Sunday, 5 September 2010

Fesyen bonggol unta

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.


Ini isu yang sudah lama a.k.a basi...tapi saya yang ketinggalan zaman ni baru ternampak depan mata..ramai wanita kat Malaysia suka pakai tudung macam ni...yang tinggikan sanggul rambut tu...kadang2 ketinggiannya sengaja dibuat-buat... mari kita baca perkongsian-perkongsian menarik tentang isu "Bonggol Unta" atau "Sanggul"..=)


Okay cukup tiga links yang agak lengkap untuk menggambarkan isu "Bonggol Unta" ni :) Selamat membaca...

6 wonderful voice(s):

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Yeah lama suda baca pasal ni.. Hmmm.. peliknya kan kenapa la sengaja mau kasi tinggi², bagi Kak Noi bukannya cantek tu pon.. wu wu wu..

Kalau kak lah kan, lagi suka sanggul tu nda nampak.. bida lah tu..

Sekarang ni ramai selebriti suka pakai style bonggol ni.. tingggiiiiiiiiii nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

(^______^)

Awjan said...

memang bagus sangat akak buat entry ni.
ya Allah, tekanan rase sebab banyak sangat dah tgk kat tv, org buat mcm ni.
kat sekolah pon ade jugak pelajar2 yang buat.

Rafahiah Haron said...

Kak noi..hehe kita sama laa..kalo bole xmo kasi nmpk tu sanggul..kalo zmn dulu2 before ada sanggul tiruan ni, org suka pakai tu yg kepit rambut tu kasi tinggi..huhuhu.kdg2 pelik jugak ada org ni kalo x pakai tudung, rambut pendek ja..mcmana tiba2 bole ada sanggul..haha..lucu..

Aku najwa - hehe sian die tekanan..tp mmg betul pun..ari tu duduk blakang org yg pakai cmtu time kursus..rase mcm nak tgk org berckp kt depan pun tak senang hati..

nisa_taQwa said...

assalamualaikum...
wohooo..isu ni sangat hangat lagi membara..

golongan yang bersanggul menafikan tafsiran hadis ni dengan mengatakan x de kena mengena dengan trend sanggul sekarang...

tapi setakat yang saya belajar Quran -sunnah dulu, ia merujuk pada sanggul yang tinggi sekarang..wallahualam...

kalau dulu kawan saya pun pernah tertinggikan sanggul disebabkan rambutnya yg panjang, terus ustaz tegur..malu oooo...

boleh je sorok rambut yang panjang,ramai je yang rambut panjang, pandai je diorg sorok, kalau dah nampak gak, x bole nak buat pa la...ni kalau memang disengaja tinggi-tinggikan......

harap mufti ka dapat jawab..sebab sekarang ni orang dah dok gadoh pasal isu ni...

hoehoehoe :))

Noddy said...

Yah, sangat setuju dengan entry ini..sometimes i wonder, what is the point of wearing a tudung if you want to show of how your hair looks like? Rupanya ada hadith pasal ni, thanks for sharing =) loved this..hehe

Unknown said...

Salam Yah. Keep on blogging Yah. beramal sambil berblog.

"Mata pena (skrg ni keyboard la) lebih tajam dari mata pedang"

Berkongsi ilmu dan menyampaikan ilmu itu tanggungjawab bersama. Abg din doakan Yah diberi kekuatan untuk terus berblog. Semoga insan2 di luar sana terbuka hati utk berubah kearah rahmat Allah swt, ameen.

Post a Comment