Friday 29 January 2010

Satu Malaysia ke?

Hari tu, saya ternampak update seorang kawan kat facebook, saya tertarik dengan group yang dia join, ada nama seorang perempuan. Nama group tu "We Sarawakians hate _____". Di tengah kesibukan yang begitu sibuk skrg ni, saya sempat jugak tengok group tu. Selidik punya selidik. rupanya mereka buat group tu sebab nak perempuan tu mintak maaf kat diorang and tarik balik kata2 dia sebelum ni.

Sebenarnya, dipendekkan cerita, perempuan ni saya tak ingat dari negeri mana, tapi tanah semenanjung la. Dia berkahwin dengan lelaki dari Sarawak. And one day, dia buat status "kenapa lah orang suka sangat kacau laki aku" and mcm biasa, ada la komen dari kwn2. Yang kacau suami dia ni, perempuan berasal dari s'wak jugak. Dan perempuan ni marah2 and kutuk2 semua perempuan sarawak, kata dorang tinggal dalam hutan etc. Siap kata semua perempuan sarawak ni suka kacau suami orang. Banyak la dia kutuk, tapi disebabkan seorang perempuan s'wak, dia kutuk semua perempuan sarawak.Something like that la. Barulah saya tahu kenapa group tu dibuat.

Kadang2..perasan tak, kat Malaysia ni, nama ja 1 Malaysia..tapi sikap racist dan kenegerian tu sangat tebal.. Tak semua orang macam ni tapi MASIH ADA ORANG MACAM NI..

Ini berdasarkan pengalaman saya lah..

Saya pernah dengar seorang kawan kakak saya, dia orang Terengganu. Berkawan dengan seorang lelaki dari Kedah. Tapi, mak lelaki ni dah pesan awal2 kat anak lelaki dia.. "Kalau boleh, jangan cari orang dari Pantai Timur".. Disebabkan itu, kawan kakak saya ni dah terasa hati..dan mengundur diri. Pelik kan macam tu. Mungkin his mom ada reasons. Tapi, kenapa orang Pantai Timur? Kalau jauh, Ok, boleh diterima, tapi..kenapa kalau jauh kat Johor, kat selatan tu boleh pulak. Siap specific kan tempat lagi. As if semua orang kat Pantai Timur tak boleh dibuat isteri.

Itu satu.

Ada orang lain pulak, kalau sebut 'Orang KL' je, ada orang cakap 'akhlak tak bagus'..'remaja rosak'..'mat rempit'..'hisap dadah'..etc. Sedangkan tak semua orang KL macam tu. Mungkin betullah pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, saya tak setuju dengan peribahasa tu. Bagi saya ia sangat tak adil. Negeri lain pun ada yang mcm tu.

Kalau bagi saya yang berasal dari Sabah ni pulak. Pertanyaan yang pernah saya dengar tentang Sabah is - "Betul ke org Sabah ni tinggal atas pokok?", "Ada apa kat Sabah tu, hutan je kan?", "Sabah tu ada shopping complex ke?"..banyak lagi yang seumpama dengannya. Lagi, ada orang yang benci orang Sabah sebab kalau Akademi Fantasia, kalau ada peserta dari Sabah je, mesti dpt vote tinggi2, pastu kata orang Sabah ni kenegerian. Sedangkan bila dah keluar AF, takdelah pegi mane pun peserta tu. Disebabkan itu, kutuk2 org Sbh.

Negeri2 lain pun ada jugak, tapi saya cakap sikit je kat sini. Jangan marah ye orang2 yang negerinya disebutkan di atas. Saya sekadar bagi contoh je. Sebab seriously saya pelik dengan sikap2 ini yang kebanyakannya wujud di semenanjung. To be truth, sebelum belajar kat Semenanjung, saya tak pernah dengar benda2 macam ni, bila dah datang semenanjung, baru lah saya start dengar 'peraturan2' mcm ni. Orang negeri ni-mcm ni, orang negeri tu- mcm tu..

And bila datang semenanjung jugak, saya tengok ramai orang yang 'racist'. Perbezaan antara Melayu, Cina dan India tu sangat ketara. Saya nampak la kaum yang kerja tinggi2, kaum yang kerja jadi driver taxi, kaum yang kerja pemandu bas, kaum yang kerja kat shopping complex.
Saya pergi BTN pun, saya sangat kejutan budaya dengan sikap perkauman di BTN tu. Saya mengaku, mungkin ada Sejarah yang perlu dikaji semula, sebab itulah dendam terjadi, dan orang Melayu tak boleh pandang sebelah mata.

