Friday, 26 August 2011

Beberapa hari sebelum raya ^_^

Pejam celik pejam celik, sekarang dah habis 26 hari puasa (kalau puasa penuh laa..hehe). Tak sangka berjaya juga harungi bulan puasa dengan cemerlang di hospital. Sebelum masuk bulan puasa hari tu, saya asyik ulang-ulang cakap dekat kawan2 yang saya takut tak dapat lalui forensic & pediatric dept waktu tengah puasa.

Waktu forensik, saya sangat risau tak tahan dengan bau-bau #u-know-what# waktu sedang puasa. Tapi alhamdulillah, waktu puasa cuma ada lima autopsy. Walaupun saya sering dapat #xxx# yang membuatkan saya terpaksa balik tukar baju sebab bau melekat di baju, tapi syukur saya dapat harunginya tanpa susah payah.

Sebelum masuk pediatric, dengar ramai orang cakap pediatric ni adalah department yang paling meletihkan dan tak best. Sebab residennya #galak-galak# suruh koas buat kerja banyak-banyak sesuka hatinya (bahasa malaysia : jahat/garang..etc), bertambahlah saya risau tak dapat berpuasa dengan baik sebab letih etc.

Tapi, kenyataannya, saya sudah berjaya lalui forensic dan anak waktu bulan puasa. Alhamdulillah. Saya tidak berfikiran positif pun, negatif ada lah. Tapi semua yang dilalui sepanjang bulan puasa di forensic dan pediatric sangat menyenangkan. Harap berterusan lah sampai habis koas. Amin :)

2 minggu stase & 2 kali jaga di Perinatology buatkan saya rasa mahu ada baby comel. Hihi..:P

Besok balik Malaysia, to be exact, besok balik ke tempat suami, iaitu Kemaman. My first time menjejakkan kaki di Kemaman. Bulan Jun lepas cuma ke Kuala Terengganu sebab reception buat kat sana. So besok akan sampai ke tanah kelahiran dan tempat suami dibesarkan sampai besar macam skrg. Hehehe.. Ohya, saya hairan bin pelik tengok encik Naqi yang makin slim. Berat badan dia dah turun 2 kilo. Dan ramai orang tegur dia kenapa kurus? Pelik juga, sedangkan tiap hari makan tambah nasi dan lauk berapa kali. Adakah disebabkan bulan puasa? Atau dia sedang stress? Tapi tiap hari main game. Hmm. Harap lepas ni bertambah la balik berat dia.

Kalau saya sendiri jangan hairan la kalau kurus. Saya makan satu tong pun takkan naik-naik. huhu. Nak cakap malnutrition pun macam tak kena, sebab tiap hari makan banyak. Walaupun mungkin tak sebanyak encik naqi. Mia kata saya kena berolahraga yang rutin. Okay insyaAllah lepas ni tiap hujung minggu jogging :) Mula-mula ingatkan jalankaki dari rumah pegi hospital tu dah cukup.hehe...alasan..padahal jalan kaki bukan berpeluh pun. Paling teruk pun berpeluh sebab matahari tengah panas terik.

Kembali bercakap pasal hari raya. Tahun ni tahun pertama beraya lepas nikah. Sebagai isteri. Disebabkan saya dan Naqi berasal dari dua tempat yang berjiran tetapi terpisah Laut China Selatan, jadi kami harus bergilir-gilir balik beraya. Hehe.. Bagi saya sendiri, setakat ni itu bukanlah satu isu yang besar. Sebab saya sendiri pun dah berapa kali pengalaman tak dapat balik raya dengan family sebab tuntutan belajar di tempat yang jauh. Lagipun, zaman sekarang hubungan itu hanya di hujung jari. Suasana beraya di tempat jauh pun boleh tengok kat facebook bila orang upload gambar. Memang tak sama dengan keadaan sebenar, tapi syukurlah kan daripada xdapat tengok langsung :) Tahun depan beraya kat Sabah pulak :)

Raya di perantauan yang paling saya ingat ialah pada tahun 2005 kalau tak silap, saya beraya di rumah sepupu di Bangsar, cuma berdua dengan kakak. Sepupu pun balik Sabah, so kami tumpang rumah dia. Pagi raya masak nasi goreng sambil tengok rancangan Akademi Fantasia Edisi Raya & Macam-macam Aznil. Kononnya petang tu nak pegi Rumah Terbuka Pak Lah di PWTC..tapi hangat-hangat tahi ayam. Petang-petang kami tidur sepuasnya. Haha..lepas tu raya kedua kami jalan-jalan di Midvalley, semua Chinese and Indian yang tak beraya ja jalan-jalan kat midvalley tu, tiba-tiba kami berdua ja yang pakai tudung. Pengalaman yang sukar dilupakan :)

Malam ni malam terakhir buka puasa di Bandung sebelum raya, sebab besok maybe buka puasa di LCCT. Besok pagi last sahur di rumah. Tadi buka puasa saya buat bubur pulut hitam, buat air kacang soya sendiri, sebab sini jarang jumpa air soya yang menepati citarasa, so terpaksa buat sendiri. Saya buat cendol sendiri juga tadi..hehe.. sebab selalu rasa teringin bila tengok bapak-bapak tepi jalan tu jual cendol, tapi tak berani beli sebab takut sakit perut. So tadi buat sendiri pakai tepung Hun Kwee. Tapi sebab tiada acuan, saya pakai penapis, cendol tu jadi bulat-bulat..Hhiihi..tapi boleh laa asalkan dapat merasa cendol. Walaupun bentuknya bulat, tapi rasanya masih sama macam cendol di malaysia. Yaa iya lah, santan dan gula merah kan rasanya sama saja..:P Ingatkan nak makan yang ringan-ringan ja tadi, tapi naqi kata nak makan nasi. Jadi saya masak daging masak merah dan sayur kailan. Awas kalau berat badan makin turun lagi :P

Jadi puasa-puasa terakhir di Malaysia ni, saya harap dapat pergi bazaar ramadhan yang sangat dirindukan. Huhu. naqi janji bawak jalan-jalan di bazaar kemaman. Yeay. X sabar. Hehe..Besok flight jam 3;30 ptg dari bandung to KL. Ada 2 urusan belum selesai. Besok kena hantar baju-baju business Ana 2nd batch untuk kirim through Ernesta @Neeta. Kesian neeta balik sorang-sorang dari Jakarta. Kalau sebelum kahwin dulu, selalu balik berdua, sekarang neeta balik sorang-sorang :( Satu urusan lagi ialah ambil hadiah kahwin kak Ya & Wa dari ditempah di Istana Plaza.

Dan urusan terbesar yang belum siap ialah Packing barang masuk dalam beg! Tunggu besok pagi lah.hehe. Bye-bye Rumah Sakit Hasan Sadikin for 1 week! (^_^)

0 wonderful voice(s):

Post a Comment