Friday, 26 August 2011
Beberapa hari sebelum raya ^_^
Thursday, 25 August 2011
Tips ketika dirompak
TIPS.
Kalau korg dirompak and dipaksa keluarkan duit dr ATM, korang guna tips ni. Masukkan num pin secara terbalik..contohnya kalau num pin= 123456, masukkan terbalik akan jadi 654321.Duit akan still keluar.Tp pihak bank akan dpt kesan number itu and akan report pada polis, so, polis akan dtg kat korang immediately..ini ialah bantuan cara senyap.. it's true.. sharing is caring..
Wednesday, 24 August 2011
=)
Kata orang lihat pada sebelah paginya : tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana"terlepas" malam al-Qadar.
Satu SMS menyatakan," Ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) Lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa.
Rasa rugi kalau terlepas!" Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan al-Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, " Jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi "hamba" malam al-Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja."
Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat al-Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat al-Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya "diangkat" oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat al-Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.Malam al-Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah "bertamu dalam hati" orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari Syaitan) dalam hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan "hati kecil" yang suci dan baik. Kedua, bisikan "hati besar" yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara Malaikat dan Syaitan.Antara ilham dan was was. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh "penakluknya".
Orang yang mendapat malam al-Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan, maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam al-Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara. Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam al-Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.
Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada al-Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam al-Qadar. Al-Qadar boleh datang, boleh pergi, tetapi Penciptanya sentiasa ada, sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam al-Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam al-Qadar nanti.
Persediaan menenemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk "menemuinya". Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku. Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.
Biodata Kolumnis
Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalahwww.genta-rasa.com.
Friday, 19 August 2011
mari membaca blog
My self-regulatory control, lately, banyak kali teruji. Saya hilang motivasi, hilang kawalan terhadap diri sendiri. Banyak faktor sebenarnya yang buat saya jadi macam ni. Satu, mungkin saya sudah jarang mendapat kesempatan untuk duduk depan meja, duduk berjam-jam untuk study. Saya rasa sepanjang koas, saya jarang buat macam tu. Disebabkan hal ini, kemungkinan otak saya sudah kurang dilatih untuk mengingat apa yang saya belajar. Ini menyumbang untuk faktor kedua, iaitu MUDAH LUPA. I admit, my level of attention, concentration and memory is deteriorating very badly. Bukan salah siapa-siapa, tapi salah saya sendiri. Memory saya waktu sekolah dulu JAUH lebih bagus dari sekarang. Itu yang sering buat saya stress.
Semua orang ada waktu 24 jam sehari. Saya mengisi 1/3 dari hari saya untuk tidur. Mungkin perlu dikurangkan. Saya ada satu pendirian yang mungkin kurang sesuai dengan status saya sekarang sebagai student yang harus bertanggungjawab pada nyawa seorang pesakit, dan sebagai isteri yang harus bertanggungjawab terhadap seorang suami. Pendirian saya tu adalah kalau penat, mesti rehat. Terutama waktu malam. Kalau mengantuk, mesti tidur. Kalau 'jaga'/kerja malam, kalau tiada patient, mesti rehat, jangan melawan kemampuan diri sendiri untuk buat kerja tambahan. Tapi sampai bila pun saya x tau. I know I must change something. For a better me.
Mungkin juga saya terlalu 'bersyukur' sampai tahap sangat selesa dengan keadaan sekarang. Sampai tahap tidak mahu meminta lebih, dalam erti kata lain, meminta lebih bermaksud berusaha lebih untuk sesuatu hasil yang lebih baik. Dalam diri saya ada satu sikap yang terlalu ingin bersederhana. Sampai saya tidak ingin bersaing untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.
Do i need to change myself? I don't know.
Tapi dan tapi,
Saya enjoy bila buat benda-benda yang lain, yang luar dari hal-hal hospital. Kalau di hospital, saya selalu rasa bersalah. Rasa bersalah sebab banyak sangat benda yang dah belajar tapi mostly lupa bila tiba masanya untuk diaplikasi pada patient. Kalau hal-hal tu tidak melibatkan nyawa, mungkin tidak ada hal yang boleh buatkan saya stress.
Tapi cuba bayangkan, setiap kali tengok patient, saya terbayang keluarga atau orang-orang terdekat. Kalau orang-orang terdekat yang berada di tempat patient tu sekarang, apa yang boleh saya buat untuk membantu? Kadang-kadang, waktu jaga, airmata saya selalu bergenang bila tengok macam-macam situasi yang menguji keluarga patient. Cuma hati saya mungkin sudah terlatih untuk kuat menerima situasi yang bermacam-macam tu.
Kalau di rumah, saya enjoy buat hal-hal yang menjadi tanggungjawab saya. HANYA JIKA saya tidak memikirkan hal-hal di hospital. Saya malas belajar, equals to = patient mati. Apa yang akan saya jawab pada Allah di akhirat nanti?
Ok lah, saya stop dulu. Mau curhat banyak lagi sebenarnya. Tapi saya kena pergi Pasar Baru jap untuk bagi balik Baju Melayu Mr.N ke tailor. Benang kat kain baju tu kind of terkoyak (oleh tukang jahit tersebut) dan sangat kelihatan tidak cantik sebab kedudukan dia dekat dada. Tidak boleh cover. Kena pergi jam 9 pagi sebab jam 10 nanti Pasar Baru tu akan jadi macam Ikan Sardin dalam tin.
Raya tahun ni saya ada 5 pasang baju, tapi semua belum ada tudung. Huhu. Semua sebab x sempat cari masa untuk beli. Saya terpaksa beli online, tapi tu pun xtau sesuai atau tidak. Sigh :(
Dan besok, saya pulak oncall sepanjang hari. Saya sekarang dalam department Pediatric. Minggu lepas saya jaga baby baru lahir. Best! sebab baby semua comel-comel. Tapi kesian baby yang sakit. Huhu :( Baru lahir dah ada masalah pernafasan, etc. Dan SANGAT-SANGAT penat sebab jaga waktu malam merdeka, ada sangat banyak delivery. Kena tolak "ambulans" yang sangat berat sejauh 1 kilometer kot. Malam tu saya rasa hampir pengsan waktu tolak tu.
Buka puasa malam ni i want to cook Nasi Ayam. Sebab semalam saya terbau nasi ayam di hospital. Jadi saya perlu masak untuk hilangkan kempunan :P Ok, gtg now! Bye. Assalamualaikum! =)
Wednesday, 10 August 2011
bersujud...
Saturday, 6 August 2011
Saturday Photos :P
My younger sister punya customer punya order, 44 psg, 18 kg, semoga saya berjaya pos dengan berjayanya besok. Ceritanya, dia sedang menjadi usahawan berjaya (sambil belajar) di facebook (amin). Ini adalah order yang dia dapat dalam waktu seminggu. Dan dalam waktu seminggu juga, dia berjaya menambah 3000++ "people like this" dalam her facebook page. How I admire her effort. Untuk memberi semangat, saya tolong-tolong lah sikit. Lagipun kerja saya cuma transfer duit, ambil barang dari supplier, dan pos saja di post office belakang hospital. Habis cerita. Hehe.