Tapi, kalau nak buat 1 Malaysia dengan sikap2 mcm ni, dendam bertahun2, baik di depan tapi musuh di belakang. Saya tau kalau saya ckp mcm ni, mesti ada yg ckp.."ala,zmn skrg ni mane ade dah orang nak buat baik2 ni, kite kne grab semua peluang, jgn baik2 sgt dengan org ***, nanti kite yg ditindas"..Macam tu lah kot..

Satu perkara yang buat saya gembira bila berada di negeri kelahiran saya, kawan2 saya, datang dari pelbagai suku kaum..belajar di bawah satu bumbung yang sama, tak kira melayu, cina, india.. Yang cina pun dah jadi macam orang bumiputera sbb parents dorang ramai yang kahwin dengan orang tempatan.. kat sana dah ramai orang yang kat surat beranak dia tulis 'Sino-***'. Tak pernah pulak saya dgr siapa2 yang tak suka dgn bangsa ni, bangsa tu..

Alahai 1 Malaysia~

6 wonderful voice(s):

||Aku Pemikir|| said...

hmm...

aku sebagai org semenanjung agak malu gak la ble orang sabah cakap mcm tu..

tapi mmg btui la apa ko cakap,kat sn semangat negeri mmg kuat, xtau la sbb pe, tapi itulah kenyataan dia..

mungkin bila dah merantau lebih selesa jumpa orang negeri sendri. Ada benda leh cerita, kurang2 kalo cerita pasal padang bola, padang bola yg sama la yg diorg tgh cerita..xde la srg bayang lain, srg lg x bleh nak bayang lsg...huhu..

jadilah macam orang KL!! boleh masuk ngan sesape jek!!(sbb xde satu negeri yang jelas)kehkehkeh

Balqis Riza said...

org2 sempit otak cmtu la kak..
tak pk matang..
jgn kite jd cmtu dh la..
hehehe

saya org KL! saya tak rosak, akhlak saya mybe la tak 5stars tp at lis sy takde la cm org2 yg berlagak kampung tp bile msuk KL dia yg rosak dulu..hihihi

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Suka entry ni..
Nda faham kan orang macam tu yah..padahal kita tinggal di negara yang sama..

hu-uh..

Nadia Nazifah said...

xleh nak lari yah. mmg wujud pon benda2 mcm ni. kdg2 betol, kdg2 x betol. hm.

ps: sedap sgt lagu kt blog yah ni ^^

IMAM UiTM Perlis said...

salam. tetiba rasa nak bg komen pasal hal nie. isu perkauman ni mmg sgt jelas lg2 kat bandar. cthY kt taman sy(SP), kwasan rumah Mlayu n Chinese mmg da siap divide. masa abah nk bli umah ad la pemaju cadang supaya duk kt kawsan Malay, kataY senang nk komunikasi.

tp kalo blk klate mmg sronok cz blh dengar org cina ckp loghat klate n dorang mmg btol2 mesra.masa kecik dulu sy igt lg auntie kedai runcit 2 tanya sy "awe, mu nok bli gapo?" translation-awang(pggilan utk bdk laki2), kmu nk bli apa?

terkejut bagak cz ms 2 1st time dgr org cina ckp klate.he3

p/s:sy guna blog psatuan cz sy xdak blog,n cumalh nk kongsi pengalamn.huu2

Rafahiah Haron said...

yoyo - thanx utk menambah isi. btw org kl bole la try2 combine dgn org labuan.kan korg same wilayah persekutuan.hehe.

balqis - penah dgr gak org cmtu.kejutan budaya, negara same je tapi,budaya takde la beza sgt. hope iman kite slalu kuat la dr terjebak bnda2 cmtu.hihi. alhamdulillah kat unpad ni ok lagi :)

kak noi - hee thnx sbb suka :D

kak ya - aah, betul. kdg2 betul, kdg2 tak. ada certain yg boleh diterima, ada jugak yg agak tak boleh diterima.

thanx.sdp ke. dah rasa mcm nk tuka lagu.hihi:P

imam UITM perlis - wslm, takpe komen je. betul2, suka gak tgk org cina kt kedah/kelantan ckp loghat negeri tmpt dorg tinggal. nmpk la mcm 1malaysia :)

Post a Comment