Saturday, 24 September 2011

Immature me

Baru balik dari 'jaga'/oncall @pediatric ward for 12 hours. It supposed to be 'minggu bebas jaga' this week, tapi tiba-tiba ada kawan sakit, mintak tolong tukar last minute. Sebab saya sihat walafiat & orang kata 'ingat masa sihat sebelum sakit', saya pun setuju :) Sebab saya ingat waktu kat Bedah dulu, ada kawan sakit mintak tukar 'jaga', saya tukar la. And kebetulan hari yang saya sepatutnya jaga mula-mula tu (yang dia dah gantikan saya), tiba-tiba saya sakit. Memang lucky la sebab dah tukar awal-awal :)

Tapi kali ni kalau boleh jangan la sakit lagi kan..

"jaga" semalam okay. Cuma masih ada la residen yang saya tak berkenan dengan perangai dia. Saya curhat sikit boleh? :P Ini lumrah kisah di RSHS.

*Ini adalah my entry yang kurang matang* Jangan proceed kalau tak nak menyesal,hehehe :P

Sesetengah residen kat Pediatric ni suka marah koas kalau tak bawa peralatan e.g sphygmo, stethoscope, measuring tape, growth chart, etc. Contohnya hari tu saya dah bawa semua, tapi ada orang 'tak tau la terambil, terpinjam atau tercuri',

so saya cakap kat doc "jap lagi saya ukur blood pressure dia, sekarang buat yang lain dulu" (status gizi, temperature, resp rate, heart rate, etc),

tapi dia cepat2 nak marah "mana peralatan kamu???!!!"

Saya jawab la "tadi saya letak di sana, sekarang sudah ga ada",

tapi dia tak nak dengar pun, cepat-cepat jawab "Cepat cari cari cari!!!" (sedangkan budak tu bukan emergency case pun), saja nak cari kesalahan koas.

Saya tak kisah nak marah kalau itu memang salah saya, tapi dia sendiri tak bawa peralatan. Bila nak dengar heart rate baby, pinjam gak my stethoscope. Lepas tu sesetengah residen bukan reti nak bagi balik. Kita yang kena kejar dia.

Lepas tu semalam ada sorang residen ni buat my stethoscope tu macam harta dia, saya nak follow up patient pun tak boleh. Bila saya minta, dia jawab "Masih dipakai". Tapi dorang jugak yang nak koas "follow up" patient tiap jam.

Beberapa jam lepas tu saya minta lagi, dia tengok stethoscope saya sambil memandang sinis "yaa ambil ambil ambil", dengan muka macam nak cakap "amek la..tak hairan pun". Bukan nak cakap terima kasih. Saya anti betul dengan orang tak sopan macam tu.

Lepas tu, kalau sorang residen tak bawa peralatan, then diorang call kawan dorang untuk pinjam, lepas tu suruh koas yang hantar barang tu pergi bagi kat kawan dia yang tak bawa peralatan tu. Contoh semalam, dari ward tu dia suruh hantar spyhgmo kat kawan dia di ruang Perinatology 17 yang jauh tu. Banyak cantik?

Lepas tu subuh tadi suruh hantar measuring tape yang kecik tu pergi tingkat dua untuk bagi kat kawan dia yang tak bawa measuring tape.

Sebenarnya kalau dia tak marah koas lebih-lebih kalau tak bawa barang, koas pun tak kisah kot dia nak minta tolong macam tu. Tau la dorang penat banyak patient, tapi patient dorang pun koas yang tolong follow up kan. Kalau dah patient ramai, buat la environment yang positif sikit untuk semua orang. Sangat tak kisah penat-penat jaga kalau environment selesa & tak ada orang suka cari pasal.

***Ok lah stop CURHAT*****

Saya tidur satu jam semalam, tak mengantuk sangat sebab minum Ice Capuccino Seruni :) Tengahhari ni ada openhouse batch. Yeay boleh makan sedap-sedap. Tuan punya restoran tu orang Malaysia yang bukak kedai makan kat Bandung ni, dia masak sangat sedap. Dah pernah try waktu bulan puasa hari tu. Waktu tu buffet Rp40ribu rupiah ja, tapi berbaloi. Lagi rasa berbaloi dari buffet kat Hilton Hotel, hehe...sebab kat Hilton menu sama ja macam first time pergi dulu :P

Banyak benda saya belum update tapi semua cerita dah basi kot?? Cerita kahwin pun belum habis, cerita raya pun belum tulis, cerita openhouse pun tak update..tapi saya dah malas nak type.ehehehe...

Bercakap tentang openhouse batch, saya rasa batch saya ni penuh dengan variasi. Hehe mari buat statement kontroversi :P Dalam kesibukan semua orang, ada yang dah bertunang diam-diam, ada yang on the way tengah merancang pernikahan, ada yang dah nikah diam-diam, ada yang diam-diam ubi berisi, dan macam-macam lagi. Apa-apapun semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar :) Happy bila tengok orang lain happy :)

Sekarang jom layan gambar :


Cendol ABC ni sedap~@Quali PVJ

Sambil upload gambar, sambil makan ni :)

Habiskan sorang-sorang :P




Ni pokok kari yang kami cuba tanam, dibawa secara live dari Kemaman. Tapi..dah 3 minggu masih macam ni.


Ini pulak daun kesum dibeli khas dari Pasar Kemaman. Tapi dari banyak-banyak stem, cuma ni yang tinggal. Belum tumbuh-tumbuh daun, kecewa :( Takut tak menjadi


Ini pulak pokok cili yang saya pernah cakap saya nak tanam dulu. Baru sebesar ni. Nanti saya update lagi :)

6 wonderful voice(s):

HuiMay said...

Hehe Yay dah ada update :) yg Yah curhat tu sy pernah rase jugak tp residen tu agak sopan so takde la nak rase tak best. Best nyer Yah dah banyak jaga. Boleh start persediaan exam.

ttg kahwin tu jangan la tak update. Kite tunggu lama2 pun takpe.

khairi FMJ said...

yah,
Oooo ada gosip baru tak cerita..hehe..eh, tapi mcm dh nk stop gosip2 , tapi nak tau jugak haha.. apakah?
:)

Rafahiah Haron said...

Amy, aah update, sian amy nanti penat2 bukak tp xde update :P hihi..ok amy, tgk la kalo rajin :P

Krie : haha, mana satu yg krie dpt detect sebagai gosip?;p pandai je krie. nanti k :D

Selamat Jaga malam ni to Amy & Krie! :)

Balqis Riza said...

kalau dh cmtu kisahnya, jgn kan akak, bal pon akan meletoppp sama..
tp bal punya meletop lagi immature kot..bal pantang sikit org pnjm brg tak reti pulang ni..tak kira la hang sapa! hahaha

Cik Yuyu said...

sedapnye cendolll..ade eskremmmmmmm...~

Rafahiah Haron said...

Bal : bal kalo bal kat RSHS selalu la jumpe org2 cmtu..cube ikut Miss K jaga sekali..hehe..

tp ramai je yg baik2:)

Yuyu : ^_^

Post a Comment