jam ni takde apa2 yang akan memerlukan abang kena pergi ED/ward/labour room.

7.00am - 7.30 am, keadaan tenang sampailah Yumna bangun and menangis sebab sakit perut nak buang air besar. Biasala kalau bangun pagi-pagi mood tak ok, Yumna akan menangis kuat and kadang-kadang tantrum. Abang pun mandikan + basuh berak dia sambil Yumna menangis2 refuse untuk mandi. Waktu dia jerit-jerit menangis tu, waktu tu jugak lah Ammar terbangun. Mungkin sebab dengar Yumna nangis.

Tengah kelam kabut nak urus Yumna & Ammar, nak dijadikan cerita, telefon abang berbunyi, jam 7.40am. Betul-betul 20 minit sebelum waktu oncall abang habis. Staffnurse dari ED call to inform, "Doktor Naqi, ada baby umur dua bulan kat resus tengah gasping!"

Kalau saya la dapat case macam tu, dalam kepala memang terbayang-bayang :
**Under 5!
**Mortality Audit!

Abang terus pakaikan Yumna baju & pampers dalam sekelip mata (I couldn't imagine how he did that) and capai Ammar yang baru bangun, dukung both of them, sebelah tangan pegang Yumna, sebelah tangan pegang Ammar berlari nak ke ED. Tiba-tiba, dapat call sekali lagi dari ED.

Kali ni, "Doktor Naqi, baby asystole! (Denyut jantung berhenti)" Abang pun apa lagi, dengan Yumna sebelah tangan, Ammar sebelah tangan sambung buat larian ke ED.

Sampai ED, letak Yumna, passed over Ammar kat staff, cepat-cepat pergi red zone, waktu tu medical assistant tengah buat CPR kat baby. Abang datang sambung tugas, cepat-cepat prepare untuk intubation. Mungkin Allah nak tolong.. dengan izinNya, ROSC (return of spontaneous circulation), denyut jantung kembali berdenyut.

Tiba-tiba, dapat call daripada Labour Room, ada patient mengandung 35 minggu nak meneran. Sepatutnya pesakit pregnant yang belum matang (premature) kena rujuk ke hospital berpakar. Tapi, dalam kes ni tak sempat hantar tapi dah deliver. Tapi mungkin Allah nak tolong jugak, kebetulan baby born healthy, and BW : 2.5kg.

Semuanya settle pukul 11 pagi. Kat sini memang takde istilah pass over pesakit. So nak tak nak, memang abang kena settle kan case tu daripada A to Z, investigate further,  kena discuss with specialist,stabilize patient, and refer to respective team. Cuma orang lain plak la yang kena accompany dalam ambulans untuk hantar sampai Kota Bharu.

Sementara abang settle kan patient tu, staffnurse/sister2 yang baik hati tolong bawa Ammar & Yumna pergi labour room, sebab mungkin tak sesuai biar dorang nampak papa pergi ulang-alik ke sana-ke mari kat kecemasan tu tapi abaikan dorang.

Actually, ini bukan kali pertama benda macam ni jadi, pernah jugak sebelum ni, tapi kebetulan jatuh waktu weekdays, so boleh lagi hantar Ammar & Yumna pergi taska gelap-gelap before subuh tu sebab kebetulan ada orang available kat taska.

Mama saja nak tempek cerita ni kat sini untuk kenang-kenangan kita sekeluarga. Apa2 pun, I really appreciate u abang. Thank you for your sacrifice. (Semua orang cakap dia jonah :P)

Macam ni lah hospital daerah, semua benda kena tahu, semua benda kena reti manage, dengan alat-alat yang tak selengkap hospital berpakar. So kepada doktor-doktor yang tak pernah duduk district, you should NOT underestimate and simply suka nak marah-marah bila doktor-doktor kat disctrict ni refer case. You should try to be in their shoes. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau salah, tolong tunjukkan, bukan tolong tambah beban dengan marah-marah and reject referral.

For the sake of our patients...

3 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

Sy pun membayangkan naqi lari2 bawa ammar n yumna. Syukurlah smuanya ok. Huhuhu

Wazie Wahidah said...

Sy pun membayangkan naqi lari2 bawa ammar n yumna. Syukurlah smuanya ok. Huhuhu

Anonymous said...

Online Casino: Play Slots at Sands Casino
Play at Sands Casino, the 샌즈카지노 new online slots 인카지노 site from the best casino software. Sign 온카지노 up and claim your welcome bonus and discover +2000 exciting online

Post a Comment